Produk Kecantikan dan Kesihatan Pilihan by Kawan-kawan Jumie Samsudin 2015

Hello u olls,

Seperti tahun-tahun lepas, i olls akan buat review produk kecantikan yang dipakai oleh I olls dan beberapa rakan yang sudi mengongsikan produk kecantikan yang mereka pakai untuk kebaikan kita bersama. Untuk tahun ini, i olls menjemput seorang anak ayam I olls, and dua kawan I olls yang seorang sudah bergelar ibu dan seorang lagi sedang expecting.

But before kita tengok produk apa yang masuk dalam list tahun ni,  ampa mai berkenalan dengan contributor / kawan-kawan I olls yang sudi berkongsi info dengan kita :)






Hopefully review produk kecantikan yang kami discover terbaik untuk tahun 2015 ini boleh memberikan panduan kepada u ollls untuk mencubanya!!

Okay jom baca.

Let's Shell Out Di Rumah

Hello u olls,

Ampa mesti tau kan Shell Out tu apa kan?  Kat KL/Shah Alam ada satu restoran seafood ni yang menyajikan makanan laut dengan menghidangkan makanan yang kita order tu atas meja terus.  And pelanggan yang mai akan makan terus straight dari atas meja ala-ala orang tabliq.  

Aku and family teringin nak makan lagu tu tapi kat Penang takdak lagi restoran makanan laut yang membuat konsep macam ni.  Oleh itu,  family kami pun membuat pakatan untuk membuat SHELL OUT sendiri di rumah.  




Apa yang diperlukan?

1.  All the seafood yang ampa suka.  Ketam,  udang,  siput,  sotong,  and masaklah ikut suka kita selera kita.  Kalau ampa ada member kerja kat tempat nelayan lagi la best sebab ampa boleh beli seafood dengan harga yang berpatutan.


2.  Meja makan yang bersih and kita balut dengan beg plastik untuk kita letak makanan and nanti bila dah habis makan pun kita angkat semua plastik tu.  Tak salah aku kalau kat shell out,  depa bubuh plastik and paper lagi,  sebab ada lapek,  we olls letak plastik jer.  And kami bersungguh-sungguh siap pi beli beg plastik sampah khas kat kedai plastik.  Tauke kedai tu pun pelik kenapa kami nak beli beg plastik sampah putih ni sebab selalunya yang beli beg plastik putih ni adalah orang meniaga.  Kalau nak guna beg plastik hitam,  nanti nampak tak cantek la :)


3.  Sikap yang supporting!!  Yelah u olls,  nak makan ramai-ramai share makan sekali atas satu hidang yang besar.  Kena ada perasaan supporting.  Baru fun!!


Bantuan Segera untuk Adik Fitri Iskandar


Bantuan Segera untuk Adik Fitri Iskandar

Hello semua kawan-kawan,  beberapa bulan lalu I olls ada post tentang adik Fitri Iskandar yang menghidap luekimia.  Alhamdulillah bantuan yang disalurkan oleh kalian semua tidak lama dulu telah banyak membantu keluar adik Fitri Iskandar untuk membayar bil tertunggak dan kos perubatan bulanan.

Terkini,  adik Fitri baru dimasukkan semula ke hospital dan perlu menjalani kimoterapi dan kos untuk kimo ini adalah RM2000.

Sehubungan itu,  saya bagi pihak keluarga adik Fitri Iskandar ingin meminta bantuan daripada orang ramai untuk memberikan sumbangan wang agar adik Fitri dapat menjalani kimoterapi secepat mungkin.

Untuk maklumat semua,  keluarga mereka bukanlah orang senang dan zakat pun tak dapat.  Kalau kalian dapat sumbangkan RM1 pun amatlah dihargai.

Sumbangan boleh disalurkan ke :

Zuraida bt Mohd Tamrin
CIMB Bank 761 299 8000
Maybank 512044529481
Sebarang maklumat lanjut,  boleh hubungi Puan Zuraida di nombor 012-3817625 (Zuraida / ibu).

Not Just A Cafe : Cafe Lagenda, Penang

Hello u olls,

Pada suatu hari,  ada sorang akwan lama message aku kat Facebook.  "Hang kenai aku dak?"  Aku pun bukakla Facebook page tu and tengok muka kawan aku ni,  ISHHHH....macam kenai.  Aku pun mesej kat dia "Wehs...........siries aku kenai hang tapi aku lupa kat mana.  Please jangan maki aku,"

Maka kawan aku pun memperkenalkan diri dia dan aku pun yeahhh boleh ingat.  Nampak sangat duk tengok banyak gambaq lucah sampai banyak ilmu dah keluar.

Kawan aku ni nama Mas dia dulu main hoki untuk Convent Green Lane (aku pun main hoki jugak dulu untuk sekolah and Penang state) and then lepas high school kami sama-sama sambung pelajaran di Pahang dan beberapa kali bertemu kat terminal kat Kuantan sementara nak balik Penang.  Sekarang,  Mas dah bergelar seorang chef.  WOWWW!!

"Aku nak call hang ni sat,  hang free dak?"

Aku musykil ni nak bagi dia call aku.

"Aku bukan tak mau bagi hang call aku.  Boleh ja hang nak call aku.  Tapi hang nak buat apa?  Hang nak suruh aku join MLM ka?"

HAHAHAH begitulah perbualan antara aku dan Mas.  Kita jujur dan tak kekwat.  Dan disebabkan kita jujur dan tak kekwat,  akhirnya Mas memberitahu niat sebenarnya dia nak menjemput aku untuk memakan di Cafe Lagenda di mana dia ditugaskan sebagai chef yang mencipta menu kat situ dan dia nak suruh aku review kepada semua pembaca blog semua.  YEAAAHHHH!!!





Cafe Lagenda Penang
Aku rasa tak payah aku nak cerita panjang dah kot pasai Cafe Lagenda ni,  sebab lepaih aku post gambar aku makan kat Cafe Lagenda minggu lepaih,  ramai dah pi makan kat sini.  Alhamdulillah,  aku sangat happy.  Ternyata kawan-kawan yang pi makan kat sini pun puas hati dengan layanan dan kualiti makanan yang diserve.  So kepada u olls yang belum berkesempatan lagi nak mai makan kat sini,  jom baca review dari I olls!


Terbang bersama Rayani Air


Hello u olls,

Kita diumumkan dengan sebuah syarikat penerbangan tempatan Rayani Air yang menawarkan cara penerbangan halal di mana cabin crew mengenakan pakaian yang menutup aurat,  tiada alkohol yang ditawarkan kepada pelanggan untuk penerbangan dekat ataupun jauh dan setiap kali sebelum berlepas,  bacaaan doa akan dibuat mengikut ajaran Islam.

Ramai yang memberikan pelbagai komen baik dan juga yang tidak baik terhadap Rayani Air.

Antara komen tidak baik adalah daripada beberapa orang yang menganggap usaha ini sebagai 'joke' dan mempersendakan pakaian si pramugari dan sebagainya.  Seorang lelaki Malaysia yang mempersendakan Rayani Air di dalam laman sosial beliau telah mendapat perhatian daripada pengguna internet yang lain and ampa boleh pi cari cerita tu sendiri dalam laman blog lain.

Bagi aku,  orang yang mengutuk usaha ini hanyalah jenis manusia yang langsung tidak pernah nak ambil tahu tentang benda ni semua and tau nak kutuk dan mengata sahaja.  Nak cari salah orang memang senang kan?

