11.1.15

Creme Caramel and Dadih by MILK

Pada satu hari,  office I olls buat jamuan makan untuk delegasi luar negara yang mengadakan lawatan kerja ke USM.  So of course kami pun meng-order catering yang sedap dari sebuah pembekal catering yang terkenal di Penang kerana mutu makanannya yang tidak dapat disangkal sedapnya.  Jamuan makan tengahari itu diakhiri dengan creme caramel sebagai pencuci mulut.  


Lepas I olls memakan creme caramel itu ke dalam mulut.  Masya Allah.  Sedapnya!!! Siriesly sangat sedap.  I olls memanggil waiter yang menjaga meja VIP kami.




"Bro....ada lagi tak dessert ni?  I nak tambah,"  


"Ada-ada....."  waiter itu pun membawakan aku sebuah mangkuk berisi creme caramel yang baru.  End up,  untuk makan tengahari itu.  Aku makan tiga bijik creme caramel.


Seminggu selepas kejadian,  aku keluar lunch bersama Aishah Aljuned,  kawan baik aku yang kini bekerja di PSDC.  Sesi makan tengahari itu sebagai ucapan tahniah kerana beliau kini telah menjadi makcik kerja kerajaan macam aku.  Lepas catching up kisah suami and anak,  tiba-tiba Aishah menambah.


"Jumie...aku lani duk buat meniaga tau,"


"Baguihlah....meniaga tambah pendapatan  u olls.  Ak sokong.  Hang meniaga apa?"


"Aku meniaga buat sri kaya sagap,"


Sri kaya sagap adalah panggilan orang Penang untuk creme caramel.  Dia menceritakan yang resepi yang diturunkan oleh tok-tok beliau telah membuatkan business dia yang baru tak sampai beberapa bulan ini mendapat kepercayaan daripada syarikat catering ternama di Penang yang membuat order kepada beliau untuk sajian pencuci mulut.  Kira macam source out kat dia la.


Dan bila duk korek-korek rupanya,  creme caramel sedaplazoh yang I olls balon sampai 3 bijik itu adalah produk dari Aishah Aljuned iaitu Creme Caramel and Dadih by MILK.


So today,  i olls nak kongsi dengan ampa semua untuk bersama-sama menikmati kesedapan sri kaya sagap a.k.a creme caramel dari MILK.



Creme caramel by MILK

&

Dadih by MILK




Saiz dan Berat

Kedua-dua product MILK datang dalam dua size iaitu  ;

Kecil  : Lebih kurang 120ml
Besar  : Lebih kurang 150ml.  Bekas besar tu cantik dan sesuai diberikan doorgift ataupun disajikan di meja VIP.




Cadangan hidangan 

Lebih best dihidang sejuk, kalau nak nampak meletops,  boleh telangkupkan dan letak atas dessert bowl ka cup ka. Untuk feeeling2 bangsawan, boleh la boh la whipped cream dan stroberi kat atas.
Sesuai untuk semua majlis.  Kenduri kawen especially.   Sebab dia individual packaging,  dia convenient.  Kalau takmau makan masa kenduri boleh boh dalam beg nak bawak balik.  Kiranya kalau nak buat doorgift untuk majlis2 pun boleh.


Additional Info

Fresh ingredient.  Resipi tok-tok.  Tok saya panggil creme caramel ni sri kaya sagap. Sampai la ni masih misteri sagap tu sapa.  Produk halalan toyyiban.  Homemade.  Telur original dan telur ayam dibasuh.





How to Order  


Phone / SMS / Whatsapp: 0175005574 / 0125790293






Harga


Creme Caramel


Small RM 1.30
Big RM 1.50

Dadih

Small RM 1.20
Big RM 1.40


Notes  :

  • Harga tidak termasuk cost delivery. Selalunya MILK lebih prefer depa mai amik sendiri.
  • Provide sudu kecik mengikut kuantiti order
  • Kotak polisterin di-charge RM10 per box and is refundable. Kiranya, bila depa mai hantaq balik, RM10 dipulangkan.
  • Minimum order 50pcs. DISKAUN diberikan kepada mereka yang order kuantiti 200 ke atas.
  • Mengalu-alukan caterers dan Event Companies untuk business deals at attractive packages.
  • Waktu minimum order adalah SATU MINGGU.



Penghargaan
Saya ingin mengucapkan setinggi tinggi pernghargaan kepada adik saya yang banyak memberi inspirasi dan jugak leteran tok-tok yang membina. Jugak kepada makbapak dan keluarga dan kawan-kawan.  Juga kepada  kawan saya Jumie Samsudin,  wanita blogger agam yang juga lambang kecantikan.  Saya harap ampa semua yang rajin membaca blog Jumie setiap hari sudi memberikan sokongan kepada perniagaan saya.  Sesungguhnya saya beruntung kerana mempunyai sahabat yang cantek dan blogger macam Jumie Samsudin.







Follow us on

1 comment:

  1. Permisi Admin, saya mau bagiin informasi nih buat pengunjung blog Admin. Saya menjual Tray Makanan untuk kebutuhan rumah makan. Gratis biaya cetak desain. Anda dapat mencetak desain dengan suka-suka pada bagian atas ataupun samping.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...