9.2.15

Tak Mau Jadi Melayu

Bila pagi-pagi alarm phone bunyi, malaihnya nak bangun. Nak kena mandi, subuh, bawak moto hadap jalan jem. Adoihh..FUCK! Pi kerja dengan kereta lagilah, jangan cakap la betapa fucknya jem.

Masuk office pulak, tengok muka boss lagi la nak termuntah dengan kerja yang tak akan habis sampai bila-bila. Dengan nak kejaq due date. Macam siye dari pagi sampai petang. Time sembang-sembang dengan ofismate memang best, time makan dan paling penting time dapat gaji, tu ja HEAVEN. But I still fuck my daily life routine.

Sampailah terpiaq, kenapa sama ja hidup aku. Kenapa kita semua kena hidup dalam system macam tu, ada masalah ka kalau kita twist sikit. Apa rasa kalau tak makan sehari, apa rasa kalau takdak duit. Hidup aku yang sedia ada ini bukanlah susah tera mana. Walaupun gaji aku kecik tapi aku still dapat makan, tempat tinggal dan keperluan asas lain sebab dok dengan family.

Terfikir nak hadapi cabaran, nak lagi adventure life ni.

Tanpa fikir panjang, terus book flight tiket ke Melbourne, Australia. Oh shit! Lagi 2 minggu before fly baru aku bagi surat resign kat boss. Lantak pi lah nak jadi apa pon.

Walaupun dapat tentangan dari keluarga dan kawan-kawan, aku pi jugak. Redha ja apa nak jadik.  Berjaya atau tak, sakit atau tak, makan atau tak, aku hanya serahkan kepada Allah. Memang betul-betul redha.

Masa aku mula-mula sampai,  aku nak pi makan.  So aku tinggal beg aku kat waiting room yang disediakan di stesen kereta api Southern Cross Station.  Aku just bawak dompet,  kamera dan passport sahaja.  Masa tu jam menunjukkan pukul 11 malam.  Lepas aku makan apa semua,  jam dah menunjukkan pukul 2 pagi.  Aku tak tau pulak,  masa tu gate semua dah katop.  So aku tak boleh nak pi amik beg aku kat waiting room.  
click read more



Masa tu cuaca sangat sejuk.  Lebih kurang 8 darjah celcius.  Aku duk ingat mesti beg aku dah hilang.  Aku tak tau nak buat apa.  Tiba-tuba aku nampak seorang lelaki tua ni.  Aku rasa dia homeless yang memang duk tinggal kat area tu.  Aku takdak sapa dah selain dia,  so aku pun sembang dengan dia.  Dia bagitau kat aku nama dia Mick dan dia berasal dari California Amerika Syarikat.  

Bila aku cerita yang beg aku mungkin hilang,  dia pun terus tolong aku dengan bertanya kepada seorang pakguard yang bertugas pada pagi buta itu.  Pak guard orang putih itu pun memaklumkan semua bahagian security yang aku sedang mencari beg,  and within 1 hour aku pun mendapat semula beg aku.  Tapi berdasarkan prosedur depa,  of course depa kena check dulu beg aku.  

Mick adalah kawan pertama aku di Australia.   Malam pertama aku di Australia,  aku tidok sebelah laki ni kat stesyen kereta api.

Seorang hamba Allah yang aku kenai kat Malaysia bagi aku nombor phone sorang contractor di Melbourne. Dari dialah aku mula dapat kerja pertama aku iaitu kutip buah oren.


First two weeks, memang menangis hari-hari. Dah la aku pi sorang-sorang dengan bawak beg galas saiz sederhana ja. Ha! Ingat Tuhan! Jangan tanya pasaipa, takdak tempat nak mengadu selain di atas sejadah bila menghadap Yang Maha Pencipta.



Minggu first tu jugak my life totally changed. Dengan makanan, housemate, bos kat sana, rindu kat mak, rindu kat kawan-kawan, rindu kat kereta ngan moto. Meleleh ayaq mata. Paling serr dalam minggu tu aku tak berak langsung, mungkin sebab makanan dan cuaca kot, aku rasa la.



Housemate aku kebetulan orang Malaysia. Kisahnya, dia keja gomen kat kat negeri Perak. Kalau kita kata orang keja gomen ni dok nganga kat ofis, isap rokok memanjang, meeting dan dok update blog (carut kat jumie sikit, hahaha tapi ampa tak buat macam tu) sampai mata mengantuk. Abang Wan (nama samaran) ni semua dia buat macam tu.


