28.2.15

Gillard Gourmet

Hello u olls,

Hari ini saya nak perkenalkan satu kompeni Bumiputera yang diasaskan oleh kawan baik I olls iaitu Mr.  Arafat.  Kompeni ini menjual beberapa produk makanan yang bukan sahaja sedap dan berkualiti malah datang dalam packaging yang amat cantek sesuai untuk dijadikan cenderahati untuk tetamu  atau sanak saudara yang berkunjung ke rumah atau pejabat kita.

I olls sendiri dah beli produk beliau beberapa kali bukan sahaja untuk I olls di kat rumah,  tapi juga bagi kepada teman-teman yang berkunjung ke Penang sebagai buah tangan.  Especially produk "CHAI – PENANG MAMAK’s TEH TARIK" pakej 150g,  i olls rasa sangat ideal untuk dijadikan buah tangan sebab packaging yang meletops malah dalam tu siap ada resepi untuk dijadikan panduan kepada pembancuh.  And of course,  rasanya sangat sedap.

Lagi meletops,  resepi itu dalam bahasa orang putih,  so kita bagi kat kawan-kawan orang putih pun rasa macam meletops u olls!




click read more

24.2.15

Membawa Anak Angkat Jepun Ku Beronda di Taiping

Seperti yang kalian tahu,  beberapa minggu yang lalu I olls telah menggatalkan diri untuk menjadi ibu angkat dalam program akademik pelajar dari Nihon Fukushi University,  Japan ke Universiti Sains Malaysia.  Dalam program selama dua minggu ini,  para pelajar diberi kesempatan untuk tinggal bersama keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan selaku host family,  we olls bolehlah membawa beliau berjalan-jalan ataupun just duduk rumah.  Bagi culture exposure kepada beliau.

Asalnya,  i olls memang nak duduk di Penang sahaja dan bawa dia pergi market,  belajar memasak di rumah and melawat sanak saudara I olls.  Tapi alhamdulillah,  I olls dapat jemputan untuk memake up pengantin di Kamunting Perak.  So why not?  Terus booking Sentosa Villa Taiping and susun atur perjalanan di sana.  Ada macam-macam lokasi cantek di Taiping yang boleh I olls bawa dia tengok.  Tapi sayangnya dalam perjalanan singkat ini,  suami I olls tidak dapat nak join sekali sebab keadaan kesihatan beliau yang masih tidak mengizinkan.



click read more

Sentosa Villa Taiping

Sumber laman web :  www.sentosa-villa.com

Hello u olls,

Seperti yang dijanjikan I olls nak bagi review pasai Sentosa Villa Taiping yang pertama kali I olls discover thanks to Ms.  Ekin Tajuddin yang telah mengrekemen tempat ini kepada I olls.  Actually pada minggu yang i olls nak kena pergi ke Taiping itu,  bukan sahaja sebab nak bawak anak angkat Jepun I olls jalan-jalan,  I olls juga mendapat jemputan untuk memake up seorang pengantin untuk majlis nikah dan persandingan beliau.

So bila I olls check out website Sentosa Villa Taiping first of all i olls tengok of course teruja sebab tengok WOW ada jugak tempat ala-ala spa dalam hutan kat Taiping ni.  Untuk pengetahuan u olls,  me and Khafi sangat suka Taiping.  Whenever kami free and tak tau nak pi mana ka,  kami akan pi Taiping,  amik hotel mana-mana kat sana satu malam,  Khafi akan tidok...............aku akan tulis blog.  Pastu malam kami akan keluar makan dengan kawan-kawan.

Now that I know this place,  rasanya lepas ni kami akan mai sini saja la.

23.2.15

Asamko

Sumber Flickr @Lyrical Lemongrass

Tajuk cerita hari ini adalah ASAMKO.  Sapa tau asamko tu apa?  Orang Penang rata-rata panggil asam ko,  ampa bukan orang Penang panggil asam boi.  Sejenis asam yang kerdut yang menjadi kudapan kesukaan rakyat Malaysia ketika bersantai,  buat minuman,  buat jeruk buah mampelam yang menjadi viral baru baru ini dan macam-macam lagi.

