28.11.14

Sembah Ratu untuk Fynn Jamal

Hari ni nak bercakap dengan u olls semua tentang personaliti internet yang ternama di negara kita iaitu Ms.  Fynn Jamal.  Beliau seorang penulis,  composer,  penyanyi,  selebriti tapi yang penting beliau seorang isteri,  seorang ibu dan seorang wanita.  Pernah terbaca tentang luahan hati seorang peminat yang tidak suka dengan cara Fynn Jamal dalam blog Beautifulnara.

Peminat itu menyatakan ketidak selesaan beliau tentang cara Fynn Jamal yang terlalu terbuka apabila bercakap tentang status anaknya yang dijelaskan secara terbuka sebagai anak tidak sah taraf.  Peminat itu menyatakan bahawa sebagai seorang ibu,  seharusnya Fynn Jamal bertanggungjawab untuk memelihara aib anaknya.  Selain itu,  peminat itu juga berkata yang Fynn Jamal seorang 'defensive mother' dan selayaknya digelar sombong dan bongkak kerana selalu memberikan komen balik negatif kepada peminat yang cuba menasihat.


sumber gambar : rotikaya.com

Kalian boleh baca surat penuh peminat itu di sini  :  Surat Terbuka Seorang Pembaca Untuk Fynn Jamal


click sini


Lagu yang dicipta oleh Fynn Jamal berjudul Arjuna Beta nukilan istimewa untuk anak tunggal kesayangannya,  Bakti Arjuna Fitri atau Juna telah berjaya mendapat tempat dalam barisan finalis Juara Lagu 2014.

Apabila lagu ini diangkat sebagai finalis,  secara tidak langsung mesej yang disampaikan oleh Fynn Jamal telah mendapat perhatian masyarakat.

Saya petik dari RotiKaya.Com;

Fynn Jamal berkata populariti yang beliau kecapi kini akan diambil sebagai kesempatan untuk jadi aktivis masyarakat lebih lebih lagi memperjuangkan hak bagi anak-anak jalanan yang terbiar ataupun bayi tidak sah taraf.

“Saya meletakkan diri saya sebagai seorang ibu di tempat paling atas, kemudian sebagai pendidik dan selepas itu barulah peranan lain. Sebab itulah apabila saya dengar ada kes pembuangan bayi, hati saya cepat tersentuh dan sanggup ketepikan aktiviti seni sama ada sebagai pemuisi atau penyanyi untuk cuba selesaikan masalah yang dihadapi anak yang tidak berdosa itu”

Beliau juga berikrar mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap anaknya, Juna seorang kanak kanak autistik atau austisme yang masih belum mampu berkomunikasi dengan baik.


Benarkah apa yang cuba disampaikan oleh Fynn Jamal seluruhnya negativiti semata-mata?  Adakah kalian merasakan beliau 100 % membawa mesej bahawa TIDAK MENGAPA UNTUK MEMILIKI SEORANG ANAK BERLAINAN TARAF NIKAH?

Sebenarnya,  apabila saya menulis catatan ini,  inilah kali pertama saya mendengar lagu Arjuna Beta dengan penuh konsentrasi.  Sebagai wanita bekas model yang feeling New York City,  makanan harian saya adalah muzik Beyonce,  Rihanna dan they olls they olls yang sama waktu dengannya.  Namun ketika pertama kali mendengar lagu Arjuna Beta,  siriesli ayak mata terus bergenang di bebola mata saya.

Lagu dan lirik Arjuna Beta sungguh indah sekali.  Nukilan yang jujur macam ni memang mudah masuk ke dalam hati.




Surat Terbuka Seorang Pembaca Untuk Fynn Jamal 

Sebenarnya saya tak paham pasaipa si polan ini bersungguh hati menulis sedemikian dan merayu pula blog terkenal untuk published penulisannya.  Dia bagitau,  kalau Beautifulnara tak mau buat ulasan,  dia nak approach blog lain pula.  APAKAH?  Kat situ dah boleh nampak cara si polan cuba untuk menjual nilai diri dia.

Catatan si polan dalam surat terbuka itu adalah nilai peribadi dia sendiri.  Setiap orang mempunyai nilai peribadi tersendiri.  Nilai peribadi ini terbentuk hasil dari persekitaran kita seperi keluarga,  rakan-rakan,  didikan,  cara hidup,  agama,  tabiat,  pengalaman dan lain lain faktor lagi.  Nilai peribadi seseorang tidak akan sama dengan individu yang lain.  Malah si suami dan si isteri juga mempunyai nilai peribadi yang berbeza.

Ternyata si polan mempunyai nilai peribadi yang berbeza dengan Fynn Jamal.  Sebab itu apa sahaja yang menjadi nilai peribadi Fynn Jamal ditolak secara penuh.  Adalah tidak adil kalau dia nak kata Fynn Jamal salah seluruhnya.  Saya ulang lagi sekali,  kita semua ada nilai peribadi yang berbeza.  What ever good for me,  might not be good for u,  vice versa.

That's why saya kata,  apa yang si polan cuba lakukan adalah menjual nilai.  Dia hendak semua orang membeli nilai peribadi nya.



Konsep Menjual Nilai Peribadi

Konsep menjual nilai peribadi ni diperkenalkan oleh seseorang yang sangat saya hormati,  my mentor,  Kak Baby a.k.a Zarina Abdul Rahman.  Dia pegang prinsip ini dalam hidupnya.  Dia tidak suka orang yang suka menjual nilai peribadi.

