15.1.15

Jejak Istana di Kuala Kangsar

Hello u olls semua,

Nak share pengalaman dan cerita ceriti I olls pergi ke Kuala Kangsar beberapa bulan yang lalu.  Road trip pertama I olls dan anak ayam Ninie Askandar Martopa yang bermula firstly ke Bota Perak untuk menghadiri majlis perkahwinan wanita agam bernama Wawa Azwanti.

Selepas berkampung di Bota dua hari dan terseksa sebab takdak line internet langsung (I OLLS PAKAI CELCOM KOT!!)  on the way balik ke Penang,  me and Ninie berazam untuk singgah di Kuala Kangsar.



click read more


Disebabkan I olls dah beberapa kali mencemar duli di bandar diraja ini maka haruslah i olls memberikan royal tour untuk Ninie Askadar Martopa yang juga wanita agam regalia.  I olls nak bawa dia pusing kawasan istana,  tengok orang buat labu Sayong,  tengok Sungai Perak dan macam-macam lagi.

And kebetulan juga,  kami mempunyai saudara bangsawan di sana iaitu Tengku Zaren Chempaka Barrington.  Bolehlah feeling lunch dengan beliau di Kuala Kangsar Guest House gitu.

So apa yang menariknya sesi mencemar duli dengan Cik Puan Ninie Askadar Martopa adalah beliau ni adalah seorang mak ayam spirit.  HHAHAHA.  Apa tu mak ayam spirit?  Mak ayam spirit adalah wanita berjiwa pondan yang sangat taksub kepada kewujudan entiti halus seperti jin dan saka.

Yes,  kita tak boleh tolak dan nafikan kewujudan makhluk-mahkluk Allah ni semua.  Dalam Quran pun dah ada surah khas yang cakap pasai Jin sahaja.  So,  kita sedar kewujudan depa tapi kita tak boleh nak nampak.  Tapi Cik Puan Ninie Askadar Martopa lain,  dia sangat menyedari dan boleh rasa benda benda ni semua yang ada di sekeliling kami.

Well memang ada setengah orang ada kelebihan sixth sense ni kan?

Dalam perjalanan kami berdua ni,  dia suka buat - buat bagi i olls jadi seram tak pasai -pasai.  Semuanya sebab dia punya ketaksuban pada spirit-spirit of the coin ni semua.  Dia selalu duk pesan kat I olls,

"Jumie hang tau dak.  Hang ni ada 'pengikut'.  Satu tok pompuan.  Satu tok laki.  Hang ni kalau pi belajar boleh jadi bomoh hang tau dak?"

Dia duk buat dah.  Aku pun dengaq saja la apa dia nak kata.

"Aku bagitau kat hang ni Jumie...satu hari hang dah pegang tikaq semayang hang nanti boleh berubat orang.  Percayalah cakap aku,"

Aiiiiyooo.  Nak pi berubat orang apa lagi aih.  Nak jadi bomoh?  Mesti lepaih ni aku akan jadi bomoh blogger yang meletops.  Habis sesi rawatan ja amik selfie and bubuh kat IG dengan caption "Alhamdulillah selesai tugas hari ni,"  gitu?

Ada juga cerita satu ketika dalam perjalanan kami melalui kampung,  kebun getah dan segala maknena simpang siur menuju ke Bota Perak.  Tiba-tiba dia kata "Jumie...hang katop lagu Beyonse hang.  Diam diam,"

Aku pun teruih katop MP3 player aku dan teruih mendiamkan diri.  Apalah mak ayam ni nak buat kat aku?  pastu Cik Puan Ninie Askadar Martopa pun memasang alunan bacaan ayat Quran dari telefon Samsung beliau.  Aku teruih terdiam.  Deni nak buat apa ni.  Pasaipa pulak nak suruh mengaji ni?

Lama jugak kami diam.  Aku duk bawa kereta macam biasa.

Tiba-tiba Cik Puan Ninie Askadar Martopa bersuara "Celaka hang.....................hang ikut kami pasai pa?  Kami bukan buat apa pun!!  Kami nak pi tolong orang buat benda baik.  Kami bukan nak buat kacau sapa-sapa,"

Aiiyoooooooooooooooo meremang bulu roma aku.  Celaka nakharrr la deni.  Tak pasai-pasai duk maki orang yang aku tak nampak macam kereta ni.  Memang aku diam teruih u olls.  Tapi bila pikiak and tulis balik dalam blog ni aku rasa macam lawak pulak ada kawan macam ni kan?  Tiba tiba bagi saspen orang tak pasai-pasai kan?  Kalau ampa ada kawan macam ni lagu mana?