So apa aku nak cerita hari ni tak kena mengena pun dengan asamko yang ampa duk makan tu.

Baru-baru ini,  my husband kena masok hospital atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  HAHAHA.  Sapa yang tau,  taulah.  En Khafi kena duduk hospital satu malam.  So katanya I olls pun kenalah menengok-nengok beliau kat hospital.  Bawak makanan dan apa apa keperluan just like any traditional wife would do.

On the second day,  my brother came and visit us.  Saja la abang I olls pun sembang-sembang buat lawak apa bagai menghiburkan hati Khafi.

Pastu dah nak habis waktu melawat,  Abang I olls pun mohon mengundurkan diri.  So masa dia nak blah,  dia salam dengan Khafi pastu abang I olls tengok muka I olls dan kata,

"Hang nak tengok asamko?"

I olls membuat muka pelik kepada beliau.  Apa dia asamko?

"Hang tengok belakang!,"  kata Abang I olls sambil gelak.  Badan dia bergetaq sebab nak tahan gelak.

I olls pun kalih belakang dan melihat kepada seorang apek yang menduduk di katil sebelah dengan Khafi.  Apek itu sedang mengangkat sebelah kakinya mungkin sebab lenguh dan dicelah kakinya itu ternampaklah ASAMKO.

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH  nahariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm abang aku kojiak.

"Asamko 80 tahun"  kata abang aku.

Aku dan Khafi duk tahan gelak sampai nak nangih.  Sekian sahaja cerita kami yang bertajuk asamko.

14.2.15

DrMZ Brain Formula : Smart Drink for Smarter Generation

“TAHNIAH PUAN..PUAN LAH IBU YANG PERIHATIN”

"Anak puan memang seorang anak yang baik dan cemerlang”

“HEBAT sungguh anak Puan, apa RAHSIANYA ya puan?” memang berbeza saya lihat anak puan dengan murid-murid yang lain.


Dialog seperti inilah yang sering kita dengar bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang cemerlang. Pasti dialog seperti ini sangat menggembirakan kita bukan?

Pasti juga akan terasa hilang semua penat lelah membesarkan mereka. Malah dengan pujian seperti itu, kita akan lebih bersemangat untuk mendidik mereka, aduhhhh terasa kembang juga dengan pujian seperti itu. Bangganya....

*****


12.2.15

Dermalite Comedone Control Essence - February 2015 OPEN FOR ORDER




Ulasan Fesyen Red Carpet Grammy Awards 2015

Hello u olls,

Berlalu sudah majlis anugerah muzik paling berprestij iaitu Grammy Awards 2015.  Rasanya tahun ini,  fesyen red carpet adalah sedikit boring.  Kebanyakan retis memilih untuk memilih warna berkabung.  Satu lagi style yang menjadi kesukaan semua orang kali ini adalah adegan eksposi klivej dan tetek yang terlampau.  HAHAH i tak mampu.

So jom tengok ulasan dari I olls.




This is definitely a long post.  Jemput baca la :)

10.2.15

Ulasan Final Maharajalawak Mega 2014

sumber :  Beautifulnara.Com

Ulasan ini saya buat sebab mulai hari ini saya ingin memberikan sokongan yang lebih kepada industri hiburan tanah air.  Aku tak mau nak kekwat-kekwat dah kata takdak kualiti ka apa ka.  Aku akan cuba untuk tengok semua and bagi komen seikhlasnya.  Harap penulisan aku tidak menyakitkan juburi sesiapa.

Bukan senang nak jadi pengkritik.  Ampa ingat,  senang-senang ka nak kutuk orang dan cari gaduh dengan orang tak pasai-pasai?  For you olls reading this ampa mungkin anggap ini sebagai satu hiburan sebab tengok orang lain bertelagah dan mencari kekurangan orang lain.  Tapi niat kita bukan nak ketawakan sesiapa.

Tapi setiap hasil seni kena ada keberanian untuk digilap dalam satu platform perbincangan,  kritikan yang menjurus kepada kebaikan pada masa depan.

Oh siriesnya muka depan aku.  Aku actually nak cerita pada Final Maharajalawak Mega yang berlangsung pada hari Jumaat yang lalu.

