18.11.14

Tahniah to Mama Regina Ibrahim


Apa yang u olls lihat di atas adalah muka kulit buku berjudul Perjalanan by Regina Ibrahim.  TAHNIAH MAMA.  Akhirnya cerita ini berjaya dibukukan.  Im speechless actually.  Tak tau nak kata apa.  Tapi aku harap sangat ampa semua pi beli buku ini.  Cerita ini memang best.  Sapa yang tak faham cerita dunia seorang maknyah,  ampa mai baca ni.

Aku percaya lepas ampa baca naskah ini,  persepsi ampa pasai dunia pondan akan berubah.

Thanks to Mama Regina yang telah kongsikan dengan aku naskah ini pada tahun 2010-2011 (i tak berapa ingat).  Aku dah baca cerita ini.  Amik 2 hari untuk bagi settle.  Yes,  ada ketawa,  ada sedih, ada debaran,  tapi akhirnya aku menangis dalam kegembiraan.  Watak Rozila sangat dekat dengan jiwa aku.

Kesimpulan cerita ini,  u can changed anything to your body,  u boleh perm kan rambut,  boleh cukur kening,  boleh bagi kurus,  boleh buat body,  boleh bertudung litup,  boleh memakai tu pis,  boleh buat pembedahan ubah jantina...........TAPI KALAU HATI U TAK BERUBAH,  LUHUR JIWA U MASIH PENUH DENGAN NEGATIVITI,  TIADA GUNA SEMUA PERUBAHAN LUARAN YANG U OLLS BUAT.

Jom dapatkan buku ini segera.  Secara online,  di kedai-kedai buku yang menawarkan naskah FIXI ataupun secara online di sini  :  Google Playbook Perjalanan

ps/  Jangan feeling mintak naskah berautograf dari aku ya!!  Ampa tunggu mama announce dia punya book signing ceremony.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...