Satu hari, dia tersedaq yang dia mencari rezeki yang kurang berkat kat anak bini dia bagi makan sebab dia selalu pi mengulat time keja. Tanpa pikiaq panjang dia terus book tiket, belah buat tak tau. Dia ada bini satu dengan anak kecik dua orang, untung jugak la Abang Wan ni sebab bini dia seorang yang paham dan sporting. Sabar ja menunggu kepulangan dia.



Abang Wan ni lah banyak nasihat kat aku pasai kehidupan. Dia pesan kat aku, kita hidup bukan bergantung kepada duit semata-mata, ada yang lebih bernilai dari tu. Lepas 2 minggu satu rumah dengan dia, aku decide nak pindah pi tempat lain.



Dapat pulak Pak Indon, macam biasa, lepas keja balik rumah, masak makan tidok. Tapi langit tak selalunya cerah. (Keadaan cuaca di Melbourne tak kena mengena dengan peribahasa yang aku guna. Langit kat Melbourne ni cerah, tapi sejuk sangat. Bila sejuk kami tak boleh kerja.)


Dengan duit takdak, makanan terhad (yang haram memang banyak dan murah). Memang mencabar. Akhirnya aku macam nak give up, bila cerita kat kawan-kawan kat Malaysia (melalui Facebook dan WhatsApp), depa suruh aku balik Malaysia saja. Termasuk hang Jumie.



Aku pikiaq, patot ka aku balik? Aku decide aku untuk stay lagi. Apa nak jadi biak pi lah.



Aku penah call pejabat kedutaan Malaysia di Melbourne. Ada seorang staff kat situ nama Kak Zara yang jawab call aku. Dia sangat baik dan dia banyak bagi nasihat kat aku. Bayangkan aku ALL ALONE di bumi Down Under tu tiba-tiba bila aku dengar suara Kak Zara aku rasa macam terubat segala rindu aku dengan keluarga dan kawan-kawan Malaysia. Sebab dengan dia, aku boleh cakap Penang dengan rambungnya. Sampaikan ke satu tahap, bila stress aku akan call dia. Saja call nak sembang-sembang. Baiknya Kak Zara ni, dia selalu ada untuk layan sembang aku. Kadang-kadang Kak Zara pun akan call aku untuk tanya khabar.


Selain Kak Zara, aku takdak sapa-sapa lain untuk aku sembang dan bercakap. Yes, kita ada phone dan kemudahan internet. Aku boleh mesej and hubungan kawan-kawan aku di Penang at any time. Tapi apa yang aku maksudkan adalah hubungan maknusia dan maknusia. Bayangkan 1 minggu, hidup hang sorang sorang dikelilingi orang putih yang tak cakap Melayu dan sibuk dengan dunia masing-masing.


Kami (aku dan penyewa lain) pernah dihalau dari rumah sewa sebab bos gadoh dengan owner rumah. Kami penah tak kerja selama 1 minggu. Aku ingat aku seorang ja yang ada masalah, rupanya lagi ramai yang aku aku kenai kat sini yang mempunyai lagi banyak masalah. Sebenarnya bukan kita seorang sahaja yang ada masalah, semua orang ada, cuma jalan ceritanya berbeza dengan kita “everybody has their own story”.

Dari dipaksa kawin dengan laki yang tak disukai, dari mencari rezeki lebih kepada keluarga, dari nak cari pasangan hidup, lari dari masalah hutang, nak bukak bisnes sendiri, nak cabaran, nak travel.

Macam-macam ragam dok ada dan depa bukanlah dari Malaysia.


Depa yang aku kenal ni datang dari pelbagai negara. Indonesia, Hong kong, Fiji, Itali, Germany, Pakistan, Afganistan, India. Yang bestnya housemate aku 2 orang dari Indon dan 7 orang dari Italy. Budak-budak Italy ni macam tadak masalah, pi keja pagi, weekend enjoy. On Sunday, kami berjemoq kat halaman belakang rumah.

Sampailah satu masa tu aku terpiaq dan tersedaq, sebenarnya kadang-kadang kita ni lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan telah dapat, kita hanya tau nak angkat tangan dan berdoa bila kita susah dan bila kita nak sesuatu dari Tuhan. Kita cari Tuhan bila kita tadak jalan keluaq, tapi bila kita senang, kita lupa Tuhan ada kat mana.

Selama 4 bulan melawan dengan diri sendiri, aku dapat belajar macam-macam benda dan aku yakin aku tak akan dapat benda yang aku belajak tu kalau aku tak buat macam ni. Selama masa tu jugak aku merantau sampai 4 bandar dan 2 wilayah (Victoria dan New South Wales).