Penganjuran event yang aku tunggu-tunggu  kerana setiap minggu aku dan suami memang nak tunggu apa la lawak yang depa nak present kat kita.  And yes,  aku dengan laki aku memang suka gelak.  So ini adalah hiburan yang kami suka.

Berikut adalah beberapa komen yang aku ingin kongsikan berkenaan dengan event ini  :

9.2.15

Tak Mau Jadi Melayu

Bila pagi-pagi alarm phone bunyi, malaihnya nak bangun. Nak kena mandi, subuh, bawak moto hadap jalan jem. Adoihh..FUCK! Pi kerja dengan kereta lagilah, jangan cakap la betapa fucknya jem.

Masuk office pulak, tengok muka boss lagi la nak termuntah dengan kerja yang tak akan habis sampai bila-bila. Dengan nak kejaq due date. Macam siye dari pagi sampai petang. Time sembang-sembang dengan ofismate memang best, time makan dan paling penting time dapat gaji, tu ja HEAVEN. But I still fuck my daily life routine.

Sampailah terpiaq, kenapa sama ja hidup aku. Kenapa kita semua kena hidup dalam system macam tu, ada masalah ka kalau kita twist sikit. Apa rasa kalau tak makan sehari, apa rasa kalau takdak duit. Hidup aku yang sedia ada ini bukanlah susah tera mana. Walaupun gaji aku kecik tapi aku still dapat makan, tempat tinggal dan keperluan asas lain sebab dok dengan family.

Terfikir nak hadapi cabaran, nak lagi adventure life ni.

Tanpa fikir panjang, terus book flight tiket ke Melbourne, Australia. Oh shit! Lagi 2 minggu before fly baru aku bagi surat resign kat boss. Lantak pi lah nak jadi apa pon.

Walaupun dapat tentangan dari keluarga dan kawan-kawan, aku pi jugak. Redha ja apa nak jadik.  Berjaya atau tak, sakit atau tak, makan atau tak, aku hanya serahkan kepada Allah. Memang betul-betul redha.

Masa aku mula-mula sampai,  aku nak pi makan.  So aku tinggal beg aku kat waiting room yang disediakan di stesen kereta api Southern Cross Station.  Aku just bawak dompet,  kamera dan passport sahaja.  Masa tu jam menunjukkan pukul 11 malam.  Lepas aku makan apa semua,  jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.  Aku tak tau pulak,  masa tu gate semua dah katop.  So aku tak boleh nak pi amik beg aku kat waiting room.  
click read more

6.2.15

Barbeku AJL29 bersama-sama Kawan-kawan (Lengkap dengan Resepi)

Hello u olls,

Seperti tahun tahun yang lalu,  AJL adalah acara tahunan I olls dan kawan-kawan untuk berkumpul,  makan-makan dan menonton rancangan kesukaan kami iaitu Anugerah Juara Lagu.  Tahun ini,  kami buat barbeku party ala-ala keluarga Amerika di hari Ahad yang fana kan?  

Kumpul-kumpul duit,  so inilah makanan yang kami masak.  Saja nak layur gambar and share resepi dengan ampa.  Ada yang I olls masak,  ada yang Ridhuan Shariff masak,  tapi most of it dimasak oleh Chef Ezal Mee Kari Meletops.  Sapa yang pernah try resepi mee kari beliau?  Kalau belum pernah,  sila click sini  :  Resepi Mee Kari Meletops by Chef Eiyzall Eizhann Azami

Lenny and Wawa jadi tukang basuh-basuh and lain lain tu mai tukang makan and bagi meriah.

Seronok buat makan-makan macam.  Kira bajet ni lagi puas hati daripada pi makan luar :)

Sapa yang duk puasa sunnat atau baca artikel ni time bulan posa,  sila CLICK TEKAN artikel len.  Aku tak mau tanggung dosa kering.



Biadap dak makanan BBQ kami?



