12.2.15

Ulasan Fesyen Red Carpet Grammy Awards 2015

Hello u olls,

Berlalu sudah majlis anugerah muzik paling berprestij iaitu Grammy Awards 2015.  Rasanya tahun ini,  fesyen red carpet adalah sedikit boring.  Kebanyakan retis memilih untuk memilih warna berkabung.  Satu lagi style yang menjadi kesukaan semua orang kali ini adalah adegan eksposi klivej dan tetek yang terlampau.  HAHAH i tak mampu.

So jom tengok ulasan dari I olls.




This is definitely a long post.  Jemput baca la :)



MELETOPS

Here are senarai baju baju meletops yang I olls suka.



Rihanna In Giambattista Valli Couture

Walaupun ramai duk perli kata baju beliau nampak seperti span mandi warna pink tapi bagi i olls,  I LOVE THIS DRESS.  Rihanna memang seorang yang berani buat kegilaan di red carpet.  Masa tengok award show,  bila depa focus camera kat ataih,  memang nampak skirt deni ja seketoi dari ataih warna pink. I olls really like the fact that she keep a simple make up and effortless hair bun.  Memang membuatkan orang focus kat dress beliau!  I teringin nak buat baju macam ni selai untuk hari raya tapi pikiak satgi susah pulak nak pi beraya rumah orang,  aku dah la pakai kereta Viva ja.  Sekali aku masuk kereta ni penuh dengan ropol-ropol satu kereta.  Macam mana En.  Khafi nak bawak kereta?






Taylor Swift In Elie Saab 

I loveeeeeeeeeeeeeeeeeee this dress juga u olls.  Taylor jarang pakai colour colour macam ni.  Aku sangat suka.  Orang tinggi lampai dan kuruih macam dia sangat cantek pakai baju depan pendek and belakang jadi gown labuh macam mana ka?  Kalau hang pendek takpayah la nak feeling.  Hang nampak macam akak kerja pejabat pakai skirt pendek pastu ada kain apa ka tersangkut kat belakang.






Nicki Minaj In Tom Ford

Ramai yang kata beliau nampak boring sebab depa lebih suka Nicki Minaj duk pakai merepek repek macam dulu.  Aku tak suka dia pakai merepek repek macam dulu.  Sebab dulu aku rasa dia hanya nak attention sebab masa tu Lady Gaga pun duk buat gila.  Aku suka dia macam ni.  Dia nampak clean walaupun,  TETEK DIA SELAMBAKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. Clean padia..




Gwen Stefani In Atelier Versace

Sangat suka fesyen ini kerana beliau tetap ROCK POMPUAN yang meletops.  Suka the fact dia tak pakai lisptick merah yang sering menjadi signature look beliau instead dia pakai kuku warna merah.






Katy Perry In Zuhair Murad Couture

Aku suka pompuan  ni macam gemok gemok sikit.  Badan dia macam sihat sangat.  Dress ini actually simple and dah ramai orang dah try pakai macam ni.  Tapi yang membuatkan dia nampak meletops adalah rambut beliau yang berwarna ungu.





Kat Graham in Yanina Couture

Aku sangat suka dress ini.  Actually dress lace nampak dalam macam ni menjadi ikutan since Beyonce pakai untuk red carpet apa ka beberapa tahun yang lalu.  Aku teringin nak pakai macam ni,  tinggai nak beli kain jarang ja la.  Baju mandi hitam dah ada.  Hat aku pakai pi swimming tu.  HAHAHA





Ciara In Alexandre Vauthier Couture

Kerlas baju ni.  Nampak macam ada puting beliau duk berpusing kat badan dia macam mana ka?  Baju ini adalah meletops.  Kalau depa buat inovasi,  kain itu ada elemen bauan serai yang boleh menghapus nyamuk,  aku teringin nak beli satu.







Jessie J In Ralph and Russo Couture

Simple tapi kerlas.  Meletops mak ayam.






Miley Cyrus In Alexandre Vauthier Couture

Selalu dress ada cut out kat pinggang sahaja,  nenjia deni punya cut out sampai ke paha.  Kerlas kau Miley.  Baju ini kerlas membuatkan beliau nampak lebih seksi.







