29.1.15

Hargai Customer Anda



Hello u olls,

I lani dah jarang meroyan dan memberi carutan tak tentu pasai kat Facebook.  Tak suka la nak tulis benda-benda emosi kat Facebook ni.  Nanti ampa duk cop aku ni pompuan emosi tak stabil a.k.a pondan pereng.  I suka tulis lawak-lawak and funny-funny.  So ampa mesti akan ingat aku adalah wanita lambang kecantikan yang penuh dengan keceriaan.

Tapi baru-baru ni,  I olls adalah post sesuatu yang panjang lebar di Facebook account memberikan teguran secara terbuka kepada rakan-rakan peniaga online yang selalu mengutuk customer sendiri dalam laman sosial depa.

Aku bukanlah SAJA-SAJA nak tuju status ni kat sapa-sapa,  aku pun meniaga online jugak.  Ada dah aku duk bagi teguran kat teman-teman peniaga online lain,  tapi nampaknya baru-baru ni makin banyak pulak aku duk tengok kutukan dan status peniaga online yang kutuk customer sendiri dalam account Facebook sendiri.

Yes,  aku akui,  kadang-kadang customer can be a pain in the *** tapi adalah tanggungjawab kita untuk melayan depa sebaiknya dan pastikan depa dapat informasi terkini dan terbaik sekali,  selagi mana yang kita mampu.  Make sure kita ada data base yang bagus sebab ada juga customer yang suka mai tanya harga and pelbagai soalan lain tak berenti tapi apa order pun tak masuk.  Terpulang kepada peniaga la,  nak terus melayan dia ka,  nak pancing sampai dia boleh buat order ka,  nak ignore dia ka,  nak blocked dia ka apa ka.  Sebab memang ada customer ni dia actually duk berlakon ja,  sebenarnya dia pun meniaga online.  Dia nak riki harga sahaja.

click read more

28.1.15

Tahniah Miss Sabrina Benneet, Miss Malaysia Universe 2014

She will always the QUEEN for us. 



Hello u olls semua,

Sekali lagi Malaysia berhiba apabila wakil Malaysia untuk pertandingan ratu cantik Miss Universe 2014 yang berlangsung di Doral,  Miami USA sekali lagi gagal untuk mendapat sebarang nombor.  I olls yang memang duk mengikuti perkembangan beliau dalam Facebook Page and Instagram memang duk letak harapan tinggi dah.

Sabrina memang seorang wanita yang anggun dan cantik.  Bukan feeling-feeling gedik u olls.  I suka cara dia senyum and cara dia bercakap.  Once in a while dia akan post video perkembangan beliau di sana.  Yang meletops-nya,  dia punya video CAKAP BAHASA MELAYU okay.

Sangatlah bangga sebab walaupun dia fasih bercakap Inggeris tapi apabila dia pilih untuk bercakap Melayu,  aku rasa macam 'wow' humblenya beliau ini.  Bahasa Melayu yang beliau gunakan juga adalah tertib tersusun dan bukan bahasa pasar.  Siapa kata kamu akan kelihatan bodoh apabila bercakap Bahasa Melayu?  Gitu carutan.

I memang duk feeling deni nak menang dah.  Sebab kalau ampa follow jugak IG Miss Universe Official,  depa selalu akan repost gambar-gambar Miss Malaysia and katanya Donald Trump sendiri telah ReTweet satu komen follower beliau yang bermaksud dia menyokong bahawa top 15 beliau termasuk wakil dari Malaysia.


click read

27.1.15

BerWhatsApp dalam PC - WhatsApp Web

Hello u olls,

Ini nak share tips untuk u olls yang menjalankan business online atau kerja pejabat yang memerlukan u olls tengok PC at the same time kena tengok handphone from time to time kerana seringkali mesej penting seperti penyampaian pesanan / mesej adalah melalui WhatsApp.

Setelah melangkah tahun 2014,  semua orang pakai aplikasi WhatsApp untuk urusan mesej sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan.

So bila kita nak buat kerja kat PC,  tiba-tiba boss suruh kita cari si polan-si polan,  cara terbaik adalah menghantar mesej melalui WhatsApp.  Kalau nak call ext tak semestinya si polan berada di tempatnya.  Mungkin beliau dalam perjalanan ke mana-mana atau dalam mesyuarat.

Ataupun untuk peniaga online,  sedang u olls update blog / Facebook menggunakan PC,  u olls pasti nak check mesej dalam WhatsApp kan?