Kami set meja ala-ala orang putih la kunon.  Siap bubuh bunga kat tengah.  Bunga and pokok tu cabut kat depan-depan rumah I olls.  Tapi untuk gambak ni ja,  bila nak makan kami buang pi tepi.  Menyemak.  Nak sembang tak nampak muka.  HAHAHA

Perasan tak?  Nasi tu sikik ja.  HAHAH.  Kami kata,  'NASIK NI ADALAH SIDE DISH YA...BUKAN MAIN DISH" so dia macam reverse psiko kita akan makan nasik sikik la.  Tapi dah makan protein semua style banyak berminyak kalori lagi ni.  Padiaaaaaaaaaaaaaa!!


click read more

Fruit Punch Meletops by Chef Nizal Ashriff


Hello ampa semua,

Saja nak selit resepi Fruit Punch yang diajar oleh kawan I olls iaitu Chef Nizal Ashriff from A Ghaffoor Martabak Original.  Dah beberapa kali duk rasa dia buat sedap sangat aih.  So bila tanya resepi kat dia,  dia tak kedekut,  dia share dengan I olls.  So baru baru ni,  masa family gathering,  i olls pun buatlah.  Ramai yang puji and suka.  Lepas mintak kelulusan daripada Chef Nizal,  so nak share dengan ampa semua kat blog hari ni.

Baguih laaaa Chef Chef zaman lani tak kedekut ilmu.  Duk kedekut ilmu resepi apa sangat aih.  Tula resepi orang lama-lama semua banyak dah pupuih habih.  Anak cucu tinggai seluak dalam.

Okay,  dah belitiak.  Jom tengok cara nak buat.


click read more

5.2.15

Catatan Januari 2015

Aku selalu kata kat kawan kawan,  nenjia,  bila habis sahaja bulan Januari maka hari hari lain dan bulan bulan lain akan bersilih ganti dengan pantasnya.  Sedar tak sedar kita dah masok bulan Oktober 2015.  Januari berlalu dengan damainya.  Alhamdulillah tiada cabaran besar.  Yang masok hanyalah rezeki dari Allah. Syukur Alhamdulillah sangat.

Mungkin ramai tidak tahu,  aku sekarang sedang membantu Mama Regina Ibrahim untuk menerbitkan sebuah buku berjudul Buku Panduan Maknyah.  Buku yang ditulis oleh beliau sendiri adalah rujukan bukan akademik yang menceritakan pengalaman beliau yang sudah memindah jantina.  Aku percaya pada kandungan buku ini dan apabila Mama Regina sendiri memberikan kepercayaan kepada aku untuk dijadikan 'pet project' aku amatlah bangga.

sumber Facebook Regina Ibrahim.

Aku sendiri edit penulisan mama (only the paragraphing and penyusunan bab) and of course ejaan di sana sini.  Aku tidak ganggu kandungan buku,  sebab itu adalah hak mama.  Setelah bertanya sana dan sini,  akhirnya Terfaktab Media telah memberikan green light kepada kami untuk menerbitkan buku ini.  Terima kasih kepada seorang rakan pembaca blog yang memberikan idea nama Terfaktab Media dalam ruangan komen.  Sorry I olls duk cari nama u balik dalam ruangan komen tak jumpa.  Tapi apa pun, if you are reading this thank you so much.

click read more

Berbasikal di Georgetown Heritage Trail

Hello u olls semua,

Sapa yang mempunyai perancangan nak mai Penang dalam tahun ni,  I olls nak suggest ampa semua membuat aktiviti ini.  Iaitu berbasikal di Georgetown Heritage Trail.  Kepada u olls yang menginap di area Georgetown,  ampa boleh mai jalan kaki sahaja ke Armenian Street untuk menyewa basikal dengan harga yang amat murah iaitu RM8 untuk satu hari! Kalau nak sewa trishaw , basikal yang boleh naik 2 orang,  yang tu mahal sikit la.  Dia kira by hour.

Kalau sapa-sapa yang menginap area Bayan Lepas ataupun Batu Feringghi,  ampa boleh datang menaiki Rapid Penang atau naik kenderaan sendiri dan park la kereta u olls di area Armenian Street ataupun kat mana-mana yang sesuai.

I olls cadangkan u olls park di kawasan Masjid Kapitan Keling.  Aktiviti ni kena start seawal 8am.  Mulakan dengan breakfast ringan di area berdekatan,  pastu ampa jalan kaki pi Armenian Street.  Cari kedai yang berdekatan dengan lukisan 3D kucing besar warna oren.  Kat situ murah.  Kat tempat lain,  sewa dia mahal sikit.