Apa juga pilihan peribadi seseorang,  pastinya terbentuk adalah sebab-sebab yang paling sesuai dan selesa untuk kehidupan seseorang itu.  Oleh itu,  kenapa kita perlu memberikan pandangan negatif hanya kerana kita tidak selesa dengan pilihan nilai peribadi seseorang itu?

Apa yang berlaku kepada si polan itu adalah satu contoh kecil yang berlaku dalam kalangan pengikut selebriti di Malaysia ini.

Saya perasan,  kalau di Hollywood,  pengikut yang suka memberikan komen negatif dipanggil #haters.  Kerja depa,  hari hari masuk dalam laman sosial selebriti dan kutuklah sehabis yang boleh.  Contohnya,  depa pi kat Youtube sepupu I,  Beyonce,  macam mana meletops pun sepupu aku menyanyi,  depa tetap akan kata sepupu aku fake and tak boleh nyanyi live.  Apa punya bodo aku pun tak tau la.  Tapi,  kita tak boleh nak emosi dengan kata-kata depa sebab inilah haters.

Tapi kat Malaysia,  pengikut yang suka memberikan komen negatif adalah sedikit berlainan sikit dengan haters.  Depa bukan mengutuk secara terang-terangan.  Tapi kutukan depa diberikan dalam bentuk nasihat.  Gitu.  Depa punya style adalah dengan memberikan dakwah dan menjual nilai-nilai peribadi depa.  Ampa pi tengokla laman sosial para retis,  mesti berlambak komen-komen yang suruh artis insaf,  suruh tutup aurat,  suruh pakai tudung dalam contoh contoh lain yang mengharap artis itu berubah ke arah kebaikan.




"Dont ever let them (negativity) get into your system,"

Cabaran alam maya tanpa sempadan ini adalah amat berbeza.  Hari-hari ampa bukak Facebook,  Instagram,  terang tang-tang ampa boleh tengok semua artist pakai apa,  makan apa,  berak kat mana,  lepak dengan sapa,  pi mana.

Bukan kata retis,  jiran tetangga ampa pun boleh tengok.  Kalau dulu,  Kak Yam kena pi buat-buat hantar katalog Avon kat rumah hang walhal dia sebenarnya nak korek cerita hang dengan laki hang sebab semalam dia dengar ampa duk bergaduh.  Nenjia lani,  dia bukak Facebook ja otomatik dia tau ampa gaduh sebab si bini bodo pi tulih kat status "Malam ini sayang tidur dengan air mata.  B dah berubah,"  gituuu!

Ini menunjukkan betapa senangnya benda negatif nak masuk dalam hidup kita.  Kan?  Kalau dah tengok benda benda ni semua depan mata kita (dalam henfon) takkan dalam hati hang pun tak terdetik untuk kata "Aiiyooooo artist ni hantaran bukan main meletops.  Ni semua sponsor boleh la..." kan?

Sebab itulah I olls pegang nasihat sahabat I olls,  Asmaa Aljuned.  Dia pesan kat I olls "Dont ever let them (negativity) get into your system,"  Benda ini mudah tapi Insya Allah kalau kita jadikan tabiat lama-lama boleh membentuk peribadi kita untuk jadi seorang yang lebih positif.  Yalah,  lagi banyak kita bercakap pasai positiviti,  lagi baguih!  Haa...akak bukan nak menjual nilai peribadi akak.  Ampa faham dak?

So,  apabila u olls duk tengok FB / Instagram orang lain,  latihlah diri u olls untuk jadi lebih terbuka.  Jangan cepat menilai.  Jangan cuba menjual nilai.

Mama Regina ada sebut kat I olls dalam pertemuan kami Oktober lalu "Semua yang berlaku depan mata kita ni,  betul atau salah,  anggaplah semua ini sebagai santapan hidup kita,"  Santapan / makanan ni ada yang bagus untuk badan.  Ada yang tak bagus untuk badan.  So ampa pilihlah mana yang palinggg sesuai untuk diri u olls.



sumber gambar : Facebook page Fynn Jamal



Sembah Ratu untuk Fynn Jamal

Sebagai kesimpulan,  akak ingin memberikan sembah ratu 44 step zapin kepada isteri,  ibu dan wanita yang bergelar Fynn Jamal ini.  U olls telah memulakan langkah meredah arus sungai yang deras.  Semoga niat u olls untuk menyemarakkan mesej baik terhadap anak-anak jalanan yang terbiar ataupun bayi tidak sah taraf akan dipermudahkan Allah.  At the end of the day,  Allah saja tau niat kita.  Duk bergaduh dengan manusia,  sampai bila pun tak akan habis. "Tidak relevan sama siapa2. tapi jujur." Allah tau U,  cukupla kan?

ps/  Semoga u olls semua tidak menjadi seperti Si Polan.  Nak susah payah betulkan hidup selebriti.  Kita skroll tengok gambar Nora Danish and Nur Fazura pose-pose manja sudah la dalam IG sudah la.  Habis teruk pun kita LIKE sudeeeeeeee.  Kennnnnnnnnnn!  Shasha Halim,  thanks na bagi aku idea nak tulis benda ni.

4 comments:

  1. biaq pi apa orang kata.
    tak kaya tak miskin dgn mulut orang
    kita je tahu diri kita

    buat yang thorbaek sudah.

    ReplyDelete
  2. Wahai Mak Hayam-ku Jumie,
    Aku lagi ghasa mau sembah ratu 437 step zapin versi Dubstep kat hang pasai hang lagi well-said dari aku nak said.

    ReplyDelete
  3. ini saya setuju...kalau nk tegur pon ase ada caranya..nie tak maki maki..elok benar penuh 'islamik'nya...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...