20.3.15

Ulasan Filem Cinderella

Once upon a time,  there was a pretty little girl named Cinderella.  She lived with her mean step mother and her two step sisters.  Poor Cinderella had to do all the cooking and cleaning and she lived in the dusty attic and had nothing to wear but old clothes....

Begitulah antara ayat cerita Cinderella yang aku hafal dan menang dalam pertandingan bercerita dalam Bahasa Inggeris masa kat sekolah dahulu.  Semalam aku pi tengok cerita Cinderella 'orang' dengan mak aku.  Cerita ni tak boleh pi tengok dengan suami kami dorang sebab merujuk kepada bapak aku "Takmaula pi tengok gambak siye macam tu semua.  Gambaq fight-fight aku mau la,"  begitulah komen seloroh bapak I olls yang sangat ganas tapi mempunyai hati dalam taman.


click read more




Sebelum ini I olls dah excited dan tulis dalam blog tak sabar nak tengok cerita Cinderella 'orang' ni.  read here  :  Tak Sabar Nak Tengok Cinderella 2015.  Sebab tengok depa duk bubuh baju semua meletops,  kereta kuda dia punyalah mejikel......duk rasa macam tak sabar nak tengok dah macam mana ka.  Tapi after watching this movie,  well yes,  the only excitement yang aku dapat adalah apabila melihat baju-baju dan costume yang dipakai oleh Cinderella dan mak tirinya.  That's it.

Lakonan Lily James sebagai Cinderella dan beberapa karakter penting lain seperti Cate Blanchett dan Helena Bonham Carter adalah biasa.  Sedap ditonton tetap tidak memorable.  Especially Cate Blanchett,  aku rasa pengarah filem ni nak epik-kan watak ibu tiri Cinderella agar dia menjadi sehebat watak Maleficent lakonan Angelina Jolie.  Tapi siriesly lakonan Cate Blanchett adalah macam over sikit,  dalam banyak scene,  dia nampak terlalu boneka untuk watak ibu tiri.

Nak banding dengan watak Angelina Jolie dalam cerita Maleficent,  dia sebut 'Well well..." dalam senyuman pun dah rasa macam - nakhariam deni kita benci sangat tapi sangat suka tengok dia!

Tapi apabila melihat kepada kostum yang dipakai oleh Cate Blanchett semuanya adalah sangat menyegarkan mata. Semuanya avant garde dengan warna-warna yang amat meletops.


Dalam semua kostume mak tiri,  yang ni paling aku suka.  Shout out untuk Azaris "akak nak buat baju ni selai untuk hari raya tahun ni".

Tapi dalam banyak-banyak baju,  aku paling suka sekali adalah baju Cinderella untuk majlis tari menari tu.  Baju biru tu punyalah fluffy dan kembang dan sangat mejikel.  Apa yang aku duk terpikiak adalah macam mana depa contruct kain tu punya banyak dan kembang and yet Cinderella nampak sangat floating dan melayang-layang dengan ringannya masa menari lagu tu.  Rasa macam sapa-sapa pun kalau pakai baju tu mesti akan selesa sangat dan kalau aku yang pakai,  aku takkan bukak.  Aku nak tidok dalam baju tu sebab gaun kembang tu buleh buat selimut dan tilam sekali.

Aku quote kata-kata Afi Buddies,  "Kak Jumie...i just love the blue gown because it match perfectly with the prince eyes,"  Aiyoooo feelingnyaaaaaaa depa.




Bila bercakap tentang feeling,  yes walaupun bagi I olls tempo cerita ini agak slow tapi script dia adalah amat best dan boleh tangkap feeling.  Script dia ringkas tapi padat.  Sebab tu boleh tangkap feeling.  Ramai juga kawan aku yang kata depa nangis.  Kak Elle kata dia nangis time mak Cinderella meninggal dunia.  Aku pulak rasa macam sebak time Cinderella jumpa balik dengan Prince tu and depa kata "Boleh kah hang terima aku seadanya,"   (aku dah tukak bagi bahasa Penang la!!) time tu touching la u olls.

So kesimpulannya,  cerita ini,  kalau ampa nak tengok sebab nak cari excitement,  ampa tak payah mai tengok la.  Tunggu dia keluar HBO nanti tahun depan.  Tapi kalau ampa nak mai cuci mata untuk tengok baju-baju and kostum dan dekorasi yang meletops (check out flower arrangement masa Cinderella and Prince kahwin....sangatlah sesuai tema fantasy wedding...bunga bunga roih kaler kaler lembut ni.....) ampa harus mai tengok filem ni kerana sangat inspiring!!

I tak mau bubuh gambar baju kawen Cinderella dalam ni.  Ampa pi tengok sendiri.  :)


Ini adalah koleksi MAC untuk Cinderella.  :)


Dan pengajaran yang aku belajar dalam cerita Cinderella versi ini adalah bila hang sayang seseorang itu kerana cinta dan kasih sayangnya pada hang tanpa sebarang syarat,  orang itu akan berada bersama hang dan berada dalam hati hang sampai bila bila walaupun orang itu dah mati.  Kalau hang nak sayang sesorang itu kerana harta benda fizikalnya,  cinta dan sayang itu akan hilang begitu sahaja just apabila segala harta benda dan fizikal orang itu hilang.

ps/  aku rasa cerita Cinderella 'orang' yang dilakonkan oleh Drew Barrymore iaitu Ever After adalah jauh lebih best dari cerita ni.  :)

4 comments:

  1. waa..aku paling ingat lagu mak dia nyanyi masa dia nak tidoq n masa depa mai nak bg try kasut..if u love me.. dili dili tu..haa la ni dok menyanyi kat laki n anak aku..haha..biaq p la org nk kata aku terperangkap dlm dunia kanak2..yes baju biru dia paling fluffy..depa boh lampu byk kan dlm tu nk bagi merelit.

    ReplyDelete
  2. kannnn. cerita ni lebih gebang je. nothing special melainkan cerita cinderella,

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Wahhh..I actually like the film pasal dia mengimbau kembali zaman kanak2 tp true2, Ever After drew barrymore adalah lebih sesuai ngan jiwa kita..Cinderella yg ni, lau nak feeling2 light, senyum2 and naknimbau zaman kanak2, yg nie sgt sesuai..overall, sy suka fairytale movies..hahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...