Giuliana Rancic

Tak tau sapa buat baju ni.  Jumpsuit ni beliau pakai masa dia duk handle red carpet.  Guliana Rancic sangat obses dengan dress yang ada details kat tepi.  So jumpsuit ini pasti kesukaannya.  Aku suka look ini,  dia nampak kemas tapi tetap couture macam mana ka.  Sesuai dengan fungsi dia sebagai host red carpet.  Tapi sedihnya,  dia terlalu kuruih.  The fact that dia nampak sangat kuruih dalam baju ini mendapat kutukan hebat di media sosial.  Siriesly nampak macam lukisan lidi sahaja.  Dah la baju ni warna hitam.  Harap dia bagi gemok sikit badan dia.  Sebab kalau hang dah tua,  hang kuruih sangat semua nampak kecut.  Bila hang gemok sikit baru nampak macam kulit hang semua firm.






Anna Kendrick In Band of Outsiders

Pompuan ini kecik sahaja tapi potongan suit ini adalah sangat cantek untuk badan beliau.  Aku suka cara make up yang nude and rambut yang simple itu.  Dia nampak sangat gojes and seksi.







Jennifer Hudson

Meletops mak ayam i ni pakai simple ja putih tapi padanan kasut dan rambut membuatkan beliau nampak kerlas meletops i suka.






Tak cantek
Ini adalah contoh baju baju merepek atau tak merepek tapi I olls simply tak suka.





Kim Kardashian In Jean Paul Gaultier Couture

Siriesly dress ini langsung tidak meng-komplimen bentuk badan the bomb beliau ini.  At first sight bila tengok pompuan ni kat red carpet,  aku macam nahariam ni bathrob Arab Kaya Raya mana dia pakai?  Orang Arab kan kaya-kaya,  bathrob depa mesti dibuat dari emaih.  So Kim K pun pinjamlah.  Satgi kalau tak bagi pinjam,  Pak Arab tu nanti kena taboh dengan Kanye.  Mampuih.





Zendaya Coleman In Vivienne Westwood


Zendaya ni macam dah banyak kali duk buat percubaan nak menonjol kat redcarpet tapi aku rasa semua percubaan dia masih tidak membawa hasil.  Potongan rambut tu sangat tak sesuai dengan dress dia pakai.  And dress itu,  siriesly nampak macam kain tingkap gelap yang orang kaya pakai untuk bilik bilik besak depa untuk tak mau bagi cahaya masok. Warna and bentuk kain tu sangat tak elok.






Jhene Aiko In Alberta Ferretti

Pompuan ni muka macam Shiela Majid.  Aku tak suka dress ini sebab satu colour dia tak sesuai dengan warna kulit beliau.  Kalau dia pakai something lebih bright pasti nampak kulit dia lagi cantek.  And i dont like this style because its too 2012!!





Paris Hilton

Nenjia deni hidup lagi na.  Dress ini boring sebenarnya.  Nampak macam nak masok Dance with The Stars sahaja u olls.




Ariana Grande In Versace

Deni kuruih and kecik macam tikuih so dia nak pakai apa pun dia kena hati hati.  Aku suka carutan Mak Ayam Kathy Griffin dalam Fashion Police,  beliau kata,  part silver kat baju tu nampak macam fancy napkin dijahit kat baju dia yang terkoyak sebab kalau tak jahit nanti nampak tetek.  Bagi I olls bukan sahaja sebab kain silver tu,  semua baju ni memang tak elok.  Dia nampak lagi kecik and tiba tiba kepala dia besak.  Aku kasut dia pakai tu?  Awat dia pakai kasut warna putih,  nampak kasut Minnie Mouse!




Rita Ora In Prada

Siriesly masa aku tengok Red Carpet Live (aku record la) masa sapa ka duk tengah interview pastu nampak deni duk jalan kot belakang.  Aku rasa macam nahariam,  awat ada ALIEN mai sini?  Memang colour dress ini sangat menyerlah.  Meghelit macam mana ka,  tapi ada banyak yang tak kena.  Satu sleeve dia terlalu labuh sampai nak tutup pergelangan tangan,  sangat and kain dia labuh sangat merelek.  Pastu turtle neck macam mana ka?  Ni jubah muslimah sapa ni?  Sapa ka dalam FP kata,  dia nampak macam bola disko.  Nahariam.  Itu adalah lawak.







Meghan Trainor

Tahniah kerana wanita agam ini adalah berani pakai baju feeling feeling macam mana ka walaupun badan dia agam macam kita semua.  Tapi aku still tak suka dress ini sebab lace yang melekap kat dress ni semua adalah terlalu besar dan membuatkan beliau nampak serabut.  And bahagian dalam dress ini juga nampak macam tebai sangat.  And ropol kat bawah tu juga terlalu banyak and semak.