Malam tu,  kami dah selamat sampai di Bota aku tanya la kat Cik Puan Ninie Askadar Martopa tadi pasaipa hang suruh aku mengaji dalam kereta?  Dia pun jawab,

"Tadi dia ikut kita hang tau.  Dia saja nak ikut sebab kita nak pi buat benda baik.  Nak mai kenduri orang.  Sebab tu la dia nak buat kacau,"

Ada-ada sapa pompuan ni.

So cerita baliklah kisah kami di Kuala Kangsar.  Usai bersembah ratu dengan Tengku Zaren Chempaka Barrington di Kuala Kangsar Guest House kami pun meneruskan perjalanan kami. Of course Tengku Zaren tak boleh ikut.  Orang orang Bangsawan macam dia tak boleh pi berjalan sembarangan u olls.  Ada pantang-pantang dia.  So its only me and Cik Puan Ninie Askadar Martopa yang berjalan-jalan.

Kami pi Galeri Sultan Azlan Shah dahulu.  Masa mula-mula sahaja masuk ke dalam Galeri,  the first thing yang kita akan nampak adalah kerusi takhta Sultan Perak berwarna kuning yang diletakkan betul betul menghala ke pintu utama masuk galeri.

"Mak ayam...aku nak pi pegang kerusi tu boleh dak?"  tanya Cik Puan Ninie Askadar Martopa.

"Ish mana boleh.  Hang tak nampak depa dah bubuh papan tanda tu.  Siap bubuh tali besak warna merah tu,"

Pastu kami pun jalan-jalan semua satu Galeri.  I olls memang nampak muka eksaited Cik Puan Ninie Askadar Martopa melihat segala barang-barangan yang dibuat sebagai display kat galeri ini.  Semua barangan ini adalah koleksi peribadi Sultan Perak dan keluarga.  Ada macam-macam peralatan yang dipamerkan,  baju,  eksesori,  buku,  alatan harian dan regalia diraja seperti keris dan mahkota.

Kami melihat ada satu display keris berwarna putih.

"Keris taming sari ka ni mak ayam?" tanya Cik Puan Ninie Askadar Martopa.

"Dak aih.  Hat ni keris istiadat sahaja.  Keris Taming Sari depa tak display senang-senang macam ni,"
Sedang kami asyik melihat seni ukiran pada keris yang sangat cantek itu, tiba-tiba lampu siling yang terletak betul-betul atas keris itu berkelip.  3 kali.

Aku tengok muka Cik Puan Ninie Askadar Martopa,  dia pun tengok aku jugak.

"Mak ayam...dia dah suruh kita blah and tengok benda lain,"

Kami meneruskan untuk naik ke tingkat atas galeri.  Masa nak naik tangga,  sekali lagi,  lampu di tangga berkelip tiga kali.  Tapi Cik Puan Ninie Askadar Martopa tidak berkata apa.  Kami naik ke atas.  Di atas Galeri,  dipamerkan baju-baju dan juga peralatan ketika majlis persandingan Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Tuanku Zara Salim.  Lepas kami terpana dan terkesima melihat display dan gah ini (sebab tak percaya boleh tengok benda ni secara live),  kami pun turunlah ke bawah.

Masa nak turun tangga,  sekali lagi lampu berkelip 3 kali.

"Mak ayam........depa tau hang nak mai.  Dia sambut hang nak naik,  nak turun,"  kata Cik Puan Ninie Askadar Martopa,  Aku rasa macam nak tergelak la ada kawan sorang lagu ni.

Selesai melawat galeri Sultan Azlan Shah,  kami meneruskan perjalanan untuk ronda-ronda di kawasan Bukit Chandan.  Aku tunjuk kat dia pintu-pintu istana dan sebagainya.  Lepas tu aku mula bercerita tentang rumah-rumah agam yang terletak di sekitar bukit ini.  Rumah-rumah agam yang masih di jaga elok bersih walaupun sudah usang dan tidak diduduki oleh sesiapa actually adalah milik kepada keluarga diraja Kesultanan Perak.

I olls bawak la beliau ke Baitul Annur dahulu.  Terletak sebelah dengan Masjid Ubaidillah.  Actually kita boleh masuk melawat Baitul Annur ini kerana depa ada letak macam-macam informasi dan gambar untuk pengetahuan pengunjung.  Tapi Cik Puan Ninie Askadar Martopa duk buat dah feeling-feeling spirit of the coin dia.


