Hulurkan Bantuan untuk Qysstina Syafieka

Qysstina Syafieka binti Erman Shah


Bismillah.

Kali pertama menatap wajah adik Qysstina Syafieka Bt Erman Shah (7 tahun) hanya Allah S.W.T sajalah yang tahu betapa pilunya hati mengenangkan insan sekerdil itu harus menjalani nasib yang sedemikian. Tidak terjangkau akal saya untuk menggambarkan betapa sengsaranya dia menahan kesakitan yang Allah S.W.T turunkan sebagai ujian untuknya dan kedua ibu ayah.

Bibirnya tidak putus-putus merintih dalam esak tangis "Tak selesa badan ibu..tak selesa badan ibu....lenguh ibu....."

Kerapkali juga dia memanggil ibunya dan meminta dipeluk ibu. Seketika dalam pelukan ibu, dia pun terlelap dan pelukan pun terlerai. Dia mula mengidap luekimia atau kanser darah pada usia 4 tahun. Bermula saat itu., kedua ibu ayah yang berniaga barang-barang mainan di pasar malam tidak pernah jemu berusaha. Berkorban segalanya atas impian ingin melihat anak tersayang pulih seperti sediakala.


click read more



 Puan Natipah bersama adik Qysstina.





 





Sumber gambar :  Facebook Natipah Abu.


Kalau dahulunya ketika berniaga semua anak-anak di bawa bersama ke tapak niaga tapi kini mereka hilang mata pencarian kerana menumpukan sepenuh masa untuk menjaga Qysstina. Segala apa yang ada habis dijual satu demi satu demi menampung kos perubatan.

Selagi ada peluang mereka sanggup mencuba apa saja. Mereka melengkapkan semua kaedah yang disarankan hospital termasuklah menjalani proses kemoeterapi.

Ketika usia 5 tahun, adik Qysstina menjalani pembedahan pemindahan sum-sum tulang yang didermakan oleh adiknya Rayyan Hezri yang ketika itu berusia 4 tahun. Namun kita manusia hanya mampu merancang Allah juga menentukan segalanya. Selepas dua tahun pemindahan sum-sum tulang itu, hari ini pihak hospital tidak mampu mencadangkan sebarang kaedah lagi selain memberikan morfin untuk membantu mengurangkan kesakitannya.

Bermula dengan telinga, gusi, kuku dan akhirnya mata, insan terpilih ini mula mengalami pendarahan. Matanya sudah terkatup. Tidak tahu apakah mata itu masih sempurna atau sudah rosak. Ibu dan ayah takut untuk "menyentuh" mata itu. Bimbang akan meyakiti atau bimbang dijangkiti kuman. Sekadar mencuci dengan cecair yang dibekalkan pihak hospital.

Manakala tangannya sentiasa menekup sebelah telinga yang sudahpun mengalami pendarahan. Dia yang masih mampu berbicara memberitahu " Sakit telinga ni."

Ayah beliau ternyata tidak dapat menyembunyikan kesedihannya mengenangkan satu masa lalu Qysstina adalah anak emas yang sangat rapat dengan beliau. Anak sulung dari tiga adik beradik itu sangat manja dengannya.

Hari ini, anak kesayangannya itu enggan didokong atau diuruskannya kerana sentuhannya dirasakan kasar untuk tubuh yang hanya tinggal tulang dan kulit itu.

Alhamdulillah...adik Qysstina masih mampu makan dan minum seperti biasa walaupun tidaklah sebanyak mana walaupun sambil berbaring sahaja. Putu mayam, itulah sahaja selera makannya setiap hari sekarang.

Kebelakangan ini, dia mula meminta buah manggis. Di manalah hendak dicari hajatnya ini kerana sekarang bukanlah musimnya. Namun si ayah sudah berpesan kepada semua sahanat khusunya pemandu lori atau bas, kalau ada ternampak buah manggis, tolonglah belikan untuk menunaikan hajat anak kesayangannya.

Meminjam kata-kata sahabat saya..Allah memilih kita untuk membantu seseorang bukanlah kerana kita baik atau mereka perlukan bantuan kita. Tetapi Allah ingin memberi kita peluang untuk membantu diri kita.

Barakah adalah rahsia Allah S.WT. Kepada anda yang ingin menyumbang membantu meringinkan beban keluarga ini silalah hubungi saya atau bank in terus ke “Tabung Qysstina”

"Tabung Qysstina"
No akaun Maybank Natipah Abu 
152108065353 

atau

No Akaun Public Bank Erman Syah Yahya 
4753230306


Nukilan Puan Natipah Abu. Atas permintaan keluarga, mereka mewakilkan Puan Natipah untuk urusan sumbangan dan sebagainya. Ibu bapa Qystinna ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada urusan menjaga kesihatan dan kesejahteraan anak mereka, oleh itu mereka juga mahu agar alamat rumah mereka tidak diberikan kepada pihak umum. Namun sumbangan dan doa dari kalian semua kami dahului dengan ucapan terima kasih.

8 comments:

  1. slm kak jumie.ada no akaun lain besides yg atas ni?saya transfer jadi un- authorized dah.prolly dah reach limit kot.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam,

      Saya dah cuba hubungi Ms. Natipah tapi takdak balasan. Will update this info asap.

      Delete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. Assalam kak jumie,
    nak minta izin share dalam blog sha boleh dak???
    Moga anak syurga ini dilindungi & diringangan kesakitannya AMIN
    (tak tertahan air mata)

    ReplyDelete
  4. Assalam KJumie,
    Transaction rejected. Account not authorized. Nanti Kjumie tolong habaq mai na kalau ada account lain...
    Semoga Allah sentiasa bersama keluarga ini dan diberikan kekuatan serta ketabahan terhadap ujian ini.
    Cepat sembuh Sayang!! :-(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam, terima kasih kepada pihak u sudi nak derma. Saya pun actually duk contact family depa takdak sapa pun respond. So takpalah. At least kita usaha. Depa pun kalut kot nak jaga Qysstina lagi.

      Delete
  5. Kak Jumie,

    Saya dh try pun takleh lg. Pape update kat blog akk ehh..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...