So berita baik,  sekarang kita semua boleh WhatsApp melalui PC tanpa perlu muat turun sebarang aplikasi dalam komputer.

 
Contoh layout WhatsApp Web dalam PC saya.  

click read more

25.1.15

Pilihan Pakaian bersama Blouse Muslimah

Kami menawarkan pelbagai jenis Blouse Muslimah, T-shirt muslimah dan baju kurung  termasuk yang nursing friendly dengan harga yang sangat berpatutan.


Antaranya  :




T- shirt muslimah nursing/nursing yang boleh digayakan secara casual atau sebagai officewear














Baju kurung latest fashion









Lycra kora high quality








Nursing Dresses







dan pelbagai lagi pilihan warna yang menarik dan cantik.





Jemput sertai kami di sini  :

Facebook  :  https://www.facebook.com/blousemuslimah?fref=ts

IG  : @blouse_muslimah

Email  :  myblousemuslimah@gmail.com

Whatsap  : 010-2212416

22.1.15

Bila Line Clear Sudah Clear

Minggu ini,  kalau satu Malaysia duk sibuk Qu PUTEH Qu PUTEH kami orang Penang pun ada cerita panaih yang menjadi buah bicara semua lapisan masyarakat.  Yaitu tentang penutupan Gerai Nasi Kandar Line Clear yang terletak di Penang Road.  Thanks to Lily Slmn yang share link ini dalam FB message saya.  Masa saya baca mesej itu actually saya sudah tau berita terkini yang berlaku pada awal Isnin (19 Jan 2015) ini.

Namun,  saya ambil masa untuk baca dan bertanya sebanyak mungkin sebelum compose apa-apa.  Bahaya sangat kalau nak main share membabi buta.

Sumber The Rakyat Post


click read more

21.1.15

Qu Puteh Mengaburi AJL 29

Hello u olls,

Demam AJL 29 masih belum berakhir.  Sampai hari ini, dalam radio,  dalam TV,  dalam blog-blog dan laman web gossip masih lagi dipaparkan kisah-kisah AJL tanpa henti.  Laman sosial milik teman-teman juga masih sibuk memaparkan cerita berbaur AJL.  Tidak dinafikan,  AJL memang menjadi fenomena yang menempah sejarahnya yang tersendiri dalam diari masyarakat Malaysia saban tahun.  Tak kira usia,  tak kira bangsa.

Dalam banyak-banyak fenomena yang berkait dengan AJL 29 seperti Calliph Baskers,  Shila Amzah yang diboikot media,  Apa Khabar dikatakan tak layak menang dan macam-macam lagi tapi yang paling meletops dan menjadi fenomena sampai orang kata benda ini dah seolah-olah mengaburi AJL 29 iaitu tak lain tak bukan Dato Vida meletops dari Qu Puteh.



click read more

19.1.15

Ulasan Anugerah Juara Lagu ke 29

Keputusan AJL 29 yang berlangsung semalam sekali lagi membuktikan bahawa institusi penganugerahan seni muzik tanah air ini yang berusia hampir 3 dekad tidak dipengaruhi oleh kuasa media, pilihan peminat apatah lagi populariti lagu dan penyanyi itu sendiri. I olls sendiri tersengap dan ternganga apabila lagu Apa Khabar diumumkan sebagai juara. Siriesly aku tidak expect langsung.


Keputusan yang mengejutkan, persembahan yang mantap adalah gabungan yang tidak mengecewakan penonton setia seperti I olls yang saban tahun membuat kenduri makan-makan bersama teman-teman untuk tonton AJL bersama. Namun ada juga beberapa perkara yang membuatkan I olls sedikit sangkak.




click read more

17.1.15

Senarai Finalis dan Ramalan AJL 29




Hello u olls semua,

Bisok adalah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 29 yang I olls akan tunggu setiap tahun.  I olls akan tunggu and review meletops punya kat blog.  So ampa semua dah dengar ka lagu-lagu yang berjaya layak ke pertandingan anugerah juara lagu kali ini?

