15.12.14

ANTM Cycle 21 Episode 6 : Lenox Yang Meletops


Hello u olls.  Thanks to Syahmi Ibrahim sebab telah memberi peringatan kepada I olls untuk buat review ini. Baru I olls perasan bahawasanya I olls terlupa untuk buat review episod 6. I duk feeling apa tak tau, duk rasa macam dah buat review tu. Tapi tak buat lagi rupanya. Baiklah, hari ni ampa akan baca dua review sekaligus. I olls dah setting review episod 6 dan 7 dipublish pada hari yang sama. So enjois!



Will Dapat Best Photo

I olls duk ingat dia nak ajak Matthew duduk sekali dalam Tyra Suite tapi kisahnya dia bawak Raelia untuk duduk sebilik dengan dia. Mak sedih sikit sebab kalau dia duduk dengan Matthew mesti nanti akan ada story meletops.

click read more


Love Suite

Kalau selama ni kat ANTM ada Tyra Suite sahaja, tiba-tiba cycle ini depa ada Love Suite. Ini adalah rekaan gentislina 2 pasang merpati sejoli iaitu Keith, Kari, Marijana and Denzel. Depa amik tilam and susun macam mana ka, satu bilik tu depa duduk empat orang. Kira dah love kuatlah.

Tapi Keith and Kari dari awal depa memang dah feeling flingfling macam mana ka, tapi depa cool. Tapi Denzel and Marijana Sundalina tu aiyo very the!! Duk gedik la dua dua ekok. Hang cium aku aku cium hang. Siriesly, kita mesti ada kawan jenis macam ni kan? Punya nak tunjuk la macam depa cinta kuat sangat. Sampai orang lain naik rimaih.

Memang satu rumah duk berbulu tengok permainan cinta depa dorang ni. Aku confirm semua penonton termasuk peserta dalam rumah tu semua duk sumpah agar salah seorang depa kena balik rumah sebab kalah. Tapi nakhare depa dorang ni bila shoot memang meletops dalam gambak. Apa pun, aku haram nak tergelak bila ada satu pondan antak video kat Tyra dia kata nama Marijana is MARJAINA....hahaha nakharam.



Cabaran Buat Iklan Earphone Nick Canon

Cabaran untuk minggu ini adalah depa dipecahkan kepada 3 team and depa kena produce gambar untuk iklan earphone Nick Canon menggunakan tablet sahaja. Group Ben memang sangat merepek. Boring kot idea party tepi kolam mandi. Sangat Majalah Mangga. Group Adam adalah baguih juga, tapi sayangnya pose Marijana and Raelia yang mempunyai ekspreasi wajah yang boring. Tapi Adam memang nampak macam dia bersungguh buat the best untuk team dia. Baguih la deni. Team Lenox aku paling suka sebab gambar depa produced sangat lain dari yang lain. Idea minimalist tapi ada message. Memang patut depa menang.



Pakai Wig

Tema photoshoot depa minggu ini adalah menggayakan rambut pelasu a.k.a wig. Nampaknya semua peserta lelaki memang struggle gila bila depa pakai rambut pelasu yang panjang-panjang. Tapi lepas mendapat penasihatan daripada Yu Tsai, semua peserta lelaki boleh pose dengan meletops sekali dalam image bergerak yang dirakam. Kecuali Ben, dia punya pose macam keraih sikit. And sebab tu lah dia balik minggu itu yalah u olls vote pun kuranglah.





Adam Makin Improving

Minggu lepaih aku puji dia. Minggu ni aku nak puji dia lagi. Baguihlah deni. Yu Tsai pun puji dia sebab dia sangat focus dan dengar cakap Yu Tsai bila tengah shooting. Tapi walaupun dalam gambar dia sangat meletops and yes, dia memang kendu jugak....DRESSING DIA MACAM KAMPUNG!!! Haraplah Marhayam Tyra tegur dressing dia sikit lepas ni. Minggu ni jugak, Adam and Ben feeling buat lagu untuk ANTM. Adam macam cute duk rapping macam mana ka. Lagu tu pun best.



Lenox Yang Meletops

Minggu lepas Lenox kena carut teruk sebab dia langsung tidak berusaha untuk menjadi seksi (cabaran pembelajaran minggu lepas). Namun, Tyra kekalkan dia dalam pertandingan kerana Romeo kena buang akibat perbuatannya seperti haiwan. Syarat untuk Lenox, untuk photoshoot kali ni dia dapat buat 5 shot sahaja.

Dia nak buat yang the best. Ini menyebabkan dia jadi sangat pressure. Ditambah pulak dia kehilangan bapanya beberapa minggu before dia masuk ANTM Cycle 21. Gila.....mestilah efek. Aku respek sebab masa dia nak nangis tu, dia lari pi belakang and cuba untuk lawan tidak menangis. Dia dipujuk oleh kawan-kawan dan Yu Tsai. Dia sebenarnya tak mau attention, aku suka pompuan macam ni.

Dia takut orang ingat dia nangis sebab dia lemah. Tapi lepas sembang dengan Yu Tsai semua lepaih tu dia rasa lega macam mana ka. And nenjiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa minggu ini dia menang best photo!! Cayalah Lenox!

Jom tengok gambar shot depa.  Tapi ini adalah still photo.  Sebenarnya depa rakam moving image untuk tengok kepandaian depa keribaih rambut.  Susunan gambar ini berdasarkan gambar yang paling I olls suka kepada yang I olls paling tak suka.  :)

Lenox

Adam

Keith


Denzel

Marjaina....HAHAHA

Shei

Kari

Raelia

 Matthew

 Will

Ben

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...