6.2.15

Fruit Punch Meletops by Chef Nizal Ashriff


Hello ampa semua,

Saja nak selit resepi Fruit Punch yang diajar oleh kawan I olls iaitu Chef Nizal Ashriff from A Ghaffoor Martabak Original.  Dah beberapa kali duk rasa dia buat sedap sangat aih.  So bila tanya resepi kat dia,  dia tak kedekut,  dia share dengan I olls.  So baru baru ni,  masa family gathering,  i olls pun buatlah.  Ramai yang puji and suka.  Lepas mintak kelulusan daripada Chef Nizal,  so nak share dengan ampa semua kat blog hari ni.

Baguih laaaa Chef Chef zaman lani tak kedekut ilmu.  Duk kedekut ilmu resepi apa sangat aih.  Tula resepi orang lama-lama semua banyak dah pupuih habih.  Anak cucu tinggai seluak dalam.

Okay,  dah belitiak.  Jom tengok cara nak buat.


click read more



Fruit Punch Meletops by Chef Nizal Ashriff

Bahan-bahan :

Bahan A
1 tin kiub nenas
1 tin buah pic
1 tin tropical fruit
1 bekas nata de coco
1 tin susu pekat manis
2 tin susu sejat

Bahan B
1 pelastik ais cube
Secubit garam

(Bahan-bahan adalah seperti gambar i olls bubuh kat bawah ni.  Boleh guna apa sahaja jenama yang u suka.  And ukuran 1 tin tu mungkin berbeza mengikut jenama.  Tapi tak pa,  janji satu tin :)


 
Cara-caranya  :

1.  Dalam satu mangkuk besar,  masukkan semua bahan yang bahan A and kacau sebati.

2.  Masukkan bahan B.  Pastu biarkan sejuk.

3.  Resepi ini cukup untuk dihidangkan kepada 20 orang.  Sesuai untuk sebagai pencuci mulut untuk BBQ,  makan malam atau meja pengantin.




Cadangan hidangan  :

1.  Kalau tak mau guna ais,  amik fruit punch ni dan masukkan dalam peti ais membeku.  Kacau fruit punch ini pada setiap 30 minit sehingga menjadi sorbet :)

2.  Lagi sejuk lagi sedap :)

3.  Boleh guna daun pandan / daun pudina sebagai hiasan.










No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...