Dan komen daripada orang Islam sendiri yang memahukan pengasas Rayani Air iaitu Ravi Alagendrran dan isterinya Karthiyani Govindan yang beragama Hindu untuk memahami dan mendalami ilmu Al Quran sebaik mungkin dan bukan hanya menggunakan tiket halal untuk mendapatkan keuntungan.

Arrrhhhh macam-macamlah manusia ni.  Dah kalau hati tak damai,  hang bagi dia nasi lemak ikan bilis pun dia kata tak halal ada lemak babi.

For me simple sahaja!  Be positive.


Kursus Pengurusan Jenazah daripada Per. Pengurusan Jenazah Al Ikhlas

Hello u olls,

Baru- baru ini,  I telah berpeluang untuk menghadiri Kursus Pengurusan Jenazah (Teori dan Praktikal) yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pengurusan Jenazah Al-Ikhlas Pulau Pinang di Masjid Sungai Gelugor pada 19 Disember 2015.  I ambil peluang ni sebab kursus ini diberikan secara percuma and of course me and husband adalah free pada hari itu.  WHY NOT?  So I olls,  tiga orang kawan and my husband attended the kursus.

Before aku cerita panjanga pasai pengalaman aku join kursus ini,  i nak share dengan ampa semua pasai Pertubuhan Pengurusan Jenazah Al Ikhlas.  Pertubuhan ini baru sahaja ditubuhkan oleh anak-anak muda di Penang ni. Depa semua gang-gang budak Gelugor aku rasa.  So depa ni dengan niat baik,  buat pertubuhan ni untuk belajar tentang cara pengurusan jenazah Muslim yang sebetulnya mengikut sunnah-sunnah Nabi and melalui pertubuhan ni juga depa menyediakan khidmat mengurus jenazah secara PERCUMA kepada sesiapa sahaja umat Islam di sekitar Penang.





Dwi Dara Collagen Complex


Umur dah makin meningkat u olls. Selain menjaga pemakanan and also bersenam, kita kenalah start merajinkan diri untuk mengambil supplement tambahan untuk kecantikan dan yang paling penting kesihatan tubuh badan kita ni. Sapa kat sini ada amik collagen? I olls pun amik, tapi most of the collagen adalah dalam bentuk serbuk di mana kita kalau nak minum kena bancuh sama ada dengan air masak atau air buah. Setengah collagen rasa sedap, setengah pulak rasa macam tak berapa sedap.

So baru-baru ini I olls dapatkan satu produk collagen kesihatan dan kecantikan yang bertajuk Dwi Dara Collagen Complex. Yang best nya, Dwi Dara Collagen Complex adalah dalam bentuk liquid!!

Dalam satu kotak yang kita beli ada 20 sachet. Senang gila bila nak minum, koyak sachet tu and terus minum directly. Tak perlu dikocakkan atau dibancuh dalam air. :)

Ish....sorryla akak tak pakai Aifon so kualiti gambar akak sedih sikit.  Ini pun dah edit bagi SHARPEN sikit.  Pakai camera depan kan?

Dari posisi ini akak punya hidung kelihatan macam jambu batu.  Tapi tetap feeling nak buat review produk kecantikan.  why not?

click read more

Jadilah Usahawan Bukan Pentiruwan

Hello u olls,

Ampa tau kan aku selalu duk post and tolong promote business kawan-kawan aku.  Yes,  depa bayar aku,  tapi seikhlasnya apa yang aku tulis adalah yang betul sebab aku jenis jujur punya orang.  Kalau benda tu tak bagus dan aku tak suka,  aku tak promote sampai gigih nak tulis artikel dan review panjang-panjang.

Apa sahaja ampa meniaga,  especially kat member-member Penang,  ampa try la contact aku,  kita bincang macam mana ka,  aku akan cuba come with the best plan yang sesuai dengan bajet ampa and yang menguntungkan aku juga pada masa yang sama.  Win win situation sebab lani aku dah tak buat side income make up artist,  so kerja business iklan ni la aku punya sumber pendapatan sampingan.

Alhamdulillah,  di samping aku dapat tolong business kawan-kawan,  pada masa yang sama aku jugak dapat kenai banyak kawan-kawan baru and lama.  And yang bestnya,  ampa semua pun dapat tau banyak benda yang best untuk ampa explore and cuba.

Hari ni aku nak cakap pasai sifat-sifat yang kena ada pada usahawan yang ampa mungkin dah tau tapi ampa terlupa,  so ini adalah sesi semak semula la.  Aku bukanlah pakar dalam bab-bab ni sebab kalau ampa nak yang terbaik,  ampa boleh pi kelas Dr.  Azizan.  Ramai kawan aku pi sana lepas tu jadi manusia positif yang berjaya.  Asalkan depa tak taksub dengan Dr.  Azizan aku okay lagi.




Ulasan Penuh Miss Universe 2015

Hello u olls,

Okay mak rajin nak buat review kat ampa untuk topik ini.  Semoga jiwa-jiwa pondan ampa semua terubats.  Bak kata Dr.  Pitt,  kita ni feeling la nak judge semua peserta ratu cantek yang semuanya sah sah cantek jelita.  Tapi kisahnya muka kita pun tak berapa nak siap.

Hahhh sudahlah kau Dr.  Pitt.

Jom kita baca ulasan I olls tentang Miss Universe 2015 yang telah berlangsung pada 20 Disember 2015 di Las Vegas,  USA.


Miss Colombia menjeri "Anak hariammmmmmmm dalam hati"
Miss Philipines pulak duk kata "Mampuih dah aku...deni nanti hantar santau voodoo"

Pengalaman First Time Join MasterChef Hari Warga Staf USM 2015

Hello u olls,

Hari Warga Staf USM 2015 ni adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh USM untuk semua kakitangan USM ala-ala family day gitu.  Kalau tahun lepas,  penganjuran ini adalah di Kampus Kejuruteraan USM Nibong Tebal,  tapi kali ini penganjuran di Kampus USM Bertam iaitu Institut Perubatan dan Pergigian Termaju.

10 tahun I olls kerja dengan USM inilah kali pertama I olls menjejakkan kaki di IPPT.  Meriah Bertam Kepala Batas sekarang sejak adanya IPPT USM kat situ,  bukan sahaja banyak kawasan perumahan,  Mydin pun ada.

Untuk acara tahun ini,  I olls berpeluang untuk join acara masak-memasak.  Very the acara makcik-makcik u olls.  Tapi takpalah,  ditemani anak ayam kesayangan meletops iaitu Ezal yang juga satu kontinjen dengan we olls,  kami menjadi wakil untuk kontinjen Tampung Bajau yang diamanahkan untuk memasak NASI TOMATO dalam cabaran Masterchef.

Alhamdulillah,  first time masuk acara MasterChef tahun ini kami berjaya merangkul tempat ke tiga.  NO BAD!! Sebelum ini kontijen kami tidak pernah mendapat nombor yang baik dalam pertandingan ini.

Dalam team Masterchef kami ada 6 orang ahli,  En Asro,  En Asif,  Ms Juliana,  Ms.  Farah Man,  Ezal and me.  Ezal and Juliana bertugas sebagai Masterchef,  Asro,  Asif and Farah jadi helper,  I olls...kena buat decorations.

