21.4.15

Baju Melayu Hipster by Zery Zamri

Hello u olls semua,

Sekarang ni semua orang sedang memaki hamun dan menyumpah seranah koleksi rekaan fesyen baju Baju Melayu Hipster by pereka tempatan Zery Zamri.  Im sure ampa masuk nak baca blog aku hari ini dengan harapan aku akan memaki beliau jugak.  Sorry u olls,  aku mungkin akan menghampakan kalian semua.


click read more




Actually i have nothing to maki him.  Bagi I olls,  koleksi beliau adalah berani,  funky dan vibrant. Namun,  mungkin rekaan dan potongan koleksi ini adalah terhad untuk bentuk tubuh tertentu sahaja.  Untuk u olls yang bertubuh badan labu kundur adalah tidak sesuai mengenakan koleksi ini.  Mungkin mereka yang berbadan cantek,  buffed,  worked out adalah lebih sesuai untuk potongan seperti ini.

And yes,  saya setuju dengan komen seorang teman I olls,  apa yang ditawarkan dalam koleksi ini bersifat trendy, so trend fashion tidak bersifat kekal.  One day,  trend ini sudah tidak sesuai lagi.  Lepas 5 tahun,  mungkin u olls akan ketawa melihat gambar u olls berposing sakan dengan koleksi Baju Melayu Hipster by Zery Zamry.

Pada I olls,  baju melayu adalah baju kebanggaan dan lambang jantan Melayu.  Potongannya biarlah kekal klasik dengan rona warna lelaki sejati.  Unsur 'fancy' pada fesyen jantan Melayu ini akan terlihat canggung apabila dipakai untuk majlis rasmi seperti masuk istana,  mengadap sultan,  urusan kerajaan dan sebagainya.  Harap ada memberi perhatian kepada pendekatan ini kerana saya pasti selepas langkah berani Zery Zamry,  pasti lebih ramai pereka tempatan yang akan tampil membawakan rekaan pakaian Melayu yang lebih funky dan berani.



Gambar sumber Zalora.




Salute untuk Zery Zamri atas keberanian ini.  Bagi saya apa yang sedang dilalui oleh beliau (komen-komen negatif daripada rakyat Malaysia) lebih kurang sama dengan apa yang dilalui oleh Coco Chanel,  pereka fesyen wanita yang berani menampilkan rekaan fesyen bebas belenggu tetulang bengkung yang menjadi kemestian pada pakaian wanita yang penuh renda pada awal kurun 20.

Cuma saya harap Mr.  Zery tidak meletakkan hashtag senda terhadap pemerhati fesyen tempatan seperti #akuyangjualkoyangpanas #takpaksabelipun #kalausukabeli #taksukadukdiam #barutahuMELAYUmacamana #PHD.  Buang masa layan all those negativity. Classy bangsawan people dont talk trash.  Persetan apa depa nak kata.

Now that Baju Melayu Hipster by Zery Zamri dah keluar Zalora,  tepuk dada tanya selera.  Seperti caption Zery dalam IG beliau "Cutting sebenar tidalak sekecil yang disangka dan anda boleh ke catalog Zalora untuk mengetahui lebih berkenaan size chart.  Tiada masalah untuk dibawa solat,  rukuk mahupun duduk tahiyat.  Jika mahu kecilkan atau sentengkan anda bolehlah alter sendiri.  Fabric yang digunakan pula membuat anda selesa dan tidak panas sesuai dengan cuaca di Malaysia"
Pada harga RM509 dan ke bawah,  bagi saya tawaran ini adalah berpadanan.    Kalau beli kain dan upah,  lebih kurang gitu juga hendaknya.

ps/  sayang sekali laki aku tak reti nak pesyen-pesyen funky ni semua.  Kalau dia suka,  aku pun dah beli selai kat dia.  Baru-baru ni aku tunjuk Jubah Leater Farhad kat dia,  pastu aku kena maki sedaih  "Hang tau kan aku tak reti pakai macam ni semua????  Hang tok sah duk buang duit,"  #ustanyahsentapdisebelah


Zalora link  :  HIPSTER BY ZERYZAMRY TRADITIONAL WEAR FOR MEN

3 comments:

  1. btol.. sepatutnya dia cool jer la.. anyway baju pengantin dia buat banyak je cantik2.. jgn sampai org lupa pasal design2 dia yg lain

    ReplyDelete
  2. Bekap kuat nampak, posting berbayor ek :p
    But for me, setuju gak mende2 fancy nih tak kekal lama
    For me biarlah rekaan timeless, elok diakai semua sepanjang zaman..
    Harga tuh, too much for me untuk insan2 marhaen seperti I
    Tapi kalau dah mampu, pakai pon cantik terletak, why not..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia bayar aku pun. Hang sakit pungkok ka?

      Delete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...