2.12.14

Goodbye November



Wohhooo cepatnya dah masuk bulan Disember 2014. Lagi satu bulan kita dah nak masuk tahun 2015. Cepatnya masa berlalu. Cepatnya masa berlalu. Rasa takut pulak nak tengok balik senarai yang aku buat sebagai impian tahun 2014. Takut sebab ada banyak lagi yang aku tak sempat buat. Biasalah, pompuan tingtong macam aku. Banyak benda yang aku nak buat, banyak benda yang aku idamkan. Tapi bila aku jumpa benda baru, aku pun lupa benda yang lama.

Ada satu nama untuk orang macam aku ni. Something ‘disorder’ apa kah. Hang susah nak tumpukan perhatian pada satu benda. Especially bila otak tengah best (seperti tengah happy, excited bila dapat good news atau seumpamanya). Tapi so far, tak pernahlah memudaratkan sapa-sapa sebab kelemahan aku ni. Cuma kerapkali, dalam duk sibuk sibuk dan duk focus buat kerja, at the end of the day baru tersedar ada benda penting yang aku lupa nak siapkan.

Bulan November ini ada beberapa perkara indah yang tercatat dalam diari hidup aku. Selain perkahwinan anak ayam aku Wawa Azwanti pada pengakhiran November ini (akan aku ceritakan dalam blog aku soon) , aku dan pasukan Tampung Bajau berjaya menang tempat kedua dalam pertandingan persembahan malam kebudayaan sempena Hari Warga Staf USM 2014. Memang kenangan yang terindah.


click read more






Walaupun dah berminggu persembahan tu, tapi sampai lani aku suka duk pasang video tu dalam Youtube. Tak tengok gambar pun takpa. Sambil buat kerja, aku duk pasang video tu and gelak sorang sorang dengar suara Mahsuri a.k.a Kak Mah lakonan Kak Shuk membuat lawak jenaka. Hai...dah macam mak-mak zaman dulu duk dengar drama radio sambil buat kerja.

But before that,  satu lagi kenangan yang terindah aku sempat catat dalam diari hidup aku apabila team pelajar antarabangsa USM telah berjaya merangkul anugerah juara dalam pertandingan tarian di Universiti Nilai.  Ampa semua dah tengok ka video video kami?

Tapi satu benda yang aku belajar sepanjang membuat kerja produksi dengan Dr. Pitt, selaku Timbalan Ketua Kontinjen Tampung Bajau and ketua rombongan USM ke Universiti Nilai,  iaitu untuk push orang just a little bit more. Sapa yang tak faham, ketika bekerja dengan Dr. Pitt, depa rasa macam dia ni suka last minit, otak terlalu creative and idea terlalu gila gila. Sesetengah orang rasa Dr. Pitt terlalu suka PUSH and membuatkan urusan kerja kontinjen menjadi a bit tertekan sedangkan tujuan utama kami berusaha dalam Hari Warga Staf ini adalah untuk suka-suka.

Namun, setelah selesai semua pertandingan dan kami mendapat manisan kemenangan, baru kami sedari yang setiap kali Dr. Pitt PUSH kami itu ada sebab and hasilnya. Bukan saja-saja syiok sendiri and nak menyusahkan mana-mana pihak. Kalau kita rancang kerja kita dan kita niat bekerja untuk PASUKAN dan bukan untuk diri sendiri, balasan kemanisan kemenangan itu akhirnya akan membuatkan kita lupa kepada semua kesusahan and ketensyenan yang kita lalui tempoh hari.

Mungkin benar apa yang aku pernah terbaca sebelum ini “Winning is not an achievement but is a habit,” kalau hari hari menang aku tak tau la akan rasa high macam mana!




Bulan November ini juga membawa perkhabaran yang tidak baik untuk warga pejabat aku apabila seorang ahli keluarga kepada pelajar antarabangsa di USM telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya ketika bersiar di bandar Georgetown. Anaknya, pelajar kami, Daniel Lott tidak mengalami sebarang kecederaan namun bapanya Hubert Lott tercedera di bahagian paru-paru. Mengikut perkhabaran, tulang rusuknya patah. Selepas menyampaikan perkhabaran mengenai sumbangan dermaan darah,

Alhamdulillah memang ramai orang awam yang pi derma darah di Unit Tabung Darah Hospital Pulau Pinang. Namun, apabila pembedahan di Pulau Pinang ini terpaksa di batalkan kepada Mr. Hubert dah makin stabil dan pihak doktor dari Jerman telah membawa beliau balik ke negara mereka untuk memberikan rawatan yang selanjutnya.

Dahsyat betui na orang negara Jerman, depa mai antar doktor depa mai cek rakyat depa teruih kat sini.

Tapi, kami keluarga USM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penderma. Keprihatianan ampa semua hanya Allah yang dapat membalasnya semula.