Ampa boleh mintak peta kat uncle sewa basikal tu untuk tengok lokasi galeri,  lukisan 3D dan tempat-tempat menarik di sepanjang Georgetown Heritage Trail.  Bila naik basikal ni dia mudah sikit nak berhenti parking dan sebagainya.

Kalau u olls memilih untuk berbasikal pada hari Ahad,  lagi best sebab ada kawasan di Georgetown yang ditutup untuk laluan kenderaan motorkar bagi memberi kesempatan kepada pembawa basikal dan lain-lain untuk beriadah di celah bangunan bersejarah.  Ada juga pertunjukan persembahan seni jalanan dan juga jualan barangan yang menarik.

So in the end,  ampa habis duit tak sampai RM10 pun and i can say,  inilah cara paling best untuk explore Georgetown Penang.  Unless,  ampa masuk galeri apa-apa ka baru ada tambahan bayaran.  :)

Here is some important tips yang I olls nak share dengan ampa semua sebelum buat aktiviti ni  :


  • Aktiviti ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecik 7 tahun dan kebawah.  Sebab susah kot nak bawa basikal dengan budak kecil.  Kecuali amik basikal 3 orang tu.
  • Pastikan semua memakai pakaian sukan / casual yang selesa untuk aktiviti ini sebab nanti berpeluh macam tahi.  Digalakkan memakai kasut sukan dan topi keledar.  Especially kids,  silalah pakai kasut sukan bertutup.
  • Kalau ampa naik basikal secara berkumpulan,  lantik seorang ketua yang duduk di depan dan seorang yang duduk dibelakang untuk pastikan agar tidak ada yang tertinggal / sesat.
  • Saya galakkan aktiviti ini dijalankan pada jam 8 pagi hingga 11 am sahaja.  Sebab bila dah masuk tengahari,  jalan kat Penang akan jam teruk and ini amat membahayakan.
  • Bawa air minuman sendiri untuk minum.  Sebab kalau dahaga,  satgi nak beli air kat kedai-kedai mesti mahai :)
  • Jangan lupa mintak no telefon tempat menyewa basikal sebab takut nanti basikal rosak tengah jalan ka apa ka,  boleh telefon depa,  and depa akan mai tolong.
  • Kenal pasti lokasi klinik (ada satu kat Little India),  in case of emergency,  situ dah dekat :)


Okay that's it yang I olls nak share.  Nanti ampa mai Penang jangan lupa buat aktiviti ni ya.  :)  Jom tengok gambar I olls dan kawan-kawna dan adik beradik bernaik basikal.


Berbasikal
U olls boleh tengok banyak-banyak gambar kat bawah tapi I olls dalam dua baju sebab I olls dah mai main basikal ni dua kali.  Once with friends,  once with my families :)


Pose tetap over.

click read more

4.2.15

Paris à tout prix (Paris or Perish)



Pompuan-pompuan mesti suka tengok cerita ini sebab permulaan cerita sahaja dah tunjuk dah Maya Ben Latif (nama watak utama) bangun tidok,  dah terlambat,  pastu kelangkabut nak pakai baju,  bila dia masok bilik dia nenjia baju semua banyak tersusun,  kasut tersusun macam gila punya banyak.  Semua pompuan-pompuan punya impian hiduplah.  Jadi fashionista.

Samalah dengan Maya ni,  dia adalah pompuan keturunan Maghribi yang bermastautin di Paris.  Dia berkerja sebagai designer di bawah satu syarikat reka fesyen milik pereka ternama.  Kat tempat kerja dia,  ada beberapa lagi junior designer yang duk merebut setiap hari nak buktikan yang depa mempunyai karya dan idea yang boleh membuatkan depa naik pangkat dalam syarikat tu.

Then one day,  boss depa,  pun bagitau,  untuk pertunjukan fesyen akan datang,  sapa yang boleh bagi idea yang meletops akan naik pangkat.  So ini adalah peluang meletops untuk Maya yang dinantikan selama ini.  Dah 20 tahun dia mengejar dan mengatur langkah dalam industri ini.  Dia sure dah lepas ni segalanya penat lelahnya akan membuahkan hasil.

