24.2.15

Membawa Anak Angkat Jepun Ku Beronda di Taiping

Seperti yang kalian tahu,  beberapa minggu yang lalu I olls telah menggatalkan diri untuk menjadi ibu angkat dalam program akademik pelajar dari Nihon Fukushi University,  Japan ke Universiti Sains Malaysia.  Dalam program selama dua minggu ini,  para pelajar diberi kesempatan untuk tinggal bersama keluarga angkat selama 3 hari 2 malam dan selaku host family,  we olls bolehlah membawa beliau berjalan-jalan ataupun just duduk rumah.  Bagi culture exposure kepada beliau.

Asalnya,  i olls memang nak duduk di Penang sahaja dan bawa dia pergi market,  belajar memasak di rumah and melawat sanak saudara I olls.  Tapi alhamdulillah,  I olls dapat jemputan untuk memake up pengantin di Kamunting Perak.  So why not?  Terus booking Sentosa Villa Taiping and susun atur perjalanan di sana.  Ada macam-macam lokasi cantek di Taiping yang boleh I olls bawa dia tengok.  Tapi sayangnya dalam perjalanan singkat ini,  suami I olls tidak dapat nak join sekali sebab keadaan kesihatan beliau yang masih tidak mengizinkan.



click read more





Wataru Eumoto

Anak angkat I olls ni sangat introvert orangnya.  Dia lebih suka melihat dan memerhati daripada bercakap.  Mungkin juga sebab kemahiran bahasa Inggeris beliau yang agak lemah menyukarkan perhubungan kami berdua.  Nasib baik I olls download Google Translator,  habih nak cakap apa,  mak type je dalam tu,  pastu tekan play,  terus ada suara pompuan Jepun cakap kat Wataru.  Dia pun angguk-angguk faham.

Actually I olls ada berasa sedikit kecewa jugala dalam bab ni.  Sebab I olls rasa macam ada banyak benda I olls nak share and cerita kat dia sepanjang perjalanan kami,  tapi disebabkan masalah bahasa ini menjadi satu tembok yang mengekang jurang komunikasi kami.

Tapi nasib baik I olls membawa dua sahabat iaitu Fans dan juga Azren bersama I olls so masa duk sibuk-sibuk duk make up pengantin,  dia boleh la ada teman nak sembang apa bagai.

He loves food.  Just like me!  I olls ingatkan budak Jepun takut la nak makan pedas tak tentu hala ka apa ka.  Tapi nenjia,  mak bubuh laksa semangkok habis semua kuah dihirupnya.  Pandai anak mak.  Kami bawak dia makan Yong Tau Foo,  nasik lemak Bukit Doraemon,  bawak dia ke Pasar Malam Kamunting,  popia Market Taiping dan macam-macam lagi.  Tapi sayangnya kami tak sempat nak bagi dia rasa mee udang yang meletops itu.  Masa tak sempat u olls.





Pusat Karaoke Kampung

Malam pertama we olls di Taiping, I membawa beliau dan kawan-kawan pergi tengok pusat karaoke kampung yang terletak di kawasan Batu Kurau.  Seronok Wataru duk layan orang-orang tua dan makcik-makcik feeling menyanyi karaoke walaupun dia haram tak faham lagu apa depa duk nyanyi.  Aku beli mee goreng untuk Wataru,  seperti biasa dia makan dengan lahapnya.  Aku pun sempat menyanyi beberapa buah lagu untuk para pengunjung malam itu.  Saja la lepas gian.  Tapi kami pulang agak awal juga sebab I olls pun tak berapa nak larat dah.  Esok nak make up orang pagi-pagi buta.  Actually ini adalah kali pertama I olls melawat ke pusat karaoke kampung macam ni.  Rupanya lokasi macam ni menjadi tumpuan kepada pakcik-pakcik dan makcik-makcik malah anak muda setempat.  Meriah depa.








Kenduri Kahwin di Laman Safira Farm

Terima kasih kepada pasangan pengantin yang I olls make up kan hari itu dapatlah I olls membawa Wataru untuk melihat upacara perkahwinan orang Melayu.  Terletak di tengah ladang jambu di Kamunting,  majlis perkahwinan ini diadakan dengan meriahnya.  Tapi aku explain kat dia,  wedding ni dah kira modern dah.  Orang Malaysia lani lebih suka design dan juga cara modern sebab lebih mudah dan ada kepelbagaian.  Dia tanya kat aku pasaipa dapat telur rebus?  Aku kata,  sebab nanti hang kenalah doa depa beranak baby banyak-banyak.  Wataru pun gelak dengan mata keciknya.







