13.1.15

Ulasan Novel Perjalanan by Regina Ibrahim



Hello ampa semua,

By the time artikel ini ditulis pasti ramai dalam kalangan ampa semua sudah membaca novel yang dikarang oleh Regina Ibrahim dan diterbitkan oleh Buku Fixi.  Alhamdulillah sejak buku ini diterbitkan,  sambutan amat panas sekali.  Tak sampai setahun pun diterbitkan,  pihak Buku Fixi terpaksa membuat cetakan kedua.

Satu sambutan yang amat memberangsangkan.

Saja la nak share dengan u olls sebelum membuat review tentang buku ini.  Mama Regina telah berkongsi dengan I olls manuskrip asal buku ini sebelum dihantar kepada pihak Buku Fixi untuk tujuan penerbitan.  I olls mengambil masa hanya 1 hari untuk habiskan buku ini.  Baca dari pagi sampai malam.  And yes,  lepas baca keseluruhan cerita,  aku menangis.

Lepas membuat komen dan pendapat kepada Mama Regina,  aku hanya menanti.  Menanti agar buku ini diterbitkan.  Yeah!! Bila dah siap terbit.  Aku beli kot online.  Bila dapat sahaja aku pun membacanya.  Tapi aku amik masa sikit nak baca buku ini.  Sebab yalah,  dah pernah baca sebelum ini,  so dia punya eksaited tu dah kurang sikit.  HEHEHE.  Lagipun,  im a fast reader so sebab tu aku amik kesempatan untuk baca lambat-lambat.

Jangan mara mama...bukan sebab tak best tau!!

Kalau ampa tengok dalam website GoodReads,  buku Perjalanan telah mendapat rating yang amat baik.  Komen yang diberikan juga kebanyakannya positif.

Sinopsis Cerita

Inilah buku pertama terbitan Buku Fixi yang menggunakan perkataan dengan suku kata iaitu Perjalanan.  Bukan kata akar jalan.  Sesuai dengan tajuknya,  buku ini menceritakan perjalanan Rozila seorang transeksual yang dari awalnya beliau dilahirkan dengan genetalia lelaki dan perlahan-lahan beliau mencari jalan dan wang untuk menukar jantinanya kepada seorang wanita.  Selapas menguruskan hal pertukaran jantina di Jabatan Pendaftaran,  dia ke UK untuk mencari pekerjaan di sana.

Di UK,  macam-macam pulak cerita.  Dia terperangkap dalam epilog cinta jantan mat salleh pelasu yang menjanjikan fantasi cinta sempurna tapi sebenarnya jantan itu hanya ingin puaskan nafsu.  Tapi nekad dan kejujuran diri Rozila akhirnya menemukannya dengan seorang lelaki yang menerima dirinya sebagai dirinya sendiri.

Aku tak mau cerita panjang sebab aku nak ampa sendiri pi beli buku ini and hayati cerita ini.


click read more






Why I Love This Book?


  1. Penulisan - saya sangat suka gaya tulisan Mama Regina.  Pendek,  tepat,  ringkas tapi padat.  Perkataan yang beliau gunakan dalam cerita ini banyak menggunakan istilah yang mama selalu gunakan dalam rungkaian falsafah dalam posting Facebook beliau.

    Saya amat mengalu-alukan kalian semua follow posting harian Mama Regina di laman Facebook beliau.  Beliau selalu berkongsi tentang peringatan hidup yang dihubungkait dengan cara hidup yang mudah dan ringkas tetapi kuat untuk kita pegang dalam mencari tujuan hidup.  Seminggu sekali aku akan buka posting Facebook mama Regina and baca posting beliau.

    Mama juga banyak menggunakan term dan ayat maknyah.  Ini membuatkan maknyah-maknyah dan wanita feeling maknyah macam I olls akan terasa lebih dekat dengan kehidupan Rozila.

     
  2. Watak Rozila  -  Watak Rozila amat aku suka sebab 1.  Nama dia Rozila dan bukan Fasha Fantasha Amira Rozaila.  Nama-nama yang selalunya menjadi kegemaran penulis novel.  Rupa fizikal Rozila juga amat mudah dan dekat dengan mana-mana pembaca pun.  Dia tidak cantek rupawan seperti Rozita Che Wan.  Dia digambarkan sebagai wanita sederhana.  Gambaran ini adalah lebih dekat dengan realiti.  Tapi yang paling kuat pada watak ini adalah personalitinya.  Rozila mempunyai hati yang amat jujur hasil dari gaya hidup dan cara didikan keluarganya yang rendah diri.  Paling tersentuh sekali apabila dalam satu babak,  lepas untuk banyak hasil dari 'ccuurr' malam itu,  Rozila sedekahkan RM50 kepada makcik yang cuci tandas.  Kata-kata Mama Regina lepas mama itu memang merengkam jiwa.
  3. Penceritaan - Aku sangat suka kronologi cerita ini yang banyak naik turunnya.  Sat hang happy. Sat hang sedih.  Sat hang cemas.  Sat hang rasa ngilu.  Sat hang rasa raplah.  Mama Regina berjaya bawa emosi kita dalam semua situasi.  Aku sangat suka roller coaster ini yang sebenarnya membuatkan agak sukar untuk meletakkan buku ini di tepi.
  4. Kisah Maknyah -  Selama ini kita mungkin mengakui yang "Yes, akak memang rapat dengan mak-maknyah ni semua.  Mak faham depa macam mana,"  SEMUA ORANG BERANI BUAT STETMENT MACAM NI.  Tapi sejauh mana kebenarannya?  Adakah depa berbeza dari kita,  manusia sempurna.  Buku ini menceritakan hampir semuanya.  Pembaca yang mempunyai hati dan minda yang terbuka pasti akan dapat selami pelbagai konflik,  masalah,  kesusahan yang menjadi 'lauk pauk' dalam kehidupan seorang yang bergelar maknyah.  Konflik ini bukan bahan cerita panas Harian Metro semata-mata,  konflik ini adalah konflik manusia.  Manusia macam kita.

Pengajaran Dari Buku Ini

  • Benda baik tak datang bergolek

    Yes,  benda baik tak datang bergolek.  Lagi baik benda tu,  lagi susah Allah nak uji kita.  So sapa yang cepat give up,  tak akan dapat.
  • Hargai Setiap Pengalaman Hidup

    Setiap pengalaman yang kita dapat dalam perjalanan hidup kita ini amat bermakna.  Walaupun pengalaman itu hanyalah sebagai pekerja di restoren kedai makan di Komtar.  Orang tak boleh curi pengalaman itu macam mana orang boleh curi duit kita.
  • Hang boleh tukar jantina,  tapi hang tak boleh tukar hati.
    This is the core pengajaran dalam buku ini.  Aku rasa ramai adik-adik yang berlumba-lumba nak buat SRS tapi bagi I olls kalau tukar jantina 239723 kali pun tapi mindsetting masih tak betul.  Buat apa buang tenaga buat tu semua?


Sekian sahaja.  Ampa semua yang tak beli buku ni lagi,  silalah berbuat demikian di sini  :  http://fixi.com.my/produk/perjalanan

1 comment:

  1. First of all nak ucap tahniah buat mama Regina di atas kesuksessan karya beliau yg mendapat tempat di hati pembaca..and yess iolls berjaya dapatkan naskah PERJALANAN after 1-2 hari di pasaran...overall terbaik dari mama..cuma kami kurang teriak compare dengnn Ruby...anyway x sabar untuk memiliki karya2 mama Regina di masa akan datang..as i always support her and you..Jumie teruskan menulis...love yall

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...