4.1.15

Ulasan Trilogy The Hobbit


Usai menonton semua filem trilogy yang diadaptasi daripada bapa penceritaan novel fantasi JRR Tolkien iaitu The Hobbit.  Lani barulah akak makin faham tentang cerita Lord of the Rings.  Semua soalan dalam cerita Lord of The Rings terjawab dalam trilogy The Hobbit.  Jangan harap lah aku nak pi baca buku-buku  tulisan JRR Tolkien tu,  bahasa dia style orang dulu-dulu punya.  MAK TAK PAHAM U OLLS.

Takpalah,  apa pun berikut adalah ringkasan pengajaran yang I olls pelajari selepas menonton trilogy The Hobbit.


click read more




1.  Jangan pandang rendah orang kerdil kerana depa ada Hati yang besar and berani.

Orang yang kecil yang aku maksudkan adalah Bilbo Baggins yang merupakan seorang Hobbit.  Dia ni kecik dan actually sangat simple hidup dia.  Dia tak kejar harta,  tak kejar pangkat,  tak kejar dunia.  Bagi dia menghisap curut di taman bunga depan rumah (Lubang dalam tanah) itu adalah kepuasan hidup yang sebenar.  Tapi seorang yang penuh dengan kesederhanaan itu yang akhirnya mencapai pelbagai benda besak dalam hidup.  Berlawan dengan Orc,  menyelinap dalam penjara Elf,  berbicara dengan Naga Smaug dan banyak lagi.


2. Orang besar macam Giant selalu end up mati dulu. Kena cucuk sikit teruih mampuih.


Ampa tengok la bila time perang sahaja,  depa yang kecik-kecik macam Hobbit dan Dwarf semua tak mampuih mampuih lagi.  Tapi Giant yang besak besak duk mai hempok kepala dengan batu,  style kena cucuk sikik mati teruih.  Nahariam.........aku terasa.



3. Satu bangsa sahaja tak boleh hidup kuat kat dunia ni. Kena ada sokongan dari bangsa-bangsa lain.


Ini adalah satu falsafah hidup yang dibawakan oleh JRR Tolkien kalau sapa yang tak faham lagi tak tau la.  Dalam The Hobbit: The Battle of the Five Armies pun menunjukkan bagaimana apabila Dwarf dan Elf dan Manusia bergabung baru depa kuat ntuk melawan anasir jahat.  Sama macam dulu dalam cerita The Lord of the Rings: The Return of the King pun,  berapa batalion bangsa bergabung baru jadi kuat.  Sampai last sekali Aragorn pi cari hantu join dengan dia baru jadi lagi kuat.  

Ini menunjukkan mana - mana kaum atau bangsa tak boleh stand sendiri and claim yang dunia ini milik depa seorang.  Kena ada sokongan dan bersepaduan dengan kaum-kaum lain di dunia ini dan barulah depa boleh jadi bangsa yang kuat dan terus maju.  


Actually bukan untuk kumpulan besar seperti kaum sahaja,  tapi seorang individu juga kena ada fikiran begitu.





4. Jangan hidup bertuhankan duit.


Sapa hidup bertuhankan duit memang susah nak tidok malam.  Sebab tu depa kata harta dalam Lonely Mountain adalah berhantu tapi actually bukan berhantu tapi memang sifat dalaman seseorang itu yang akan terserlah apabila depa betul betul dapat rasa takluk harta yang maha banyak.


5. Kalau nak pi mana-mana adventure ka apa la....bagitau orang.  Jangan tak bagitau.  Nanti orang ingat kita mati depa lelong barang kita.


Samala macam cerita 72 Hours.  Nak pi mana pun kena bagitau orang.


6. Bela lah burung helang. Bila susah dia boleh angkot kita. 


I want to write something funny here tapi aku takut nanti jadi lawak bodoh dan disumpah seranah oleh seluruh rakyat Malaysia.  So aku simpan lawak bodoh itu untuk diri sendiri dahulu.


7. Cinta yang paling sakit kenapa? Sebab itulah cinta sejati.

Omaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii nak nanges laaaa dengar statement ini.  Yes,  pasaipa kita menangis kuat kuat sangat apabila orang yang kita sayang buat bagi kita sakik hati?  Sebab rasa sayang itu lahir dari cinta sejati.  Hanya cinta sejati yang boleh bagi kita sakik hati teruk celaka macam tu.

Gambar sumber IMDB.Com.

Baca ulasan lain  :


No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...