9.3.15

Rambut Yang Beruban

Stressnya nak cerita bab ni.  Okay fine nak cerita jugak la. I olls dah lama ada masalah ni,  lani dah makin teruk.  Dulu rambut ubat ni tumbuh sikit sahaja and I olls suka cabut.  Pastu hairstylist i kata "U jangan duk cabut dah rambut uban u,  nanti dia punya akar mati,  lagi rambut baru tak akan tumbuh.  Lagi u nanti rambut makin nipis,"

Oooo selama ni tok tok kita duk kata,  jangan cabut rambut ubat,  sebab cabut satu nanti tumbuh dua,  tu semua teori yang tak masuk akal jugak.  Sebab ini bukan masalah sihir ka black magic ka,  ini soal keturunan.

Aku ikut jenetik mak aku iaitu Kak Edeh.  Beliau pada usia 40 an rambut dia semua dah putih.  Bila dia duduk rumah dan tak pakai tudung,  menampakkan rambut dia yang semuanya putih stroberi blonde and mak i pulak potong rambut pendek.  Aku adalah anak paling suka kuat perli mak aku "HAHAHAH mak ni persis M,"

"Sapa M?" tanya mak aku.

"Boss James Bond,"


click read more



Nenjia sebab duk gelak kat mak aku sangat.  Lani aku punya rambut paling banyak uban dalam kalangan semua anak-anak dia.  Lepas aku menikah,  rambut aku makin banyak putih duk naik.  Tapi aku dah tak cabut rambut.  Aku akan meng-colour rambut aku sebulan sekali di rumah.

Bila dah ada suami,  of course la suruh suami aku membubuh dye kat rambut.  Tapi hampa tau la jantan kalau buat kerja amcam mana,  rasa macam nak terkeluaq ubun-ubun rambut aku.  So sesi nak mengkaler rambut akan menjadi sesi pergaduhan suami isteri pulak.

Lepas tu,  I olls duk suruh anak ayam I nama Danny untuk jadi tukang bubuh dye kat rumah.  Tapi dia pun lani dah kerja busy semua.  Susah nak suruh suruh dia.  So last sekali lani,  I olls rajin ka tak rajin,  sebulan sekali kenalah duk pi salon mak ayam Katy Fazura kat BJ Kompleks nak suruh dia colour rambut I olls.  Staff dia yang meletops iaitu Fifi Marshanda yang akan meng-kaler rambut I olls.

Begitulah nasib hidup I olls sekarang.  Rambut putih I olls ini memang semakin teruk dan sampai menjadi bahan ketawa suami I olls.  Celaka betul lah suami I olls ini.  Dia ikut jenetik bapak beliau yang kini walau di usia 60an masih lagi steady rambut hitam dan lebat.  #untunglah

Kadangkan bila dah pakai baju cantek-cantek pun,  orang nanti nampak rambut jugak.  "Jumie apa kat atas rambut hang?"  SEEE!!  Hang pakai cantek macam mana pun orang tengok rambut hang jugak.

Kawan office I olls lagi siye,  nama dia Zack.  Bila uban aku semakin banyak and tak pi dye lagi...dia akan sound aku "Hang bila nak pi dye rambut.  Hang pi dye la rambut hang.  Uban duk pelan banyak.  Aku rasa macam cakap orang orang tua,"  Siye dak?

Sekian lah saja cerita pasai uban saya.  Sebenaqnya nak bagitau nak suruh tutup aurat dah la ni.  Erm.....ermm....erm...takkan tak paham paham lagi kan?


Kalau simpan rambut uban jadi lagu ni...meletops tak?

1 comment:

  1. Meletops. I pun banyak uban... rambut di dahi. Tak kuasa nak cabut. Kaler memang tidakla. Biarkan memutih cam kak M.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...