6.1.15

Pengalaman Jadi Pengantin Sekali Lagi

Hello semua,

Beberapa mingg lepaih,  i olls ada tulis kat Facebook yang I olls eksaited nak kawen lagi sekali.  Nahareee semua orang duk mai tanya aku macam-macam secara PM,  depa saspek la,  takdak angin takdak ribut aku nak pi kawen lagi sekali dengan sapa pulak kan?  Sebenarnya aku nak kawen lagi sekali sebab baru-baru ini office I olls telah membuat majlis makan malam dengan tema yang amat gempak iaitu PERKAHWINAN.  Ampa boleh baca kat sini  :  Tema untuk Gala Night USM International Office Autumn Semester 2014



click read more



Setelah membuat survey di sana dan sini,  akhirnya aku mengambil keputusan untuk meminta bantuan kawan baik kakak aku iaitu Abang Inthiran untuk menjadi 'wedding planner' aku dan Khafi.  Why i pilih beliau?  Sebab I memang kenal Abang Inthiran dah lama,  i trust him and yes,  dia ada pengalaman dalam bidang ini kerana beliau sendiri seorang jurulatih tarian kebudayaan India.  Dia ada dance group dia sendiri yang dah menang banyak anugerah dalam pertandingan menari di Astro and selalu mendapat jemputan untuk menari dalam banyak pertunjukan kebudayaan di sekitar Malaysia.  So secara tak langsung dia memang ada banyak eksesori perkahwinan and paling penting dia memang boleh make up and buat rambut and ikat saree semua.

"Abang Inthiran,  boleh dak,  saya buat make up saya sendiri,  nanti abang pasang rambut and saree saja untuk saya?"  kata I olls dalam perbincangan itu.

Pastu Abang Inthiran jawab "Hang nayer (anjing),  hang tak payah nak sibuk nak make up muka hang. Hang bagi aku mekap muka hang.  Baru muka hang nanti betul-betul jadi perempuan India gemok,"

Biadap sungguh mulut Abang Inthiran ni.  Takpalah,  I sanggup dicarut asalkan I tahu,  Im in good hands.  Memang tak sia-sia pilih beliau.  Ampa tengok la hasilnya kan?

Masa first kami pi discuss dengan beliau,  i pi dengan suami I,  and anak-anak ayam kesayangan I olls iaitu Fadzli,  Nizal and Azrin.  Seronok la kami semua duk menerai barang-barang kemas dalam koleksi Abang Inthiran.  Punya duk tukak banyak set sampai last sekali aku kata,  tak payahla duk bok keluaq dah,  lagi hang bok keluaq,  lagi cantek aku duk rasa.  Baik simpan buang.





Sesi menerai set set eksesori dengan Abang Inthiran dan kawan-kawan.



Perut tudia nala.


Pose dengan Abang Inthiran kat kedai Saree.



Dia kata,  nanti blouse untuk Saree kami kena pi tempah lain sebab almaklumlah aku kan bersaiz badan models.  Khafi punya baju pun kena pi beli baru.  Saree kahwin,  dia akan pinjam dari seorang kawan.

Sebenarnya untuk ampa yang tak tau,  bagi kaum India,  saree perkahwinan adalah sangat suci dan ekslusif.  Bukan macam orang Melayu or Cina,  kita boleh sewa-sewa je baju kawen kita kan?  Kalau ada bajet jer kita buat baju nikah sendiri.  Tapi untuk orang India,  hang tak boleh sewa saree perkahwinan hang.  Hang kena beli baru untuk hang.

Masa sampai kat temple,  hang akan mai pakai saree yang mak mentua hang beli dulu,  pastu Saree Perkahwinan itu akan disembahyangkan oleh sami.  Selepas tu,  barulah Saree itu boleh dipakai oleh pengantin perempuan.  I pernah pi tengok kawan I kawen kat temple and telah menyaksikan sendiri betapa banyaknya adat dan tertib yang perlu dilakukan oleh pengantin Hindu yang berkahwin di kuil.

Bercakap balik pasai Saree,  so of course Saree perkahwinan ini adalah sangat mahal and dari kualiti yang meletops.    Oleh itu,  atas budi bicara Abang Inthiran,  kawan baik beliau sudi meminjamkan Saree itu kepada I olls.  Tak perlulah I olls nak beli Saree baru.  Nak mampus noks,  Saree Perkahwinan boleh mencecah harga RM2000 dan ke atas.  Gadai bulu ketiak la nak beli mahal-mahal macam tu.  Itu pun kalau bulu ketiak kau keluar dari benang emas.

