17.1.15

Senarai Finalis dan Ramalan AJL 29




Hello u olls semua,

Bisok adalah berlangsungnya Anugerah Juara Lagu ke 29 yang I olls akan tunggu setiap tahun.  I olls akan tunggu and review meletops punya kat blog.  So ampa semua dah dengar ka lagu-lagu yang berjaya layak ke pertandingan anugerah juara lagu kali ini?

Pertandingan yang akan berlangsung pada 18 Januari 2015 ini.  So I olls dan anak-anak ayam JS semua akan berkumpul di rumah I olls dan kami akan buat masak-masak makan makan sambil menonton persembahan yang meletops ini.  Inilah acara kami setiap tahun.  Ampa kalau nak tau my latest komen about AJL29 malam itu jangan lupa follow Twitter I olls @jumiejumie

Macam biasalah selalunya lagu-lagu yang layak pi final ini adalah lagu yang meletops dan sedap tapi maybe tak berapa popular.  Orang macam aku yang selalu dengar radio orang putih lagila tak tau lagu lagu Melayu ni semua.  Tolongla jangan kata aku poyo.  Aku support industri kita okay.  Cuma kadang tu aku lebih appreciate dengar radio orang putih sebab dia punya DJ adalah lebih best.


click read more



Berikut adalah senarai lagu yang layak masuk dalam anugerah juara lagu.


  • Masih Aku Cinta by Shila Amzah
  • Di Pintu Syurga by Dayang Nurfaizah
  • Romancinta by Mojo
  • Gilalah by Stacy
  • Percayalah by Indah Ruhaila
  • Gadis Jolobu by Dato Hattan dan Waris
  • Matahari by Hafiz Suip
  • Rentak Laguku by Bunkface dan Amy Search
  • Sesal Separuh Nyawa by Alyah
  • Lelaki by Yuna
  • Apa Khabar by Joe Flizzow dan Sonaone
  • Malaikat by Hazama



Juri AJL 29
Edrie Hashim, Damien Mikhail, Helen Yap, LY, Ad Samad, Dato' Mokhzani Ismail dan Azmeer bertindak selaku ketua juri.



Ulasan Ringkas tentang Finalish AJL 29

Jom dengar lagu-lagu dan juga ulasan yang i olls ingin berikan.


Masih Aku Cinta by Shila Amzah

Adakah lagu ini dicipta untuk mengisahkan kisah percintaan beliau dan Sharnaaz Ahmad.  Wow.  Kalau begitu, i really feel the lyrics.  Sebab sapa yang pernah jatuh cinta and frust cinta kau kau sahaja yang boleh paham perasaan lagu ini.  Feel lagu ini ada banyak dalam lagu-lagu frust mat salleh seperti Someone Like You by Adele.  Lirik yang ikhlas dan terus masuk ke hati pendengar.  Tapi lagu ini bukanlah lagu susah untuk dinyanyikan oleh Shila Amzah.  Harap Shila akan berikan persembahan yang meletops pada AJL 29 nanti.




Di Pintu Syurga  by Dayang Nurfaizah

Mak ayam ini berjaya membuktikan taring beliau masih berbisa.  Lagu balada ini sungguh emosi.  OST untuk drama bersiri Ariana Rose.  Kekuatan lagu ini adalah pada emosi suara penyanyi yang sangat strong and part chorus lagu ini yang juga adalah kemuncak lagu yang benar-benar membuatkan pendengar rasa macam nak dengar lagi.




Romancinta by Mojo

Gila mak suka lagu ni.  Sangat rock yang seksi.  Vocal dalam lagu ini juga amat mencengkam dan boleh membuatkan sesiapa sahaja tiba tiba nak orgasm.  Rentak rock balada ini sangat sesuai dengan pendengar dan peminat jiwa muzik Malaysia.  Kuatan lagu ini juga adalah pada chorus lagu yang seolah-olah menaik dan tiba-tiba ada jatuh sikit.  Pastu naik lagi.  Macam roller coaster.




Gilalah by Stacy

Yeahh!! Stacy ada untuk finalis AJL29 dengan lagu rancak yang meletops.  Aku tak sabar nak tengok persembahan beliau AJL nanti.  Lagu ini telah menjadi muzik tema dalam banyak jiwa-jiwa manusia sepanjang tahun ini.  Sebab lagu ini sangat fun dan memberikan kehidupan kepada sesiapa sahaja yang down dan sedih.  Yes,  bila kita jadi gila baru kita akan rasa hidup!  Perfect is boring - Tyra Banks.






