18.3.15

Ulasan Filem Villa Nabila

Filem ini adalah rentetan daripada sebuah kisah yang menjadi isu hangat Malaysia tidak berapa lama yang lalu apabila seorang remaja lelaki didapati hilang setelah masuk ke dalam Villa Nabila yang terletak di Danga Bay, Johor Bahru.  Ada yang mengatakan remaja lelaki itu sebenarnya lari rumah dan pergi tinggal bersama kekasihnya,  suatu tindakan nakal yang sering dilakukan oleh anak-anak yang memberontak.




click read more


Filem arahan anak Datuk Yusof Haslam,  Shafiq Yusof disampaikan dalam konsep POV (point of view).  Aku suka jalan cerita yang disampaikan iaitu nak convincekan bahawa Villa Nabila memang mempunyai misteri yang tersendiri dan sebab itu sampai lani,  banglo tu tak dirobohkan oleh pihak yang berkenaan.  Dibiarkan begitu sahaja. 

Efek seram yang dibawakan agak menakutkan,  tapi tak begitu mengerikan bagi I olls yang maha penakut ini.  Ada beberapa kekurangan yang membawa kepada kelemahan penyampaian.  Nombor satu,  isu dubbing.  Apahal suara pakcik kontraktor tu sama dengan suara lelaki yang ampa interview and tutup muka dia tu?  Aku dah mai jadi confuse sat!!



Seterusnya,  aku rasa filem ini sangat pendek.  Tak sampai 1 jam 30 minit pun.  So masa aku beli filem ini dari Astro First aku rasa macam agak tidak puas sikit.

Gambar hantu Melayu masa kini yang aku rasa paling takut sampai lani aku duk teringat-ingat adalah Jangan Pandang Belakang.

Okay thanks bye!

3 comments:

  1. kak jumie hangpa da pi tgk blom cita cinderella..cepat la review!! x sabaq kami

    ReplyDelete
  2. Kami pun sama wei tgk jangan pandang belakang tu mmg goosebumps sikit..
    cerita dia..masa zaman degree kat UiTM shah alam dulu, kami p rumah sewa member kami
    p tengok ramai2 cerita ni, elok2 abis ja cerita ni nak maghrib dah..
    lepas tu kami pun sorang2 nak turun ke bawah la naik lift, tunggu punya tunggu lift pun mai..
    buka ja pintu..dlm lift tu penuh orang lelaki pakai baju jubah putih siap ketayap apa lebih kurang,
    alamak kami ni.. "nak naik ka dak.. tak naik jenuh nak tunggu pulak" so kami naik..
    bila kami sampai tingkat kami, member kami sorg lagi dok ada, kami truih nak cabut, tu member kami tnya,
    awat yang hang berdiri depan pintu sangat tak saaq balik umah ka..kami dh..1 mcm dh..
    tapi takmau pikiaq bukan2.. so bila kami jmpa blk member kami malam tu, kami bagitau la dia
    bukan ka penuh org dlm lift tadi, tu dia kata kt kami, "mana ada org dh wei hang sorg ja td"
    hahahe demam 2ari wei..so lepas tu kami pun LIFT tu taknaik dh.. klu ada teman baru kami naik.. hahaha

    lg 1 scene crita hantu kami takleh lupa, maya kari betinggung ataih meja cmna tah dlm crita PHSM tu..
    hahaha..

    ok tu saja..panjang pulak!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...