2.2.15

Rekemen Mengrekemen



Sapa sini pernah jadi tukang rekemen jodoh-jodoh kat kawan-kawan?  Semalam dapat mesej dari seorang kawan nama dia Atikah Touching,  dia kuat touching sampai nangis nangis.  Tengah sembang-sembang gelak,  tiba-tiba menangis sebab cakap pasai drama Korea.  Itu adalah perkara normal (kata suaminya).

So mesej Miss Atikah adalah dia nak minta tolong kawan perempuan dia mencari jodoh.  Dia kata dia sebak bila kawan dia mintak tolong dia cari jodoh.  So kalau ada sapa-sapa duk cari jodoh juga,  boleh la nak arrange lagu mana ka.

Macam tok-tok dah kita ni kan?  Nak rekemen jodoh-jodoh nak kawen ni semua.

Dulu-dulu,  masa aku takdak marka,  aku ada satu pengalaman orang nak rekemen jodoh kat aku yang aku rasa sampai lani aku akan ingat dan nak tergelak.  Ada la sorang kawan I olls ni,  dia nak rekemen aku marka.  Time ni,  I olls dah kerja-kerja dah habis study.


click read more



So katanya,  kawan I olls tu pun ajakla i olls pergi dinner and dalam dinner tu akan jumpa la dengan kawan lelaki yang dia nak rekemen kat I olls ni.  I olls tak expect apa-apa pun.  Tapi bila aku diperkenalkan kat mamat tu,  tiba-tiba aku jadi pereng.  Aku pereng sebab aku tengok lelaki tu gemok.  Aku jadi pereng sebab dalam hati aku yang over ni duk kata "Nahariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmm......mentang-mentangla aku ni wanita agam,   dia nak rekemen aku pun kat lelaki agam jugak,"

Siriesly aku jadi pereng.  Bila ingat balik Ya Allah overlah perasaan aku ni.  HAHAHA.  Maknanya masa tu feeling aku adalah pereng kerana aku duk rasa terhina kerana aku selama ni yang duk feeling cantek macam mana ka,  tiba-tiba depa bagi aku pasangan yang gemok sama aku.  Aku pulak duk feeling kuruih macam mana ka.

Tapi Allah maha kuasa,  nenjia last sekali dapat juga suami bentuk beruang kutub.  Tu semua cerita zaman tak matang lagi.  Betui dak?

Seingat-ingat aku,  aku tak pernah rekemen sapa-sapa sampai ke jinjang pelamin.  Maybe kalau ada,  aku yang terlupa kot.  Huhu.  tapi aku dan Khafi juga boleh dikatakan hasil rekemendesyen kawan-kawan kami.  Masa aku direkemen kepada Khafi,  aku jual mahal sebab masa tu aku  pun ada boifren lain.  Sekali,  lepaih setahun,  aku duk frust cinta teruk,  jumpa balik dengan Khafi.

So apa pendapat ampa tentang rekemen mengrekemen ni?

Aku rasa adalah bagus juga kita rekemen mengrekemen kawan-kawan dalam mencari jodoh.  Walaupun lani zaman modern, ada Facebook apa semua,  tapi bab-bab kahwin ni,  tak ada salahnya kalau kita kekalkan cara tradisi.  Kita maintain human touch.  Kepada they olls yang jenis pemalu,  tak ada keyakinan diri,  kadang-kadang proses mengrekemen ni boleh memberikan peluang untuk bertemu jodoh.

Tapi kawan yang nak jadi tukang rekemen ni kenalah jadi orang tengah yang baik.  Yalah,  silap hari bulan depa dua dua tak berkenan macam mana ka,  malu dua-dua keluarga sahaja.

Baru-baru ni,  aku buat party makan-makan kat rumah.  Dalam ramai-ramai yang aku jemput ni,  entah macam mana ka,  seorang kawan pompuan aku ni terberkenan kat kawan suami aku.  Si polan ni pun duk tanya la tak berenti pasai kawan En.  Khafi ni.

And disebabkan aku tau,  dua dua tengah single mingle and sedang mencari,  so aku pun bagi no fon kat depa dorang,  suruh sama-sama start message.  Nenjia,  dah masuk dua minggu katanya dua dua duk tak berenti bermesej.  Nahariam punya eksaited la tu.  Pepek duk muik-muik dah.  Aku tumpang happy.  Kalau ada jodoh,  adalah.  Why not?

Aku tak tolong cakap apa-apa pun.  Sebab aku niat nak bagi berkawan ja dulu.  Memanglah dua-dua tengah single and dua dua duduk di Penang.  Tapi keserasian depa dua kena cari sendiri.

