10.3.15

Etika Menziarah Kawan

Sesi minum teh ala-ala pompuan English.  
sumber gambar  :  ih.constantcontact.com


Pernah terbaca penulisan ringkas Mama Regina Ibrahim dalam post Facebook beliau tentang bagaimana dia dianggap kekwat oleh sesetengah kawan kerana dia tidak menerima tetamu secara spontan ke rumah.  Mereka menganggap yang dia feeling orang putih  dan seharusnya kita orang Melayu Muslim kena faham kehendak ajaran agama kita untuk melayan tetamu dengan sebaiknya.

Tapi hari ini aku nak buat catatan ini sebagai peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan.  Aku kalau nak pi rumah sapa pun,  aku suka call dan tanya dulu orang tu available ka dak.  Tapi berapa banyak kali hang nak call sampai orang tu jawab pun adalah satu bab jugak.  For me,  hang call 2 hingga 3 kali kalau orang tu tak jawab...PAHAM PAHAMLAH.

click read more



Zaman lani,  laki ka pompuan ka,  dua dua pi kerja.  Rumah ni kadang-kadang untuk mandi tidok sahaja.  Kalau ada masa terlapang memang nak duduk rumah maybe seharian nak tidok (macam aku dan laki aku).  Sabtu Ahad kalau takdak kerja,  dua dua jadi haiwan noctunal.  Duduk rumah tidok,  malam bangun carik makanan.

I think pada zaman modern yang lagi 5 tahun nak sampai wawasan 2020,  kita kena bersedia untuk menerima perubahan.  Yes,  kita orang Melayu dan kita orang Islam,  kita orang Asia yang penuh adab sopan,  sebab itu kena ada sikap toleransi dan memahami ruang peribadi setiap orang.

Hari tu I olls nak pi Taiping,  3 minggu sebelum nak pi sana dah peringat siap siap kat Mak Ayam Tasek I.  I nak mai rumah dia sekian sekian hari,  sekian sekian masa.  So bila sampai sahaja kat area Tasik Taiping,  i called dia.  Tapi 3 kali I called handphone dia tak jawab.

So I olls dengan anak ayam I pun figure out,  takpalah,  kita teruskan perjalanan ke Kuala Kangsar sahaja.

Lepas 30 minit,  Mak Ayam Tasek I called I balik,

"Heyyy sorry I duk berak tadi......tak sempat nak jawab call.  U ada mana?  Mai la rumah I,"

"Apalaaa Kak Wanie ni.  Orang dah nak sampai kilang simen dah.  Takpalah lain kali I mai..."

"La....macam tu pulak......awat tadi tak mai ja rumah I,"

"Dah i called u banyak kali tak jawab.  I tak mau la ganggu.  Kot satgi u duk gaduh dengan laki u ka apa ka...u tak mau orang mai....I memahami,"

"Aiiiyoooooo hang duk buat dah sifat hang.  Hang ingat aku macam hang ka.....takpalah len kali hang mai,"

Inilah sifat orang kita.  Kita sebenarnya dah bagi ruang peribadi dah kat dia.  Last last dia maki kita pulak.  Tapi nasib baik dia tak prepare masak ka apa ka.  Kalau dak mampuih aku nanti kena maki lagi teruk.

I olls puji hari tu kawan I olls Pojie dan isterinya yang datang ke Penang.  Dua bulan before dia nak mai Penang dia dah bagitau kita siap siap dah dia nak mai.  Lepas bincang dan bagi cadangan apa semua nak buat,  dia bagi opsyen kat kami yang amat menyenangkan.

"Kita jumpa dinner sekali dengan semua kawan-kawan sudahlah.  Yang lain-lain tu kami handle sendiri.  Kami tau la nak jalan macam mana,"  kata Pojie and wife yang memang betul betul memudahkan kami walaupun kami ni kiranya macam tuan rumah.  Ada setengah pulak sifat pukimak,  just because aku ni duduk Penang,  habis setiap hari aku ni mengangkang menanti ketibaan ampa ka?  Aku pun ada laki nak jaga,  ada kerja,  and benda benda lain juga.

Ini tak,  semua nak harap kita aturkan.  And ada juga duk hadap untuk aku jadi tour guide.  Mak tak kisah,  kalau ada kelapangan apa salahnya.  Tapi kenalah plan elok elok.

Sekian sahajalah.  Harap semua orang pun lebih memahami dan menghormati masa dan ruang orang lain pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...