10.3.15

A Malaysian woman with Cerebral Palsy

Hello u olls,

Hari ini i nak perkenalkan u olls kepada sahabat I yang seringkali diceritakan dalam blog dahulu.  Sapa duk godek-godek blog aku dulu-dulu mesti pernah terbaca and tertengok gambar pompuan ni. And kepada pembaca baru,  ini adalah sesi pengenalan untuk ampa.  Actually the reason why i want to re-introduce my friend again in my blog sebab baru-baru ini beliau telah memulakan satu laman sosial Facebook terkini berjudul Chin Chin CP.

Fungsi laman sosial adalah untuk memperkenalkan kehidupan beliau seorang wanita CP (cerebral palsy / sepastik) yang bekerja dan berdikari.  Melalui laman Facebook Page ini juga dia nak mendekatkan dirinya dengan komuniti CP sendiri malah kepada semua masyarakat amnya.

Dah hampir 10 tahun aku mengenali perempuan ini.  Sebagai driver / pemandu beliau setiap hari pergi dan balik kerja,  dah banyak benda yang aku lalui bersama dengan dia.

Apa yang aku nak tulis kat sini adalah apa yang aku lalui sendiri.  Aku tak pernah layan Chin Chin istimewa daripada orang lain.  Aku bercakap,  maki dia sekali sekala,  picit tetek dia dan kadang-kadang prank dia.  Ada orang marah aku depa kata aku macam kurang ajiaq sebab layan Chin Chin macam tu.  Tapi bagi aku pasaipa nak kena layan dia lain?  Apa bezanya Chin Chin dengan aku selain berat badan?

Godek-godek gambak tahun 2009.  Me and Chin Chin pi makan Sushi sempena besde dia.  Masa ni aku putih sebab aku selalu minum Clorox. enough said.



click read more



Gambar Chin Chin di tempat kerja beliau.

Sebagai manusia 'normal'  (normalkah sangat kah u olls tu?) apabila kita berhadapan dengan kawan-kawan OKU pastinya kita akan jadi okwed bangang seketika.  Dah banyak insiden yang aku jumpa dengan orang yang okwed apabila berhadapan dengan Chin Chin.  Ada antara cara orang-orang ini sebenarnya adalah tanpa disedari adalah biadab dan kurang ajar.  Nak marah tak boleh,  tapi ini semua berlaku kerana setengah orang ni can be very-very ignorant dan sangat bodoh.

Antara insiden yang aku selalu berhadapan apabila dengan Chin Chin.

Aku perkenalkan Chin Chin pada kawan aku  "Ni kawan aku Chin Chin..." Certain clever people akan terus tengok muka Chin Chin dan greet dia "Hai Chin Chin.  Im Sara...nice to meet you,"

Some biadab + bodoh people, instead of tengok muka Chin Chin,  depa  will look at me and asked "Dia duduk mana?"

Ampa rasa apa perasaan Chin  Chin bila berlaku macam ni?  Chin Chin bukan tak paham.  Malah dia lebih paham dan celik daripada kebanyakan orang semua.  Dah banyak kali kami lalui benda ni.

Ada lagi bangang apabila bila depan Chin Chin terus depa ubah dialek dan cakap macam Chin Chin ini adalah budak budak "Hai Chin Chin....kesiannya......." pastu usap usap kepala Chin Chin.  Siriesly aku tak tau la nak respon macam mana kat orang 'normal' macam ni.  Apa perasan hang kalau orang tak pasai pasai mai usap kepala hang padahal hang dah umur nak masok 30 an?

Cerita roadtrip me and Chin Chin ke Pasir Puteh Kelantan tahun 2009  :  The best roadtrip ever featuring Miss Tan Chin Chin 'anak gajah'

Okaylah tak mau berletiak banyak,  aku harap ampa masuk page kawan aku ni and like page dia.  And baca,  like,  and komen gambar-gambar beliau.  Actually Chin Chin nak sangat respon dari komuniti untuk tingkatkan keyakinan diri dia sendiri.

Thank semua!!

Fakta menarik Mengenai Chin Chin  :


  • Beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains Kemasyarakatan (majoring dalam Antropologi dan Sosiologi) dan beliau juga adalah penerima Anugerah Emas Naib Canselor pada Konvokesyen 2008.
  • Beliau bertugas sebagai Pegawai Penyelidikan N41 di Bahagian Pembangunan Institusi USM sejak tahun 2009.
  • Beliau memiliki rumah sendiri yang terletak di Jelutong Penang.
  • Sangat suka makan SUSHI!! 


Jom Follow Facebook  :  

1 comment:

  1. Betul..kengkadang macam otak kita plak tak normal..orant tu rilek jek, kita plak tetiba nak layan sebegitu..I think if kita layan Chin Chin and everyone as special as Chin Chin like how we treat others, diorang lagi sangat-sangat appreciate kita and lagi confidence mereka naik..

    i love sushi tooo~~~!!!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...