Selapas itu, aku mengambil keputusan untuk balik ke Malaysia. Aku dah rancang, tak mengapa, aku balik dulu dan atur perjalanan seterusnya. Pengalaman dan segala ilmu yang aku dapat dalam trip ini membolehkan aku merancang perjalan yang lebih baik seterusnya. Before aku berlepas pulang ke Malaysia, aku mengambil peluang singkat untuk mencari pakcik homeless di stesyen keretapi.

Aku cari pakcik homeless tu macam gila.  Akhirnya aku jumpa dia kat area yang sama macam hari tu.  Aku bagitau kat dia yang aku dah nak balik Malaysia.  Aku kata aku nak belanja dia coffee.  Tapi dia tak mau.  Jadi,  aku bagi dia duit RM1 kat dia sebagai kenangan.  Aku harap dia ingat aku. 

Bila aku dah sampai Malaysia, semua pengalaman ini memberikan perspektif kepada semua benda yang aku tengok dalam dunia aku selama ini. Memang dari segi duit, aku tak dapat banyak untung pun kat sana. Tolak mai tolak pi, akaun bank aku sama ja. Tapi aku sangat puas hati sebab kehidupan aku ni lebih dari apa yang aku jangkakan. It is beyond my expectation. Jangan risau, rezeki tu Allah punya, yakinlah kepada Dia.

Aku mintak terutamanya remaja, tak kesah laki ka pompuan ka, laki lembut ka, apa pon ka. Kalau tadak passport, pi buat satu, beli satu begpack, tanpa pikiaq banyak p ja Bangkok, Singapore, Medan, Batam, Kemboja, Laos or mana ampa mampu. ampa pi rasa makanan tempat orang, ampa pi jumpa dengan orang yang lain bahasa, lain warna kulit, lain persepsi depa. Ni asal cakap warna kulit ja, kita akan ingat Melayu, Cina, India.


Bila ampa balik, ampa akan tengok pemerintah negara dengan cara yang berbeza tak kira siapa pun dia. Tiba-tiba ampa akan jadi lebih memahami apabila kawan ampa buat sesuatu keputusan yang walaupun ampa tak setuju. Kadang-kadang ampa sendiri akan rasa terkejut apabila seseorang bertanya pendapat ampa, ampa akan membagi pendapat yang tidak klise dan boring. Cara ampa bagi pendapat adalah lain dari apa yang ampa sendiri tak jangka. Sebabnya ialah ampa dah tengok dunia luar. Kita akan rasa kesakitan, kegembiraan, kepedihan, kesusahan yang orang lain alami. It’s totally different.

Perjalanan ini bagi aku, boleh aku simpulkan dalam satu perbandingan ringkas yang aku nak share dengan ampa. Bayangkan dulu, kita berdiri depan sebuah rumah. Dari depan rumah tu, kita hanya boleh nampak rumah tu, pintu rumah tu, tingkap, ada pagar dan pokok-pokok bunga. Kita rasa rumah tu besak tu sahaja.


Tapi bila kita berjalan dan pusing keliling rumah tu, baru kita nampak, nenjia....kat tepi rumah ni ada garaj. Dia bubuh sebijik kereta. Pastu bila jalan kot belakang baru kita nampak rumah ni panjang ke belakang. Siap ada sumingful kat belakang.


Jadi, rumah kecik satu pintu dua tingkap yang kita duk lalu and tengok selama ni setiap hari, bukanlah rumah kecik after all.


Aku bukan riak ataupun nak show off sebab email ni kepada Jumie, tapi rasa nak berkongsi dengan orang lain. Ramai lagi orang Malaysia yang buat macam ni sebenaqnya, cuma kita yang tak tau. Terpulang kepada individu tersebut nak terima dari segi positif atau negative.

Ada ketika, nilai duit menjadi penentu harganya, ada ketika, duit bukan segala-galanya.

Pergilah dapatkan pengalaman hidup sebab pengalaman tak boleh dibaca di dalam buku, kita kena melalui pengalaman itu sendiri.

Yang benar,
Rahmad (bukan nama sebenar) 

Here are some of my personal photos yang aku nak share dengan ampa semua.





Ni lah rumah yang menjadi rumah sewa aku at one time.  Rumah ini aku panggil rumah THE CONJURING.  Memang sebab dia angker sikik.  