Pertandingan yang akan berlangsung pada 18 Januari 2015 ini.  So I olls dan anak-anak ayam JS semua akan berkumpul di rumah I olls dan kami akan buat masak-masak makan makan sambil menonton persembahan yang meletops ini.  Inilah acara kami setiap tahun.  Ampa kalau nak tau my latest komen about AJL29 malam itu jangan lupa follow Twitter I olls @jumiejumie

Macam biasalah selalunya lagu-lagu yang layak pi final ini adalah lagu yang meletops dan sedap tapi maybe tak berapa popular.  Orang macam aku yang selalu dengar radio orang putih lagila tak tau lagu lagu Melayu ni semua.  Tolongla jangan kata aku poyo.  Aku support industri kita okay.  Cuma kadang tu aku lebih appreciate dengar radio orang putih sebab dia punya DJ adalah lebih best.


click read more

16.1.15

Ulasan Fesyen Red Carpet Golden Globe Awards 2015 Part 3


Felicity Jones In Christian Dior Couture

Sapa dah tengok lakonan perempuan ini dalam The Theory of Everything.  Sangat bagus sekali.  Ampa wajib tengok. I olls suka dress ini.  Tidak seksi dan of course nampak elegen.  Warna dress ini juga jarang menjadi pilihan.  So orang yang kulit pucat macam beliau sangat cantek.



Ulasan Fesyen Red Carpet Golden Globe Awards 2015 Part 2



Uzo Aduba In Randi Rahm

Dress ini sangat cantek,  tapi simple ja sebenarnya. I olls suka kalau wanita kulit gelap menggunakan colour-colour berani dalam pilihan baju depa.


Ulasan Fesyen Red Carpet Golden Globe Awards 2015 Part 1

Hello u olls,

Tak mau cerita banyak la.  Jom kita tengok review baju-baju cantek dan meletops dan beberapa baju hodoh yang aku tak paham pasai pa depa ni duit banyak and belambak tapi sanggup pakai pakaian hodoh macam ni.  



Jennifer Lopez In Zuhair Murad Couture

Sebenarnya dress ini sangat meletops.  Baju kelawar versi couture.  I love this dress sebab dia macam nampak very the diva-divana.  Tapi still tetek over........and nak tunjuk paha and kepala lutut.  Way too much Kak Jelo.  I olls mengharapkan satu hari dia mencontohi retis kertu yang lain yang always nampak classy elegen di red carpet.  Bak kata seorang teman akak,  seri red carpet dia dah menghilang.



click read more


15.1.15

Jejak Istana di Kuala Kangsar

Hello u olls semua,

Nak share pengalaman dan cerita ceriti I olls pergi ke Kuala Kangsar beberapa bulan yang lalu.  Road trip pertama I olls dan anak ayam Ninie Askandar Martopa yang bermula firstly ke Bota Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan wanita agam bernama Wawa Azwanti.

Selepas berkampung di Bota dua hari dan terseksa sebab takdak line internet langsung (I OLLS PAKAI CELCOM KOT!!)  on the way balik ke Penang,  me and Ninie berazam untuk singgah di Kuala Kangsar.



click read more

Ulasan Fesyen 2015 People’s Choice Awards

Hello u olls,

Berakhir sudah sesi 2015 People’s Choice Awards yang berlangsung pada awal tahun ini. Maka lepas ni akan bermulakan event red carpet besar-besar di Hollywood tu. I olls akan membuat review untuk semuanya. Tapi kalau aku terlupa, ampa peringat la aku. Tahun lalu, I olls terlepaih event MET Gala okay. Dahla event tu paling ramai nanti pakai merepek repek.

Seperti biasa,  untuk 2015 People’s Choice Awards most of the celebrity tampil very santai and biasa-biasa sahaja.  Sebab apa?  Sebab nanti bila mai Golden Globe and Academy Awards baru depa akan buat over over punya meletops.

Style Paling I olls Suka

Style yang I olls paling suka adalah Portia de Rossi yang memakai suit pants dari Zuhair Murad.  I olls suka sebab colour dia meletops and corak geometri kat bahagian atas baju ini sangat meletops dan menarik hati.  Sangat 2015!  Tahniah gofren Ellen Degeneres.  




Jom tengok baju-baju lain yang meletops.  Click read more

14.1.15

Ulasan Konsert Akhir Gegar Vaganza

Selalunya I olls pasti antara yang terpaling lambat menulis dan mengreview apa sahaja isu terhangat di pasaran. Nak buat macam mana U olls. Akak kan pekerja kerajaan, setakat nak main Facebook kat henfon celah-celah sambil buat kerja tu masih termampu. Nak menulis blog sambil buat kerja mana boleh u olls. Nak kena balik rumah mengemas, mandi, rehat nak tulis blog kadang-kadang tak menyempat. Tunggulah hujung minggu u olls. Baru akak mampu nak tulis blog ni semua.