Kami diberikan masa 3 jam untuk menyediakan masakan yang ditugaskan kepada kami.  Tema tahun ini adalah nasi,  kami dapat nasi tomato.  Team-team lain dapat nasi briyani,  nasi daging,  nasi hujan panas, nasi ayam dan macam-macam lagi.  Ingatkan 3 jam tu macam cukup,  tapi terketaq jugak kaki dan tangan masa buat kerja.

Alhamdulillah at the end of the nasi kami mendapat pujian,  nasi tomato,  ayam masak merah,  sayur jelatah and dalca sayur.

But here some of the things yang aku belajar daripada pertandingan ini  :

1.  Jangan sombong dengan kontinjen sebelah-sebelah,  maybe depa nak pinjam blender ka,  pembuka tin ke,  bagi la pinjam.  Pahala berkat,  kita menang pertandingan.  Duk buat sombong apa aih,  kita bukan masuk pertandingan masterchef dalam TV tu,  kita syiok-syiok untuk tiket keluarga USM sahaja.Chill u ollls!

2.  Bawang and benda-benda lain tu sebenarnya boleh ja kopek siap siap kat rumah.

3.  Sebelum masuk pertandingan macam ni,  sila pi study betul-betul tentang resepi,  cara hidangan dan tips dan tricks daripada orang yang berpengalaman.  Buka hati untuk terima idea.

4.  Team work is important!!!  Walaupun dalam dapur.

5.  Masak bukan sebab nak menunjuk,  masak adalah untuk kasih sayang.  

Siriesly tahun depan I olls nak masuk lagi pertandingan ini.  Takmau berlakon dah!!  Jom tengok gambaq!!

 From left,  me,  Ms.  Farah,  Ms.  Juliana,  Ezal,  En Asro and En.  Asif.






Miss Universe 2015 Salah Announcement

Segala night mare yang kita duk terpikiaq akan terjadi atas pentas pertandingan ratu cantek akhirnya menjadi kenyataan,  semalam,  dalam pengumuman pemenang Miss Universe 2015 yang berlangsung di USA,  pengacara majlis,  the popular Steve Harvey telah tersalah announce pemenang.

Benda ini baru sahaja berlaku (8.30 pm waktu tempatan),  kat Malaysia adalah bersamaan dengan lebih kurang 12 pm pada 21 Disember 2015.

Setelah pemenang tempat ketiga diumumkan iaitu USA,  Steve Harvey terus announce nama Miss Colombia Ariadna Gutierrez sebagai pemenang.  Miss Philipine terus diberikan bunga sebagai pemenang kedua.

Miss Colombia pun seronok ronok,  lompat-lompat eksaited u olls,  and Miss Universe yang lama pun mai bagi crown and kain bahu tu kat dia.  Dia pun duk bye bye la kat semua orang.

Pastu......................Steve Harvey masuk balik kat pentas.

And dia announce bahawa dia salah dan pemenang sebenarnya adalah Miss Philippines Pia Alonzo Wurtzbach.  Dia siap tunjuk kad yang dia pegang.

Aku tak mau cakap banyak lagi.  Ampa tengok dulu benda ni.

Nanti aku ulas panjang.



Tengok video kat sini  :

Ulasan Product Kecantikan dari Purebysafiyyahosman

Hello u olls,

Produk kecantikan yang berasaskan bahan-bahan asli dan semulajadi lani semakin banyak kat pasaran.  Kita pun sampai tak tau nak beli yang mana satu,  and belum tentu pun produk tu baguih apa semua.

I came across this product setelah tengok kegigihan kawan I olls ini mempromosi kat laman sosial beliau.  Before this dia menjual produk teh detox yang diimport dari UK.  And now,  dia mengeluarkan rangkaian produk kecantikan yang diadun sendiri or orang puteh kata 'handcrafted' yang dinamakan Purebysafiyyahosman.

So,  hari ini I olls nak bagi ulasan sebab I sendiri dah dapatkan all these products and memakainya!


My Ulasan
Secara kesimpulannya,  pasai pa aku suka rangkaian produk Purebysafiyyahosman ni?

1.  MURAH u olls.  Kalau nak bandingkan produk-produk asli yang bebas pewarna dan pengawet yang mungkin tidak baik untuk kulit kita kat luar sana kadang-kadang beratus rinngo harganya.  Tapi range Purebysafiyyahosman adalah antara RM15-RM25 sahaja untuk satu produk.  Affordable u olls!

2.  Memang berkesan!!  Let say kat dalam Facebook dia tulis 'Menghilangkan bau kaki'  MEMANG BETUL NOKS MENJADI!  Itu adalah salah satu contoh.  Mak akan terangkan contoh-contoh kebaikan lain yang mak dah rasa.

3.  Oleh kerana produk ini adalah 100% handcrafted oleh itu bahan-bahan yang digunakan juga dipilih dan diadun khas dari bahan-bahan organic,  bebas bahan kimia seperti pengawet,  pewarna,  sulfates,  paraben and artificial fragrances.  Terbaik untuk kita sebagai pengguna.  Boleh kata,  all produk Purebysafiyyahosman adalah selamat untuk dimakan!

4.  Walaupun produk ni takdak pewangi tiruan,  tapi siries bak hang,  the moment aku dapat packages ni daripada abang pos,  teruih aku dah dapat bau dah wangi-wangian ala-ala spa u olls.  Siries!!

5.  Packaging yang lawa!  Selain beli untuk pakai,  kita jugak boleh beli untuk hadiah kat kawan-kawan and boleh buat gift atas hantaran.  Kerlasss u ollsl!




Antara produk yang i olls dapatkan from Purebysafiyyahosman.



Senarai Produk
Setakat ini berikut adalah produk yang terdapat dalam rangkaian kecantikan Purebysafiyyahosman :

💋 Susa Detox Body Scrub -Chamomile Me -Citrus Honey -Choco Honey.  RM25

💋 Foot Soak Lavender -Chamomile.  RM25

💋 Lip Scrub Homemade Kiss Me.  RM15

💋 Lip Balm Made For Kissing.  RM18

💋 Detox Face & Body Soap For MEN.  RM16

💋 Detox Face & Body Soap For WOMEN.  RM16

💋 Hero &; Pure Face Mask.  RM25

💋 Heroin &; Pure Face Mask.  RM25

Saffiyah sedang membuat produk Purebysafiyyahosman dengan tekun.


The founder and co - founder of Purebysafiyyahosman.


Dah masuk TV u olls!!


Jom baca apakah pengalaman I olls selepas menggunakan produk dari Purebysafiyyahosman.

Ulasan America's Next Top Model Cycle 22 Final

Siriesly wehs,  aku tak semangat langsung tengok final episod untuk ANTM Cycle 22 ni.  

1)  delay sampai dua minggu untuk tunggu episod final.  Pastu final episod dipecahkan kepada dua part pulak.  Ko ingat cerita Harry Potter ke?  Part I Part II?
2)  dah rasa boleh agak dah sapa boleh menang (jerit kuat kuat NYLE)

Aku punya duk tunggu bilalah nak final episod,  tengah kita duk kalut-kalut buat kerja and ternanti bilalah episod final ni,  belum apa-apa lagi,  ramai la Zornen dan para Cik Ki sibuk meng-PM I olls "Noksss...Nyle menang nokss ANTM Cycle 22"

FUCKKKKKKKKKKKKK!!  Siriesly aku terus anti climax.  So buat apa aku nak tengok lagi kan final episod kalau kisahnya aku dah tau.  Tapi aku terpaksa layan jugak final episod sambil tangan aku busy bermain game Fashion Covet dengan perasaan pereng dan bohsan sebab ampa dah bagitau sapa yang menang.

