9.2.15

Bunga Kertas dalam USM


Semalam I olls share kat Facebook and IG gambar satu pokok bunga kertas yang sangat besar,  cantik dan meletops.  Bunga dia kepok-kepok berseri macam mana ka.  Setiap hari I olls balik kerja,  dah almost sebulan dah,  duk perasan mak aiiii canteknya pokok bunga kertas ni.  

Tapi nak pi ambil gambar kat pokok ni takdak kesempatan lagi.  

Maka,  pada hari Ahad yang semalam,  akak dan suami memang nak kena mai area USM nak amik kereta kami kat bengkel,  so kami pun mai la amik gambar kat pokok ni.

Pada mulanya,  suami I olls yang merupakan seorang yang sangat 360 darjah terbalik dengan sifat dan sikap I olls punyalah duk buat muka sebab dia tak mau nak kena jadi photographer kat aku tak pasai pasai nak feeling models kat tepi jalan.  

Oh ya,  pokok ini terletak di tepi jalan,  on the way apabila masuk pagar Minden USM.  

Tapi I olls tak hiraukan perasaan suami I olls.  I olls tetap feeling,  "Cepatlah amik gambar aku.  Aku tak kira hang suka ka tak suka ka...hang kena amik juga,"  so begitulah kisahnya maka laki I olls pun amik la gambar aku di tepi jalan itu.  Sayang jugak dia kat pak gemok ni.

Aku memang suka bunga bunga.  Especially bunga yang duk ada kat pokok-pokok.  Kalau bunga dah petik and then pi susun susun kat pelamin aku tak berapa suka.  In fact pelamin kawen aku dulu pun takdak bunga.  Tapi kalau bunga tu kat pokok,  secara otometik aku akan jadi macam kena rasuk macam mana ka.  Pokok tu macam memanggil untuk aku pi amik gambar dengan dia.

Sapa-sapa yang teringin nak amik gambar kat pokok ni,  ampa masuk USM melalui pintu Minden USM and then naik bukit tu,  ampa terus akan jumpa pokok tu kat tepi pagar.  Besar pokok bunga kertas ni tau.  Cepat-cepat lah,   rasanya bunga dia tak akan kekal lama. 

click to see more photos




Diameter pokok ni aku rasa lebih kurang 5 meter.  Tinggi lebih kurang 2-3 meter.


Aku suka pokok bunga.  Aku rasa saka aku pernah masuk Miss Flora dan Fauna dulu.



Laki aku sempat merakam gambar aku ketika memaki dia.  Tengok mulut aku muncung lagu mana.



Terima kasih suami aku.  Walaupun hang tak pernah beli aku beg LV tapi hang bagi aku amik gambar kat bunga ni .............................PRAISLESS!



No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...