4.11.14

Kulit Lincin dengan Basic H and Herbal Blend Shaklee

Bapak I olls seorang yang sangat aktif.  Sudah berusia 60-an,  tapi masih gigih dan bersemangat membuat pelbagai aktiviti walaupun cara beliau berjalan pun dah senget sedikit macam rentak step tarian Obee Cha Cha.

Bapak saya juga mempunyai green fingers oleh itu,  beliau suka berkebun.  Apa sahaja yang ditanam pasti menjadi.  Dia suka menanam pokok buah-buahan especially buah mampelam.  Takpayah baja teruk-teruk,  dia letak ja bijik pelan tu kat situ,  esok lusa jadi pokok.  Cukup 3-4 tahun terus berbuah macam gila.

Kami selalu melarang bapak untuk membuat kerja berat-berat,  tapi ampa taula,  orang tua mana boleh nak dilarang.  Depa buatlah apa yang mampu.  Bila sakit penat,  baru depa mengadu kat kita.

Nak dijadikan cerita,  satu hari selepas berkebun tiba tiba dia rasa seperti disengat di kaki. Tapi bila dia periksa,  tidak ternampak apa serangga ka binatang ka kat kulit kaki dia tu.  So dia pun mandi dan bersihkan badan seperti biasa.  Malam itu,  kakinya jadi merah merah.  Tidak sakit atau pedih,  namun makin lama makin membengkak dan menjadi makin merah.

Akak ada bawa dia ke klinik tapi ubat itu langsung tidak memberi kesan.  Kami adik beradik bawak dia pula ke Hospital walaupun dia tentang sekeras-kerasnya sebab dia takut nanti kena bayar bill tinggi (bapak I olls ni kaya tapi kede sikit).

Makin lama makin teruk.  Kami adik beradik makin risau.

Adik I olls,  Surianie Samsudin ialah seorang pengedar produk SHAKLEE yang sah.  Dulu I olls ada letak iklan dia kat blog.  Tapi lepas tu,  i olls stop dah sebab dia dah popular.  So tolong promote penyewa iklan yang lain pula.

Dia shared dengan kami pasai satu produk Shaklee bertajuk Basic H and Herbal Blend Shaklee.  Dia suruh kami try kat bagi bapak kami pakai.  Alhamdulillah,  lepas beberapa kali memakai produk ini,  kaki bapak i olls menjadi sembuh.  Ini adalah cerita semula perbualan telepon antara bapak I olls dan adik I olls.

Basic H and Herbal Blend Shaklee.  Gambar dari winstshop-ent







Gambar kaki bapak I olls masa tengah sakik ingin kami share.  Tapi sorry gambar bila dah elok takdak.  
Hello bapak saya digigit oleh seekor binatang dan menyebabkan badan dia naik ruam dan gata gatal..mungkin kesan daripada gigit tersebut!

So kakak saya semua bawak ke klinik dan hospital untuk dapatkan rawatan tapi lepas makan ubat yang doktor bagi bengkak dan ruam badan makin teruk.

So saya pulak cari idea cam mana nak buat. So teringat tentang Basic H and Herbal Blend Shaklee.

Basic H : jadikan sabun mandian
Cream : sapuan pada kulit

So lepas 2 hari,  saya call bapak saya.

Saya : Bapak, kulit cam mana ok tak?
Bapak : Okay dah...tak merah dah badan aku. 
Saya : Bapak pakai sampai semua tu hilang tau.  Jangan stop.  Yang sabun tu pakai macam biasa. 
Bapak : halah...aku tau!!! ( bapak saya memang garang )

Lepas 1 minggu,  saya tanya lagi kat bapak saya.

Saya : Bapak cam mana kulit ok ka? 
Bapak : Okay dah.  Tapi aku tak mau pakai dah sabun tu!
Saya : Awat pulak?? 
Bapak : Badan aku jadi licin.  Nanti aku jadi ponen!
Hhahhahaaha...itulah kisahnya,..
testimonial bapak saya sendiri

Sekianlah cerita bapak I olls.  Mintak mahap kalau ada sapa-sapa terasa ka apa ka.  Bapak saya memang mulut tak berapa ada lesen sikit.

Okay kalau ampa nak tau lebih banyak tentang produk SHAKLEE,  boleh hubungi adik saya MADAM SURIANIE ataupun blog blog berikut 

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...