Tapi apa pun thanks kat ampa semua, walaupun aku tulis selalu lambat tapi ampa always setia sudi membaca apa yang I olls tuliskan ini. Semoga Insya Allah ada rezeki di hari esok dapat jadi blogger full time, harusnya hari hari hidup ampa akan disirami dengan pelbagai penulisan aku yang melampau.


So hari ini I olls nak ulang balik cerita yang dah agak lapok iaitu persembahan akhir Malam GegarVaganza.


13.1.15

Ulasan Novel Perjalanan by Regina Ibrahim



Hello ampa semua,

By the time artikel ini ditulis pasti ramai dalam kalangan ampa semua sudah membaca novel yang dikarang oleh Regina Ibrahim dan diterbitkan oleh Buku Fixi.  Alhamdulillah sejak buku ini diterbitkan,  sambutan amat panas sekali.  Tak sampai setahun pun diterbitkan,  pihak Buku Fixi terpaksa membuat cetakan kedua.

Satu sambutan yang amat memberangsangkan.

Saja la nak share dengan u olls sebelum membuat review tentang buku ini.  Mama Regina telah berkongsi dengan I olls manuskrip asal buku ini sebelum dihantar kepada pihak Buku Fixi untuk tujuan penerbitan.  I olls mengambil masa hanya 1 hari untuk habiskan buku ini.  Baca dari pagi sampai malam.  And yes,  lepas baca keseluruhan cerita,  aku menangis.

Lepas membuat komen dan pendapat kepada Mama Regina,  aku hanya menanti.  Menanti agar buku ini diterbitkan.  Yeah!! Bila dah siap terbit.  Aku beli kot online.  Bila dapat sahaja aku pun membacanya.  Tapi aku amik masa sikit nak baca buku ini.  Sebab yalah,  dah pernah baca sebelum ini,  so dia punya eksaited tu dah kurang sikit.  HEHEHE.  Lagipun,  im a fast reader so sebab tu aku amik kesempatan untuk baca lambat-lambat.

Jangan mara mama...bukan sebab tak best tau!!

Kalau ampa tengok dalam website GoodReads,  buku Perjalanan telah mendapat rating yang amat baik.  Komen yang diberikan juga kebanyakannya positif.

Sinopsis Cerita

Inilah buku pertama terbitan Buku Fixi yang menggunakan perkataan dengan suku kata iaitu Perjalanan.  Bukan kata akar jalan.  Sesuai dengan tajuknya,  buku ini menceritakan perjalanan Rozila seorang transeksual yang dari awalnya beliau dilahirkan dengan genetalia lelaki dan perlahan-lahan beliau mencari jalan dan wang untuk menukar jantinanya kepada seorang wanita.  Selapas menguruskan hal pertukaran jantina di Jabatan Pendaftaran,  dia ke UK untuk mencari pekerjaan di sana.

Di UK,  macam-macam pulak cerita.  Dia terperangkap dalam epilog cinta jantan mat salleh pelasu yang menjanjikan fantasi cinta sempurna tapi sebenarnya jantan itu hanya ingin puaskan nafsu.  Tapi nekad dan kejujuran diri Rozila akhirnya menemukannya dengan seorang lelaki yang menerima dirinya sebagai dirinya sendiri.

Aku tak mau cerita panjang sebab aku nak ampa sendiri pi beli buku ini and hayati cerita ini.


click read more


12.1.15

Dear Jumie : Tolong Kakak, Isteri Saya Tak Pandai Bersiap


Sumber gambar : humanevents.com



Assalammualaikum,


Selamat pagi Kak Jumie. Saya ni silent reader blog puan. Saya suka baca isu-isu yang puan tulis, dan saya suka lawak-lawak yang puan selitkan. Maaflah, saya hantar emel ni untuk mintak buah fikiran puan bagaimana nak selesaikan masalah saya ni.


Saya ni baru je mendirikan rumah tangga dalam 3 bulan. Masalah saya adalah isteri yang saya nikah ni langsung tak menarik perhatian saya. Dia berhijab. Saya melalui macam-macam dugaan waktu bertunang, berpunca dari sikap pihak keluarga dia sendiri. Kami bertunang hanya beberapa bulan, alasan nak cepat kerana takut apa-apa jadi antara saya dengan dia. Waktu tu, saya memang sangat marah, apa dorang ingat saya jantan sial ke nak buat benda-benda tak senonoh dengan anak dara orang? Saya ada kakak dan adik perempuan, saya tau halal dan haram, mak bapak saya cukup bagi saya didikan agama. Tipulah kalau kata takde rasa apa-apa bila keluar berdua, tapi saya tahan diri sebab saya hormat dia yang berhijab dan baik. Tapi, hati saya sakit sangat bila dorang ada assumption liar macam gitu. Ini sebab pertama saya jauh hati dengan dia.


