6.2.15

Barbeku AJL29 bersama-sama Kawan-kawan (Lengkap dengan Resepi)

Hello u olls,

Seperti tahun tahun yang lalu,  AJL adalah acara tahunan I olls dan kawan-kawan untuk berkumpul,  makan-makan dan menonton rancangan kesukaan kami iaitu Anugerah Juara Lagu.  Tahun ini,  kami buat barbeku party ala-ala keluarga Amerika di hari Ahad yang fana kan?  

Kumpul-kumpul duit,  so inilah makanan yang kami masak.  Saja nak layur gambar and share resepi dengan ampa.  Ada yang I olls masak,  ada yang Ridhuan Shariff masak,  tapi most of it dimasak oleh Chef Ezal Mee Kari Meletops.  Sapa yang pernah try resepi mee kari beliau?  Kalau belum pernah,  sila click sini  :  Resepi Mee Kari Meletops by Chef Eiyzall Eizhann Azami

Lenny and Wawa jadi tukang basuh-basuh and lain lain tu mai tukang makan and bagi meriah.

Seronok buat makan-makan macam.  Kira bajet ni lagi puas hati daripada pi makan luar :)

Sapa yang duk puasa sunnat atau baca artikel ni time bulan posa,  sila CLICK TEKAN artikel len.  Aku tak mau tanggung dosa kering.



Biadap dak makanan BBQ kami?



Kami set meja ala-ala orang putih la kunon.  Siap bubuh bunga kat tengah.  Bunga and pokok tu cabut kat depan-depan rumah I olls.  Tapi untuk gambak ni ja,  bila nak makan kami buang pi tepi.  Menyemak.  Nak sembang tak nampak muka.  HAHAHA

Perasan tak?  Nasi tu sikik ja.  HAHAH.  Kami kata,  'NASIK NI ADALAH SIDE DISH YA...BUKAN MAIN DISH" so dia macam reverse psiko kita akan makan nasik sikik la.  Tapi dah makan protein semua style banyak berminyak kalori lagi ni.  Padiaaaaaaaaaaaaaa!!


click read more




Ni kira potion makan satu pinggan.  Feelingnya sedap makan lagu ni.




BBQ Daging ala Chef Ezal

Cara-caranya  :

Perapkan 1 kg daging yang dipotong ikut size sederhana dengan daun rosemary segar,  gula,  garam dan lada hitam untuk 1 malam.  

So masa nak bakar,  sapu butter + olive oil pada daging.

Bakar sampai masak / separuh masak.  Ikut selera.

Perapan daging yang disapu butter + olive.



Butter yang dikacau dengan olive oil.






Perapan Ayam Percik Barbeku ala Chef Ezal

Cara-caranya :

Kisar serai,  serbuk kari daging,  garam,  gula,  cili padi,  halia,  bawang putih dan bawang merah.  Kurangkan air ketika blend.  Kalau boleh blend kering lagi bagus.  Perapkan rempah ini pada ayam yang telah dibersihkan untuk semalaman.  

Ketika membakar ayam,  gunakan rempah sebagai sapuan atas ayam.  





Udang Grilled dengan Lemon ala Chef Ezal

*sorry takdak gambar masa bakar udang. PASAI PA TAK TIAU!

Cara-caranya  :

Perahan lemon,  cili padi dicincang,  gula,  garam dan of course parutan kulit lemon (parut lightly,  jangan sampai kena bahagian putih pada kulit lemon kerana bahagian itu pahit).  

Kacau bahan ini,  gaul dan perapkan bersama udang.  Tak perlu perap semalaman seperti daging dan ayam.  Perap untuk beberapa jam sudah memadai.



Gambar perapan lemon untuk udang pun takdak.  Sorry people. 





Sotong Kurita Curry BBQ ala Chef Ezal

* masa mula-mula tengok sotong kurita ni kat market,  rasa INTIMIDATED sangat.  Rupa bentuk sotong kurita ini adalah sesuatu.  Tapi saja la untuk have fun,  me and Ezal pun beli sotong ini.  Dengan cara perapan dan masak yang betul,  sotong ini tidak liat and rasanya sedap :)

Cara-caranya  :

Blend bawang merah,  sedikit halia,  sedikit bawang putih bersama serbuk kari ikan.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.  Gaul bersama sedikit kicap.  And of course jangan lupa,  daun kari!  Perap dengan sotong yang telah dibersihkan.

