5.3.15

Forti JK Enterprise

Hello semua orang,

Baru baru ini saya telah pergi mendaftar syarikat di SSM Seberang Jaya Penang.  Dah lama dah nak daftar tapi tak pi buat pun sebab pemalaih (kena lintaih jambaktan Pulau Pinang) last sekali akhirnya pi buat jugaklah.  Memang senang nak daftar syarikat ni and tak sampai sejam proses selesai.  Pejabat SSM Seberang Jaya Penang juga selesa dan luas.

So apa nama syarikat yang i olls guna?  I olls memilih untuk menggunakan nama Forti JK Enterprise.  Forti tu dalam bahasa Latin bermaksud kubu.  JK tu...bukan JK Rowling tapi Jumie Khafi la.  Aku nak bubuh KJ tapi satgi ampa duk ingat Khairy Jamaluddin pulak.  Aku dah la taste kat menteri mata kecik sebelah kulit hitam manis Rembau most wanted tu.  Marah Kak Norie satgi kalau tau aku taste kat laki dia.

Kebaikan mempunyai syarikat sendiri adalah banyak especially untuk those yang selama ni duk buat business walaupun secara sampingan macam I.  Bila kita dah ada syarikat,  kita boleh buka akaun syarikat dan income masuk keluar dalam akaun itu boleh jadi supporting document kalau esok lusa nak beli rumah ka apa ka.

Ampa semua mesti lagi pandai bab bab ni dari aku.

So takpalah saja nak share kat ampa aku punya nama syarikat and logo syarikat yang aku dah reka.



Meletops tak aku buat logo? 



click read more



Kalau ampa nak daftar nama syarikat ni,  ampa kena standby nama syarikat tu kat rumah siap siap.  Macam nak daftar nama anak la.  Mesti kat rumah apa dah tulis siap siap nama apa ampa nak bubuh. Tapi untuk nama syarikat ni,  ampa kena standby dua tiga nama sebab takut kalau orang lain dah ambil nama tu.

Untuk ONG / tuah,  kita boleh pilih nama-nama yang menunjukkan kekuatan dan prosperty seperti merah,  emas,  kuat,  megah dan macam-macam lain contoh yang ada.

Jangan jadi macam kakak aku,  dia pi daftar nama syarikat dia.  Dia tak prepare apa.  Pastu kat kaunter,  semua nama yang dia nak bubuh dah ada orang pilih.  Sebab nama yang dia nak bubuh pun macam nama-nama COMMON sahaja.  Last sekali orang kat kaunter tu kata "Kak...nama ni takdak orang pakai lagi,"

"Nama apa?"

Nenjia kakak aku pun setuju dengan nama tu.  Tau nama company dia apa?  Fantasi Indah Enterprise.  Ampa kalau beli Kuih Kacang Mazola by Jumiess ampa boleh tengok tu nama company kakak I.  Gila nama style macam jual produk pepek ketat.

Aku maki kakak aku pastu dia seperti biasa gelak gelak cover.

ps/  masa hari daftar syarikat tu jumpa kawan yang juga pembaca blog I olls.  Dia beratur belakang I,  pastu I olls duk guna handphone,  bukak camera terbalik buat cermin untuk tengok make up....sekali dia berdiri belakang aku...dia nampak muka aku!  Pastu dia tegur "Ni Jumie Samsudin ka"  Maliuuuu nakhariam la dia nampak aku duk tengok buku hidung apa.  Thanks Zul.  Salam perkenalan.

Sekian sahaja cerita saya.  Love ampa semua!

1 comment:

  1. HAHAHA.. kak jumie letopss, tahniah da daftar company, pasni moga bisnes bkmbang maju :D

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...