14.1.15

Ulasan Konsert Akhir Gegar Vaganza

Selalunya I olls pasti antara yang terpaling lambat menulis dan mengreview apa sahaja isu terhangat di pasaran. Nak buat macam mana U olls. Akak kan pekerja kerajaan, setakat nak main Facebook kat henfon celah-celah sambil buat kerja tu masih termampu. Nak menulis blog sambil buat kerja mana boleh u olls. Nak kena balik rumah mengemas, mandi, rehat nak tulis blog kadang-kadang tak menyempat. Tunggulah hujung minggu u olls. Baru akak mampu nak tulis blog ni semua.


Tapi apa pun thanks kat ampa semua, walaupun aku tulis selalu lambat tapi ampa always setia sudi membaca apa yang I olls tuliskan ini. Semoga Insya Allah ada rezeki di hari esok dapat jadi blogger full time, harusnya hari hari hidup ampa akan disirami dengan pelbagai penulisan aku yang melampau.


So hari ini I olls nak ulang balik cerita yang dah agak lapok iaitu persembahan akhir Malam GegarVaganza.



Actually I olls tidak pernah tengok Gegar Vaganza sebelum ini. Biasalah, aku kan always feeling kekwat-kekwat tak mau tengok cerita Melayu macam mana ka? Tapi untuk final Gegar Vaganza aku tengok. Why? Sebab aku rasa aku nak tengok and kebetulan aku stuck kat rumah kakak aku yang sesungguhnya depa ni semua adalah peminat Astro Ria yang tegar.


So mak pun tengok lah persembahan akhir Gegar Vaganza.


Rancangan Yang Bagus


Aku rasa pertandingan ini sangat bagus sekali kerana memberikan platform kepada retis zaman 80an dan 90an untuk kembali menggegarkan pentas seni. Siriesly, kalau kat Amerika, makin tua dan makin berumur artis itu mampu kekal dalam industri, makin otai lah beliau. Tapi kat Malaysia ni, entahlah. Nak salah sapa u olls? Peminat ataupun penganjur sendiri.


Asal retis tu dah tua or dah kawen maka rating pun tiba-tiba turun dan jatuh. Amat sukar the olls nak naik dan mencari rezeki.


So platform Gegar Vaganza ini sangat bagus sekali. Akak harap tahun depan pertandingan ini akan diteruskan dan mengembalikan artis zaman dulu-dulu yang ternyata amat meletops malah terkadang itu lebih meletops dari retist sekarang.



Siaran Tergendala


Ish, kalau aku lah yang jadi Ifa Raziah siriesly mak dah hempok maikrofon atas pentas terus mak hentak-hentak kaki tarik renda dress mak dan keluar dari pentas. Tak kuasa mak nak perform macam ni. Bukan sekali. Tapi dua kali. Siap takdak apa sound pun.

Bila kita nak buat show yang meleps, haruslah kita mengumpul seluruh tenaga kita untuk berikan yang terbaik. So bila start ja show nenjia momentum melambung tinggi.


Mungkin sebab itu Kak Ifa agak sedikit mendatar masa persembahan beliau. I sangat suka mak ayam ini kerana beliau sangat all out. Dia tak kisah apa orang nak kata, janji apa yang dia nak buat, dia akan buat bersungguh. Sebab itu, walaupun dah berapa tahun beliau dalam industri ini, nama beliau masih dihormati dan diingati.


Berbalik kepada personaliti mak ayam beliau yang all out, of course I olls nak sentuh babak beliau angkat kaki dan dipeluk anak ikan meletops itu. Puk puk sangat. Sapa berani buat macam tu nok? Di kaca TV Malaysia pulak tu.


Rosyam Noor mengomen bahawa persembahan Kak Ifa adalah tidak bersesuaian dan walaupun Kak Ifa dah dapat kebenaran suami dan sebagainya, seharusnya ada pilihan lain untuk menghiburkan penonton.


Yes, akak setuju dengan Datuk Rosyam. Untuk persembahan tertutup seperti private dinner yang hanya dihadiri oleh golongan tertentu ataupun dalam golongan keluarga sendiri pasti meletops u olls. Why not sekali sekala buat gila dengan adik beradik sendiri kan? Tapi bila kita buat dalam tontonan umum ni, dia jadi okwed macam mana ka. Sebab kita kena lah paham, masyarakat kita ni ada dalam pelbagai latar belakang.


Yes, rakyat Malaysia dah makin maju and very open minded now, tapi itu bukan alasan untuk kita mengambil kesempatan pada perubahan yang ada. Batas-batasnya masih jelas u olls.




Melamar Di Kaca TV


Ini bukan kali pertama I olls menonton pasangan kekasih membuat lamaran perkahwinan di khalayak ramai. Pertama kali adalah selepas persembahan teater dengan Kumpulan Resdong, di hadapan para penonton salah seorang pelakon kumpulan Resdong iaitu Rizal telah melamar kekasih hatinya Nazleen ntuk menjadi isteri.


Of course sesi lamaran ini tidak akan menjadi tanpa sokongan dan juga kerjasama kawan-kawan yang turut menge-plan saat istimewa ini.


Apa perasaan I olls ketika ini?


Teruih terang u olls. Haruslah akak rasa macam nak koyak-koyak seluar dalam akak. Ehkkkkk perengla u olls. Mak pun teringin nak kena “Will You Marry Me” dengan suami akak. Tapi apa kan daya, suami berbangsa Jawa yang akak kahwini ini tidak dan sangatlah langsung tak romantis. Bab-bab nak kena tunjuk emosi jiwa kat orang ramai ni bukan dalam diari beliau.