Sotong kurita ketika di masak,  Chef Ezal tambah lagi rempah kari masa duk bakar.


Bila dah masak,  sotong ni macam terangkat sikit :)







Nasi Butter ala Chef Ezal

* ini adalah side dish.  KONONNYA

Cara-caranya  :

Masak nasi basmathi macam masak nasi biasa.  Dalam kuali berasingan,  tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris bersama butter dan olive oil.  Biarkan hingga bawang menjadi gold.  (JANGAN BURN).  Bila nasi dah masak,  amik minyak dan butter tadi dan tuang pada nasik.  Gaul secukupnya.  Oh ya,  jangan lupa garam secukup rasa.




Saja nak share dengan ampa gambar Chef Ezal masak kat rumah I olls dua 3 tahun yang lalu.  Haree style sama semua.  :)





Nenas Grilled "Who Lived in A Pineapple under The Sea...SPONGE BOB SQUARE PANTS!!" ala Chef Ridhuan Shariff

* tajuk resepi punyalah panjiang

Cara-caranya  :

Kupas nenas,  dan hiris bulat-bulat.  Lepas tu,  sediakan minyak zaiton,  cili padi yang dihiris,  lemon juice dan sedikit garam.  Celup nanas dalam perapan itu seketika (macam dip dip gitu) and terus bakar atas griller.  Sambil bakar,  taburkan sedikit gula untuk caramelized.  Gittuuu!

Sorrylah gambak tak berapa HD.  Macam rabun mata ja tengok ni.



Chef Ridhuan sedang menunjukkan pose seksi dengan baju nampak ketiak sambil membuat kerja.  INI SEMUA POYOOOOOOOOOOOOOOOOOOO






Ayak Iced Lemon Meletops ala Chef Jumie Samsudin Lambang Kecantikan

*Ayak ni best sangat.  Bukan sebab aku yang buat ya!

Cara-caranya  :  

Dalam satu jus berisi ais ketul yang banyak,  perah lemon sebijik,  buah oren sebijik,  masukkkan halia 1 inchi yang telah diketuk.  Pastu masukkan sedikit air gula (jangan banyak sangat nanti manis sangat).  Pastu masukkan air masak.  Before kacau,  masukkan sedikit daun pudina segar.  Kacau sebaiknya.  Air ini sangat menyegarkan dan membuang angin pada masa yang sama.



Bahan-bahannya.


Muka tensyen sebab banyak daun pudina aku layu!!






Salad Salad Hijau Untuk Kesihatan ala Chef Jumie Samsudin Lambang Kecantikan

Cara-caranya  :

Beli set daun salad yang dah siap ada macam-macam jenis daun kat Tesco tu.  Kita boleh tambah cherry tomato,  hirisan buah oren,  capsicum,  cucumber...ikutlah suka hati ampa.  Janji sesuai.

Tapi jangan guna dressing mayonis yang depa bubuh dalam packaging tu.  Kita buat dressing sendiri.

Cara buat dressingnya adalah gaul beberapa sudu makan olive oil,  perah jus lemon,  perah jus oren,  parutan lemon  dan parutan oren.  Tambah garam,  lada hitam dan sedikit serbuk perisa.  

So bila nak start makan baru ampa tuang dressing ni atas salad tadi and gaul dengan tangan (baru JAMIE OLIVER).  Jangan bubuh awai-awai nanti salad ampa jadi soggy.  


Rupa dressing tu.

Posing sebelum menggaul dressing.


Salad ni dah nampak soggy masa gambak ni diambil.  Sorry people.  Tapi takpa...nanti ampa try and bubuh gambar tagged nama i bagi meletops ya.


Sekian sahaja idea makan dan resepi oleh i olls dan rakan-rakan.  Hope menjadi inspirasi kepada ampa di hujung minggu.

Love,

Jumie Samsudin

3 comments:

  1. sedapnyaaa.! :)) sekali-sekala makan-makan gini memang besttt

    ReplyDelete
  2. menarik la anak2 ayam u masak!.. sotong kurita tuuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. baca blog nie tgh tension boleh gelak guling2 :o) :O) :O)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...