Sebab kedua, sebelum diijab kabul, dia langsung tak endahkan penampilan diri bila nak bernikah. Bila dah menikah, malam pertama selepas kami bersanding (tak bersanding pun), batin saya menjerit jerit antara rela dan untuk tanggungjawab. Saya lakukannya demi tanggungjawab saya sebagai suami. Terus-terang, saya takut melihat dia malam tu, (maaf kak saya guna bahasa ni) adik saya layu dan saya rasa amat tertipu. Semuanya berlaku dalam keadaan betul betul gelap gelita. Saya membayangkan pelakon wanita saya minat walaupun saya tahu itu amat berdosa, tapi saya takde pilihan kalau tidak bendera tak naik.


Maaf saya terpaksa bukak aib dia, seboleh bolehnya saya tak mahu, tapi sebagai suami, saya tak mahu sia-siakan dia. Pergilah siapkan diri, untuk suami setidak2 nya. Semuanya go with the flow....jenis tak kisah ,habis saya ni? Demi Allah, saya memang tak pernah pandang rupa, tapi saya ni lelaki... tentu puan faham kan? Saya nak juga ada feel, tak cantik macam artis pun takpe janji kemas dan sedap mata memandang, tetapi... aduh... kakak kandung saya yang berumur 38 tahun lebih cantik lagi, kulit cerah dan lebih tegang.


Penampilan isteri saya tak menampakkan dia umur 20-an. Seminggu sebelum nikah, saya pergi urut badan dan skrub, kenapa dia tak boleh? Saya terima dia seadanya, tapi jangan sampai tak semenggah macam gitu. Kalau orang lain, saya rasa malam tu dorang dah lari dari bilik pengantin, tak balik-balik dah. Sebab saya pernah terluka, dan saya tahu betapa sakitnya terluka, saya gagahkan diri juga walaupun hati meronta. Kalau boleh saya tak mahu orang lain rasa apa saya pernah rasa satu waktu dulu.


Saya tahu dia ni di bawah lindungan Kaabah, saya syukur dapat dia. Tapi tolonglah jaga diri dan elokkan sikit untuk suami. Saya tengok dalam rancangan 3 Ustazah tu, semua ustazah tu bertudung labuh juga tapi masih menarik. Jadi saya mintak buah fikiran puan macam mana nak suruh dia kemaskan diri dan jaga penampilan supaya saya pandang dia dan berselera. Kehidupan seks kami sihat, cuma saya lakukannya sebab tanggungjawab bukan sebab mahukannya saya hanya fikir ini tanggungjawab dan wajib beri dia nafkah batin. Saya ni jenis berbahasa kasar, suka terus terang, sebab keluarga saya semuanya gitu. Saya tak boleh tegur dia, kalau tegur nanti saya tercakap yang bukan-bukan, takut dia kecik ati. Saya harap sangat buah fikiran puan, macam mana nak suruh dia tegangkan kulit muka dan hilangkan double chin. Potong rambut macam mana sebab dia berdahi luas dan pakai apa yang bagus untuk kecutkan jerawat. Saya ni bukanlah hensem mana pun, tapi sedaplah mata tengok, tapi isteri saya... saya rasa macam nak menangis hari-hari. Abang saya siap sound, "Weh ko ni buta ke ape? Ko tengok bini ko tu, dah macam mak lampir dah. Bini aku yang beranak 3 tu lagi nampak muda dari dia tau. Suruhlah dia mekap sikit!" Malu puan....


Saya harap feed back dari puan.

Ikhlas dari saya,

Saiful KL


11.1.15

Creme Caramel and Dadih by MILK

Pada satu hari,  office I olls buat jamuan makan untuk delegasi luar negara yang mengadakan lawatan kerja ke USM.  So of course kami pun meng-order catering yang sedap dari sebuah pembekal catering yang terkenal di Penang kerana mutu makanannya yang tidak dapat disangkal sedapnya.  Jamuan makan tengahari itu diakhiri dengan creme caramel sebagai pencuci mulut.  


