5.2.15

Catatan Januari 2015

Aku selalu kata kat kawan kawan,  nenjia,  bila habis sahaja bulan Januari maka hari hari lain dan bulan bulan lain akan bersilih ganti dengan pantasnya.  Sedar tak sedar kita dah masok bulan Oktober 2015.  Januari berlalu dengan damainya.  Alhamdulillah tiada cabaran besar.  Yang masok hanyalah rezeki dari Allah. Syukur Alhamdulillah sangat.

Mungkin ramai tidak tahu,  aku sekarang sedang membantu Mama Regina Ibrahim untuk menerbitkan sebuah buku berjudul Buku Panduan Maknyah.  Buku yang ditulis oleh beliau sendiri adalah rujukan bukan akademik yang menceritakan pengalaman beliau yang sudah memindah jantina.  Aku percaya pada kandungan buku ini dan apabila Mama Regina sendiri memberikan kepercayaan kepada aku untuk dijadikan 'pet project' aku amatlah bangga.

sumber Facebook Regina Ibrahim.

Aku sendiri edit penulisan mama (only the paragraphing and penyusunan bab) and of course ejaan di sana sini.  Aku tidak ganggu kandungan buku,  sebab itu adalah hak mama.  Setelah bertanya sana dan sini,  akhirnya Terfaktab Media telah memberikan green light kepada kami untuk menerbitkan buku ini.  Terima kasih kepada seorang rakan pembaca blog yang memberikan idea nama Terfaktab Media dalam ruangan komen.  Sorry I olls duk cari nama u balik dalam ruangan komen tak jumpa.  Tapi apa pun, if you are reading this thank you so much.

click read more



Sekarang pihak Terfaktab Media dalam proses untuk membuat 'proof read' buku penulisan mama.  Doakan semuanya berjalan lancar.


A photo posted by Jumie Kamarulhafiz (@jumiekhafi) on


Satu lagi rezeki yang masok adalah business Kuih Kacang Mazola by Jumiess.  Alhamdulillah,  kakak aku telah sudi menyambung semula legasi kuih kacang kami dan dia janji nak bagi perniagaan ini lebih meletops pada masa hadapan.  Of course my husband pun membantu dalam urusan ini.  I olls tidak boleh membantu banyak selain hal-hal marketing.  Post kat Facebook and IG bagi orang terliur dan mengorder dengan banyaknya,  hehehe.

Tapi bab-bab order meng-order ampa sendiri kena contact dengan nombor khas yang kami beli for this kuih kacang.  Ramai yang contact I olls sendiri,  tapi ampa tanya la I olls macam mana pun,  ampa tetap kena tunggu respon En Khafi.

Ramai yang akan mesej "Jumie...awat kami mesej laki ampa tak balaih?"

Pastu I olls pun check la dengan laki aku.  Tup tup rupanya haree hang pun mesej laki aku pukul 1130 malam.  Takkan la laki aku nak balaih.  Mesti laki aku pun dah tidok.  Pastu ampa duk menggelitis dah mesej kat aku.

So sapa-sapa pun mesej kat I olls,  memang i akan jawab sorry,  ampa kena tunggu respon En Khafi.  Kalau lambat balaih ka apa ka,  ampa tunggu la sat.  kadang-kadang dia duk urusan dengan customer lain dulu.

Lebih lawak apabila pada mulanya I olls announce nombor handphone laki I olls untuk urusan jual beli kuih kacang,  nenjia semua duk komen balik "Tak takut ka bagi nombor phone laki hang untuk berniaga?"

Nahariaamm ampa semua berotak lucah.  Kita profesional,  ampa punya personal macam mana ka kan?  Actually nombor 011 3331 3646 adalah nombor khas yang kami beli untuk urusan perniagaan Kuih Kacang Mazola by Jumiess ni,  so senang kalau lepas ni nak pass kat sapa-sapa pun,  number ni tetap sama.  Bukan nombor personal.  Nombor personal telefon En Khafi tetap asing.

Apa pun,  nak ucap thank you so much kat ampa semua sebab bagi sokongan yang teramat hebat untuk perniagaan home baking kami.


Gambar sumber Facebook Cik Syahnaz Riza. Makcik yang duk buat buat ambil gambar tu aku la.


Akhir Januari ini juga mencatatkan hari terakhir Dr.  Pitt sebagai Koordinator Program Mobiliti Pelajar di Pejabat Antarabangsa USM.  So ramai yang tanya,  habis kalau Dr.  Pitt tak duduk kat IO dia duduk kat mana?  Dia duduk kat school dia lah iaitu Pusat Pengajian Perumahan,  Bangunan dan Perancangan.  Beliau seorang pensyarah bidang artkitek u olls.  So kalau dulu dia kena buat dua job iaitu mengajar dan menjadi koordinator program.  Sekarang dia just kena handle satu benda sahajalah iaitu mengajar.

Kami ada buat majlis farewell kepada beliau.  TNC HEAA pun ada.  Tapi siriesly,  farewell ni rasa hambar sangat sebab kami semua dapat rasakan yang kami akan rindu dia sangat sangat lepas ni.  Selalunya majlis farewell untuk budak budak praktikel ka apa semua,  kami mesti akan ceria and seronok,  bukan sebab seronok depa nak blah,  tapi seronok sebab budak budak tu semua akan berjaya lepas ni.  Tapi dengan Dr.  Pitt siriesly rasa sangat sedih sebab dia dah pergi.

Dah takdak lah orang nak buat gila gila kat office,  buat gangguan seksual kat aku di cubicle,  ajak karaoke dalam bilik seminar after office hour,  semua tu takkan ada lagi la.  Semua orang duk salam and ucap selamat tinggal kat dia.  Tapi not for me,  masa aku pi kat Dr.  Pitt,  aku kata..."Sorry Dr. aku tak mau ucap selamat tinggal kat hang sebab kita mesti akan jumpa lagi,"

Dr.  Pitt,  if you are reading this.  I just wanna say...JANGAN LUPA KAT I and kalau ada lagi banyak idea idea meletops untuk blog I olls,  please share with me.

Sekian sahaja catatan untuk bulan Januari.  Semoga ampa semua mempunyai catatan dan kenangan yang indah juga untuk bulan ni.

Love,

JS

5 comments:

  1. kak jumie~~ akak terssalah tulis February jadi Okrober ka or that is a joke? mula-mula baca, I read it as a joke coz ckp pasal berlalu ngan pantas nye bulan-bulan lain..hehehehe..

    happy frebruary ksk jumie!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam U olls,

      Yes....i olls memang purposely tulihh....nanti sedar sedar dah OKTOBER. Tak cayaaa hang tengok lah sendiri nanti

      Delete
  2. Salam Kak Jumie... nk tny, biskut mazola tu blh pos mai KL dak?

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...