So apa perasaan ampa pulak masa tengok final episod ni?

For me kan,  sangat tak fair depa pecahkan keempat-empat peserta akhir ini kepada dua bahagian,  lelaki dan perempuan.  Dua peserta perempuan kena compete sesama mereka,  begitu jugak lelaki.  So dalam context itu,  hanya satu perempuan dan satu lelaki sahaja yang akan move forward as peserta akhir.

Bagi I olls ini adalah tidak adil kerana ini adalah strategi untuk betul-betul nak memastikan ada juga peserta perempuan mara ke final,  sebab hakikat kalau nak ikutkan yang betul selayaknya ke final adalah Nyle dan Mikey.  Lacey dan Mame jauh kebelakang berbanding depa dorang ni.

At the end of the day,  Tyra nak jugak meletakkan harapan yang perempuan menang pada cycle terakhir ANTM ini tapi malangnya,  Nyle bukan sahaja menunjukkan prestasi yang baik dari awal sehingga akhir,  malah most of the judges termasuk Tyra dan Kelly Cutrone pun merembes-rembes suka kat Nyle.  Miss Jay Alexander pun muik-muik tengok Nyle.  Macam mana Nyle tak menang?

Cabaran dan penyusunan program pada program episod akhir ini adalah sangat bohsan sekali.  Takdak elemen suprise dan unik dan menarik.  Same old catwalk,  mainan music,  bla bla bla.  Sedihnya aku adalah pada final catwalk ni,  untuk final ANTM ni,  takdak ka appearance orang-orang fesyen hebat untuk memeriahkan majlis seperti Donnatella Versace ka?  Beyonce ka?  Lady Gaga ka?  Zuhair Murad ka?  

At the end of the day,  Nyle menang.  Ramai peminat yang happy sebab Nyle adalah kegemaran semua.  So apa lagi aku nak kata,  sorrylah aku tak dak semangat sangat nak bagi ulasan kat episod ni sebab tak best u olls.  


The House of One : Apabila Masjid, Gereja dan Sinagog Di Bawah Satu Bumbung

Hello u olls,

Baru baru ini diumumkan bahawa sebuah rumah keagamaan yang menempatkan masjid,  gereja dan sinagog dalam satu bangunan akan dibina di Berlin,  Jerman.  Ramai yang menyokong dan ramai jugak yang mengutuk usaha ini.

Bagi aku,  ini adalah satu langkah yang baik,  on our side as Muslim,  menunjukkan yang Islam adalah agama yang damai dan boleh bersama dengan agama-agama lain tanpa masalah.  Cuma kadang-kadang ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan isu-isu sensitif hingga mencalar imej sebenar agama Islam untuk kepentingan peribadi.

Bangunan ini mempunyai 4 bahagian.  Bahagian tengah adalah tempat berkumpul dan aktiviti bersama,  dan 3 bahagian lagi dipecahkan untuk setiap agama yang berlainan iaitu Yahudi,  Islam dan Kristian.

Pembinaan bangunan ini dianggarkan menelan belanja sebanyak 35 juta Pound Sterling (lebih kurang RM227.3 juta) ini adalah hasil daripada kutipan derma daripada orang ramai dan dijangka siap pada tahun 2018.


Apa pendapat ampa tentang The House of One ini?




Jom Support Halal Media Japan

Hello u olls,


Hari ini aku nak memperkenalkan kepada ampa semua tentang Halal Media Japan. I got to know about this page melalui kawan I olls iaitu Dr. Hafizal a.k.a Dr. Pitt Beg LV. Dr Pitt dulu memang obtained Ph.D. dia kat Jepun and dia and family pernah duduk sana for quite sometime. Dia sangat familiar dan suka dengan budaya orang Jepun yang penuh displin dan hormat.


Beliau sendiri pun, setelah pulang ke Malaysia dah beberapa kali melawat kembali kota matahari terbit ini. So dia introduced kat I olls tentang Halal Media Jappan dan orang-orang di sebalik tabir organisasi hebat ini. Oleh kerana Jepun akan menjadi negara penganjur untuk Sukan Olympic 2020, maka mulai sekarang ini beberapa insan ini iaitu Akihiro Shugo dan rakan-rakan memang dah start dah promoting tentang konsep HALAL kat negara Jepun kerana depa dah boleh jangka peserta Olympic dan para pelancong daripada negara-negara Islam akan mulai membanjiri negara depa menjelang tahun 2020 kelak.




Antara perkara yang mereka usahakan dengan proaktifnya adalah seperti berikut  :


  • Menyediakan tempat wuduk dan sollat yang selesa di lokasi-lokasi pelancongan seperti Disneyland Japan, lapangan terbang dan taman-taman tema yang lain.
  • Mempromosikan konsep halal kepada pengusaha restoran dan hotel di seluruh Japan.  Bukan sahaja promosi,  the right word is PUJUK.  Depa duk pujuk pengusaha restoran kat Jepun untuk buat konsep Halal.  Bukan senang ya....
  • Menggalakkan pengusaha makanan untuk mendapatkan pengesahan Halal and guest what dari negara mana? Yes, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia!!
  • Memperkenalkan produk makanan Jepun yang diiktiraf HALAL
  • Menyediakan dan mempromosi panduan HALAL kepada pengunjung Muslim seperti brosur dan aplikasi telefon
  • Dan yang paling penting sekali, saban tahun depa akan menganjurkan Halal Market Fair di mana mereka menjemput para pelabur daripada seluruh dunia yang ingin melabur / mempromosi apa sahaja produk atau service yang berasaskan konsep HALAL kepada pengusaha di Jepun.


25 Jenama Pewangi Wanita Terkenal Tahun 2015 oleh Heavy.Com

Hello u olls,

Saja nak share dengan ampa list yang telah dikeluarkan oleh Heavy.Com berkenaan dengan 25 jenama pewangi wanita terkenal yang menjadi pilihan dan pembelian tertinggi dalam Amazon.com.

Aku sangat suka perfume.  Tapi bukan jenis pengumpul botol-botol perfume sampai berlambak-lambak.  Bak kata Regina Ibrahim,  "Pengumpul habuk"

Pendekatan aku adalah,  beli sebotol and habis sahaja aku akan beli yang baru.  And sejak dulu lagi,  aku tak pernah beli perfume yang sama sebanyak dua kali.  Aku style akan tukar-tukar and beli yang baru.  Tapi so far,  dalam banyak-banyak my forever favorite will be Tommy Girl.

Perfume mempunyai identiti dan karakter tersendiri.  Macam magic wand dalam cerita Harry Potter,  magic wand aku tak semestinya sesuai dan kena dengan hang.  Maksudnya,  kalau aku pakai perfume tu wangi,  tak semestinya hang pakai akan wangi jugak.  Adalah amat penting untuk kita mendapat dan menjumpai perfume yang betul betul kena dengan kimia pada badan dan menjadikan wangian itu meletops dengan bau badan kita.