Cerita ini adalah catatan sahabat aku yang mahu namanya dirahsiakan.  Masa dia mula-mula bagitau kat aku yang dia nak pi Australia,  aku rasa macam terkejut jugak sebab stereotype-nya ...ORANG PENANG TAK AKAN KELUAR PENANG. Sapa marah dengan penyataan aku sila maki aku takdak hal punya.  Penang adalah sebuah tempat hidup yang agak cool kalau nak banding dengan KL atau JB.  Orang Penang adalah lebih lay low and relaks.  Tapi kalau pi Ipoh,  teruih takdak apa.  (HAHAHA ORANG IPOH SILA MAKI AKU).

Tapi sapa aku nak halang kawan aku ni.  Dia dah besak panjiang.  Pikiak la sendiri.  And bila dia dah macam nak hampir give up dan tak tau nak balik ka dak.  Dia ada contact aku tanya nak suruh aku balik ka dak.  Selain pressure hidup kat sana,  tekanan dari kehendak keluarga di Penang juga menyesakkan dia.  

Aku pernah perli kat dia "Tulah berok.  Hegeh nak pi petik oren konon.  Tapi pi sana time musim buah dah habih,"  

Dengan muka sekupangnya,  dia tak berani nak maki aku balik.  Tapi apa pun sahabat,  thank you sebab sudi garapkan kisah hang untuk aku publish dalam blog aku ni.  Aku harap semua yang duk baca artikel aku ni hari ni sila pikiak la,  sedang ampa duk sibuk feeling awat BF tak balas mesej ampa,  sedang ampa feeling paranoid yang jiran tetangga duk ambil pusing dengan apa yang ampa beli kat market pagi tadi,  sedang ampa duk feeling pasrah kenapa Shiro kalah dalam Maharaja Lawak Mega minggu ini,  i hope perkongsian ini menyedarkan ampa yang what u are doing today sebenarnya hanya membuang karen dan langsung tidak membawa sebarang kebaikan pada diri u olls.

Setiap hari duk post kat Facebook,  pasrah dan pereng dengan semua orang yang kononnya mempunyai percubaan jahat untuk ampa,  dengan bahasa kampung mami kurti,  tapi life hang kat situ sahaja.  Tengoklah sapa-sapa sahaja yang duk like dan komen Facebook hang tu,  orang mundur yang sama macam hang.

Kepada u olls yang kebetulan sedang berkira-kira nak merantau macam sahabat saya ni,  harapan surat beliau membuatkan u olls lebih semangat lagi.  JUST GO AND DO IT U OLLS.  Mak sokong dari belakang.  

Kepada yang lain,  penghijrahan dan kembara fizikal sahabat saya ini mungkin terlalu berat untuk kamu lakukan.  Tapi cuba tengok keliling,  mungkin ada banyak hijrah rohani yang boleh kamu buat yang tidak memerlukan tiket kapal terbang?


ps/  got any story to share?  Tak semestinya masalah u olls.  Mungkin ampa rasa tak pandai nak tulis panjiang-panjiang bagi meletops,  tapi pengalaman yang ampa ceritakan dalam penulisan ini mungkin boleh beri inspirasi kepada orang lain.  U can email to me,  why not?  jumiess@gmail.com.


Love,

Jumie Samsudin

2 comments:

  1. Salam Kak Jumie,
    Best cerita nih.. Terima kasih sebab berkongsi..Saya pun baru balik dari langkawi..Bercuti dengan kawan baik..Dan inilah pertama kali saya bercuti dengan orang bukan family seniri..Sekarang baru terasa value of friendship..walaupun dekat ja pon..tapi terasa best sbb dapat spend time ngan org yg otak lebih kurg sama ngan kita..tgh plan nk p tempat len plak..hehe

    ReplyDelete
  2. betoi.aku sebijik mcm kawan hg.xmau keluaq dari penang.membesar n sekolah di penang.kawen ngn org penang .keja di penang. mmg xmau keluaq .tp aku tau satu hr nnti kena keluaq jugak sbb biasalah keja gomen ni akan kena posting juga keluaq penang. tp hopefully aku tkkan keluaq.bukan sbb xmau cabaran.tp nak dkt ngn parents.nak depa ada depan mata. tu ja.sbab tu saja la parents kita.tu saja harta tak ternilai bagi kita.

    kl tu setakat nak pi 2-3 hari xpala. pi keduri kt rawang ka pehtu up kl sat.ckup la.or jalan2 p luaq png mcm singapore ka jb ka..ha then balik mai.ckup lah.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...