Sajala nak bagi nota kaki kat cerita kawan kami dua orang ni,  kawan pompuan kami ni dia comels lotes, wanita agam yang sangat pompangtina.  Dia kata kat aku "Kalau dia jadi nak kapel dengan aku...aku sanggup dayet!!"  Yang kawan En.  Khafi pulak,  style tinggi hemsem and ahli bina badan.  Fitness trainor katanya.  So sesuailah depa dorang.  Bolehla sama-sama berkongsi tips gitu.

Bila aku cerita pasai depa dua orang ni kat seorang teman yang masih single juga,  dia berkata "Jumie.....hang ni baiknya.  Hang rekemen depa dorang.  Hang tak diskriminasi pun sebab kuruih ka gemok ka,"

Aku tak terpikiak pun macam tu.  Bagi aku,  dua dua tengah single.  Dua dua aku tengok kalau duduk sekali macam sweet juga.  Sorang pendiam,  sorang pembising.  SO WHY NOT?

"Wehs.  Hang tau dak aku selalu terasa dengan orang yang nak rekemen jodoh kat aku.  Ada ka depa kata ...adala nak rekemen tapi orang tu putih.  Mentang-mentang la aku hitam.  Awat tak layak ka?  Pastu ada pulak depa kata lagu ni,  kami nak rekemen kat anak dia tu...tapi anak dia tu kerja doktor....Awat pasaipa?  Aku ni kerja kerani kira tak layak ka?  Last last depa rekemen aku kat orang bawak bas.  Aku bukan nak pandang hina ka apa kat mamat bawak bas tu.  Budak tu pun serrr...hang tau dak?  Masa dia mula mula mesej aku dia kata,  saya sebenarnya mesej sebab makcik saya suruh.  HABIH TU?  Lepas ni kalau kami kawen ka apa ka,  kalau apa-apa jadi dia akan kata...saya bukan mau kat awak....makcik saya yang suruh,"

SHE GOT THE POINT.  Aku kata kat kawan aku tu,  mesti hang tak suruh pun depa carik jodoh kat hang,  tapi depa yang memandai kan?  Kawan aku mengangguk.  Ya Allah,  kesian kawan aku mempunyai makcik yang bersikap disaster.  Last-last kawan aku kata "Jumie...kalau detu tak jadi dengan kawan Khafi,  hang rekemen kat aku la,"  hahaha nahare!

Itulah saja cerita pendek aku nak share dengan ampa.

ps/  Aku menyokong rekemen-mengrekemen jodoh :)

Love,
Jumie Samsudin

8 comments:

  1. hahahahahaha menarik.. saya pun kawin hasil rekemen kawan2..
    tapiii... tolong cerita sat pasai gambar diatas tu? menarik hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aikk tak tau ka??pasai pa kami pakai baju saree? Ishhh tak abih baca blog i la ni

      Delete
  2. Zara pun same. Member Zara punye keje rekemen. Tapi dia kenai laki zara kat internet. =)

    ReplyDelete
  3. hehe..sama jugak..kawan masa matrik rekemen kat sepupu dia. Alhamdulillah berjodohan sampai lani =)

    ReplyDelete
  4. aku penah rekemen kawan aku. yang perempuan sekolah kita, yang lelaki satu kolej dengan aku. since 2-2 baru ditipu, ditinggalkan AND gila keta so aku nak rekemen la. aku tanya 2-2 betul ready nak serius? then, aku tanya kebenaran nak exchange number. then aku biar lah depa getting in touch segala bagai. dah brapa minggu (ka bulan ntah) depa baru bagi tau depa dh kapel. tapi depa takut and segan dgn aku kot aku tak approve (buat macam aku ni yang tentukan hampa sesuai ka dak, ahahah!!!). apa pun 2-2 dah kawen a couple of years back. alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. aku pun dalam proses rekemen kawan aku (laki).dok cari merata dah pempuan penang yang baik2.sampai la xjumpa. kawan aku ni lelaki.umoq 37 thn.keja alhamdulillah bagus.inshallah anak yg baik.tp belum jumpa jodoh.dok bg kenai ramai .tp ntahla belum seru dan belum jodoh agakna.

    ReplyDelete
  6. bolehla hang rekemen untuk aku..tgh duk mencari ni..

    ReplyDelete
  7. Hi jumie! Muah muah..

    Aku seriously x bapa bekenan hat rekemen2 ni pasai selalunya tukang rekemen ni mcm buta ka ilang akai apa ka.. Main taram rekemen mcm kes hang tu la! Hahahaha overrrr

    -Sal-

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...