Tapi untuk sesetengah orang,  depa suka beli perfume sebab botol!  Janji botol tu cantek depa nak beli.  Ada pulak,  orang yang beli perfume sebab itu adalah perfume yang dicipta oleh artist kesukaan depa.

Okay dah jom kita tengok apakah perfume yang menjadi top 25 dalam list ini!



Lovely by Sarah Jessica Parker
Aku dah order dah benda ni dengan Emridzal.  Semoga mendapat :)

The Holy Quran Experiment

Hello u olls,

Just sharing this.  Dua budak lelaki ni adalah dari Holland.  Depa buat satu social eksperimen dalam kalangan orang awam yang rata-rata mungkin beragama Kristian di negara mereka untuk melihat pandangan umum tentang perbezaan antara Quran dan juga Bible.

Tetapi cara mereka menjalankan eksperimen ini adalah sangat kreatif sekali.  Depa amik sebuah Bible,  depa balut Bible itu dengan gambar Quran,  kemudian mereka bacakan kepada orang awam tentang bait-bait dalam kitab itu yang menyebut tentang hukuman dan larangan tentang aurat,  perbuatan zina dan sebagainya.

Rata-rata orang awam itu,  secara amnya terus membuat pendapat bahawa ayat dalam Quran ini adalah sangat keras dan berbentuk tegahan berbanding ayat dalam Bible.  

Selepas mereka membuat rumusan itu,  dua penyelidik ini membuka balutan pada buku itu dan mendedahkan bahawa buku ini adalah Bible.  

Jom tengok apa reaksi orang-orang tu.  



Yang Depan Tu Macam KimK



Hello u olls,

Rasanya tak terlewat aku nak mengulas benda ni dalam blog aku.  Kisahnya sampai sekarang,  apa sahaja yang Nur Fazura posted on her IG memang kena bashed gila-gila.  Bukak ruangan komen kat IG dia dah macam live chat MIRC,  komen masuk style tak berhenti.  Macam mana la Nur Fazura monitor IG dia,  phone dia tak hang ka?

Kepada yang tak tau pasai kes ni, mai aku bagi simple explanation.

Kisahnya
Pada satu hari yang fana,  NF mengepost sekeping gambar dalam IG dia dengan kawan-kawan dia. Dalam gambar tu,  yang depan sekali adalah kawan dia yang always keluar dalam Facing Up with Fazura,  kakak-kakak zornen yang meletops lah u olls.

Pastu ada seorang peminat ni,  dia komen kat situ  "Yang depan tu macam KimK"

Pastu..................terus NF meletops tips tops and memaki hamun si peminat tu sebab dia kata peminat tu maki kawan dia KIMAK!

Kemarahan NF itu membuatkan peminat lain semua marah la and menegur NF kerana yang dimaksudkan dengan KimK = Kim Kardashian.  Bukan Kimak / pukimak.

So,  lepas semua orang duk marah and maki balik NF,  NF mengambil keputusan untuk meng-delete post dia memaki peminat dia tu.  And since then,  orang ramai lagi marah and maki NF sebab dia langsung tak minta maaf ke apa ke.

Lepas tu juga,  lebih orang buat ni jadi bahan ketawa apabila dia pergi buat laporan polis mengenai hal ini.


Ilustrasi "Love Is In The Small Things" by Philippa Rice

Hello u olls,

Hari ni i olls nak share satu lukisan kartun oleh Phillipa Rice.  Dia ni pelukis kartun yang siap buat buku semua.  Pastu baru-baru ni dia ada buat satu buku tajuk Soppy: A Love Story,  menceritakan tentang kisah cinta dia dan pasangan dalam bentuk lukisan.  Bibit-bibit cerita dalam buku tu,  aku nak share kat bawah ni.  Sapa-sapa yang single dan duk feeling sedih takdak couple,  jangan duk baca post ni.  Nanti ampa akan sedih....

Kepada yang dah couple,  aku harap ampa tengok benda ni and start untuk appreciate pasangan ampa.  Yes,  kadang-kadang hidup ni bukan sentiasa happy dan bahagia,  tapi ingatlah semua benda benda susah yang ampa dah lalui bersama and kalau dah susah sangat nak cari kenangan indah ampa bersama,  harap catatan kecik ini boleh membantu ampa untuk mengingat balik kenangan indah bersama.  Sayangilah hubungan yang dah ampa bina ni and usahalah sekuat mungkin untuk jaga hubungan itu.

ps/  catatan besaq oleh Philippa.  Catatan kecik oleh aku.


Sometimes, love can be found in the simplest things, like spending a blissful morning in the kitchen
Aku dengan Khafi jarang duduk bersama didapur bukan sahaja pagi atau bila bila masa pun sebab dua ekor gajah tidak akan muat duduk di sebuah dapur.


Alfatihah Tunku Jalil

Takziah buat seluruh rakyat jelata Johor dan juga Malaysia kerana kita telah kehilangan seorang putera yang amat disayangi oleh rakyat jelata bukan sehaja kerana kehemsemannya malah kerana peribadinya yang sungguh rendah diri.  Setelah beberapa tahun in the battle of fighting cancer,  akhirnya Allah memilih untuk menghentikan segala kesengsaraan yang baginda tanggung selama ini.

Alfatihah untuk Tunku Abdul Jalil Iskandar.  Semoga baginda ditempatkan bersama orang-orang yang solleh.  Amin.
Love this picture sebab beliau nampak sangat hemsem dalam gambar ni.

Perkara yang Anda Perlu Buat dan Jangan Buat Sekiranya Menjadi Mangsa Rogol Atau Liwat

Hello u olls,

Hari tu duk baca Siakap Keli depa ada share satu benda ni penulisan daripada seorang doktor yang merupakan seorang Pakar Perubatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Melaka tentang "Perkara yang Anda Perlu Buat dan Jangan Buat Sekiranya Menjadi Mangsa Rogol Atau Liwat".

Kot-kot la ampa terlepas baca kat Siakap Keli,  so aku share kat sini.  Please read this and share with kawan-kawan yang lain.

Benda rogol ni bukan kat perempuan jer tau,  zaman sekarang,  lelaki pun boleh kena rogol/liwat.  Didiklah anak-anak kita tentang cara-cara untuk menjaga keselamatan diri dan jangan berasa takut untuk menceritakan apa yang berlaku kat depa kepada kita kerana selalunya kejadian ini berlaku dalam kalangan orang yang dikenali.



Jom Pi Pulau Songsong Yan, Kedah

Hello u olls,

Sempena cutic-cuti sekolah,  kalau ampa rasa nak ronda-ronda bawak anak-anak ekplorasi ke Pulau Songsong yang terletak di Yan,  Kedah.  Tapi kalau anak ampa kecik lagi,  depa tak galakkan lah.  Kalau anak ampa dah 12 tahun ke atas,  dikira remaja.  Boleh mai sini.

Dari Jeti Kuala Sungai Udang di Yan,  boleh naik boat ke Pulau Songsong ni dengan kadar bayaran RM 40 pergi dan balik.

Aktiviti yang ampa boleh buat kat sini adalah berkelah,  memancing dan berkhemah.  Tapi kat pulau ni takdak penghuni lagi,  takdak resort and kemudahan asas like elektrik.  Tapi ada telaga,  so kalau nak ke tandas pun kena amik air secara manual dari telaga.

Aku rasa nak share dengan ampa ni pun gambar dan pengalaman kawan aku Kak Mah mai ke sini.  Macam best jer!