Lepas I olls memakan creme caramel itu ke dalam mulut.  Masya Allah.  Sedapnya!!! Siriesly sangat sedap.  I olls memanggil waiter yang menjaga meja VIP kami.




"Bro....ada lagi tak dessert ni?  I nak tambah,"  


"Ada-ada....."  waiter itu pun membawakan aku sebuah mangkuk berisi creme caramel yang baru.  End up,  untuk makan tengahari itu.  Aku makan tiga bijik creme caramel.


Seminggu selepas kejadian,  aku keluar lunch bersama Aishah Aljuned,  kawan baik aku yang kini bekerja di PSDC.  Sesi makan tengahari itu sebagai ucapan tahniah kerana beliau kini telah menjadi makcik kerja kerajaan macam aku.  Lepas catching up kisah suami and anak,  tiba-tiba Aishah menambah.


"Jumie...aku lani duk buat meniaga tau,"


"Baguihlah....meniaga tambah pendapatan  u olls.  Ak sokong.  Hang meniaga apa?"


"Aku meniaga buat sri kaya sagap,"


Sri kaya sagap adalah panggilan orang Penang untuk creme caramel.  Dia menceritakan yang resepi yang diturunkan oleh tok-tok beliau telah membuatkan business dia yang baru tak sampai beberapa bulan ini mendapat kepercayaan daripada syarikat catering ternama di Penang yang membuat order kepada beliau untuk sajian pencuci mulut.  Kira macam source out kat dia la.


Dan bila duk korek-korek rupanya,  creme caramel sedaplazoh yang I olls balon sampai 3 bijik itu adalah produk dari Aishah Aljuned iaitu Creme Caramel and Dadih by MILK.


So today,  i olls nak kongsi dengan ampa semua untuk bersama-sama menikmati kesedapan sri kaya sagap a.k.a creme caramel dari MILK.



Creme caramel by MILK

&

Dadih by MILK




Saiz dan Berat

Kedua-dua product MILK datang dalam dua size iaitu  ;

Kecil  : Lebih kurang 120ml
Besar  : Lebih kurang 150ml.  Bekas besar tu cantik dan sesuai diberikan doorgift ataupun disajikan di meja VIP.




Cadangan hidangan 

Lebih best dihidang sejuk, kalau nak nampak meletops,  boleh telangkupkan dan letak atas dessert bowl ka cup ka. Untuk feeeling2 bangsawan, boleh la boh la whipped cream dan stroberi kat atas.
Sesuai untuk semua majlis.  Kenduri kawen especially.   Sebab dia individual packaging,  dia convenient.  Kalau takmau makan masa kenduri boleh boh dalam beg nak bawak balik.  Kiranya kalau nak buat doorgift untuk majlis2 pun boleh.


Additional Info

Fresh ingredient.  Resipi tok-tok.  Tok saya panggil creme caramel ni sri kaya sagap. Sampai la ni masih misteri sagap tu sapa.  Produk halalan toyyiban.  Homemade.  Telur original dan telur ayam dibasuh.





How to Order  


Phone / SMS / Whatsapp: 0175005574 / 0125790293






Harga


Creme Caramel


Small RM 1.30
Big RM 1.50

Dadih

Small RM 1.20
Big RM 1.40


Notes  :

  • Harga tidak termasuk cost delivery. Selalunya MILK lebih prefer depa mai amik sendiri.
  • Provide sudu kecik mengikut kuantiti order
  • Kotak polisterin di-charge RM10 per box and is refundable. Kiranya, bila depa mai hantaq balik, RM10 dipulangkan.
  • Minimum order 50pcs. DISKAUN diberikan kepada mereka yang order kuantiti 200 ke atas.
  • Mengalu-alukan caterers dan Event Companies untuk business deals at attractive packages.
  • Waktu minimum order adalah SATU MINGGU.



Penghargaan
Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi pernghargaan kepada adik saya yang banyak memberi inspirasi dan jugak leteran tok-tok yang membina. Jugak kepada makbapak dan keluarga dan kawan-kawan.  Juga kepada  kawan saya Jumie Samsudin,  wanita blogger agam yang juga lambang kecantikan.  Saya harap ampa semua yang rajin membaca blog Jumie setiap hari sudi memberikan sokongan kepada perniagaan saya.  Sesungguhnya saya beruntung kerana mempunyai sahabat yang cantek dan blogger macam Jumie Samsudin.







Follow us on

9.1.15

Sampai Hati Hang Duduk Sahaja?

