3.1.15

Facing Up with Fazura

Sapa duk tengok rancangan ni kat E Channel? So far baru 3 episod, and masa masih sempat nak keep up balik. Ini adalah rancangan realiti pertama dalam kalangan artist Malaysia yang I olls tengok. Tapi I olls pernah follow Kimora Lee Simmons punya realiti show.  Memang seronok tengok mak ayam tu duk buat gila kat depan camera.  Dia suka mengamuk,  buat drama and kadang-kadang dia sangat nice especially bila dengan anak-anak dia.  Yes,  memang rasa macam dia bising and feeling DIVA lebih tapi sebenarnya banyak benda jugak aku belajar dari memerhatikan cara dia lalui kehidupannya setiap hari.


click read more




Antaranya macam mana dia sentiasa tegas untuk pastikan dia dapat apa yang dia nak dengan cara divaliciousnya.  Yes,  memang menyeksakan melihat telatah belia tapi sifat-sifat DIVA ini sebenarnya kita boleh ambil and apply sikit dalam hidup kita agar  kita (bukan sahaja) boleh dapat apa yang kita nak dalam hidup tapi sebenarnya kita boleh "PUSH SEDIKIT" orang disekeliling kita untuk deliver lebih dari kemampuan diri depa.

Tapi dalam banyak-banyak rancangan realiti yang i olls rasa paling berjaya kat Amerika tu adalah Keeping Up with Kardashion.  Tapi I olls tak berapa tengok sangat depa tu semua.  Sebab merapu sangat and depa takdak apa sangat pun nak tunjuk selain kegilaan depa semua.  Keluarga Kardashian tu sebenarnya kampung sangat tapi duk buat class.

Tapi show depa tetap bersambung sampai sekarang.  For me why boleh berjaya?  

1.  SEBAB SIFAT DIVALICOUS FABOLOUS MAK AYAM KIMORA LEE SIMMONS YANG TIADA TANDINGAN.  Orang tak mau tengok pompuan pose-pose ayu dan cerita benda benda sopan dan biasa.  Orang nak tengok kegilaan and sesuatu yang larger than life gitu.  Sebab itu jugaklah Keeping Up with Kardashian boleh pi sampai 9 musim sebab depa sat family semua lagi la gila and depa bukan normal.  Orang memang nak tengok tu.


2.  Script dan susunan cerita yang menarik.  Yes,  memanglah kata realiti story.  Tapi semua tu scripted la u olls.  Depa kena susun betul betul jalan cerita agar sesuai dengan perjalanan produksi dan juga menaikkan rating penonton.  

So adakah Facing Up with Fazura boleh berjaya?

Bagi I olls,  yes.  Why YES,  sebab Fazura adalah retis yang paling laku di Malaysia sekarang ini.  Sejak beliau putus dengan bekas kekasih beliau TMJ,  nenjia mana-mana sahaja muka beliau yang keluar.  Encik Khafi pun kata "Dulu apa kes sangat dia nak gadoh-gadoh dengan Emma Mak Embong tu semua?  Hang tengok lani dia dah keluar nama-nama artist lain terus tenggelam!"  

"Sejak bila dia gadoh dengan Emma Mak Embong?"

"Eh....haritu kan ada.  Hang cerita dalam blog,"

Tu bukan Emma Mak Embong.  Dia gaduh dengan Hani Suraya.  Susah betul la ada laki yang feeling Perez Hilton ni.  Anyway,  I olls setuju dengan kata-kata suami I olls itu.  Fazura memang ada class dia yang tersendiri.  Cara pakaian,  cara bercakap and yes,  dia ada bakat.  Paling suka lakonan beliau dalam drama yang pasai ajaran agama sesat tu yang dia jadi peguam.  Tahajjud Cinta. 

And now,  baru nak masuk minggu ke 4 penyiaran,  semua blog gossip duk bercakap pasai kes Fazura dan Sara Ali.  Haa.......gila meletops la show ni kan?

Apa pun,  I olls akan terus berFacing Up with Fazura.  But before that,  berikut adalah beberapa komen I olls mengenai show ini  (setakat episod 3):

  1. Disebabkan rancangan ini dalam Bahasa Inggeris tak semua bersama dengan Fazura dalam rakaman realiti ini banyak bersuara atau bercakap.  Adakah mereka dihalang oleh produser sebab nak kawal perjalanan cerita atau depa tak berapa selesa nak cakap orang putih di depan camera sebab satgi tersalah tatabahasa mampuih kena carut satu Malaysia?  Akak harap lepas ni nak tengok orang-orang lain disekeliling Fazura lantaklah ampa cakap pi la dalam Bahasa Melayu pun,  nanti depa pandai-pandaila bubuh English translation kat bawah tu.

    Macam Vee hari tu dia bersuara jugak cakap kan?  Rizman and Ruzaimi and Kheme just pose pose manja sahaja.  CAKAP la something u olls.  Kami duk follow IG ampa...cakap la sikit kami nak ikut.

  2. Episod 3,  bila dia kata dia nak jumpa bekas kekasih dia,  HARAMMMMMMMMMMM AKU DAH KETAK INGAT DIA NAK JUMPA TMJ.  Gila TMJ dah kawen kot.  Takkan nak jumpa.  Sekali dia nak jumpa Shaheizy Sam.  Maka aku kecewa.  Maybe ada arahan larangan ka apa ka aku pun tak tau la,  tapi dalam WIKIPEDIA Nur Fazura pun takdak langsung cerita beliau dan TMJ.  Mampuihlah.  Aku satgi nanti kena saman pasai ni.

  3. Beliau sangat cantek.

  4. Beliau adalah seorang yang POSH dan ada tertib (I rasa) sebab bila sekali sekali tengok Faz duk buat aksi macam ALL OUT dan GILA GILA nampak agak fake.  Masa dia pi shopping kat Farah Khan dengan Vee.  Dia duk main try topi and cakap cakap English.  Rasa macam tak best sedikit.  Sebab i dont think she is naturally like that.  
Apa pun,  tak sabar nak tengok rancangan minggu-minggu depan.  Harap ada aksi and cerita gaduh gaduh and Fazura maki orang.  BESTNYA!!

ps/  Macam makin minat kat beliau sekarang.  She is a GO GETTER GIRL.

2 comments:

  1. tengok la cerita baru dia jumie, best jugok..
    manisnya cinta di cappadocia tu...

    ReplyDelete
  2. ya mmg best gila manisnya cinta tu.rasa mcm fazura belakon n dia dalam real life mmg style ckap macm tu.ada style.gigi cantik senyum cantik.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...