17.3.15

Kita Semua Penjaga Amanah Nama Baik USM

Terpanggil untuk tulis catatan ini setelah membaca tentang satu lagi berita yang boleh mencemar nama baik USM.

Ikut hati aku tidak mahu kongsi capaian ini dan menjadikan perkara ini lebih viral.  Tapi pada masa yang sama aku tidak mahu jadi orang yang takut dan cuba berselindung pada tangan yang sudah terpalit tahi busuk dan kotor.  Salah tetap salah.  Tapi tahi boleh dicuci.

Pada sesiapa yang belum tahu,  kisahnya adalah tentang pengakuan seorang pelajar dalam USM LOVE CONFESSION yang mengaku dia telah melakukan oral seks dengan kekasihnya sebab nak buktikan cinta.  Selepas beberapa jam,  'confession' itu telah dibuang dari laman page USM LOVE CONFESSION.  Namun,  banyak pihak telah membuat screen shot dan perkara ini menjadi perbualan panas.  Boleh baca kat sini  :  http://mynewshub.cc

Sekali lagi nama baik USM tercabar.


click read more




USM Love Confession

Laman Facebook Page ini adalah satu medium komunikasi yang dibangunkan oleh para pelajar USM.   Ini adalah satu platform luahan perasaan secara anonymous.  Tujuannya saya rasa adalah santai dan suka-suka.  Sesiapa sahaja (tapi mostly pelajar la...) akan post mesej kepada admin dan buat 'love confession' depa.  And then,  admin akan repost 'love confession' itu di wall dan identiti penulis 'love confession' itu dibuang dan dirahsiakan.

Selain USM Love Confession,  ada banyak lagi Facebook Page / Group yang dibangunkan oleh para pelajar USM dan digunakan oleh semua warga USM dengan aktifnya.  Antaranya,  USM Info Sharing.  Facebook group USM Info Sharing ini digunakan untuk berkongsi apa sahaja maklumat untuk benefits seluruh warga USM sebagai contoh kad matrik hilang,  handphone hilang,  jual buku,  beli buku,  promote program / aktiviti.  Banyak cerita positif yang saya dengar daripada Facebook group ini antaranya bagaimana seorang pelajar tercicir IPHONE dalam shuttle bus USM,  cepat-cepat dia ambil gambar dan post dalam USM Info Sharing.  Tak sampai beberapa jam,  pemilik telefon itu dapat balik Iphone miliknya.

Ini menunjukkan walaupun ada macam-macam cerita tak best dan menakutkan di dunia ini,  tapi at least dalam USM kami masih dapat jumpa orang-orang baik yang ikhlas dan jujur.

Sama macam USM Love Confession,  page ini tidak ada salahnya.  Saya selalu baca posting dalam USM Love Confession. Ada banyak posting yang bersifat memberi semangat positive.

Tengah duk tensyen-tensyen study,  siap thesis,  siap projek,  buat report......amik 5 minit baca posting dalam USM Love Confession...tiba tiba hang boleh rasa macam "Oh my god,  im not alone.  Thank God ada orang yang rasa sama macam ni kat dunia ni,"  Kadang-kadang kita hanya perlukan 'suntikan percuma' ini untuk teruskan ikhtiar hidup.


Kesalahan Admin

Saya dah baca penjelasan panjang oleh pihak admin dalam USM Love Confession berkenaan perkara ini.  Tahniah sebab kalian mengaku kesilapan.  Depa mengaku depa terlepas pandang tentang post lucah ni.

Saya harap kalian belajar dari kesilapan ini,  jangan duk kata sahaja.  Kesalahan kalian adalah kecik tapi membawa kepada impak yang besar.  Saya tak terkejut kesalahan ini berlaku.  Zaman media sosial ni,  ampa semua bukan nak pikiak apa pun.  Baca sekali,  tak pikiak,  terus forward!  Sebab tu dulu Kak Asmaa dapat called dari seluruh dunia masa kejadian MH17 sebab ada staff MAS yang bodoh pi amik gambar senarai nama kabin crew dengan catatan nombor telefon!!

Kesalahan ini jadi pengajaran untuk admin dan juga kita semua.  Apa sahaja yang kita dapat melalui Whatsapp,  SMS,  direct message,  emel,  SEBELUM AMPA FORWARD sesuka hati.  Baca dulu contain,  fahami kandungan dan SILA GUNA OTAK!  Jangan duk forward sahaja tanpa pikiak apa-apa.

Sebab TERLEPAS PANDANG DAN TAK BACA HABIS,  ampa telah terbitkan satu perbualan yang amat taboo dalam masyarakat kita.  Menambah perahan limau purut kat luka yang sedang berdarah,  you guys bawa USM!!

Nama Baik USM

Kejadian ini adalah 'a big slap in the face' untuk semua keluarga besar USM.  Nama baik USM bukan terletak atas batu jemala Naib Canselor sahaja,  bukan terletak atas nama Dekan-Dekan,  bukan terletak atas pikul para pensyarah dan staf pentadbiran dan tidak boleh seratus peratus diletak atas para pelajar yang dicintai.  KITA SEMUA KENA PEGANG NAMA BAIK USM YANG KITA SAYANG NI.  Tak kisahlah sapa hang pun,  hang kena ingat atas dahi hang ada cop invinsible tulis USM besaq-besaq.  And lani satu dunia duk perati kita,  depa duk tunggu anytime untuk attack kita.

Bukan nak jadi paranoid tapi inilah hakikat.  Manusia tak boleh lari dari kesilapan,  yes itu betul. Tapi kita jangan melenting kalau orang cepat-cepat kaitkan kesalahan dengan nama baik USM yang kita sayangi.

So kita tutup cerita ini,  kita move on.  Tapi once its on the internet,  its GOING TO BE ON THE INTERNET.  Tak boleh nak padam dah.  Dan kalau kita ada kuasa nak delete semua posting dalam semua website dan blog di dunia ini,  persoalan besar aku adalah,  adakah kita mampu untuk delete semua isu sosial mahasiswa kita?

Yang tu kita kena sembang dalam artikel lain.

ps/  lepaih ni issue apa pulak duk mai?

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...