Hello u olls semua,


Sajala malam ni nak ajak sembang pasai kejadian banjir di Pantai Timur.  Walaupun banyak tempat telah pulih (dari banjir) tapi banyak lagi tempat yang masih lagi ditenggelami air sebab hujan masih turun dari semasa ke semasa.


Kalau banjir dah surut pun,  kesan yang tertinggal pada kawasan yang terlibat itu adalah amat dahsyat.


Seorang teman saya,  staf USM yang berkesempatan untuk menjadi sukarela ke Kelantan menceritakan pengalaman beliau kepada saya "Jumie.  Kak Shuk tengok keadaan tu dah macam tsunami kecik dah.  Memang teruk sangat susah nak bayang.  Kalau Jumie pikiak balik,  ini pun serambi Mekkah tau.  Dulu Acheh pun tsunami Mekkah.  Allah nak uji kita semua Jumie,"


Yes,  Allah sebenarnya menduga kita semua.  Bukan sahaja kepada u olls yang terlibat dalam tragedi banjir malah kita yang berada di sekeliling turut diuji.  Diuji iman kita kerana masa ni Allah nak tengok,  time kita senang dan bahagia,  kita ni ingat dak kat sahabat dan saudara kita di sana yang sekarang ni nak berak pun belum tentu dapat berak di tempat yang selamat,  bersih dan sesuai.


Boss I olls,  seorang wanita berbangsa Punjabi berkongsi satu video yang betul-betul membuatkan bulu roma I olls meremang.  Video itu dipanjangkan kepada beliau melalui Wassap.  Sorry I olls dah cari dalam Youtube semua memang takder.  Video itu dipanjangkan oleh community United Sikhs yang berpusat di Subang Jaya KL yang beramai-ramai sedang bekerja membuat packaging makanan dan barangan keperluan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.


Kesemua barangan dan makanan ini akan dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan especially kepada orang-orang Asli yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman.  Makanan dan barangan keperluan yang disalurkan ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai dan dari kutipan duit mereka sendiri.  Bungkusan ini dibawa terus melalui helikopter yang ongkos minyaknya turut ditanggung oleh kumpulan ini.


Tapi apa yang membuatkan I olls meremang bulu roma adalah,  orang Cina,  orang India,  orang Melayu,  orang Punjabi semua beramai-ramai bekerja di gurdwara itu.  Perakaman video yang mengulas apa yang berlaku dalam video itu menceritakan tentang apa yang mereka sedang buat and at the same time dia duk bagitau berulang kali "We are inviting everyone Malay,  Chinese,  Indian,  Punjabi dan lain-lain to come and help us here.  We are doing this for one race.  Human race,"  gila meremang bulu roma akak.


Sebagai cerita tambahan,  dikatakan pada satu hari,  satu pasangan berbangsa Cina datang ke Gurdwara.  Depa tau yang kat sini sedang ada kutipan barangan keperluan bantuan mangsa banjir.  So pasangan ini ajak beberapa ahli kumpulan ini dan bawa ke sebuah pasaraya.  Depa kata "You all please get what ever things needed.  Do not see the price tag and do not count the ammount.  We will settle everything,"


Siriesly u olls.  Aku rasa nak menangis dengar keikhlasan dua insan ini.  Aku tak kenal depa sapa and takdak pun pampang besar-besar di mana-mana laman sosial.  Tapi apa yang I olls ceritakan ini adalah benda betul dan sangat menyentuh jiwa.


Kita orang Malaysia pastinya mempunyai kepelbagaian dan perbezaan.  Ada kala kita bertelingkah kerana perbezaan pendapat.  Tapi dalam situasi ini,  aku sangat tersentuh sebab tengok macam mana kita semua boleh bersatu dan bekerjasama untuk tujuan yang satu iaitu membantu sesama manusia.  Inilah kekuatan kita sebenarnya.


Tapi sayang,  kadangkala ahli politik menggunakan perbedaan ini untuk memecah belahkan kita semua.


Banyak lagi cerita yang betul betul inspiring yang harus kita contohi.  Tapi dalam kita duk seronok dan bergembira dan berselesa kat sini,  sedang sahabat dan saudara kita di sana nak tidur pun tak lena,  sampai hati ka kita duduk sahaja?


At least kita buatlah something okay.


Love ampa semua.