So i olls kena keluarkan duit untuk buat blouse baru,  baju untuk pengantin lelaki.  Set bunga malai (yang digantung dileher),  bunga tangan dan bunga-bunga di kepala I olls.  And yes,  juga untuk henna design.

Sesi bersiap untuk I olls bermula dari jam 3pm.  Abang Inthiran start dengan make up muka I olls.  Ya Allah punyalah lama dia menenyeh muka I olls.  Memang I olls dapat rasakan dia menempek banyak pondesyen kat muka I olls.  Sampaikan ada beberapa kali,  Abang Inthiran menjerit kat muka I olls "Hey nayerr! Hang tidok ka,"  HAHAHAH siriesly.  Dahla minggu itu I olls agak sibuk and tidak cukup tidok.

Lepas buat make up,  beliau buat rambut I olls.  Dia pasang rambut palsu yang sangatlah berat.  Seumur hidup I olls,  inilah kali pertama I olls memakai rambut palsu.  Rambut palsu panjang itu didendan agar sesuai dan kuat untuk dipasangkan segala maknena eksesori dan bunga-bungaan,

Selepas rambut,  beliau nak bagi I olls pakai Saree pulak.  Tapi sebelum tu,  Abang Inthiran bagi I olls pi toilet siap-siap.  HAHAH pi bang apa yang patut sebab once hang dah pakai Saree semua.  Bukan senang hang nak pi kencing berak.  Jenoh nak pi selak lagu mana?

Ampa tau dak berapa orang yang diperlukan untuk memasang Saree ke badan I olls?  DUA ORANG.  Abang Inthiran kata,  pemakaian saree memerlukan orang yang berkemahiran.  Sebab itu,  upah yang dibayar kepada si tukang pasang saree boleh mencecah RM150 bagi satu sesi.  Giler noks.

Keseluruhannya,  I olls telah siap sepenuhnya dalam masa 3 jam 30 minit.

Lepas tu,  turn Encik Khafi pulak.  Dia juga dimekapkan.  Meletops noks laki aku pun berfondesyen bagai.  Lepas dah siap semua,  Abang Inthiran tolong bagi pakai vetti iaitu sejenis kain khas yang dipakai hanya untuk pengantin.  Abang Inthiran juga pakaikan sekeping daun emas di dahi Encik Khafi.  Itu memang emas betul ya puan-puan sekalian,  kata Abang Inthiran,  emas itu selalunya akan dipakaikan untuk menandakan status pengantin.  Kepingan emas itu biasanya dihadiahkan oleh adik beradik ataupun pakcik dan makcik,  kepingan-kepingan ini akhirnya akan dikumpulkan untuk dibuat cincin atau apa jenis perhiasan yang lain.

Encik Khafi siap dalam tempoh lebih kurang 1 jam.

Selepas siap sepenuhnya,  Abang Inthiran telah membawa kami ke studio untuk sesi bergambar.  Studio ini terletak di Penang Road,  depan Komtar.  Memang feeling pengantin la kami masuk studio dengan bunga semua and amik gambar guna canvas background semua.  HAHAHA.  Aunty photographer kami tu siap kata kat kami "Congratulation" di akhir photoshoot.  Dia memang duk ingat kami kawen la ni.  HAHAHAH.

Lepas foto session,  barulah I olls dan Encik Khafi bertolak ke Bayview Beach Hotel,  Batu Feringghi.  Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam.  I olls dah la berat kepala semua ni.  Memang I olls cakap kat Encik Khafi "Abang...Ya nak lelap sat,"  memang lelap betul la aku.  HAHAHAH kesian laki aku drive sorang-sorang.



Sesi memasang inai.


Hasilnya.






Laki I duk bersiap.


Laki I kata,  dia sangat suka pakai pakaian orang India ni.  Sebab lagi senang daripada pakai sampin dan tengkolok masa kawen dulu.  Kain tu berangin katanya.  Haree.....syiok la angin kena telok.



NAMPAK PEROT!!! Yessssssssssssss!!










Dendan panjang itu adalah rambut palsu.  I rasa kepala I olls sahaja berat lebih kurang 1.5 kilo.  Memang penat dan membawa kepada sakik kepala migrain yang tidak terhingga.  Tapi rasanya effek itu datang selepas dinner.  Bukan masa dinner.  Sebab masa dinner aku duk syiok sangat.  


