12.3.15

Tunang Saya Panas Baran

Salam Kak jumie,

Saya ada nak tanya pendapat kat akak.  Macam nie kak, saya dah bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan hujung tahun.  Details pasal tunang saya sikit,  dia nie panas baran kak.  Kadang kadang depan member-member dia pun jadi nak marah saya.  Pantang salah sikit. Berasap lah dia.  Saya cuba untuk terima dia tapi lama lama jadi makan hati sangat. Sebab dia memang tak pandai jaga hati saya kak. Selalu saya kena ikut telunjuk dia je.


1 day nie saya ada kenal sorang laki nie. Dia lain dari tunang saya. Perwatakan yang sebaliknya.  Saya pulak rasa macam ada perasaan sayang tu tapi saya taknak jadi selfish.  Saya fikirkan family saya dan family tunang saya. Nak bincang dengan family saya takut saya yang kena marah sebab dulu saya yang beria sangat. Tapi sekarang saya pulak tengah perang dengan perasaan sendiri sebab tunang saya tak habis habis nk control saya. Ini tak boleh itu tak boleh. Saya berfikir balik sebab nie keputusan hidup mati. Sebelum terlambat baik saya bertindak.

Hurm.. ape patot saya buat kak?  Saya jujurlah stress dengan perasaan saya sendiri.  Bila tunang saya perangai camtuh saya macam nak menumpang kasih orang lain je. Rasa cam menyesal tunang pun ada haa sebab kenal baru setahun tapi macam terburu buru plak sekarang. Apa yang patut saya buat kak?? Tolong saya… saya sangat-sangat perlukan advice dari seseorang. Tak larat nak pikul sorang dah sebab majlis sume makin dekat. Preparation da 50% jadi saya takut kalau tiba-tiba saya cancel tengah jalan.  Mak ayah saya sedih.  Tak sanggup saya kak.

Yang benar,

Pentunang Yang Raplah


Gambar sumber  :  http://www.johnbarrettblog.com/

click read more


Dear Pentunang Yang Raplah,

Thanks sebab sudi berkongsi kisah hang dengan i olls.  Harap perkongsian ini dapat membantu u olls dan sesiapa yang membaca.  I olls sendiri adalah seorang yang pemarah,  kaki naik angin dan suka mengamok.  Membaca emel u olls ini secara tak langsung aku terpikiak "Ya Allah kesiannya kat laki aku selama 4 tahun kawen 1 tahun kapel dengan aku.  Inikah perasaan dia?"  Teruih mai otak paranoid kot kot laki aku ada menaruh hati kat perempuan / maknyah cantek lain yang berhati lembut dan tidak reti nak marah.  Dah la laki aku ni ELOK!

One thing pasai orang pemarah ini adalah KALAU TAKDAK ANGIN POKOK TAK AKAN BERGOYANG.  So aku bet,  tunang hang tak akan mengamok and naik angin tak pasai pasai kalau takdak sebab.  

So ini membawa kepada point pertama iaitu "If You Want Somebody to Change,  You Have To Be Willing To Change Yourself First".  Kadang-kadang hang sendiri tak perasan apa sifat merepek,  mengada-ngada,  feeling kuat hang yang sebenarnya menyebabkan tunang hang marah.  

Sekali lagi diingatkan bahawa tempoh pertunangan yang dijalinkan antara ampa berdua ini adalah tempoh yang sesuai untuk berkenal-kenalan.  So time ni la ampa nak discover perangai buruk baik masing-masing,  selain menerima semua kebaikan yang pasangan,  at the same time inilah masanya nak terima ke-tidak-baikan pasangan ampa secara positive.

Contohnya,  sikap panas baran beliau!!

So ini membawa kepada point kedua iaitu komunikasi yang berkesan.  Ampa berdua ada berbincang tak pasai issue ini?  Ataupun duk bergaduh,  hang maki aku,  aku maki hang,  pastu hang merajuk,  pastu hang pujuk,  PASTU LUPA HABIS BUANG SEMUA.  

