23.2.15

Asamko

Sumber Flickr @Lyrical Lemongrass

Tajuk cerita hari ini adalah ASAMKO.  Sapa tau asamko tu apa?  Orang Penang rata-rata panggil asam ko,  ampa bukan orang Penang panggil asam boi.  Sejenis asam yang kerdut yang menjadi kudapan kesukaan rakyat Malaysia ketika bersantai,  buat minuman,  buat jeruk buah mampelam yang menjadi viral baru baru ini dan macam-macam lagi.

So apa aku nak cerita hari ni tak kena mengena pun dengan asamko yang ampa duk makan tu.

Baru-baru ini,  my husband kena masok hospital atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.  HAHAHA.  Sapa yang tau,  taulah.  En Khafi kena duduk hospital satu malam.  So katanya I olls pun kenalah menengok-nengok beliau kat hospital.  Bawak makanan dan apa apa keperluan just like any traditional wife would do.

On the second day,  my brother came and visit us.  Saja la abang I olls pun sembang-sembang buat lawak apa bagai menghiburkan hati Khafi.

Pastu dah nak habis waktu melawat,  Abang I olls pun mohon mengundurkan diri.  So masa dia nak blah,  dia salam dengan Khafi pastu abang I olls tengok muka I olls dan kata,

"Hang nak tengok asamko?"

I olls membuat muka pelik kepada beliau.  Apa dia asamko?

"Hang tengok belakang!,"  kata Abang I olls sambil gelak.  Badan dia bergetaq sebab nak tahan gelak.

I olls pun kalih belakang dan melihat kepada seorang apek yang menduduk di katil sebelah dengan Khafi.  Apek itu sedang mengangkat sebelah kakinya mungkin sebab lenguh dan dicelah kakinya itu ternampaklah ASAMKO.

HAHAHAHHAHAHAHAHAHAH  nahariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm abang aku kojiak.

"Asamko 80 tahun"  kata abang aku.

Aku dan Khafi duk tahan gelak sampai nak nangih.  Sekian sahaja cerita kami yang bertajuk asamko.

3 comments:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...