4.1.15

The Curious Case of Benjamin Button



Dah lama nak tengok gambar ni akhirnya lepas almost 6 tahun filem ini diterbitkan baru aku berkesempatan untuk tonton filem gandingan pelakon elllllllooooksss nak mampus iaitu Brad Pitt dengan pelakon wanita yang sangat hebak iaitu Cate Blanchett.


Kisah perjalanan hidup seorang yang sangat unik bernama Benjamin Button.  Beliau dilahirkan di dunia ini menjadi seorang yang sangat-sangat tua tapi semakin lama beliau menjadi muda dan akhir sekali di akhir hayatnya dia mati sebagai bayi.  Pelik kan?  Pelik dan macam aku duk mereka cerita kat ampa tapi memang betul pun jalan cerita dia macam ni.  Tapi cerita ini bukan betul pun la.  Mana ada orang yang dilahirkan macam ni.  Tapi yes,  memang ada sindrom orang yang dilahirkan dengan simpton yang mereka suka jadi tua tapi depa tak end up last sekali jadi baby pun.


Cerita dia macam ni.......
click read more



Ada sat perempuan tua ni dia dah nak mati dah,  as dia duk tidok sakik atas katil hospital,  dia suruh anak dia baca diari seorang yang bernama Benjamin Button.  Anak dia pun bacalah diari tu.  Diari itu menceritakan kisah hidup Benjamin Button yang dilahirkan macam orang tua.  Bila dia dilahirkan,  mak dia mati and bapak dia Mr.  Button seorang pengilang butang baju yang kaya rasa macam tak boleh terima tengok anak dia macam monster sebab mengerekot macam orang tua,  so dia pi buang kat tangga rumah orang.




Actually rumah itu adalah pusat penjagaan orang-orang tua,  dan Benjamin dijumpai oleh wanita yang merupakan caretaker di rumah itu.  Walaupun baby Benjamin nampak macam asam ko yang kerdut tapi dia amik baby itu dan bela baby itu macam anak sendiri.




Benjamin pada zaman kanak-kanak mempunyai perwatakan macam orang tua,  pendek,  tak boleh berjalan,  tapi pelan-pelan dia pakai tongkat.  Dia duduk lah kat rumah tu dengan orang-orang tua lain.  And dia berkenalan dengan cucu kepada salah seorang orang tua yang duduk kat rumah tu bernama Daisy.








Lama - lama,  dia tengok semua orang kat rumah orang tua tu duk mampuih sekok sekok.  Tapi dia tak mati pun lagi.  And perlahan-lahan dia tengok diri dia duk jadi makin muda.  Dia kerja jadi kelasi kapal.  Merantau ke luar negeri.  Lepas beberapa tahun dia kembali ke rumahnya balik.  Mak dia terkejut bila tengok anak dia dah jadi lelaki yang hemsem dan tampan.






Masa tu dia jumpa balik dengan Daisy and cinta depa berputik.  Daisy juga menyedari keadaan diri Benjamin yang sebenarnya semakin lama akan menjadi semakin muda.  Percintaan depa akhirnya menyebabkan Daisy mengandung dan disebabkan itu Benjamin berhasrat untuk memutuskan perhubungan depa.  Sebab dia tau,  dia tak boleh bagi masa depan yang baik kepada Daisy dan anaknya sendiri.



Okay dah aku tak mau sambung cerita ni.  Ampa pi carik dan tengok sendiri pengakhirannya.



Pengajaran untuk cerita ini adalah,  kadang-kadang dalam hidup mungkin pengaturan hidup kita terbalik dan terpusing daripada norma sebenar.  Contohnya ada orang yang kawen dulu baru beranak,  ada orang yang beranak dulu baru berkawen. Tak pa aih.  Keterbalikkan dan keterpusingan atau kesongsangan ini tidak membawa apa pengertian pun yang u olls salah selagi u olls tahu bagaimana untuk carry yourself dan teruskan hidup dengan niat tak mau harukan hidup sapa-sapa yang lain.  Selagi hang tak give up dan hang biarkan masa yang mengubati segalanya.



Apa pun,  bestnya dapat tidok macam ni ataih Brekpit....... #untunglah




Sumber gambar IMDB.

2 comments:

  1. cter yg uollss rekemen ni bagus2 belaka..nak p tgk jugakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course ampa....nanti kami akan review lagi. Kami memang SANGAT gila tengok movie. Sebulan download 3-4 movie.

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...