Muzium Taiping dan Muzium Ngah Ibrahim

Dia sangat eksaited masa mai kat muzium sebab kat sini semua yang ditunjukkan lengkap dengan display bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.  Wataru duk amik gambar banyak dan duk buat catatan dalam buku keciknya.  Tapi masa kat Muzium Ngah Ibrahim,  dia macam terkejut apabila dia baca pasai Jepun.  Masa tu aku pun cerita la sikit kat dia pasai Jepun di Malaysia.  Dia muka terkejut lagi.  Tapi later that i know sebenarnya anak-anak Jepun masa kini,  depa tak belajar langsung kat sekolah pasai tok nenek depa duk menakluk dunia dulu.  So depa duk ingat tok tok depa ni semua baik sahaja.  Fans ada mencelah dalam Bahasa Penang "Hang mau bawak dia pi War Musuem baru dia tau lagi apa tok nenek dia duk buat kat kita," HAHAHA nahariam hang Fans.












Hutan Paya Bakau dan Kilang Arang

Tak sah kalau datang ke Taiping tapi tak singgah ke Matang untuk melihat hutan paya bakau dan kilang arang.  Dengan bayaran yang agak menarik,  kami pun menyewa boat dan tour guide untuk bagi penerangan tentang Hutan Paya Bakau.  Seronok Wataru apabila kami ada di tengah laut dan tour guide suruh kami meniup wisel yang terlekat di baju keselamatan kami.  Sekonyong-konyong datanglah berpuluh-puluh ekor burung helang dari hutan paya bakau mendekati boat kami.  Mereka terpanggil apabila mendengar bunyi siulan wisel kami.  Ya Allah menarik sungguh pengalaman ini.  Dari jauh,  aku sendiri nampak macam mana burung helang mai terbang mendekati kami.  Siries rasa macam GANDALF!












Kami juga mengambil kesempatan untuk melawat sebuah kelong di tengah muara Kuala Sepetang itu.  Seronok apabila kami diberikan dua mangkuk makanan ikan untuk ditaburkan dalam sangkar.  Tapi tak banyak ikan menarik yang ada dalam kelong ini.  Ada tilapia dan kerapu.  Mungkin sebab kelong ini kecil.  tapi yang bestnya kami berpeluang untuk pegang belangkas,  ikan kembung beracun dan juga lobster.

Melawat kilang arang juga adalah pengalaman yang menarik.  Tour guide kami bernama Aris sangatlah baik hati bagi penerangan dengan bersungguh-sungguh.  I olls duk explained jugak kat Wataru tak tau la dia faham ka dak. Sebab masa tu aku tak dapat internet coverage yang elok,  so Google Translate tak berfungsi.








Sekian sahaja cerita I olls berjalan-jalan di Taiping.  At the end of the day,  bila dah sampai rumah we olls,  me and Khafi menghantar beliau ke hotel.  Aku tulis dalam Google Translate "I hope u really enjoy this trip and sorry if i made u tired,"  Wataru dengan mata keciknya berkata kepada kami "No tired. I really enjoy.  Ermmm,"

Pastu aku kata "Please write a good report,"  and dia mengangguk-angguk. "And dont write about the drag queen you met,"  ya,  aku ada bawak Wataru jumpa kawan-kawan maknyah ku di Taiping.  Dia sangat suka sekali berkenalan dengan depa semua.

"Noo...nooo...SECRET,"  kata Wataru sambil ketawa.

Kami hadiahkan dia macam-macam benda T Shirt,  key chain,  fridge magnet dan buah-buahan untuk dia makan di hotel.  Kami juga memberikan 3 helai kain batik.  Encik Khafi pesan kat dia "This is for your mother,  your sister and your girlfriend,"

I really hope Wataru had a good time dan membuat report yang baik tentang pengalaman ini.



9 comments:

  1. untongnya wataru dapat mak hangkat macam ampa..meriassss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ampa mengaku lani...ampa syiok sebab mak angkat ka bapak angkat??

      Delete
  2. ai tergelak besar bila u tulis Ikan Kembung Beracun, tu ikan buntal lah hahahahahahaahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHA ikN BUNTALLL HAHAHAHA aku baru teringat...thanks

      Delete
  3. Lawak la kak jumie..ada ka ikan kembung beracun..x besa dengaq..hahahaha (^____^)

    ReplyDelete
  4. wahhh best giler kot wataru dapat mak hangkat mcm uols...meriah...siap pakej drag queen hangkat tau. =))

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...