Tapi nak jadi cerita,  Maya ni yang adalah sedikit kelang kabut dan bangang jugak,  telah gagal meng-update VISA dia untuk menetap di Paris.  So like it or not,  dia kena HANTAR BALIK (deported) balik ke negara asalnya iaitu Maghribi.

Mau tak mau,  dia kena balik juga.  Tapi dia tipu kat tempat kerja dia,  dia kata dia sakit dan terlantar kat hospital,  sedangkan sebenarnya dia duk ada kat kampung.


click read more

Chef



Filem ini mengisahkan tentang perjalanan seorang chef yang sangat suka dengan apa yang dia buat iaitu memasak.  Orang selalu kata,  kalau hang nak happy dalam hidup hang,  hang buatlah apa benda yang hang betul-betul enjoy.  Tapi tak jugak.

Jalan cerita filem Chef ini membuktikan,  walaupun hang duk buat kerja yang hang suka,  cabaran dan kesusahan tetap akan datang.  Dan apabila cabaran dan kesusahan ni duk mai,  mesti hang akan rasa macam tak berapa nak enjoy dengan apa yang hang buat.

Kesusahan watak Chef dalam filem ini yang dilakonkan oleh Jon Favreau bermula apabila seorang pengkritik masakan / makanan telah memberikan review yang amat teruk kepada persembahan makanannya.  So,  dia demand kat pemilik restaurant tempat dia bekerja untuk menukar menu masakan kerana dia percaya,  dengan menu baru dia dapat buktikan yang dia mempunyai bakat besar dalam masakan.

Tapi pemilik restoran dia tak setuju.  Depa sampai gaduh-gaduh.  Boss dia macam kata,  ni restoran aku,  aku yang decide nak masak apa.  Hang masak ja apa yang aku suruh.

So keraplahan di tempat kerja membuatkan dia sangat tak happy.  Malah hubungan dia dengan anak lelaki dia yang dibawah jagaan bekas isteri juga terganggu.

Lepas satu pergaduhan besar antara dia dan pengkritik makanan tu berlaku di restoran dengan maha buruknya,  maka dia pun decide untuk berhenti bekerja kat restoran tu.  Bila dah free takdak kerja,  dia ikut bekas bini dia berjalan 'balik kampung' dan kat situ dia dapat inspirasi untuk memasak dalam ruang premis dia sendiri.

So dia start meniaga 'food truck'.

Ingat tak pergaduhan dia dan pengkritik makanan hari tu?  Actually ada orang amik video masa depa bergaduh and bubuh dalam internet and video itu menjadi viral. HAHAHA.  And you know what?  Ini membuatkan beliau jadi popular and perniagaan food truck beliau menjadi hit dengan cepatnya.  Dengan bantuan kawan baik dan anak lelakinya,  depa merantau ke seluruh Amerika untuk memberikan makanan simple yang sedap melalui foodtruck depa.

click read more

2.2.15

Rekemen Mengrekemen



Sapa sini pernah jadi tukang rekemen jodoh-jodoh kat kawan-kawan?  Semalam dapat mesej dari seorang kawan nama dia Atikah Touching,  dia kuat touching sampai nangis nangis.  Tengah sembang-sembang gelak,  tiba-tiba menangis sebab cakap pasai drama Korea.  Itu adalah perkara normal (kata suaminya).

So mesej Miss Atikah adalah dia nak minta tolong kawan perempuan dia mencari jodoh.  Dia kata dia sebak bila kawan dia mintak tolong dia cari jodoh.  So kalau ada sapa-sapa duk cari jodoh juga,  boleh la nak arrange lagu mana ka.

Macam tok-tok dah kita ni kan?  Nak rekemen jodoh-jodoh nak kawen ni semua.