Gambar sumber  :  UNITEDSIKHS

7.1.15

Miss Malaysia for Miss Universe 2015

Hello  u olls semua,

Hari ini nak share dengan u olls and nak kita semua ramai-ramai SOKONG wakil Malaysia untuk pertandingan Miss Universe 2015 yang akan berlangsung pada 25 Januari 2014 ini di Miami,  Amerika Syarikat.  Beliau yang saya maksudkan ialah Miss Sabrina Beneett.



Beliau telah terbang ke NY beberapa hari lalu sebagai persediaan menjelang pertandingan meletops ini.  Harap u olls semua lawat page dia and lepas ni kita ramai-ramai sokong beliau.

Sabrina Beneett ini adalah sangat meletops.  She is young, cantik and muka beliau sangat meletops.  Dia takdak mix dengan apa-apa darah Eropah pun.  Dia adalah 100 % Malaysian Indian.  Berasal dari Bagan Serai Perak u olls.  Dekat sangat dengan Nibong Tebal.


Click Read More

6.1.15

Pengalaman Jadi Pengantin Sekali Lagi

Hello semua,

Beberapa mingg lepaih,  i olls ada tulis kat Facebook yang I olls eksaited nak kawen lagi sekali.  Nahareee semua orang duk mai tanya aku macam-macam secara PM,  depa saspek la,  takdak angin takdak ribut aku nak pi kawen lagi sekali dengan sapa pulak kan?  Sebenarnya aku nak kawen lagi sekali sebab baru-baru ini office I olls telah membuat majlis makan malam dengan tema yang amat gempak iaitu PERKAHWINAN.  Ampa boleh baca kat sini  :  Tema untuk Gala Night USM International Office Autumn Semester 2014



click read more

5.1.15

Ulasan ANTM Cycle 21 Episod 10 : Denzel and Marijana Finally Down

Hello u olls semua,


Akhirnya minggu ini dua ekok yang I olls paling tak suka dalam competition ini telah pun terkeluak.  Baguih sangat sangat.  Marijana tak boleh focus langsung bila Denzel dah takdak.  Tak pasai-pasai dia macam anjing takdak tuan,  dia pi jilat and pi sondoi semua orang dalam rumah tu.  Gila pathetic.  Orang lain perasan kot sebab dia FAKE.


Ini adalah contoh yang tak baik.  Dia sendiri yang memilih untuk jadi clingy dan akhirnya dia tak boleh jadi berdikari.  Sebab itu dia boleh terkeluar.  Dia rasa macam tanpa orang dibelakang dia,  dia tak boleh hidup.



click read more

4.1.15

Laga


Sapa kata aku tak suka gambak Melayu? Aku suka okay. Aku suka semua gambak semua cerita. Kantonis, Tamil, Hindi, Meleis, French, English semua aku layan asalkan jalan cerita dan lakonan menarik perhatian aku. Aku ikut petua otai teater Abang Lee Kandak "Kalau 10 minit pertama cerita tu hang rasa boring, hang katop teruih tak payah tengok"


Lepas 10 minit tonton filem Laga aku masih nak tengok lagi. Plot dia dalam tempo yang laju. Ringkas tapi padat. Menceritakan pasai orang-orang kampung yang suka berlaga ayam. Aku ada pakcik yang sangat gila berlaga ayam sabung. Macam mana dia berhabis duit beli baka ayam yang bagus-bagus dan aku sendiri pernah tengok macam mana pakcik aku operate kepala ayam yang cedera akibat laga dengan menjahit luka itu dengan jarum dan benang jahit kain yang mak kita duk pakai.

click read more

The Curious Case of Benjamin Button



Dah lama nak tengok gambar ni akhirnya lepas almost 6 tahun filem ini diterbitkan baru aku berkesempatan untuk tonton filem gandingan pelakon elllllllooooksss nak mampus iaitu Brad Pitt dengan pelakon wanita yang sangat hebak iaitu Cate Blanchett.


Kisah perjalanan hidup seorang yang sangat unik bernama Benjamin Button.  Beliau dilahirkan di dunia ini menjadi seorang yang sangat-sangat tua tapi semakin lama beliau menjadi muda dan akhir sekali di akhir hayatnya dia mati sebagai bayi.  Pelik kan?  Pelik dan macam aku duk mereka cerita kat ampa tapi memang betul pun jalan cerita dia macam ni.  Tapi cerita ini bukan betul pun la.  Mana ada orang yang dilahirkan macam ni.  Tapi yes,  memang ada sindrom orang yang dilahirkan dengan simpton yang mereka suka jadi tua tapi depa tak end up last sekali jadi baby pun.


Cerita dia macam ni.......
click read more

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE