20.4.15

Aydian Dowling Lelaki Transmen Yang Agak Cute

Gambar sumber Facebook.

Hello u olls semua,

Selalu I olls duk kongsi tentang kisah maknyah dan adik-adik.  Jarang I olls kupas tentang kisah abang tom,  pengkid or lesbian.  Hari ini I olls nak share tentang seorang abang tom yang sudah melalui transisi yang sangat hebat dalam hidupnya bernama Aydian Dowling daripada Amerika Syarikat.

Apa tu abang tom?  Abang tom adalah terma yang I olls guna merujuk kepada tomboy.  Perempuan yang berperwatakan lelaki dan mempunyai kecenderungan kepada perempuan lain.  Lesbian tak semestinya depa pakai lelaki ya.  Lesbian pakai tudung berlambak.  Hope u olls jangan keliru antara lesbian dan tomboy.

Okay jom cerita sikit pasai Aydian Dowling ni.


click read more





Here some of his pictures ciloks from his Facebook page.  Selamat merembeskan diri kalian semua.


Gambar yang difeature dalam FTM Magazine dimana dia tiru gambar kempen kesedaran kanser prostat oleh Adam Lavigne.


Gambar beliau dalam Men's Health voting page.

Anak-anak Ayam JS semua mesti duk menangis tengok gambar ni.






Meletopsnya dia.  




Gambar-gambar yang dikongsikan yang menunjukkan gambar dia masa duk woman lagi.

Nama Aydian mula naik apabila dia tercalon dalam pertandingan online untuk memilih wajah lelaki muka depan untuk majalah Men's Health.  Tak sangka selepas sebuah majalah trans-maskulin bertajuk FTM feature dia sebagai muka depan,  orang teruih start kenai dia dan duk vote dia dalam Men's Health punya voting pole pulak.  Lani dia duk ada pada tangga teratas carta.

Tapi aku rasa,  bukan sahaja sebab dia cute dan elok dan sebab tu kot la macam semua orang nak like dan vote untuk dia.  Tapi sebab apa yang dia dah buat untuk komuniti trans man seperti beliau sendiri.  Selain sebagai seorang vlogger di channel Youtube ALionsFears yang menceritakan kisah transisi hidupnya menjadi siapa dirinya hari ini,  dia juga adalah seorang usahawan fesyen di point5cc yang membawa mesej maruah seorang trans man dalam fesyen dan gaya.

Actually perniagaan ini bermula apabila dia sedang mencari sumbangan dana untuk menanggung kos pembedahan membuang tisu payu dara beliau pada tahun 2012,  tapi setelah pembedahan itu selesai,  dia teruskan juga perniagaan ini dan hasil sumbangan dan keuntungan dari laman web ini disalurkan kepada individu LGBT yang memerlukan bantuan untuk menjalankan pembedahan atau rawatan.

Melalui website ini juga,  dia telah memulakan program sumbangan binder (bengkong) ataupun breast form bra (baju dalam) yang disalurkan kepada semua individu transgender yang memerlukan  secara percuma.  GILA RESPEK!!

Aku rasa orang start voting untuk dia sebab dia adalah seorang yang bekerja kuat untuk capai apa yang dia impikan,  dia seorang berani dan cekal dan paling utama sekali dia sangat baik hati.  Hanya dia tau betapa susahnya transisi yang ditempuhi selama ini dan sebab itu dia nak ringankan bebanan yang ditanggung oleh insan LGBT yang lain.

Aku harap tak lama lagi Ellen Degeneres akan interview dia tak lama lagi. 

Ampa boleh check out dia punya wesbites / social media pages kat sini  :

Facebook  :  Aydian Ethan Dowling

Youtube  :  ALionsFears

Website Meniaga Online  :  point5cc

Kalau ampa nak vote dia boleh click sini  :   Menshealth.com




ps/  nantikan Buku Panduan Maknyah by Regina Ibrahim tidak lama lagi :)

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...