8.12.14

Muruku Emosi

Hello u olls,

Kepada rakan-rakan students dan staff USM,  sapa pernah beli Muruku Emosi kat Kedai Koperasi USM yang terletak di belakang Restoran Subaidah?

Siriesly,  kalau ampa pernah beli,  ampa suka dak makan muruku ni?  Akak sangat suka muruku ni and setiap kali pi Koperasi ni mesti nak beli punya.  Rasanya sedap.  Pedas,  berperisa,  rangup dan mengenyangkan.  Bila makan mesti tak mau berenti.  


Tapi pernahkah ampa terpikiak pasaipa nama muruku ini Muruku Emosi?

So satu hari apabila akak boring di office,  akak pun menelipon nombor telefon yang terletak di atas label muruku ini.  Akak bercakap dengan seorang lelaki yang akak terlupa nak tanya nama dia dan siapa dia.
Tapi dia mengaku talian ini untuk Muruku Emosi.

So akak tanyalah,  pasaipa muruku ni nama Muruku Emosi.  Dia kata "Saja la bubuh nama ni.  Takdak sebab apa pun,"  jawab pakcik itu ringkas.

Begitulah kisahnya.  Akak tetap akan membeli dan memakan muruku yang sedap ini.  Oh ya,  yang pastinya,  anda tidak akan mendapat efek emosi selepas memakan Muruku Emosi ini.





1 comment:

  1. hahah comelnya la.
    yang menelefon nombor tu pun comel,
    yang jawab saje je tu pun comel

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...