12.11.14

Sembah Ratu


Hello u olls,

Ampa mesti selalu terbaca term Sembah Ratu dalam blog akak.  Paling kerap akak tulis adalah 'sembah ratu 44 step zapin'.  Tapi u olls fahamkah terma ini?

Kalau tengok kepada perkataan ni,  sembah ratu.  Pasti u olls tahu apakah caranya kan?  Kita orang Nusantara pasti dah tau macam mana kita hormat tunjuk kepada baginda sultan dan permaisuri kan?  So adakah terma Sembah Ratu ini perlu literally tunjuk sembah sembah macam depan raja tu?

Actually no!  Ianya hanyalah terma yang boleh diganti untuk sesuatu tindakan/perbuatan yang menunjukkan tanda hormat kepada seseorang individu yang lain.

Sembah ratu dalam Noxfords JS bermaksud;  tanda hormat;  respect; salute; kepada seseorang individu atas apa yang dia mampu miliki,  mampu buat. ATAU;  perbuatan untuk bertemu dengan seseorang yang amat dihormati apabila masuk kawasan marhayam or ratu;  perbuatan untuk bertemu dengan seseorang yang dihormati apabila ingin memohon sesuatu.

click read more





Contoh 1 :

Apabila u olls tau blog akak menjadi popular sehingga pihak Majalah VOUGE Italy nak jemput akak jadi cover person,  maka u olls semua kalau jumpa akak boleh la kata "Aiiyooo...depa nak masuk VOUGE...sembah ratu mak ayam".




Contoh 2 :

Apabila u olls datang ke USM,  so u olls mesti nak kena mai jumpa akak dulu,  sebab akak kan marhayam besardurjana di sini,  so u olls akan beritahu kawan-kawan u olls,  "Aku nak pi International Office sat,  nak pi sembah ratu kat Kak Jumie,"  gituu!  Tapi bila depa mai jumpa I olls,  depa tak mai angkat tanda sembah macam raja pun,  depa mai la jumpa aku macam biasa,  salam cium pipi gitu.



Contoh 3  :

Apabila berlaku perselisih faham,  konflik,  siapa yang beralah (mengalah) akan pi sembah ratu kat individu yang sentap itu. (I olls akan explain pasai sentap dalam artikel lain).  Perbuatan si anon yang mengalah tu pi mintak mahap dan sebagainya kita boleh gambarkan sebagai sembah ratu.  Contoh ayat  "Noks...dia sentap dengan aku noks sebab aku tak ajak dia pi lunch.  Takpa,  satgi aku pi sembah ratu kat dia sat,"



Asal Terma
Terma ini asalnya digunakan dalam kalangan maknyah.  Tapi lately,  i olls perasan bahasa Maknyah memang dah banyak menyerap dalam bahasa orang sempurna (those yang bukan maknyah).  Malah golongan anak muda juga lebih selesa menggunakan terma-terma maknyah ini dalam percakapan harian mereka.





Sembah Ratu 44 Step Zapin

Terma ini dicipta oleh sahabat akak NurulJannatunaim Mohd Akhir a.k.a Noks Maria Zoeysabella.  Dikomersialkan oleh akak dalam blog akak.  Sembah Ratu 44 Step Zapin ini memang we olls bagi hanya untuk they olls yang betul betul layak sebab mungkin kepada kemampuan,  keberanian dan juga pencapaian yang beyond expectation dan tahap norma kehidupan.  Tak semua orang boleh dapat title ini ya.  Tapi,  sahabat akak Yoe CR pondan pembawa boat di Pulau Perhentian boleh membuat rentak tarian Sembah Ratu 44 Step Zapin ni.  Pergerakannya melibatkan kangkangan kaki,  zapin Sunda dan Johor,  lompat dalam gelung api dan akhir sekali serlom tangan dalam poket dan mengeluarkan glitter a.k.a jigna dan membaling kepada orang yang kita hormat tu. HAHAHA






Keburukan dan Kebaikan Sembah Ratu
Kebaikan Sembah Ratu adalah mudah,  supaya kita saling menghormati sesama kita.  Hubungan silaturahim juga semakin erat sebab kalau kat mana kita berada,  kita selalu kenang orang yang banyak berjasa dengan kita selain menyemarakkan rasa kasih dan sayang sebab kita rasa dihargai apabila orang mai sembah ratu kat kita.

Keburukkan sembah ratu apabila kita sebagai individu sentiasa meminta-minta orang sembah ratu kat kita.  Saya percaya perbuatan ini perlu diberikan secara ikhlas,  bukan atas alasan takut.  Sesetengah orang menganggap depa terlalu diva sampai apa sahaja orang lain nak buat kena ada pengiktirafan dan kebenaran dari hatinya dahulu.  Golongan ini saya panggil peminta sembah ratu.

Contoh paling saya tak suka tentang sifat peminta sembah ratu adalah seperti berikut.


  • "Pasaipa Jah tak ikut kita mai kenduri?"  tanya Haleesa.  Zafirah pun menjawab  "Hala...hang tak pi sembah ratu kat dia dulu."  "Laa...aku kan dah Wassap dia hari tu suruh mai kenduri ni?" tanya Haleesa lagi.  "Wassap ja mana cukup,  hang kena pi kat rumah dia.  Jemput dia...," terang Zafirah siries.  Haleesa pun membalas sambil memcebik bibirnya "Motip aku nak kena pi sembah ratu kat dia? Orang lain pun aku Wassap ja,"
  • "Marlisssa......hang nak pi dak annual dinner office?"  tanya boss.
    "Saya tak pi....." jawab Marlissa ringkas.  Boss terus buat tak tau kat Marlissa.  Bagi beliau,  seorang staff ada hak dia nak attend atau tidak ke majlis makan malam tahunan anjuran syarikat.  Marlissa semakin memuncungkan muka dengan Boss dan rakan-rakan pejabat lain kerana tiada siapa yang endah tentang kehadiran beliau ke majlis makan malam tersebut.  Akhirnya,  tanpa segan malu,  Marlissa datang ke majlis makan malam tersebut.  Sifat Marlissa ini kita panggil sebagai peminta sembah ratu.  Dia expect orang mai tanya dia berkali-kali kenapa dia tak pergi ke majlis tersebut.  Dia nak rasa seperti dia penting berbanding orang lain.  



Sifat peminta sembah ratu ini adalah tidak baik dan kita harus buang.  Pepatah Melayu ada berkata,  ikutlah resmi padi,  lagi tunduk lagi berisi.  Apalah sangat duk sembah ratu di dunia,  kalau kat akhirat nanti Allah tak tanya langsung berapa banyak sembah ratu hang dapat sepanjang hidup hang!

Insya-Allah akak akan terus membuat ulasan vokabulari NOXFORDS JS dari semasa ke semasa.  Kalau akak lupa,  please ingatkan akak ya.
ps/  Hujung jari jemari sedang memegang dan membetulkan kedudukan mahkota atas kepala.

Love,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. dah lama kami nanti2kan artkel sebegini...terbaikk marhayamm jumie..teringin nak sembah ratu ampa kat usm tu nanti

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...