11.11.14

Laporan Istimewa dari ASEAN News Channel : USM "Wajib" Bertaubat

Hello u olls,

Terpanggil I olls untuk membalas LAPORAN ISTIMEWA dari ASEAN NEWS CHANNEL bertajuk USM "Wajib" Bertaubat.  But first,  u olls baca dulu laporan ini.

ASEAN News Channel

LAPORAN ISTIMEWA: USM “WAJIB” BERTAUBAT 
PULAU-PINANG-Status sebagai sebuah Universiti Apex tidak harus dijadikan alat untuk Universiti Sains Malaysia (USM) berdiri megah dan berbangga berbanding pusat pengajian tinggi lain, sebaliknya USM wajar berasa malu dengan penganjuran konsert nanyian pada malam pesta konvo yang sudah berlangsung selama dua hari. 
Konsert nanyian daripada artis jemputan tidak bertepatan dengan nilai estetika dan langsung jauh menepati adap USM sebagai sebuah kampus pengajian, tetapi dengan aksi artis yang terginja-ginja di atas pentas sambil terjerit-jerit bagai dirasuk makhluk halus, terus menjadi pilihan USM semata-mata memenuhi aktiviti sempena Majlis konvokesyen kali ke-50 universiti itu. 
Seperti tahun-tahun lalu, USM masih belum mengambil sebarang iktibar dari keruntuhan akhlak dan adab dalam cara pakaian dan pergaulan warga kampusnya dengan masih ”melobi” artis nanyian sebagai ikon untuk dipersembahkan kepada mahasiswa.
Di mana USM sebenarnya? 
Isu artis undangan luar bukanlah perkara utama untuk ditimbulkan, ia mungkin boleh dimaafkan dengan diganti dengan persembahan-persembahan nasyid selepas ini. Namun persoalannya, apakah pihak USM memandang ringan usaha pembentukan sahsiah dan peribadi mahasiswa beragama Islam? 
Dewasa ini, rata-rata penuntut universiti semakin gah melanggar prinsip hidup yang telah ditetapkan syarak. Penuntut wanita khususnya, mereka semakin berani hadir ke kelas dan ke mana sahaja dengan hanya berpakaian nipis dan jarang. 
Sangat memalukan apabila USM yang terlalu mengejar penyelidikan luar, malah dinobatkan pula antara universiti terbaik di Malaysia, namun gagal memainkan peranan mendidik warganya untuk mengejar syariat Allah sebagai panduan kehidupan.
Sebaliknya USM terus memainkan peranan memanifestasikan golongan-golongan ilmuan tanpa menitik beratkan soal yang lebih besar.Jika perkara sebegini berterusan, tidak mustahil prestasi USM yang dibangga-banggakan selama ini bakal merudum.
Sempena Majlis Konvokesyen kali ke -50, USM seharusnya memecahkan kelesuan polisi undang-undang konservatisme dengan meletakkan parameter agama sebagai polisi asas untuk berjaya dalam segala bidang. 

Ziana Zain telah menggantikan Dato' Siti Nurhaliza pada saat-saat akhir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.



click read more 



Jika pusaran angin kuat di Kedah, pencerobohan masjid Al-Aqsa dan bedilan roket tentera Israel ke wilayah Gaza masih belum menyedarkan warga USM dan seluruh umat Islam di negara ini, mungkin secara dasarnya kita seperti sengaja mengundang bala bencana yang lebih besar. 
Siapa tahu? Selepas ini Malaysia pula dibedil roket rejim Zionis gara-gara kelalaian kita mengejar kepuasan nafsu duniawi. 
SUMBER : ANC


Jawapan balas saya ini bukanlah jawapan rasmi daripada pihak Universiti Sains Malaysia.  Namun sebagai seorang warga USM,  saya terpanggil untuk membalas penulisan ini.

