9.12.14

Roti Canai Shaik Gemas Road


Roti canai kosong 2 biji dengan daging dan bawang mentah.


Hello u olls,

Kepada u olls yang suka makan roti canai,  I olls nak rekemen satu lagi kedai roti canai kat Georgetown yang sesungguhnya lebih sedap dari roti canai Transfer Road or roti canai Argyll Road (at least according to me).

Memperkenalkan Roti Canai Shaik Gemas Road,  tapi kalau tengok kat Foursquare / Waze depa rujuk kepada Roti Canai Fairuz No.1.

Actually Shaik ialah abang sulong dalam keluarga pengusaha roti canai ini.  Fairuz ialah nama salah seorang adik beradik depa.  Tapi sejak dulu memang Abang Shaik yang penguli roti canai.  Daulat a.k.a Tholat ialah adik beradik depa yang bertanggungjawab buat air.  Teh tarik beliau sangat meletops.  Adik beradik lain,  tolong serve tetamu :)

Akak bersama Abang Shaik masa majlis persandingan Zafirah Yusak.  Kat belakang tu,  ada photobomb brother pakai baju hijau itulah Daulat a.k.a Tholat.


Gerai Roti Canai ini terletak di Gemas Road Pulau Pinang,  di tengah kampung Kebun Lama,  iaitu kampung tempat I olls membesar.  Berhampiran dengan Sekolah Menengah Abdullah Munshi dan juga Sekolah Menengah Sri Mutiara.

Akak dua dari kiri.  Gambar ini dirakam pada tahun 2006.  Inilah STARBUCKS untuk akak dan rakan sekampung yang lain.

click read more



Gerai Roti Canai Shaik ini telah dibuka sejak tahun 1994 (masa itu I olls darjah 3).  Dan sehingga kini menjadi tempat kegemaran orang kampung saya dan juga orang-orang Penang.  Tempat ini agak kecik dan sempit,  oleh itu,  kalau mai makan kat sini ampa kena be open untuk share table dengan orang lain and bila dah makan tu cepat-cepatlah bagi settle untuk bagi orang lain makan pula.

Speciality di sini of course is roti canai and teh tarik.


Teh tarik Daulat yang meletops.  Kalau ampa mintak teh ais pun gila sedap berdengung jugak.



Ni gambar mak ayam duk minum teh tarik.  Hiu hiu hiu.




 Akak yang duk minum teh o depan gerai Shaik ni nama dia Khairon.  Beliau ialah lejen dalam kampung kami.  Selalunya beliau akan berjalan berpegangan tangan dengan suaminya.  Depa sangat merpati dua sejoli di kampung kami.  Tapi tak tau pasaipa pagi ni,  Khairon mai minum teh sorang sorang.  Bergaduh kot depa dorang.



Kedai Shaik yang sentiasa dipenuhi orang ramai.



Yana and Su,  depa first time mai makan sini.  Depa ni budak Kokoot. Baca sini  :  Asal usul perkataan koko'ot?







 Location  :  Jalan Gemas (Jalan Gemas), George Town, Pulau Pinang 10460
Waze  Roti Canai Fairuz No.1

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...