Dulu-dulu,  masa aku takdak marka,  aku ada satu pengalaman orang nak rekemen jodoh kat aku yang aku rasa sampai lani aku akan ingat dan nak tergelak.  Ada la sorang kawan I olls ni,  dia nak rekemen aku marka.  Time ni,  I olls dah kerja-kerja dah habis study.


click read more

Luahan Perasaan Isteri Terseksa

Sumber http://www.onislam.net/

Assalamualaikum Jumie,

Bukan hendak meraih simpati atau membuka pekung,  tapi ingin saya kongsikan kisah hal rumah tangga saya kepada pembaca blog Jumie sekalian.  Saya dah takdak sapa-sapa lagi untuk luahkan perasaan ini.  Semakin hari,  saya bertabah hati.  Kepada Allah saya mengadu dan berdoa.  Tapi saya harap melalui perkongsian ini,  mungkin ada teman yang sama senasib dengan saya yang mungkin dapat memberikan penasihatan,  kata semangat dan jalan untuk saya teruskan hidup.

Saya bernikah pada usia yang amat muda iaitu 19 tahun.  Perkenalan ringkas antara saya dan suami tercetus semasa saya menemani ibu dan ayah yang sedang mendapat rawatan susulan di hospital.  Tak sangka,  pertukaran nombor telefon itu membawa kami ke jinjang pelamin.  Saya akui,  dek terpukau dengan panahan cinta saya dapat rasakan tempoh perkenalan kami adalah amat ringkas.  Sedar tidak sedar,  kami sudah dijinjang pelamin.  Saya tidak kenal suami saya sepenuhnya.


Tahun ini,  pernikahan kami sudah menjangkau 12 tahun.  Dalam tempoh lebih 1 dekad ini pelbagai kenangan manis dan pahit yang saya lalui.


click read more

1.2.15

Elle Sahara Dijamin Halal, Bersih dan Tiada Keraguan



Syarikat Elle Sahara (002315720 M) ditubuhkan bertujuan untuk membekal air minuman yang berkhasiat terutamanya dalam bentuk air alkali dan air mineral. Ini juga merupakan satu-satunya syarikat bumiputra yang diusahakan 100% oleh usahawan wanita.


Projek business membekal air ini berputik dari kesedaran bahawa tiada syarikat bumiputra lain yang mengusahakan pembekalan air minuman secara besar-besaran kepada kedai-kedai makan, kedai runcit,mini market dan kedai serbaneka 24 jam. Industri air mineral, air minuman(ro) dan air alkali kini dimonopoli oleh syarikat-syarikat bukan bumiputra.


Projek ini juga diusahakan untuk membekal air minuman yang halal kepada jutaan rakyat Islam di Malaysia.  Jaminan mutu dan kebersihan dititikberatkan. Air jika diproses dengan cara yang betul boleh membantu memelihara kesihatan. Setiap produk Elle Sahara diperkaya dengan kandungan ynag terbukti baik untuk kesihatan. 






Produk Utama




Air Mineral Elle Sahara 500 ml dan 1500 ml
Hasil dari kerjasama pengeluar kami, air mineral syarikat Elle Sahara mempunyai kandungan mineral yang tinggi berbanding dengan produk lain. 






Air Minuman RO Elle Sahara 500 ml dan 1500 ml
Air RO (reverse osmosis) Elle Sahara dijamin bersih, halal dan tidak perlu diragu-ragu.





Air Alkali Elle Sahara 500 ml dan 1500 ml
Air Alkali kami pula mempunyai ph yang bertepatan untuk pembentukan struktur DNA . Air ini juga bertindak sebagai anti-oksidant yang melawan banyak penyakit dalam badan kita.




Pengedar Seluruh Malaysia Di Perlukan


Kepada syarikat, pengusaha kedai runcit dan mini market, pengusaha restaurant, catering services atau event management yang berminat untuk menjadi pengedar kami sila hubungi Ramiza (012-2318334) atau Nabila (017-4149679).











Promosi dan Tajaan


Kami turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin menjemput Elle Sahara untuk tujuan promosi dan tajaan. Sila hubungi kami di ;


Elle Sahara Enterprise


Alamat  
18-1-2 Block F, 
Jalan 4/50, Diamond Square Commercial Centre, 
53300 Gombak, Selangor.


No telefon  :
+603-61785988
+6017-4149679
+6012-2318334


Emel  :
ellesahara@yahoo.com


Laman web  :
www.ellesaharawater.com.my
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE