21.11.14

Santai di Melaka

Sebelum we olls balik ke Penang,  Dr.  Pitt bawak kami semua satu bus ke Melaka.  Seperti mesej akak kepada suami sebelum bertolak balik.

"Abiang,  hari ni kami dari Kajang.  Kami lunch kat Melaka dulu,  pastu terus gerak balik Penang,"

Pastu suami akak menjawab  "Awat ampa tak dinner kat JB dulu,  pastu baru balik Penang,"

Sesungguhnya suami akak juga mempunyai mulut rempang persis seorang pondan.  Takpalah,  jomlah tengok gambar we olls berjalan-jalan di Bandar Melaka lebih kurang 3 jam.  From 12 pm sampai 3 pm.  Lepas lunch kami pun bertolak balik ke Penang.

Kami sampai di Penang lebih kurang jam 12.30 malam.

Ini kali kedua akak ke Melaka.  Walaupun rumah keluarga mentua akak dekat sekentut dengan Melaka,  tapi tak pernah mai sini just jalan-jalan dengan suami.  Suami akak tidak suka orang ramai.  Dia akan rasa rimas.  Akak pulak,  memang suka orang ramai.  Lagi ramai orang tengok akak,  lagi akak bertenaga.

Haaa...jom tengok gambar akak posing maut bersama teman-teman di Kota Melaka.


click read more





Sosok hitam di belakang beca itu adalah akak ya.



Kau mampu ketwok macam tu tepi jalan? Kate Moss tengok akak pun menangis.



Membuat aksi pendidikan jasmani bersama rakan-rakan.



Marry Poppin baru turun dalam gambar kami.



Muka akak close up.  No editing ya.  Yes,  muka akak memang tanned lani.  Ramai yang tanya kenapa muka akak tanned lani.  Tak mengapa janji kulit akak dah sangat elokkkkkkkkkkk berbanding dulu.  No jerawat,  no white or black head!!  Ko tengok la sendiri.


Sapa berminat?  Tunggu akak open order this Disember.




We olls posing di atas batu bekas tambak Portugis.  Haruslah akak ON TOP!!




#bossaku #sentap #takmaukalah



 

Kau mampu,  aku tetap maintain pose walaupun....




Masa berjalan-jalan di Jonker Street,  we stumbled across this young musician.  Playing traditional Chinese instuments depan rumah dia.  Kotak derma dia tertulis 100% TRUST YOU BECAUSE I AM BLIND.  Tersentap akak membaca statement beliau.  Akak terus menghulurkan sedikit sumbangan.  Thanks adik sebab mencelikkan akak ketika itu.





















Semua gambar kat atas ini adalah ketika kami berhenti mengopi di Malaysia 13th States Coffee.  Memang sangat best.  Perhiasan dan dekorasi dalam cafe ini menggunakan bahan-bahan kitar semula dan antik.  Menggunakan sistem aliran angin semula jadi,  kami semua terasa amat tenang duduk sambil lepak di sini.  Rasa macam mai melepak kat rumah Pak-Pak Long mana ka.  kan?











Tembunnya.  Sekian.




Pokok ini kelihatan sangat aneh.



Makan tengahari di Johny's tak ingat nama Mall tu.  Kami mai sini sebab ada aircond.  Aku duk mai migrain teruk dah.  Time ni jugaklah jumpa Jah,  dalam banyak-banyak tempat kita terjumpa kat sini na.




Motip depa ni boria kat sini?

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...