20.4.15

Buku Panduan Maknyah by Regina Ibrahim


Tentu u olls dah baca dak pasai kisah Aydian Dowling kat blog I kan?  Seorang transman yang meletops!!

Cerita beliau mengingatkan kita pada kisah fiksyen PERJALANAN yang menceritakan cerita hidup Rozila yang melalui pelbagai kisah suka duka sebagai seorang wanita transgender.  Walaupun watak Rozila itu adalah fiksyen tapi setiap penceritaan dalam novel yang digarapkan oleh Regina Ibrahim adalah realiti kehidupan maknyah di Malaysia.  Kata Mama Regina kepada ku,  kisah Rozila adalah himpunan kisah-kisah benar dari teman-teman transgender yang mama kenali.

click read more




Nak kumpul duit untuk mengubah genetalia bukan satu soal mudah untuk seorang transgender di Malaysia.  Ditipu,  pengorbanan,  kesusahan,  keperitan,  penghinaan dan macam-macam soal lagi yang seringkali berkait rapat dengan soal yang paling besar iaitu soal dengan Tuhan.

Di negara ini,  tidak ada badan sah yang memberikan panduan yang betul untuk anak-anak transgender.  Oleh itu golongan ini sering disisihkan dan ada kalanya terperangkap dalam sangkar penafian ibu bapa.

Adalah satu impian besar Mama Regina untuk terbitkan buku MAK NYAH.


Mama Regina dah lama menulis catatan buku ini.  Buku Panduan Mak Nyah ini bukan untuk mengajar anak-anak lelaki menjadi ponen.  Berpakaian wanita dengan memasang bulu mata pelasu.  Memegang falsafah mudah "Budaya Mak Nyah ini,  disokong jangan,  dihina pun jangan,"  buku ini sebenarnya adalah sebuah buku bukan akademik yang boleh dirujuk oleh pengamal perubatan,  ibu bapa,  pendidik malah sesiapa sahaja yang selama ini diselubungi pelbagai persoalan misteri tentang dunia mak nyah.

Tak sangka,  Mama Regina bagi aku penghormatan dengan menyerahkan naskah ini dalam tangan aku dan Ezal untuk proses editing awal dan mencari penerbit yang sudi menerbitkan buku ini.  Tak salah aku,  pada awalnya ada lebih dari 50 bab.  Aku baca dan susun semula bab ini agar lebih sesuai untuk pembacaan dan rujukan.  Bermula Oktober 2014,  alhamdulillah buku panduan Mak Nyah by Regina Ibrahim akan diterbitkan bermula 24 April 2015 pertama kalinya di Pesta Buku Antarabangsa PWTC.  Ampa boleh baca kat sini  :  Terfaktab

Terima kasih diucapkan kepada pihak Terfaktab Media yang sudi memberikan peluang besar ini kepada Mama Regina!!  Semoga penulisan ini akan memberikan manfaat kepada lebih ramai orang!  So ampa semua,  jangan lupa untuk beli buku ini nanti secepat mungkin!!  Stay tune kat Facebook I olls and Mama Regina Ibrahim,  kami akan announce untuk link belian online.

Gambar kenangan I olls dan Mama Regina last Oktober di rumah beliau.  Selamat tinggal Oktober

3 comments:

  1. Pernah jumpa Mama Regina sekali. Dia mai office Georgetown Festival time tu. She is one of the nicest people you'll ever meet and although it was a brief meeting, I saw how big her heart is.

    ReplyDelete
  2. Can't wait to have it.
    Actually Perjalanan pon I xbeli lagi.
    Hope klo ada online order, tolong open for Perjalanan sekali
    Make sure ada tandatangan dari Mama Regina ok :)

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...