Baitul Annur







"Mak ayam hang pi la...aku amik gambar hang saja na,"

So I olls pun end up amik gambar sahaja and tak masuk pun rumah tu.

Lepas itu,  I olls terpandang satu lagi rumah agam yang terletak tidak jauh dari situ.  Masih di Bukit Chandan tapi kena masuk dalam sedikit.

"Nyah...jom kita pi rumah tu pulak.  Dia duk panggil aku,"  kata I olls saja mengusik.

"Rumah mana pulak mak ayam?"  Cik Puan Ninie Askadar Martopa memang dah betul -betul cuak.  I olls meneruskan pemanduan dan memasuki satu lorong yang agak nak turun bukit.  Untuk pergi ke rumah agam yang I olls maksudkan tadi,  kena lalui jalan kampung yang agak ke dalam sedikit.  Cik Puan Ninie Askadar Martopa kelihatan keras di seat sebelah.

"Hang jangan duk risau aih...aku nak kena mai sini jugak.  Dia duk panggil aku dah,"  kata i olls.  Seronok pulak tengok muka dia duk jadi keraih.  HAHAHA.

Nasib baik kereta aku ni kecik sahaja so senang nak lalui jalan kampung yang sangat sempit itu.  Perlahan-lahan kami melalui kawasan kampung itu,  pusing-pusing macam mana ka,  akhirnya kami tiba di hadapan rumah agam yang I olls maksudkan tadi.  Baitul Rahmah.


Baitul Rahmah



"Aku nak turun sat amik gambar.  Hang tolong amik gambar aku boleh,"

"Tak pa mak ayam.  Aku duduk dalam kereta.  Hang amik la,"

Aku pun turun kereta dan mengambil beberapa keping gambar Baitul Rahmah.  Nampaknya rumah ini seperti ada orang tinggal di dalamnya sebab ada nampak motorsikal dan basikal di laman rumah.  Setelah merakam beberapa keping gambar aku pun masuk lah kereta dan meneruskan pemanduan.  Cik Puan Ninie Askadar Martopa diam sahaja di sebelah.

Kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Penang.  Bila dah masuk highway baru Cik Puan Ninie Askadar Martopa  bersuara.  Nak hare deni.

"Hang tau dak tadi,  depan rumah no dua yang kita pi tu...dia tu duk tunggu depan rumah hang tau dak.  Dia tengok ja hang amik gambak,"

"Sapa dia?"

"Tuan rumah tu la,"

"Mana ada sapa pun!!!"

"Aku nampak lah......,"  Cik Puan Ninie Askadar Martopa memeluk tubuhnya yang mugil.  Macam nak naik angin kat aku pulak.

"Dah tu.  Hang nampak hang tak bagitau aku.  Celaka.  Abih tu aku tak nampak dia.  Awat dia marah ka aku amik gambak?"

"Hala...............dia marah!!  Hang sepatutnya pi masuk dalam rumah mintak kebenaran kat orang yang jaga rumah tu,"

Dah pulak!!  Kami pun meneruskan perjalanan kami.  Alhamdulillah kami sampai ke Penang dengan selamatnya walaupun sedikit jam.  Begitulah kisah road trip i olls bersama seorang teman yang sangat mak ayam spirit-spirit of the coin.

Jom tengok gambar-gambar masa di sana.  Sorry gambar Cik Puan Ninie Askadar Martopa i olls tak boleh publish sebab dia tak benarkan.  Kekwat kan dia?








Nota kaki  ;

Selepas pulang ke Penang dan tiba di rumah,  something is wrong with my handphone.  Dia duk tekan-tekan sendiri dan duk bergerak sendiri.  Dia akan type dan amik gambar sendiri.  Benda ini berlarutan beberapa hari.  I never told Cik Puan Ninie Askadar Martopa about this.  But now dia dah baca ni,  mesti dia akan WATAPPS aku dan kata "Aku dah kata kat hang....tuan rumah tu marah aku,"

4 comments:

  1. dari nak baca tour de istana Kuala Kangsar jadi citer angker yer..seraaaam nih! tp menarik sangat! ahahahaha

    ReplyDelete
  2. bc ni aku teringin plak nak p k.kangsar.tp gambaq rumah tu mmg sesuatu.tgk dalam gambaq pun serreeem.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...