Kelly Osbourne

Beliau nampak macam ayam hitam kena tercalit dengan cat cat putih.





Iggy Azalea In Giorgio Armani

Deni kena kutuk teruk.  Bukan sebab dress dia tapi sebab rambut dia.  Sapa la stylist dia punya bodo pi suruh dia buat rambut macam ni?  Ampa pi Google ada satu gambar yang orang edit yang aku rasa paling kuang ajiak iaitu depa bubuh telur warna biru dalam rambut dia.  Bagi nampak macam sarang.  HAHAH kojiaaak.






I Dont Give A F
Kategori ini untuk diva diva meletops yang depa tak kisah pun.  Depa pakai apa depa suka.


Lady Gaga In Brandon Maxwell

Aku suka lani Lady Gaga duk feeling macam pakaian diva diva penyanyi tahun 90 an.  Kena meghelit,  rambut besak.  Sebab dia lani duk buat album dengan Tony Bennet kan?  Aku suka dia nyanyi.  Dia sangat meletops.






Charli XCX In Moschino

Deni relaks ja mai pakai baju uniform Bulan Sabit Merah.  Cuma tukak bubuh bow and pakai bulu bulu ja.  Kerlas.






Madonna In Givenchy

Aku tak paham pasai deni nak mencuba sangat untuk jadi MADONNA.  Dia memang Madonna.  Dia Madonna yang sangat icon.  Tak pakai pakai teruk teruk macam ni untuk buktikan hang Madonna.  Hang pakai kain telekong pun kami tau hang Madonna and hang diva.  Sangat ackward tengok dia kat red carpet,  bayangkan orang muda muda style relaks pakai meletops nak pi kenduri,  sekali nenjia tok chik ni mai pakai kostum bull fighter macam mana ka?  Hang tak rasa krik krik ka?  Ni tok chik ni makan ubat ka dak tak tau.  





Jane Fonda In Balmain

Kau mampu???????????????????????? Kalau bagi dia tongkat and pelekat stiker tanda soal dia dah boleh jadi watak orang jahat Batman dah.  Tapi siriesly,  beliau tetap nampak hebat meletops.  Tok Chak ni kalau mai kat kita di kenduri,  kita akan kagum and rasa nak sembah ratu kat dia.  Sebab dia memang nampak meletops.





Pharrell Williams and Helen Lasichanh

Depa baru balik Tesco,  teruih mai Grammy.  Kau mampu?






Sia

Sia selalu macam nak anonymous tak mau orang tengok dia sapa.  Maybe dia nak orang tengok dia punya kreasi muzik instead.  Tapi hang tak mau orang tengok hang,  tapi hang pakai lagu ni,  LAGI LA ORANG NAK TENGOK HANG SAPA.  Aik...macam jinies plak idea ni.






Boring
Kategori ini adalah untuk baju baju yang boring sebab aku takdak apa nak dicarut.  And takdak apa untuk dipuji.  Depa macam tak mencuba langsung sebab untuk sesetengah dalam kategori ini kita memang tau depa sangat fashionista macam mana ka!  Aku bubuh ja gambar depa and aku tak akan kata apa apa...NEXT!!!



Nicole Kidman In Mugler





Chrissy Teigen In Emilio Pucci






Miranda Lambert In Gabriela Cadena







Beyonce Knowles In Proenza Schouler








Katharine McPhee In Emilio Pucci




Mary J Blige In J. Mendel






Best Dress for JUMIESAMSUDIN.COM






WORST Dress for JUMIESAMSUDIN.COM



4 comments:

  1. awat beyonce nampak mcm dlm pantang? nampak gems walaupun baju kaler hitam.. itu sahaja soalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cousin i baru balik bercuti....kisahnya. So haruslah gemok gemoks sikits u olls :)

      Delete
  2. warna baju taylor swift tu lawa.. tu kategory kaler apa eh?
    kami plg suka baju Gwen.. elok dia pakai sbb dia putih melepak kot...

    lagi 1..Ariana Grande tu kasut size 10 macam kami ka?
    Awat kasut nampak besaq sangat!
    lol

    ReplyDelete
  3. best2~!!

    erm best dress goes to Taylor Swift

    Worst dress goes to Rita Ora..

    Tp Giuliana Rancic punya 1st pic tu serieesly nampakkan beliau sgt laa macam papan..flat front and back..tp dia still lawak..hahahaha..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...