9.1.15

Sampai Hati Hang Duduk Sahaja?

Hello u olls semua,


Sajala malam ni nak ajak sembang pasai kejadian banjir di Pantai Timur.  Walaupun banyak tempat telah pulih (dari banjir) tapi banyak lagi tempat yang masih lagi ditenggelami air sebab hujan masih turun dari semasa ke semasa.


Kalau banjir dah surut pun,  kesan yang tertinggal pada kawasan yang terlibat itu adalah amat dahsyat.


Seorang teman saya,  staf USM yang berkesempatan untuk menjadi sukarela ke Kelantan menceritakan pengalaman beliau kepada saya "Jumie.  Kak Shuk tengok keadaan tu dah macam tsunami kecik dah.  Memang teruk sangat susah nak bayang.  Kalau Jumie pikiak balik,  ini pun serambi Mekkah tau.  Dulu Acheh pun tsunami Mekkah.  Allah nak uji kita semua Jumie,"


Yes,  Allah sebenarnya menduga kita semua.  Bukan sahaja kepada u olls yang terlibat dalam tragedi banjir malah kita yang berada di sekeliling turut diuji.  Diuji iman kita kerana masa ni Allah nak tengok,  time kita senang dan bahagia,  kita ni ingat dak kat sahabat dan saudara kita di sana yang sekarang ni nak berak pun belum tentu dapat berak di tempat yang selamat,  bersih dan sesuai.


Boss I olls,  seorang wanita berbangsa Punjabi berkongsi satu video yang betul-betul membuatkan bulu roma I olls meremang.  Video itu dipanjangkan kepada beliau melalui Wassap.  Sorry I olls dah cari dalam Youtube semua memang takder.  Video itu dipanjangkan oleh community United Sikhs yang berpusat di Subang Jaya KL yang beramai-ramai sedang bekerja membuat packaging makanan dan barangan keperluan untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan.


Kesemua barangan dan makanan ini akan dihantar kepada mangsa banjir di Kelantan especially kepada orang-orang Asli yang tinggal di kawasan terpencil dan pedalaman.  Makanan dan barangan keperluan yang disalurkan ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai dan dari kutipan duit mereka sendiri.  Bungkusan ini dibawa terus melalui helikopter yang ongkos minyaknya turut ditanggung oleh kumpulan ini.


Tapi apa yang membuatkan I olls meremang bulu roma adalah,  orang Cina,  orang India,  orang Melayu,  orang Punjabi semua beramai-ramai bekerja di gurdwara itu.  Perakaman video yang mengulas apa yang berlaku dalam video itu menceritakan tentang apa yang mereka sedang buat and at the same time dia duk bagitau berulang kali "We are inviting everyone Malay,  Chinese,  Indian,  Punjabi dan lain-lain to come and help us here.  We are doing this for one race.  Human race,"  gila meremang bulu roma akak.


Sebagai cerita tambahan,  dikatakan pada satu hari,  satu pasangan berbangsa Cina datang ke Gurdwara.  Depa tau yang kat sini sedang ada kutipan barangan keperluan bantuan mangsa banjir.  So pasangan ini ajak beberapa ahli kumpulan ini dan bawa ke sebuah pasaraya.  Depa kata "You all please get what ever things needed.  Do not see the price tag and do not count the ammount.  We will settle everything,"


Siriesly u olls.  Aku rasa nak menangis dengar keikhlasan dua insan ini.  Aku tak kenal depa sapa and takdak pun pampang besar-besar di mana-mana laman sosial.  Tapi apa yang I olls ceritakan ini adalah benda betul dan sangat menyentuh jiwa.


Kita orang Malaysia pastinya mempunyai kepelbagaian dan perbezaan.  Ada kala kita bertelingkah kerana perbezaan pendapat.  Tapi dalam situasi ini,  aku sangat tersentuh sebab tengok macam mana kita semua boleh bersatu dan bekerjasama untuk tujuan yang satu iaitu membantu sesama manusia.  Inilah kekuatan kita sebenarnya.


Tapi sayang,  kadangkala ahli politik menggunakan perbedaan ini untuk memecah belahkan kita semua.


Banyak lagi cerita yang betul betul inspiring yang harus kita contohi.  Tapi dalam kita duk seronok dan bergembira dan berselesa kat sini,  sedang sahabat dan saudara kita di sana nak tidur pun tak lena,  sampai hati ka kita duduk sahaja?


At least kita buatlah something okay.


Love ampa semua.

Gambar sumber  :  UNITEDSIKHS

3 comments:

  1. sy baca kjumi tulis pn meremang gak.siap nk menitis ayaq mata.huhu

    ReplyDelete
  2. Agreed 1000%!
    Love ur writings.. love u!

    ReplyDelete
  3. Kak Jumie~~ I'm glad rakyat Malaysia nie lagi berhati perut dan tak pernah nak kira bangsa dan agama dalam membantu sahabat-sahabat dan saudara mara kita di pantai timur..tapi siriesly memang sedih bila saudara sendiri yang pergi melawat kawasan banjir dan ceritakan some kawasan tak dapat bantuan makanan semua just because kawasan tu different political party..time-time macam ni pun kerajaan kita, pemimpin kita still nak berpolitik..kengkadang Allah turun kan bala di negara kita mungkin kerana cara pemimpin kita memimpin negara nie banyak langgar hukum-hukum agama kan..wallahualam~

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...