21.1.15

Qu Puteh Mengaburi AJL 29

Hello u olls,

Demam AJL 29 masih belum berakhir.  Sampai hari ini, dalam radio,  dalam TV,  dalam blog-blog dan laman web gossip masih lagi dipaparkan kisah-kisah AJL tanpa henti.  Laman sosial milik teman-teman juga masih sibuk memaparkan cerita berbaur AJL.  Tidak dinafikan,  AJL memang menjadi fenomena yang menempah sejarahnya yang tersendiri dalam diari masyarakat Malaysia saban tahun.  Tak kira usia,  tak kira bangsa.

Dalam banyak-banyak fenomena yang berkait dengan AJL 29 seperti Calliph Baskers,  Shila Amzah yang diboikot media,  Apa Khabar dikatakan tak layak menang dan macam-macam lagi tapi yang paling meletops dan menjadi fenomena sampai orang kata benda ini dah seolah-olah mengaburi AJL 29 iaitu tak lain tak bukan Dato Vida meletops dari Qu Puteh.



click read more



Gambar di atas diambil dari FB kawan baik saya Razzi Musa.  Beliau ialah make up artist yang bertanggungjawab make up Dato Vida pada event AJL29.  Ampa boleh follow Razzi Musa kat INSTAGRAM beliau @RazziMusa


Satu Malaysia nak pereng dan marah-marah dengan Dato Vida yang comels ini.  Marhayam Chef Wan katanya sampai katop TV.  Dia kata dia terlalu meluat sebab terlalu banyak sangat QU PUTEH QU PUTEH sampai dia nak meluat and amik keputusan tak tengok langsung AJL malam itu.  Pastu bila baca Twitter malam tu,  memang ramai kawan-kawan I olls yang mencarut sana sini sebab Qu Puteh.


Tapi Chef Wan adalah reason peribadi pasaipa dia berbuat macam tu.  Dalam sebuah paparan beliau di Instagram,  dia sendiri menceritakan pengalaman bagaimana dia mengamok dan keluar dari set penggambaran rancangan masakan yang dianjurkan oleh sebuah syarikat besar dan ternama.  Sebagai seorang professional chef macam beliau,  of course dia ada standard dia sendiri.

Kerja utama dia adalah untuk memasak dan menunjukkan cara yang betul untuk memasak.  Memberikan ilmu tentang bahan-bahan agar para penonton mendapat ilmu tentang bahan masakan dan cara masakan sebaiknya.  Tapi kalau setiap tertib masakan dan pertuturannya perlu diselitkan nama produk sampai beliau perlu ulang take semata-mata tidak menyebut nama produk,  HARUSLAH MAK AYAM ITU MENGAMOK DAN TINGGALKAN SET.  Mengganggu perjalanan kerja beliau u olls.


Kalau hang pun tak pereng ka?  20 tahun hang kerja deraf surat.  Tapi boss hang duk suruh edit surat yang sama sampai 40 kali.  Hang pun pernah rasa pereng macam tu kan?


Nyata,  Chef Wan ada sebab kenapa dia berasa begini.  Namun,  dia tetap membangkang orang ramai yang mengada-ngadakan komentar yang berbaur kebencian sampai sanggup pi edit muka Dato Vida sampai dah nak mengaibkan.


Syarikat Tempatan Sponsor AJL

Company dia kuat dan berani sampai nak sponsor event besar macam tu. Kita sebagai orang Malaysia patutnya rasa bangga kot sebab syarikat BUATAN MALAYSIA yang sponsor event besar macam ni.  Bukan syarikat-syarikat Yahudi atau syarikat buatan luar negara.


Sebelum ini,  ada juga syarikat tempatan yang mampu sponsor event besar seperti D Herbs untuk Konsert Akademi Fantasia.  Namun,  impaknya tidak sebesar Qu Puteh mungkin kerana cara Qu Puteh nak promote barang dia adalah lain dari yang lain.