Kesian kat bapak Daniel.  Memang jalan raya kat Georgetown agak merbahaya.  Ampa ingat dak satu artikel I olls tulis membalas balik kutukan wartawan NST yang kata pemandu kat Penang sangat kurang hajar. If u cannot fight them,  join them.  Memang nasib Mr.  Hubert agak tidak elok la hari tu.  

Bercakap pasai jalan raya di Georgetown,  bulan November ini i olls berkesempatan jugak untuk ronda-ronda menaiki basikal mengikuti Georgetown Heritage Trail.  Ini pun artikel yang saya masih hutang dengan kalian.  



Seronok berbasikal,  selain mengeluarkan peluh dan membakar lemak tepu,  i olls juga dapatlah feeling America's Next Top Model duk posing depan street art.  Bercakap pasai ANTM,  ampa duk baca dak aku buat review pasai ANTM Cycle 21.  Ampa haruslah baca naa!!  I olls akan buat ulasan berdasarkan siaran waktu Malaysia.  So ampa takyahlah feeling-feeling bagitau apa yang dah jadi kat Amerika.  I tau lani,  cycle 21 dah nak habis and Ms Tyra pun dah start buat casting untuk Cycle 22 Short and Tall.

Sapa duk main duit kutu? Atau orang Penang panggil duit kut. Ampa simpan duit dalam lingkaran kumpulan and setiap ahli kumpulan itu akan mendapat duit simpanan secara bergilir. Dah lama (berbelas tahun jugak) aku tak main game ni. Sebab kali terakhir aku main game ni dengan para sepupu and gang gang depa yang aku tak kenai. Nak jadi cerita, lepaih depa semua dapat duit kutu depa, pastu depa tak mau bayar dah duit. 
A photo posted by Jumie Kamarulhafiz (@jumiekhafi) on

 So orang macam aku yang dapat nombor last terus tak dapat bayaran. Masa tu kami kutip duit mingguan. So kalau ikut turn, kali boleh dapat RM150. Haram jadahla depa-depa yang kawan sepupu aku tu. Aku tak kenai depa sampai lani. Tapi depa lah yang membuatkan aku mempunyai ketraumaan dengan permainan feveret mak mak kita ni.

Bila aku masuk kerja kat office baru ni, entah macam mana ka kebetulan, depa baru start main kutu. Sebulan RM100. Aku pun amik la join. 1, sebab aku nak amik hati kawan kawan baru kat sini. 2, sebab aku rasa macam bagus sangat sebab boleh buat menyimpan lebih.

So lepas dapat kutu aku yang pertama ni, aku pun telah membeli handphone baru iaitu Lenovo S860. Sapa sini pakai Lenovo angkat tangan? Siriesly, phone jenama ni sangat bagus kan? Lajiu and tahan lasak. Dahla murah. Lani memang ramai yang pakai Lenovo. Tapi bila nak pi beli handphone ni, tauke kedai phone selalu macam memburuk-burukkan phone jenama ni.

Depa kata, phone ni murah, selalu ada problem, bla bla bla. And depa akan kata “Biasalah...balang (barang) mulah (murah), lu pakai sat sajala laaa...”

Ala Tauke. Hang saja nak suruh aku beli fon mahai. Sudahlah. Aku tetap beli phone ini. So, ampa semua lani kalau perasan awat lani Twitter and Instagram aku tiba tiba aktif semacam, so ampa faham-fahamlah. Sebab aku dah pakai henfon baru la. Yebba!!

One more news untuk aku garapkan sebagai catatan bulan November adalah keputusan aku untuk menarik diri sebagai tenaga pelakon dalam produksi pelajar tahun akhir USM bersama Faezah and Mynn. Aku terpaksa menarik diri sebab kebelakangan ini disebabkan oleh aktiviti pejabat yang agak padat hingga ke hujung minggu menyebabkan masa rehat aku kurang. Aku ambil keputusan untuk tarik diri sebagai pelakon produksi itu supaya aku ada ruang rehat pada malam hari kerja. I really need to rehat. Bila badan pun penat, perasaan and mood tidak begitu menjadi.

Tapi sampai lani, depa semua tak balas apa-apa mesej aku. Aku tau depa marah. Kalau aku kat tempat depa pun aku marah juga. Benda ni bukan main-main sebab ini adalah kerja ilmu depa. Aku harap satu hari depa faham permintaan aku.

So ampa tunggu lagi na catatan-catatan aku lepas ni. Hope ampa semua enjois. Sebab jangan jeles, katanya Fynn Jamal pun buat pengakuan dia pun dah lama baca blog aku. Aiiyoooooooooooooooo!! Tak pernah komen pun. KEKWAT.

Sekian sahaja catatan akak untuk rumusan bulan ini. Welcome Disember!

2 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...