5.2.15

Berbasikal di Georgetown Heritage Trail

Hello u olls semua,

Sapa yang mempunyai perancangan nak mai Penang dalam tahun ni,  I olls nak suggest ampa semua membuat aktiviti ini.  Iaitu berbasikal di Georgetown Heritage Trail.  Kepada u olls yang menginap di area Georgetown,  ampa boleh mai jalan kaki sahaja ke Armenian Street untuk menyewa basikal dengan harga yang amat murah iaitu RM8 untuk satu hari! Kalau nak sewa trishaw , basikal yang boleh naik 2 orang,  yang tu mahal sikit la.  Dia kira by hour.

Kalau sapa-sapa yang menginap area Bayan Lepas ataupun Batu Feringghi,  ampa boleh datang menaiki Rapid Penang atau naik kenderaan sendiri dan park la kereta u olls di area Armenian Street ataupun kat mana-mana yang sesuai.

I olls cadangkan u olls park di kawasan Masjid Kapitan Keling.  Aktiviti ni kena start seawal 8am.  Mulakan dengan breakfast ringan di area berdekatan,  pastu ampa jalan kaki pi Armenian Street.  Cari kedai yang berdekatan dengan lukisan 3D kucing besar warna oren.  Kat situ murah.  Kat tempat lain,  sewa dia mahal sikit.

Ampa boleh mintak peta kat uncle sewa basikal tu untuk tengok lokasi galeri,  lukisan 3D dan tempat-tempat menarik di sepanjang Georgetown Heritage Trail.  Bila naik basikal ni dia mudah sikit nak berhenti parking dan sebagainya.

Kalau u olls memilih untuk berbasikal pada hari Ahad,  lagi best sebab ada kawasan di Georgetown yang ditutup untuk laluan kenderaan motorkar bagi memberi kesempatan kepada pembawa basikal dan lain-lain untuk beriadah di celah bangunan bersejarah.  Ada juga pertunjukan persembahan seni jalanan dan juga jualan barangan yang menarik.

So in the end,  ampa habis duit tak sampai RM10 pun and i can say,  inilah cara paling best untuk explore Georgetown Penang.  Unless,  ampa masuk galeri apa-apa ka baru ada tambahan bayaran.  :)

Here is some important tips yang I olls nak share dengan ampa semua sebelum buat aktiviti ni  :


  • Aktiviti ini tidak berapa sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecik 7 tahun dan kebawah.  Sebab susah kot nak bawa basikal dengan budak kecil.  Kecuali amik basikal 3 orang tu.
  • Pastikan semua memakai pakaian sukan / casual yang selesa untuk aktiviti ini sebab nanti berpeluh macam tahi.  Digalakkan memakai kasut sukan dan topi keledar.  Especially kids,  silalah pakai kasut sukan bertutup.
  • Kalau ampa naik basikal secara berkumpulan,  lantik seorang ketua yang duduk di depan dan seorang yang duduk dibelakang untuk pastikan agar tidak ada yang tertinggal / sesat.
  • Saya galakkan aktiviti ini dijalankan pada jam 8 pagi hingga 11 am sahaja.  Sebab bila dah masuk tengahari,  jalan kat Penang akan jam teruk and ini amat membahayakan.
  • Bawa air minuman sendiri untuk minum.  Sebab kalau dahaga,  satgi nak beli air kat kedai-kedai mesti mahai :)
  • Jangan lupa mintak no telefon tempat menyewa basikal sebab takut nanti basikal rosak tengah jalan ka apa ka,  boleh telefon depa,  and depa akan mai tolong.
  • Kenal pasti lokasi klinik (ada satu kat Little India),  in case of emergency,  situ dah dekat :)


Okay that's it yang I olls nak share.  Nanti ampa mai Penang jangan lupa buat aktiviti ni ya.  :)  Jom tengok gambar I olls dan kawan-kawna dan adik beradik bernaik basikal.


Berbasikal
U olls boleh tengok banyak-banyak gambar kat bawah tapi I olls dalam dua baju sebab I olls dah mai main basikal ni dua kali.  Once with friends,  once with my families :)


Pose tetap over.

click read more




Dia ni nama Faridza.  Tengok dia duk bubuh peta dalam raga basikal dia.




Abang and kakak i olls menaiki basikal ala beca.  Susah nak stering basikal macam ni.  Silap haribulan boleh masok parit.  Nampak ja meletops.  



 Ni abang sepupu I olls nama dia Pak Non.  Anak menakan I olls nama Daniel,  tengok Pak Non bawak basikal dia jadi pelik,  dia kata "Mok...awat Pak Non ni tua...tapi boleh bawak basikal?"


 
Fariha and ayah.  Fariha ni anak menakan I olls.  Tengokla pose...macam mok.



Bagus jugak idea ni kan?



Ni Acha and Nurul.  Depa penggelintir kuih kacang.



Ni anak menakan I olls nama dia Hanna Mashitah.



My brother and anak-anaknya.



Art Street
Lukisan-lukisan 3D yang terdapat di sini antaranya dilukis oleh pelukis tempatan dan luar negara.  Ada juga yang dah fades (kabur) sebab lukisan ni dah bertahun kena hujan dan panas terik.  Actually ada banyak lagi lukisan yang I olls tak pergi sebab masa kami pi tu,  ramai orang and ada pulak kami dah kena hujan so kami bergegas balik.  So here are some of the shots saja nak share dengan ampa la.



















Sekian sahaja,  definitely ini adalah antara aktiviti wajib yang ampa kena buat bila ampa mai Penang. 

2 comments:

  1. I should try Ahad nih instead of sewa motosikal!
    Tapi tatau larat ke dak, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. heyyyyy.....macam sesuatu ja komen u...amboiiii...taula nak honeymoon kan?

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...