Sapa-sapa berminat nak buat camping ka kat sini,  boleh baca kat sini  :  http://rozniaga.weebly.com/



Jom Support Miss Universe Malaysia

Official photo dalam website rasmi Miss Universer.  Make up adalah oleh my bestfriend Razzi Musa.  Kerlas noks!


Hello u olls,

Entah macam mana, this week baru aku tau pasai wakil Malaysia untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe yang sedang berlangsung sekarang kat Planet Hollywood Las Vegas Resort & Casino. Pertandingan yang berlangsung dari 20 Disember 2015 disertai oleh 81 peserta daripada 81 negara.

Wakil untuk Negara Malaysia adalah Miss Vanessa Tevi Kumares,  23 tahun yang telah berjaya merangkul anugerah Miss Universe Malaysia adalah wakil daripada Negeri Sembilan dalam pertandingan yang berlangsung pada 18 April 2015 yang lalu.

Kalau bukan sebab baju National Costume untuk tahun ni yang dishare oleh Ezal dalam Whatsapp aku pun tak tau siapa wakil Miss Malaysia Universe kita. Siriesly, tahun ni takdak pun liputan, perkongsian di media cetak and media social tentang wakil dari Malaysia ni. Why noks?

Mak pun sembang-sembang, kisahnya ramai wartawan dan pihak media tak berapa nak support beliau kerana rupa wajah wakil Miss Malaysia Universe kita ni takdak langsung ala-ala perempuan Miss. Katanya juga, dalam laman social media pun, ramai haters yang mengutuk dan mengata Miss Malaysia Universe kita ni sebagai “Tak cantek” “Muka nyonya” “Muka tua” dan sebagainya.

Aiiiyoo nokss....kasihannya aku rasa. Kita sebagai rakyat Malaysia kenapa takdak semangat kesukanan dan semangat kenegaraan pun? Patutnya kita ni, kalau wakil kita gemok gedabai ala-ala muka down syndrome pun, kita harusnya sokong dan bagi full support sebab kalau bukan rakyat Malaysia sendiri yang bagi sokongan, takkan nak harap rakyat Timor Leste pulak yang bagi sokongan kat depa?

Let's Shop at Oomori.com



Hello u olls,

Sapa-sapa yang suka online shopping macam aku?  Mai sini aku nak rekemen ampa mai shopping kat website Oomori.Com.  Kedai online ni beroperasi melalui website dan laman sosial Facebook / Instagram.  Aku sangat suka mai website ni sebab 1,  website ni adalah milik kawan blogger aku (LOVESHACK,  pompuan ni mulut sundel jugak tapi hati ada taman),  nombor 2 dia jual macam-macam barang and specialized barangan daripada Jepun and Korea,  nombor 3 barang dia semua ORI and nombor 4,  deni style balas cepat and once hang bayar dalam tempoh 2 - 3 hari dah dapat barang.  Cargas!!


Apa depa jual?
Depa jual macam-macam jenis barang,  paling popular kat Oomori adalah barangan kecantikan orang perempuan.  Product yang paling popular dalam kategory ini adalah SKII,  haa takyah ampa susah susah nak pi kedai apa bagai,  yelah some of u olls duduk jauh daripada super market mahal-mahal ni kan?  So bolehlah order SK II from Oomori.com.

Depa pun jual perfume and perfume yang popular kat sini adalah De'Xandra Inspired Perfume.   Confirm original and dihantar dalam keadaan dan packaging yang elok.  (Not berhabuk-habuk and botol lama macam kena reject ya).

Okay, nah!  Ini adalah senarai kategori yang terdapat dalam Oomori.com!


  • Baby & Kid
  • Maternity & Nursing
  • TANAMERA
  • De'Xandra Perfume
  • Make Up and Cosmetics
  • Health and Beauty
  • Bags and Handbags
  • Home & Garden
  • Pre-Loved Items
  • Food & Beverages
  • Office & School Supplies
  • Toys & Hobbies
  • Women
  • Shoes


Antara brands barangan kecantikan yang terdapat kat Oomori.com adalah seperti berikut  :


  • Tokyo Love
  • Etude House
  • Tony Moly
  • The Face Shop
  • SK-II
  • Cathy Doll
  • Mizon
  • Secret Key
  • Doctorcos
  • Missha
  • CLINIQUE
  • Innisfree
  • Laneige
  • CLOUD9


Antara barangan kecantikan yang terdapat kat Oomori.




Barangan untuk mak baby and barangan mainan for kids pun banyak!  Mai tengok.  




Nak jadi reseller?
Selain menjadi penshopping tegar kat Oomori.com,  sapa-sapa yang berminat nak menambah duit poket,  ampa juga dialu-alukan untuk menjadi Reseller untuk mereka.  Kepada suri rumah ataupun akak-akak yang kerja office or kilang,  ampa register dengan Oomori.Com sebagai reseller and apabila permohonan ampa diterima,  ampa boleh dapat harga reseller dengan kadar margin untung yang agak menarik.

So bila dah register apa semua,  ampa bagi ja link website Oomori.Com,  tunjuk kat kawan-kawan ampa,  and buat order!  Kalau ampa rajin,  boleh copy paste gambar untuk share dalam Whatsapp.  Pas customer buat payment kat ampa,  ampa boleh order barangan tu and boleh hantar terus ke alamat customer ampa (dengan tamabahan caj tertentu) ataupun ampa antar kat alamat sendiri.  So nanti ampa passla by hand kat customer!

Join as reseller :  Be Our Reseller



Contact :

Website:  www.oomori.my

Facebook:  www.facebook.com/oomoridotmy

Twitter:  www.twitter.com/oomoridotmy

Instagram:  www.instagram.com/oomori.my

WhatsApp:  019-6697550

Email:  intan@oomori.my

Phone:  019-6697550

Address:  Jellie Park, Jalan Tun Hussein Onn, Bintulu 97000 Sarawak, Malaysia (Peninsular).

De'Xandra Inspired Perfume (Reseller USM Penang)


Hello u olls semua,

Ampa semua pernah dengar tak pasai De'Xandra Inspired Perfume?  Nak habaq mai lani I olls telah menjadi official reseller produk ini and amik daripada stokis berdaftar.  Pasaipa aku feeling nak jadi reseller sebab aku sendiri pun pakai perfume ni and sebagai peminat perfume,  aku rasa bagus juga beli perfume generic macam ni untuk pakai hari hari sebab murah dan perfume original yang kita beli mahai-mahai tu kita buat lah koleksi pengumpul habuk kat boudoir kita and pakai bila time istimewa ja.



DE'XANDRA perfumes adalah perfumes EDP yang TAHAN LEBIH LAMA setanding original..Ketahanan baunya melebihi 8 jam dan ke atas, dan jika baunyer serasi dengan pemakai ia tahan sehingga 1 hari dan 2 hari pada pakaian. Di inspirasikan dengan PERFUMES JENAMA ANTARABANGSA . Dengan pengalaman jualan perfumes ini, kami hanya membawa masuk perfumes-perfumes yang sangat TERKENAL & LARIS di Malaysia untuk memudahkan pengguna memilih.