Saya tidak menafikan teguran yang diberikan.  Dalam apa juga perkara yang kita buat,  teguran seperti ini adalah amat penting kerana dari teguran inilah yang akan membuatkan kita buka mata dan tengok balik diri kita mana yang betul dan mana yang tak betui.  Kalau tiada teguran seumpama ini,  sudah mungkin pastinya kita tidak tahu di mana kesalahan dan kekurangan kita dan membantutkan usaha untuk menjadi lebih baik.

Kita kena terima teguran seperti ini dengan hati yang terbuka.  Saya ucapkan terima kasih kepada pihak ANC atas teguran yang diberikan.

Saya tidak dapat membalas ayat penulis yang menyatakan bahawa USM gagal memainkan peranan mendidik warganya untuk mengejar syariat Allah sebagai panduan kehidupan.  Tapi pastinya para pelajar yang dipertanggungjawabkan sebagai penyelaras ekspo ini pastinya telah bertungkus lumus melakukan yang terbaik dalam penganjuran tahunan ini.  Mereka bukan sahaja bertindak sebagai penyusun aturcara ekspo,  malah mencari sponsorship, menguruskan hal protokol dan lain-lain.  Ini adalah satu pengalaman yang tidak mungkin diperoleh hanya melalui pembelajaran dalam kuliah. Pengalaman macam ni sangat berharga dan melahirkan pelajar yang berkebolehan.

Bercakap tentang MELOBI artis ternama untuk membuat persembahan kepada mahasiswa.  Nombor satu,  persembahan ini bukan hanya untuk MAHASISWA.  Actually persembahan ini kami khaskan lebih kepada tetamu kami semua iaitu ahli keluarga,  sahabat handai graduan yang akan menjadi pengunjung ekspo.  U tanyalah student we olls semua,  BERAPA RAMAI SANGAT YANG PI TENGOK SHOW?  Students sibuk buat coursework u olls minggu ini.  Sekarang ni dah nak masuk minggu akhir semester I.  Memang banyak coursework yang nak kena buat u olls.  Konvo kali ini telah dilambatkan ke November sebab September kita dah nak raya Aidilfitri u olls.

Harap penulis dan semua pembaca tidak menafikan bahawa setiap selebriti mempunyai tarikan komersial yang tersendiri.  Lagi besar nama they olls and of course lebih BANYAK PIHAK yang sudi datang memberikan SPONSORSHIPS.  Sponsorships adalah amat penting.  Hasil sumbangan sponsorships inilah yang akan membantu program-program dalam ekspo yang juga disalurkan untuk tujuan yang baik-baik.  Contoh sumbangan untuk saudara di Gaza dan sebagainya.

Oleh itu,  adalah berat sebelah kalau kita nak kata dengan menjemput artist membuat persembahan menjadi satu pilihan tidak baik.  Habih tu kami nak panggil sapa pulak untuk tarik perhatian semua orang?  Boleh nak panggil ustaz-ustaz,  tapi tarikannya mungkin untuk orang Melayu Muslim sahaja.  Bukankah negara kita datang dari latar belakang kaum yang berwarna warni?  Orang yang nak sponsor MESTI nak tengok punya,  sapa ampa panggil untuk event!

Banyak lagi point yang i olls boleh kata,  tapi I olls tidak mahu berfikiran jumud seperti penulis ANC.  Saya nak buka fikiran dan hati saya.  Yang mana salah,  kami terima.  Harap keluarga USM saya akan ambil kata-kata ini sebagai teguran yang positif dan dalam masa yang sama betulkan apa yang patut.

Akhir kata,  biasalah kalau kita dah ada kat ATAS pasti banyak mata yang perati dan duk tertunggu-tunggu nak tengok bila kita nak jatuh.  Itu sahaja.

Boleh check out selain Ziana Zain apa lagi yang ada di Konvex USM.  https://www.facebook.com/ConvExUSM

ps/  Tidak suka penulisan yang berat sebelah.

Love,
Jumie Samsudin
SAYA SAYANG USM

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...