Sepatutnya apabila benda ni dah jadi berulang kali ampa kena berbincang tentang perkara ini dengan mendalam.  Itu yang I olls tekan komunikasi berkesan.  Bukan setakat cakap cakap,  tapi tiada hasil yang baik kepada perhubungan ampa.  So hang pun tak tau apa salah hang,  dia pun tak tau apa salah dia.  Ampa duk lagu ni la.

So ini membawa kepada point ketiga iaitu 'escapism'.  Di alam masa kini yang sungguh mudah bab bab media sosial dan perhubungan internet ni,  kita sebagai lelaki atau pompuan mempunyai pilihan yang luas.  Kalau dulu-dulu nak cari pasangan pun nak kena pi studio,  ambil gambar,  pastu hantar kat URTV pastu gambar kita akan terpampang "Fatimah Minat Abang Askar,".  Keji sangat cara mencari teman zaman dulu dulu.  Sangat kinky.  Zaman lani,  nenjia hang goncang phone hang saja,  teruih keluar dah ID budak lelaki yang ELOK MACAM ZAC EFRON yang duk makan kat meja sebelah.

Gila babi dak?

Actually tindakan hang untuk 'menumpang kasih' pada orang lain adalah tidak baik sekali.  Sepatutnya hang kena resolve dengan your pasangan (tunang) dahulu.  Sekali lagi I olls ulang,  tanpa komunikasi berkesan,  hang pun tak tau apa salah hang and dia pun tak tau apa salah dia.

Kalau hang nak meloncat terus pergi kepada lelaki yang kononya 'lebih memahami' ini,  tanpa hang sedar kesilapan dan kekurangan yang sebenarnya dah menjadi sifat dan peribadi diri,  siriesly aku cakap,  perhubungan hang dengan sesiapa pun tidak akan berpanjangan.  Tidak lestari.

So ini membawa kepada point ke empat iaitu "Why Hang Nak Kahwin Dengan Dia In The First Place?".  Hang pikiak balik pasaipa hang nak kawen dengan dia?  Tergesa-gesa bukan faktor yang menunjukkan hang membuat pilihan yang salah,  mungkin dulu hang menggesa-gesakan hubungan ini kerana hang tau he is the right man for you.  So why you dont want to fight for it now?  Awat lani hang nak give up?

Ampa kena make this out!  How ever and what ever it is.  Ampa dua dua dah besar dan keputusan untuk bernikah pun ampa dorang yang buat bukan parents ampa yang paksa.  Tak semestinya kena libatkan keluarga.  So ampa dorang kenalah menjadi orang dewasa yang bertanggungjawab untuk settlekan hal ini.  Takkan semua benda nak bagitau kat mak bapak.  

So ini membawa kepada point ke lima iaitu 'buat list'.  Aku menganjurkan ampa berdua berbincang mengenai perkara ini dan buat list "10 things i hate and love about you".  Hang tulis pasai dia,  dia pun tulis pasai hang.  Pastu ampa tukar list tu.  

So ini membawa kepada point terakhir,  "Jangan Menyesal Di Kemudian Hari".  Dalami kata-kata akak ini.  Jangan sebab ikut nafsu,  esok lusa hang menangis dan menyesal.  Nak bahagia sampai tua,  bukan syiok syiok sahaja.  Tapi kalau tiada jalan penyudah,  selesaikan kisah ini dengan cara yang baik.  Jangan calitkan benda hitam dalam hubungan dua pihak termasuk keluarga.

ps/  Orang yang panas baran sebenarnya adalah orang yang sangat sensitif.  Depa jadi lagu ni sebab depa nak protect hati depa.

Love.

Jumie Samsudin

3 comments:

  1. Saya....sokong semua point di atas..there's nothing else to help tambah, cause Kak Jumie dah point out all the things yang ada dalam kepala..

    ReplyDelete
  2. jumie, kalau panas baran hakak rasa ok lagi. Xde masalah. Cuma jangan panas baran sampai kaki tangan naik ke muka pompuan. Itu No No No. Kalau dh sampai kaki tangan naik ke muka sila cepat2 putus tunang. Solat ishtikharah mana satu yang elok. Jangan menyesal dikemudian hari.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...