✔ Produk bumiputra (halal)
✔ Tahan Lama (more than 8 hours)
✔ Mudah di bawa ke mana-mana (ringan)
✔ Pati Original & Alkohol First Grade
✔ Setanding Produk Antarabangsa
✔ Haruman terkenal (TOP perfume) - Inspirasi dari perfumes2 JENAMA ANTARABANGSA
✔ Boleh di bawa solat
✔ READY STOCK
✔ Menepati citarasa & permintaan Rakyat Malaysia
✔ 35ml , EDP

Untuk order please Whatsapp to 
Jumie 012-4130060
*Specially for USM Penang self pickup. Order dibuka sebulan sekali.
*Untuk beli terus at all time,  sila layari 
http://oomori.my/



Harga RM65
Self pick up USM PENANG
Kos Penghantaran 
+ RM7 Semenanjung Malaysia
+ RM11 Sabah / Sarawak

Click read more


Untuk order please Whatsapp to 
Jumie 012-4130060
*Specially for USM Penang self pickup. Order dibuka sebulan sekali.
*Untuk beli terus at all time,  sila layari 
http://oomori.my/

Jalan-jalan dengan Shabu




Hello u olls,

Last Friday I olls telah boring di office,  hari Jumaat kan lunch time orang kerajaan panjang.  So lepas mintak kebenaran dengan boss,  i pun keluar terlebih awal lagi sikit ja untuk pergi ke Peace Learning Centre(dulu dikenali sebagai Sekolah Damai) yang merupakan sebuah sekolah khas untuk anak-anak pelarian Rohingya.

Jam menunjukkan pukul 11.30 am,  I pun meniba kat Peace Learning Centre,  bagi salam dan duduk la kat dalam kelas tu.  Masa tu,  anak-anak murid tengah buat aktiviti 'Nama Negeri".  Aku duk gelak sorang-sorang tengok telatah depa main "Nama Negeri".  Duk menjerit-jerit eksaitednya.  Dalam hati aku kata,  kalau aku main Nama Negeri dengan kawan-kawan aku,  aku lagi bising macam perempuan gila!

Tak lama lepas tu,  Cikgu Zu pun memanggil aku dan bagi aku berkenalan dengan anak angkat aku nama dia Shabu.  Umur 9 tahun.  Manis muka dia.  Dia macam eksaited bila aku mai.  Aku bagi dia sebuah kad yang aku buat sendiri menggunakan kertas-kertas recycle.  Sorrylah aku tak amik gambar kad tu sebab eksaited macam mana tak tau.  And dalam kad tu aku bagi sekeping gambar poloroid aku dan Khafi. (Gambar masa tu Khafi patah tangan).

Dalam sesi perkenalan kami yang ringkas tu,  aku pun tanya Shabu duduk kat mana?  Dia kata,  rumah dia terletak tak jauh dari sekolah.  And aku ajak dia balik sekolah dengan aku,  naik kereta.  Dia pun seronok.  Pastu aku pun suruh dia masuk kelas balik,  tak mau la kacau dia lama-lama.  Satgi pun boleh sembang kan!

At 12pm,  my boss Cik Farah Shaik Omar pun mai join.  Dia pun sponsor anak angkat sorang nama Shabikunahar.  Tapi Shabi tak mai sekolah pulak hari ni.  Tak tau la pasaipa.  Masa sekolah tamat,  anak-anak murid perempuan pun mai kerumun kami.  Masa tu,  ada sorang budak perempuan ni tanya "Cikgu,  kenal tak Mustapa?  Dia tu bapak angkat saya,"

Kami pun menggelengkan kepala and say sorry sebab tak kenal.  So sapa Mustapa ni?  Mai la tengok anak angkat you...dia teringin nak jumpa.




Cara Sebut Jenama Antarabangsa Dengan Betul

Hello u olls semua,

Untuk tidak kelihatan kam-kam,  marilah kita beramai-ramai belajar untuk menyebut jenama antarabangsa ini semua dengan tepat.  Walaupun ada antaranya yang kita tak mampu nak beli,  tapi takpalah,  at least kita sebut dengan betul.

Daripada semua-semua nama ni,  15 daripadanya memang selama ni aku sebut dengan betui.  Kira aku tak kam-kam sangat la.  ;p




Click read more

Tips Menggayakan Cardigans untuk Wanita Terkini

Hello u olls,

Dah lama tak buat artikel pasai tips fashion.  Hari ini I olls nak kongsi dengan ampa semua pasai tips macam mana nak menggayakan cardigans wanita sesuai dengan bentuk badan,  acara juga cuaca kat negara kita yang mempunyai iklim khatulistiwa ni.  Cardigan adalah salah satu jenis outerwear yang paling gemar dipakai oleh para wanita. 

Bukan sahaja selesa dipakai (kerana biasanya diperbuat daripada material yang tidak terlalu tebal), versatile (boleh dipakai dengan apa jua jenis pakaian), malah turut terdapat dalam pelbagai pilihan rekaan. 

Penggayaan yang betul boleh membuatkan u olls kelihatan segak untuk ke pejabat ataupun santai sahaja ketika keluar lepak with kawan-kawan.  

So jom kita tengok antara tips fesyen cardigans wanita terkini yang boleh ampa boleh temui di pasaran;




click read more

Teater LAWAK UTAGHA 2 Dibatal dan Diganti dengan Teater Khas Mengenang Pak Yus



Assalamualaikum, berikutan dengan pemergian Allahyarham Yus Jambu (sahabat kami dan bintang utama 'LAWAK UTAGHA 2'), pihak Dewan Budaya USM dan Persatuan Teater Resdong's telah bersepakat untuk membatalkan persembahan teater 'LAWAK UTAGHA 2'.

Susulan itu juga kami bersepakat untuk menggantikan 'LAWAK UTAGHA 2' dengan sebuah persembahan teater khas untuk mengenang allahyarham Yus Jambu pada tarikh tersebut.

Tuan-tuan dan puan-puan yang telah membeli tiket 'LAWAK UTAGHA 2' bolehlah menghubungi 019-4587813/ 012-5618434 untuk mendapatkan pulangan wang anda.

Persembahan Teater Khas untuk Mengenang Pak Yus akan diadakan di Dewan Budaya USM pada 26 & 27 Disember 2015, jam 8.30 malam, tiket RM15.

Sila hubungi talian 019-4587813/ 012-5618434 untuk maklumat lanjut.

Innalillahi wainna ilaihi raajiuun....Allahummaghfirlahu, warhamhu, wa'afiihi wa'fuanhu.

Ulasan American Horror Story Hotel



Sapa sini follow American Horror Story?  Ini dah masuk siri ke berapa dah,  and every siri akan membawakan tema yang berbeza.  Tahun ini siri American Horror Story adalah HOTEL.  Selain pelakon-pelakon utama yang akan muncul sejak siri yang pertama,  kali ini ada beberapa muka baru yang berlakon dalam siri ini dan membuatkan cerita ini lebih meletops dan best.

Antaranya,  Lady Gaga!

I say,  one of the reason aku paling follow siri AHS kali ini adalah sebab Lady Gaga dan fesyen-fesyennya.  Lady Gaga berlakon sebagai Countess Elizabeth.  Akhirnya gelaran Mama Monster yang sering dia pakai menjadi kenyataan.  Watak yang dia pegang ini adalah watak seorang vampire queen yang kerja dia bunuh dan makan orang,  tukar maknusia jadi vampire dan jadikan vampire itu hamba abdi dalam hidupnya.