Percayalah by Indah Ruhaila

Indah Ruhaila adalah pelajar AF.  Aku harap agar beliau tidak membuat persembahan siap ada pelakon-pelakon atas pentas yang akan menyemakkan.  Kerana ini akan membuatkan lagu yang sedia kala boring ini akan menjadi lebih hambar dan boring.  Lagu ini mungkin disukai oleh anak-anak muda.  But not for me.  Lagu ini sangat kanak-kanak.  Kerana tiba tiba ada bait bahasa Inggeris.  Feeling lagu Korea sangat.  Tapi apa pun lagu ini sangat boring.







Gadis Jolobu by Dato Hattan dan Waris

Giler lah!  Lagu ini masuk final.  Aku sangat suka lagu ini.  Santai.  Jiwa loghat Noghori yang always dekat dengan nama Dato Hattan dan rapper meletops Waris adalah amat unik.  Lagu ini menjadi icon dan juga lejen untuk tahun ini.




Matahari by Hafiz Suip

Lagu ini best.  Tapi bukan memorable.  Entahlah,  tidak begitu dalam hati aku.






Rentak Laguku by Bunkface dan Amy Search

Lagu ni best!! Rock punk yang meletops menjadi signature sound untuk band Bunkface.  Tahniah sebab depa berjaya membawa lagenda rock dalam lagu ini.  Kekuatan lagu ini adalah dia punya rentak 'anthem rock'.






Sesal Separuh Nyawa by Alyah

Lagu ini sedap sangat!  Ditambah pulak dengan vocal Alyah yang sangat best dan mempunyai kekuatan yang tersendiri.  Especially part last lagu ini,  harap Alyah boleh buat yang meletops dan menggegarkan jiwa-jiwa adik-adik yang akan memenuhi show AJL tahun ini.  Tapi walaupun lagu ini I olls akui sedapnya,  tapi kalau diberi pilihan antara lagu ini dan Di Pintu Syurga,  i tetap akan pilih Di Pintu Syurga.




Lelaki by Yuna

Lagu ni memang aku suka sejak dia first time aku dengar.  Walaupun sampai lani aku tak hafal lirik lagu ni,  HAHAH,  tapi setiap kali aku dengar dalam corong radio,  aku akan nyanyi along lagu ni sambil merapukan lirik mengikut sedap suka hati mak bapak aku.  Kalau duk drive dengan suami,  maka suami aku akan maki aku suruh aku diam.  Lagu ini ada attitude dia sendiri.  Attitude wanita lembut tapi tetap nak carut lelaki tak guna yang walaupun dah diberikan semua tapi tak tau nak hargai wanita kelas dan meletops macam kita.  Sorotan drama lelaki tak guna dalam lirik lagu ini adalah sangat style orang Amerika.  Paling I suka adalah part dia cakap FRENCH aiiyoooooooooooooooooooooo i suka la.  I really hope lagu ini menang.  Tapi the thought that Najwa Mahiaddin akan menyanyikan lagu ini pada final nanti.  Entahlah.  I really hope that she will bring justice to this song sebab sepanjang seingat aku,  Najwa selalu mengecewakan aku dengan persembahan LIVE beliau.





Apa Khabar by Joe Flizzow dan Sonaone

Semakin hari lagu lagu hip hop bahasa Melayu kita adalah makin meletops.  Ini adalah contoh yang terbaik.  Lagu hip hop tak semestinya kena rancak dan memberikan lirik yang mendesak-desak.  Lagu ini simple dengan jiwa lirik yang membawa mesej untuk menghargai pengalaman dan perjalanan seni depa.  Bukan mudah nak strive dalam dunia industri hip hop kat Malaysia.




Malaikat by Hazama

Lagu ini juga adalah sangat fun.  Rentak pop.  Lirik meletops.  Catchy.  I suka lagu ini.  Harap Hazama tidak semput kali ini.  Jangan duk terhengkak-hengkak sangat masa perform.  Relaks sudah.




Ramalan Pemenang AJL 29

So here is my ramalam pemenang untuk AJL 29


Anugerah Juara
Lelaki by Yuna

Anugerah Naib Juara
Di Pintu Syurga

Anugerah Tempat 3
Roman Cinta

Persembahan Terbaik
Sesal Separuh Nyawa by Alyah

Vocal Terbaik
Hafiz Suip



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...