So wanita pondan macam I olls ni menggelitis dan makan hati sorang-sorang la noks. Tengok poen lain kena “Will You Marry Me”.


Tapi yes, walaupun akak jeles dan sebagainya, deep inside I am so happy sebab tengok pasangan cinta dua sejoli yang akak kenal sejak zaman sekolah menengah ini akhirnya akan mendirikan rumah tangga. Depa bukan sehari dua berkapel. Dah bertahun-tahun lamanya. And akak memang tahu betapa kuatnya dan kasihnya Rizal pada Nazleen. Tanya kat semua team-team and kawan-kawan yang rapat dengan depa dorang ni pasti akan bagitau benda yang sama.


So yes, walaupun akak sedikit berbulu melihat depa dorang ber-WILL YOU MARRY ME, tapi at the same time, akak sangat smitten melihat telatah depa dorang. Nak menangis sikit pun ada. Because apa yang depa lalui ini adalah sangat ikhlas dan jujr and depa pilih waktu dan saat ini untuk kongsi dengan kami semua. Its like, kami semua is a part of their big moment.


So bila bercakap tentang Hanis Zalikha and Hairul Azreen, first akak macam terkejut, ehk...ampa dorang ni kapel ka? Sorrylah kala I olls tak berapa nak ikut update depa dorang ini.


Secondly, depa tak kena mengena pun dengan show ini, pasaipa tiba tiba depa diberi penghormatan untuk membuat segmen khas untuk depa dorang sahaja? Dah la show ini dua kali kena tunda tadi sebab kesilapan teknikal, then tiba-tiba, kena tunggu pula sebab nak kena tengok depa dorang ini nak lamar melamar. Siap ada video dari mak bapak lagi.

And thirdly, lepas lamaran dibuat, instead of saying yes, Kek Nis jawab “Terima kasih, insya Allah,” siriesly mak rasa macam nak menangis dah time tu. Ehk betul ke minah ni rejek Hairul di depan orang ramai. Aiyoooo sangat berani mati u olls. Tapi esoknya, lepas tulis kat Twitter, ramai yang balaih twitter I olls mengatakan yang sebenarnya memang Kek Nis dah terima seadanya lamaran ini.


So do i like it or not? I really like it because sekali lagi rasa terharu sebab depa dua ni nak share the big moment dengan kita, tapi i olls tak berapa suka sebab macam WHY BUAT LAMARAN INI KAT SINI? U guys are not even a part of this show. Its like, u come to my baby shower, tapi depan orang ramai u olls buat sesi proposal. Haruslah semua attention terus pergi kat u olls berdua now.



Kemenangan



I olls sangat setuju gelaran juara diberikan kepada Ayai. Suara beliau sangat sedap. Harap sangat beliau rakam balik nyanyian beliau dengan lagu lagu yang dulu. Walaupun dah berperut, tapi beliau masih meletops dan tidak pancit.


I olls tidak pas hati kenapa Haleeda dapat tempat kedua. Tempat itu seharusnya diberikan kepada Mamat. And, kenapa ampa tak bagi hadiah persembahan terbaik kat Kak Ifa. Dahla ampa punya pasai persembahan beliau jadi sangkak. Takpalah Mak Ayam Puk Puk, I olls pasti lepas ini, rezeki u olls lebih membuak-buak banyaknnya.



Amelina Comeback

Last but not least,  comeback Amelina.  Setelah berkurun lamanya,  mak ayam dangdut Asyik Asyik Asyik ingin membuat comeback dan beliau memilih platform Gegar Vaganza yang penuh I olls pasti penuh dengan peminat-peminat 90an beliau adalah satu pilihan yang tepat.  Tapi entahlah,  adakah beliau mampu membuat comeback dalam industri seni tanahair.  Banyak yang beliau kena keep up.  Fashion,  nyanyian,  stamina,  gaya persembahan.  Banyak benda nak kena update.  Bukan semata-mata kata nak comeback,  peminat akan terima Amelina yang dulu sedia kalanya.



Sekian sahaja komen dan pandangan dari akak penulis blog light-light yang tidak setanding dengan Nisa Kay. Com.

2 comments:

  1. hahahah! ada review ini~~~ yer saya sangat setuju Ayai menang memang suara dia sedap n wow! soo memang puas hati dia menang..jhaahahaha..

    yang pasal Keknis and Hairul tu..hmm..tu laaa..saya rasa macam tak patut jek coz its not their show, and they are not even part of it..selama-lama konsert x pernah pun nampak muka depa 2 kat konsert tu.. yes it is sweet and all, tp coz its live, 1 malaysia tengok, dia sweetness tu x berapa nak ada sangat, macam teater show semua tu xpe, org2 yg ada time tu je witness and most adalah kenalan and family, so sentimental value la skit..tp bila buat gini, iols x berapa setuju..hehehe..and yer, saya nie old fashion, jadi bila buat mcm nie, i will go like, x privacy laa gini..bak ajaran Islam, time tunang risik, biar family and close friend ja tau, tak perlu war2, bila dah nikah, baru kita war2 dengan adanya kenduri kahwin..gitewwww..itu saya lerrr..hehehehehe..anyway review yang sangat seronok di baca!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...