Bunga ini adalah penggantung di hujung rambut I.  Duk baca benda ni la sana sini.  Anak Dr.  Pitt (my boss),  Ai Chan,  dia kata "Rambut Aunty Jumie macam Avatar"  Kerlasssssssssssss




Setiba di hotel,  of course la kawan-kawan semua seronok dan teruja melihat aku dan Encik Khafi yang betul transformed!!  Siriesly kami sangat happy sekali sebab kawan-kawan pun seronok tengok kami.  Objektif aku pakai saree jugak tercapai sebab budak - budak orang Putih tu pun semua rasa seronok kot tengok nenjia the real Indian Bride.  Aku pun muka persis pelakon Tamil,  Meena dah.  Khafi pun dah ala-ala Ajith Kumar dah.

And yes,  aku dapat hadiah BEST DRESS category staff.  Tapi itu bukan sebabnya pun aku nak pakai meletops ni semua.  Bagi aku pengalaman dan peluang ini adalah lebih bernilai.  Bukan hari-hari aku dan Encik Khafi boleh pakai jadi pengantin Tamil tak pasai-pasai. Inilah pengalaman seumur hidup yang kami berdua tak akan lupa sampai bila-bila.

Seorang teman rapat I olls,  Miss Thini Mohan.  Dia Indian la.  Baru-baru ni dia kawen (and i make up dia dalam salah satu reception beliau).  Dia PM I olls di Wassap.

"JUMIE.  Aku literally menangih tengok hang dengan sareee hang semua.  Aku kata kat laki aku,  awat dulu kita kawen kita tak pakai macam ni.  Lepaih tu laki aku jeling kat aku,"

Kennnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!


Sekian,  jom tengok gambak.


With anak ayam tersayang,  Mamu.





With Dr.  Pitt and his lovely wife Iryd.  Depa dorang mai as HRH Prince William and Kate Middleton.  Makan ati la.  Depa dorang ni selalu sporting and nak all out.  I suka.




Depa ni sajaa laa nak amik gambak dengan Encik Khafi.  HAHAH muwik muwik dua ni.




With Nurul yang meletops.  Madu I ni.  ;p

  


Untung kawen kali ni teruih dapat anak-anak :)




Keluarga Bahagia Pejabat Antarabangsa USM.  Semua sporting mai pakai baju kawen!!  Meletops okay.



With Miss Syahnaz yang meletops.  Steady BUJIE!!!



With Mr.  Nato Alsany yang sangat hemsem.  :)




Dengan Sammir yang pak lawak nak mampus.  Deni belajar main kompang dengan En Khafi.  





Ampa mesti pelik kan?  Depa dua ni pakai baju apa ni?  Kahwin apa lagu ni?  Ampa tau depa kata apa "Ooooh...we are the Malay flower girls," HAHAHAH NAHARIAMMMM




Yang ni la Daniel,  cikgu bahasa German yang I olls pernah letak kat Facebook.  Pastu nenjia mampuih semua orang duk like punya banyak.  Pastu,  baru-baru ini bapa dia terlibat dalam kemalangan jalan raya di Penang semasa beliau melawat Daniel di sini.  Alhamdulillah bapak dia dah selamat balik German and jalani pembedahan di sana.  And now bapak dia okay sangat.

Daniel ucap terima kasih kat ampa semua yang tolong derma darah kat bapak dia.  Dia kata dia sangat terharu dengan bantuan dari semua orang Malaysia yang sudi tolong dia walaupun tidak kenal dia.

Dia mai amik gambar dengan akak dalam pakaian "OCTOBER FEST"  of course la i pun pelok dia nenjia sampai melekat.  Habih tuuu???

* Suami i izinkan i ambil gambar macam ni.  Lagipun suami I yang amik gambar ni #statementIfaRaziah









Akhir kata,  terimalah gambar kami photoshoot kat studio.  Kenangan yang terindah untuk I olls dan suami.  Thanks untuk Dr.  Pitt and Buddies sebab buat majlis makan malam yang meletops sangat-sangat.





5 comments:

  1. pengantin paling comei..elok sgt ampa jd pengantin india..:)

    ReplyDelete
  2. Bestnyaaa tema dinner ni!
    Jumie meletop sangattt!!

    ReplyDelete
  3. MELETIUPPPPPPP!!! vas marhayam...i liok 2000 ribu.. :)

    ReplyDelete
  4. hahahhah tervaek Jumie oooiiiii ai likeeeeee

    korang mmg sporting habes

    ReplyDelete
  5. kerlasss hang jumie! sebijik pengantin india...loike sangat!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...