18.3.15

The Theory of Everything

Sebuah filem yang diadaptasi dari buku yang ditulis sendiri oleh bekas isteri Stephen Hawking, seorang saintis yang amat terkenal seantero dunia berjudul Travelling to Infinity: My Life with Stephen. Dikhabarkan, sudah bertahun pihak peroduk merisik wanita penulis buku ini untuk diterbitkan dalam bentuk filem. Akhirnya persetujuan yang menguntungkan banyak pihak, terutama pihak-pihak macam aku yang memang lebih suka tengok FILEM daripada baca buku.



click read more

Kisah cinta yang tidak cliche.  Ini bukan cerita cinta pompuan cantek tapi miskin jatuh cinta dengan lelaki anak dato.  Pastu depa kawen,  pastu ada masalah lepas kawen sebab tak sama taraf.  Apatah lagi cerita kisah wanita yang terperangkap dalam konflik suaminya terlalu perfek.  Dah kalau perfek apa pulak masalah paling perfek yang boleh termuncul?

Kisah cinta antara Jane dan Stephen digarapkan dalam pengkisahan ini sejak pertama kali mereka bertemu di sebuah parti di Universiti.  Cinta mereka mekar,  tapi tidak kondisi kesihatan Stephen.  Perlahan-lahan dia mengalami pelbagai kesukaran untuk bergerak.  Tapi sebab cinta kuat,  Jane sendiri bersemuka dengan bapa Stepen dan menyatakan "I know u might think im weak and not strong,  but i love him and i want to live with him forever,"  sorry kalau aku transkrip dialog tu salah.  Tapi lebih kurang macam tu la.

Seorang perempuan yang boleh defend lelaki yang dia cintai dalam kesukaran adalah wanita yang paling kuat sekali!!  

Depa terus berkahwin dan mendapat anak.  Pelbagai cabaran yang depa lalui.  Tambahan pulak keadaan fizikal Stephen semakin sukar.  Paling getir sekali adalah apabila Stephen sudah tidak boleh bercakap langsung dan Jane perlu menggunakan papan huruf/warna yang direka khas untuk memastikan mereka boleh terus berkomunikasi.  Bagi aku,  time ni,  adalah tahap yang paling susah sekali bagi seorang isteri untuk pegang board and menahan menanggis dan mengajar suaminya untuk menggunakan board ejaan itu,  kerana itulah satu satunya cara yang ada untuk mereka terus berhubung.



Cabaran lain yang muncul dalam kisah cinta mereka apabila mak mentua Jane mempertikaikan bagaimana Jane boleh mengandung dan dapat anak sedangkan Stephen sudah mengerekok atas kerusi roda?  Aku nak tergelak sebab kalau aku jadi mak depa pun aku akan pertikai benda ni.  Tapi betul kata seorang teman ku,  Dr.  Latiff "Jumie...when its on!  Its on JUMIE!!"

Kisah cinta mereka berterusan tetapi bukan sebagai suami isteri.  Mereka akhirnya berpisah secara baik dan kedua dua mempunyai haluan hidup masing-masing.  Apa yang paling manis sekali adalah,  ketika Stephen Hawking dijemput oleh Queen untuk menerima anugerah khas,  dia menulis surat kepada bekas isterinya Jane untuk menemani beliau ke Istana.

Dia bukan jenis lelaki yang masa muda mudi susah payah dengan bini kerja kuat untuk cari duit dan keperluan dunia,  sekali dah tua,  dah kaya rumah besaq,  duit EPF nak keluar,  habis semua untuk bini muda yang baru kenal 3-4 tahun.

Ini yang paling aku touching sekali sebab gila wehs...lelaki ini menghargai dan mengingat segala pengorbanan dan penat susah yang dilalui oleh wanita yang pernah bergelar isteri beliau.   Depa berdua bertemu dengan Queen.  Pada akhir filem,  Jane dan Stephen sedang menghirup udara nyaman di taman Istana.  Jane bertanya "Apa yang kita dah buat?"

Stepen menulis pada skrin automatik beliau "We created this..." sambil memandang kepada anak-anak mereka yang sedang bermain dengan taman.  

Dan aku menangis keluar air hingus.




Perkahwinan adalah amat sukar.  Berapa kali hang terpikiak dalam kepala otak hang that u just want to step out of it because u think u just cannot handle it.  Kepada pasangan yang sampai ke tahap ini,  aku salute kalian.  Bukan satu perjalanan yang mudah.  Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan yang sama berat dan besarnya.

Aku hormat cara Stephen dan Jane berpisah dengan cara yang baik.  Tidak semua orang mampu buat macam ni.  Ada juga orang yang lebih rela hidup dengan hati tidak damai,  walaupun telah bernikah dengan suami baru,  ada anak yang comel dan beli rumah baru yang cantek,  tapi dendam dan amarah masih pada bekas suami.  Bila ditegur,  depa kata "Ampa tak faham perasaan aku?"  Yes,  memang aku tak paham.  Tapi melihat hang dengan perasaan amarah pada bekas suami itu adalah amat menyengsakan sekali.

Satu lagi yang aku belajar dalam cerita ini adalah tak kisahlah hang ni ada degree ka,  ada master ka,  ada PhD ka ataupun saintis terpaling hebat di dunia seperti Stephen Hawking sekali pun,  hang tetap manusia.  Dan by mean bila kata hang manusia,  hang pasti tidak dapat lari dengan sifat sifat manusia yang tidak sempurna serba serbi.  Sapa yang tengok filem ini akan faham,  perihal Dr.  Stephen Hawking melanggan majalah porno?

Tahniah kepada Eddie Redmayne yang berjaya mendapat anugerah pelakon terbaik dalam Oscar melalui lakonan beliau dalam filem ini.  Ya,  selayaknya u olls patut menang.  Aku sendiri rasa macam tengok Stephen Hawking sendiri yang duk berlakon dalam memoir ini.
Felicity Jones juga adalah brilliant.  Wajah manja tapi mata yang tajam itu membuatkan lakonan Eddie semakin kuat.  Sapa yang pernah berlakon pasti tau,  u really need a strong counter partner untuk keluarkan lakonan yang sama kuatnya.

Kepada pompuan sekalian,  masih bermimpi dalam skrip SUAMI KU ENCIK PERFEK?



Kiri gambar sebenar pada hari perkahwinan Stephen Hawking dan Jane.  Dan kanan adalah gambar lakonan Eddie dan Felicity.

2 comments:

  1. i must read the book first then watch the movie

    ReplyDelete
  2. Kak Jumie,
    Love your review about this film.
    Perasaan marah patut buang jauh2.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...