Instead of menggunakan duta-duta yang terdiri daripada para retis yang meletops,  Dato'  Vida menggunakan muka dia sendiri sebagai lambang kecantikan.  Well,  dia ada duta iaitu Anzalna,  tapi dia focuskan muka dia dengan lebih banyak.  Memang dia sendiri mintak agar camera focus kepada beliau dari semasa ke semasa and setiap kali camera focus kat beliau,  dia akan buat pergerakan pegang-pegang dagu.  Gila konfiden mak ayam ni.


Tapi kenapa ramai orang meluat?


Bagi I olls maybe sebab depa sakik hati tengok pompuan agam ni masok TV.  Betui la u olls!!  Cuba kalau Dato Vida tu kuruih,  putih,  meletops ala-ala Norneelofa mesti ampa syiokkan?  Ampa ni semua diskriminasi kepada wanita agam macam kami.  Bured semua.

Lepaih tu,  aku rasa apa yang membuatkan orang ramai lebih meluat adalah cara produksi AJL execute mesej iklan ke dalam setiap scene dalam persembahan AJL ni.  Ini sebenarnya pihak produksi yang kena pikiak la cara yang terbaik.  Maybe instead of menggunakan pak-pak lawak seperti Ammar dan lain-lain semasa interview artist di belakang tabir,  why not guna pengacara non-lawak yang rasanya boleh conduct sesi interview dengan para artist dengan lebih flamboyan and steady sambil bercakap tentang produk Qu Puteh dengan lebih profesional.

Ammar,  hang jangan marah aku kata ni.  Hang kawan aku.  Tapi aku tak setuju apabila menggunakan pak lawak sebagai pembawa mesej kecantikan seperti Qu Puteh.  Bila Pak Lawak yang cakap pasai produk kecantikan,  benda tu jadi lawak la...bukan siries.  For me,  kecantikan adalah perkara siries.

So kesimpulannya,  awatlah kita semua duk baziaq masa duk pi benci-benci Qu Puteh ni teruk-teruk.  Yang kita duk teruk-teruk kutuk dia,  edit muka dia jadi binatang tu semua buat apa?  Apa dia buat kat ampa?  At least dia dah pi tabok duit berjuta-juta kat mangsa banjir kat Pantai Timur,  hangpa buat apa?  Baca blog aku and garu teloq?

Objektif penganjuran Qu Puteh untuk AJL 29 berjaya!  Yes,  AJL 29 dikaburi oleh mesej-mesej menjadi putih.  So rakyat Malaysia yang saya kasihi sekalian,  janganlah marah-marah na.  Have fun la sikit.

Oh ya,  Dato'  Vida,  kalau u olls membaca blog saya hari ini,  bolehkah Dato' sponsor anak ayam saya Yoe CR satu-satunya pondan yang membawa boat di Malaysia ini.  Kalau Dato'  nak jumpa dia,  saya boleh tolong jadi orang tengah.



Yoe CR sampai hati hang nak bagi putih.  Habih tinggaila aku sorang nak feeling wanita tanned-tanned.




Love,

Jumie Samsudin

5 comments:

  1. Ada butang like x Kat sini? I Nak like sejuta Kali.
    Pssst: canggih bahasa hang NOx. Sedak di kelih.

    ReplyDelete
  2. tulah pasal, sy pon naik nyampah dgn org2 yg x suka dgn quputeh tu...dh nak wt cmne, tv3 dh setuju nak buat iklan mcm tu ..dh kata dia sponsor kan...cume mungkin dia kena tukar gaya atau trademark kot..bg org x nyampah sikit...biar nmpk sdp di dgr lah hehe

    ReplyDelete
  3. Sembah ratoo kat makharyam jumie aq suke ur ulasan...moga kak qu puteh menaja anak hayam yoe dari nigeria dgn produk qu puteh lps ni.... xsabaq nak tgk yoe salin kulit... curlass

    ReplyDelete
  4. ahaaa..betul laa tuu.. seb bek dia promote produk putih then kulit dia memang cantik flawless..kalau produk kurus tu logik jugakk nak carutssss khennn... org malaysia ni memang suka caruts orang lain..masa dato terlajak laris sponsor AFpon kena carutss..part mana laa yg tak kena carutsss..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...