4.2.15

Chef



Filem ini mengisahkan tentang perjalanan seorang chef yang sangat suka dengan apa yang dia buat iaitu memasak.  Orang selalu kata,  kalau hang nak happy dalam hidup hang,  hang buatlah apa benda yang hang betul-betul enjoy.  Tapi tak jugak.

Jalan cerita filem Chef ini membuktikan,  walaupun hang duk buat kerja yang hang suka,  cabaran dan kesusahan tetap akan datang.  Dan apabila cabaran dan kesusahan ni duk mai,  mesti hang akan rasa macam tak berapa nak enjoy dengan apa yang hang buat.

Kesusahan watak Chef dalam filem ini yang dilakonkan oleh Jon Favreau bermula apabila seorang pengkritik masakan / makanan telah memberikan review yang amat teruk kepada persembahan makanannya.  So,  dia demand kat pemilik restaurant tempat dia bekerja untuk menukar menu masakan kerana dia percaya,  dengan menu baru dia dapat buktikan yang dia mempunyai bakat besar dalam masakan.

Tapi pemilik restoran dia tak setuju.  Depa sampai gaduh-gaduh.  Boss dia macam kata,  ni restoran aku,  aku yang decide nak masak apa.  Hang masak ja apa yang aku suruh.

So keraplahan di tempat kerja membuatkan dia sangat tak happy.  Malah hubungan dia dengan anak lelaki dia yang dibawah jagaan bekas isteri juga terganggu.

Lepas satu pergaduhan besar antara dia dan pengkritik makanan tu berlaku di restoran dengan maha buruknya,  maka dia pun decide untuk berhenti bekerja kat restoran tu.  Bila dah free takdak kerja,  dia ikut bekas bini dia berjalan 'balik kampung' dan kat situ dia dapat inspirasi untuk memasak dalam ruang premis dia sendiri.

So dia start meniaga 'food truck'.

Ingat tak pergaduhan dia dan pengkritik makanan hari tu?  Actually ada orang amik video masa depa bergaduh and bubuh dalam internet and video itu menjadi viral. HAHAHA.  And you know what?  Ini membuatkan beliau jadi popular and perniagaan food truck beliau menjadi hit dengan cepatnya.  Dengan bantuan kawan baik dan anak lelakinya,  depa merantau ke seluruh Amerika untuk memberikan makanan simple yang sedap melalui foodtruck depa.

click read more







Pengajaran dari filem ini  :


  • Takdak kerja yang senang dalam dunia ni.  Walaupun kerja tu hang sangat enjoi.  Cabaran akan tetap mai.  And tipulah hang tak akan merungut kalau cabaran mai :)

  • Hubungan anak dan bapak.  Tak macam movie lain,  selalu hubungan kasih sayang antara anak lelaki dan bapak mesti macam cheesy,  feeling mesra alam macam mana ka.  Tapi tak dalam filem ini.  Watak dia sangat tegas dan dia layan anak dia macam anak jantan.  Ada tiga scene aku rasa touching,  nombor satu masa dia mula mula bagi hadiah pisau chef kat anak dia.  Nombor dua,  dia bagi anak dia taste rasa beer.  And nombor 3,  masa anak ajar anak dia jangan bagi makanan hangus kat pelanggan walaupun makanan itu dibagi secara percuma.

  • Kemahiran internet adalah sangat penting dalam membantu perniagaan pada masa kini.

  • Orang putih kalau berniaga,  satu time depa berniaga 5-6 menu sahaja.  Ampa tengok bila dia tulis menu kat depan food truck dia.  Style 5-6 menu sahaja dia tulis.  Cuba kalau kat Malaysia,  nahariammm gerai burger tepi jalan pun style jual 346 jenis burger dan hotdog.

  • Jangan amik hati dengan penulisan pengkritik.  Aku sangat suka pada akhir cerita,  pengkritik makanan tu mai jumpa dia and offer nak invest dalam restoran barunya.  So dia macam terkejut sebab dia ingat pengkritik makanan tu benci kat dia.  Pengkritik tu kata "We are just having fun,"  Betui la weh.  Inilah budaya pengkritik di negara Amerika yang aku suka.  Mungkin cara pendidikan mereka sejak di sekolah.  Pelajar dididik agar terbuka kepada pendidikan.  Ini adalah perbandingan yang aku sendiri pelajari daripada hasil pengamatan seorang pelajar seni dari Amerika Syarikat ke USM.

    Dia kata,  dalam kursus seni di USM,  tiada sesi khas dimana pelajar diberi ruang untuk debatkan pendirian hasil kerja seninya.  Yang ada hanyalah kritikan seorang pensyarah and lepas tu student kena buat pembetulan berdasarkan APA YANG PENSYARAH KATA AND SURUH.  Kalau tidak berbuat demikian,  pelajar mungkin akan dapat markah yang rendah.

    Berbanding dengan sesi pembelajaran beliau di universitinya di Amerika Syarikat,  penghasilan kerja seni dianggap abstrak dan hanya boleh difahami oleh pembikin hasil kerja seni itu sendiri.  Perbincangan terbuka antara pensyarah dan para pelajar boleh membawa kepada hasil persefaham yang lebih terbuka and membuatkan pelajar lebih berani dan kaya dan penghasilan seni mereka.

    So in the end,  depa dapat bezakan pendekatan pengkritik yang bersifat profesional (sebagai kerjaya) and peribadi.  Orang Melayu berani ka terima kritikan terbuka?  AHAHAH AKU SENDIRI TAK BOLEH.




Apa yang aku suka tentang movie ini

Aku suka filem ini kerana ianya adalah sebuah FEEL GOOD movie.  Hang akan rasa macam relaks tengok kejayaan,  makanan,  kasih sayang.  So enjoylah.  Skrip dalam cerita ini juga simple.  Lakonan,  okaylah.  Semua nama-nama terkenal.  Kalau ampa perasan,  ada 3 orang watak utama cerita IRON MAN dalam movie ini.  



What i dont like about this movie

Selain membuatkan hang rasa lapar tengok makanan tu semua,  aku tak suka cerita ni lajiuuuuuuuuuuuuuuuu sangat!! Patutnya macam lebih banyak cerita perjalanan dia sampai dia boleh buat restoran.  Tup tup ja dah habis.



Food Truck in Malaysia

Ive stumbled about this write up tentang food trucks in KL.  MELETOPS.  Kat Penang bila kita nak start ada ni?  Hot Wheels: 8 Food Trucks In Klang Valley Worth Chasing Down

Rating  

7/10



Gambar sumber  :  IMDB Chef

1 comment:

  1. ahhhhh kak Jumie!!! I reallllly want to see this movie masa tgk trailer dia dalam ERL..patu, berbulan-bulan kendian, lupa pulak pasal citer nie..nie akak dah buat review, teringat balik, of course nak gi tgk!! wooohooot!

    btw, Jon Favreau ini juga adalah director citer Iron Man..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...