Perempuan Sila Jaga Diri

Hello u olls,

Lately ada banyak kes-kes kejadian rogol dan bunuh yang menghantui hidup aku dan semua orang kat Malaysia ni.  Antara yang menjadi perhatian adalah tentang seorang wanita yang dirogol dan dibunuh di dalam rumahnya di Muar,  Johor.

Menurut cerita,  wanita itu tinggal jauh dengan husband dia (PJJ u olls).  So katanya hari tu,  dia memang nak pergi bercuti dengan suami,  so dia pun balik kerja petang tu untuk bersiap and nak pi jumpa husband dia la.

So since balik rumah,  sampai dah nak Maghrib,  jiran sebelah tengok rumah macam takdak orang and enjin kereta duk ON sahaja.  Bayangkan daripada waktu dia balik kerja (dia kerja kat sekolah so balik lebih kurang tengah hari),  sampai dah nak Maghrib and enjin kereta masih lagi on.  Itu yang jiran dia jadi musykil and membuat laporan polis.  Bila polis sampai ke lokasi,  depa pun jumpa,  wanita itu dalam keadaan separuh bogel dan telah pun meninggal dunia.

Selepas kes ini disebarkan dalam sosial media,  yang terkini I tengok adalah depa menahan jiran (bukan yang call buat report) untuk soal siasat.  Katanya jiran dia tu,  penagih dadah, tetapi seorang lelaki berkeluarga dan bekerja.  And then,  aku duk cari cerita sana sini dalam internet dah takdak dah pasai kes ni.  Mungkin ada pihak-pihak yang memohon agar kes ini dirahsiakan sehingga kes selesai.

Kes seterusnya yang menjadi viral apabila tiga orang lelaki diberkas dan dipukul beramai-ramai oleh orang awam apabila mereka cuba merompak dan merogol seorang gadis.  Video tu jadi viral kot!!  Ramai orang memuji tindakan orang awam yang berani menyelamatkan perempuan tu.  Kalau tidak entah apalah nasib budak perempuan ni sebab depa tiga ekoq ni mai serang pakai kapak kot!!

Oleh itu,  jom kita cakap pasai keselamatan wanita dan mereka yang sama waktu dengannya kat Malaysia ni.  Adakah ampa rasa yang kita sekarang duduk di dalam negara yang selamat?

Jawapan aku : TIDAK!

Bukan aku nak salahkan polis,  kerajaan apatah lagi Rosmah.  Ada banyak faktor yang menyebabkan perkara ini semakin banyak berlaku.



Alfatihah To PakYus


Hari ini penuh timeline Facebook and Tweet about Pak Yus,  seorang pelawak yang telah meninggalkan kita secara mengejut.  It was 2 am in the morning (tarikh 30 November 2015),  my husband woke me up (aku terlena at 12am),  dia kata "Sayang.....Yus Jambu meninggal dunia,"

Aku bangun dengan muka blur and masih mamai "What???" (bunyi dia macam dafuuqq?)

Aku pun capai handphone aku dan tengok group Whatsapp Lawak Utagha 2,  iaitu group pementasan teater Lawak Utagha 2 yang akan kami sembahkan pada 25 dan 26 Disember 2015 nanti di DTSP USM.  Nama besar seperti Pak Yus and Syuk SYJ and Imuda akan menjadi bintang utama dalam teater ini.  Aku pun berlakon juga (tapi watak kecik sahaja).

And memang betul,  semua orang dalam Whatsapp group sedang update tentang berita yang mengejutkan ini.



Sempat kenal Pak Yus secara tak langsung masa kami berlakon sama-sama dalam teater Lawak Utagha The Musical pada tahun 2014.  Arwah ni seorang yang sangat humbelina.  Walaupun nama dia sudah besar tapi everytime peminat mai nak jumpa dia masa latihan,  dia sanggup pi jumpa peminat,  bersalam and ambil gambar.  Kalau artis lain,  mak rasa takdak masanya they olls nak layan peminat-peminat sendu ni.  Dah la mengacau time practice kan?

And 5 years back pun,  Pak Yus pernah mai makan kat kedai lontong kakak aku di Gelugor.  Masa tu kumpulan Jambu belum tertubuh lagi  Pak Yus mai makan and sembang rambung dengan bapak and cousin aku sampai 2 jam.  

Kalau sembang dengan sapa-sapa pun yang pernah jumpa arwah secara live mesti akan cerita benda yang sama iaitu dia ni sangat peramah dan tidak sombong.

click read more

Teater Komedi "Bila Lagi Kompang Berbunyi"

Jabatan Kebudayaan Kesenian Negara Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Tenaga Kreatif (Kersani) mempersembahkan sebuah teater komedi bertajuk "Bila Kompang Berbunyi" pada 4 dan 5 Disember 2015 (Jumaat dan Sabtu) di Auditorium P.Ramlee, Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negeri Pulau Pinang jam 8.30 pm. Pas masuk berharga RM10.



Sinopsis 
Mami Sapora janda yang 'miang' digilai oleh Pak Quyub. Namun Mami Sapora lebih tertarik kepada Din KK, seorang pemuda di kampung tersebut. Din pula jatuh hati dengan Munirah, anak Mami Sapora namun tak dilayan oleh Munirah. Din KK tak putus asa dan merancang untuk 'memikat hati' bakal mertuanya. Tapi Mami Sapora telah benar-benar jatuh hati pada Din kk. Pada masa yang sama anak sulung Mami Sapora, Aida, dibelenggu dengan suatu rahsia tentang dirinya. Apakah masalah yang dihadapi Aida hingga merencatkan rancangan Mami Sapora? Adakah Mami Sapora akan berjaya mendapatkan menambat hati Din KK? Adakah Din kk berjaya memikat Munirah? Segalanya akan terjawab dalam drama ini yang penuh dengan aksi yang mencuit hati serta memberi banyak pengajaran kepada masyarakat.



Skrip
Nizal Ramli


Arahan
Razali Ridzuan


Tarikh 
4 dan 5 Disember 2015 (Jumaat dan Sabtu)


Masa
8.30 malam


Kupon
RM10

Untuk tempahan dan pertanyaan lanjut boleh hubungi nombor telefon seperti berikut :
04-281 7791
012-4550071 (Veera)
013-421 2597 (Jah)
019-421 2024 (Lie)


Senarai Pelakon

Sapa nak tengok Hobbit dari New Zealand ni atas pentas?



Ni pelakon Star Wars dulu import mai dari New York City,  kalau nak tengok dia beraksi mai la pada 4,5 Dec ni dekat Auditorium P.  Ramlee...dia nanti bawak kuar lightsaber.




Sapa besa tengok National Geography? Haaaa kalau nak tau depa dua.  Ni salah satu puak Zulu dekat Africa yang rajin menari minta hujan,  kalau nak tengok depa menari mai la 4 & 5 Dec di Auditorium P.  Ramlee Pulau Pinang,  pas masuk RM10 (sepuluh ketoi ja pon)..



Pernah berlakon filem Zorro sebagai heroin,  tapi dulu la hehehe.  Masih aktif bermain pedang.  Haaa kalau nak tengok orang lama beraksi mai laa 4 & 5 Dec ni dekat Auditorium P.Ramlee Pulau Pinang, pas masuk sepuluh ketoi ja (RM10).  Harga murah-murah harga kasih sayang.



Facebook event : Teater Komedi "Bila Lagi Kompang Berbunyi"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...