10.4.15

Good bye Mac 15



Hello u olls semua,


Sorry terlambat nak buat ulasan penutup untuk bulan Mac 2015.  First of all nak ucap terima kasih kepada ampa semua yang mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR KE 30 untuk I olls yang jatuh pada 29 Mac 2015 yang lalu.  Sebenaqnya i olls telah mengatop notification dalam Facebook so sapa yang betul-betul tau akan tau la.

Sebenarnya bulan lalu aku banyak down dan sedih.  Duk jadi macam bodoh sebab sampai overthinking.  Duk hukum diri sendiri,  aiiyo,  aku dah umur 30 tahun,  tapi apa pun aku takdak.  Aku tak suka nak cerita benda personal ni dalam blog tapi aku rasa bukan aku sorang rasa macam ni.

Aku rasa down sebab at this age,  aku duk rasa macam banyak benda aku nak capai,  tapi tak tercapai.  Walaupun banyak kali aku duk pandai mengajaq orang suruh buat lagu tu,  lagu ni,  feeling ustajah Bahiyah pakar motivasi,  suruh orang jangan down apa bagai,  tapi bila aku tengok diri aku sendiri,  aku rasa punya down sampai aku shut down kat diri aku sendiri.

Sebenarnya aku ada satu impian besar dalam hidup aku.  Tapi aku duk rasa macam aku dah buat macam-macam dan usaha,  tapi masih tidak ada peluang.  Bila cerita kat orang,  depa pandai duk mengajar aku.  Awat hang tak buat lagu tu?  Awat hang tak buat lagu ni?  Aku jadi stress dan confused.  Orang bukan paham apa yang kita tanggung dan rasa hari-hari.  Kita makan ,  kita tak makan,  kita dan laki kita saja tau.

click read more




Apa yang aku belajar dari pengalaman ini adalah aku belajar untuk keluar dari kotak penafian.  Duk rasa diri kita kuat.  Duk rasa diri kita boleh buaat semua benda.  Tapi sebenarnya lagi kita duk rasa kita kuat,  lagi kita duk tunjuk diri kita besaq,  lagi la Allah nak tunjuk yang sebenarnya yang di sisi Nya kita ni sekecik-kecik atom sahaja.  Sekelumit sangat diri kita ni.  Duk hukum diri sendiri sampai last sekali apa pun tak boleh buat. Tanpa sedar,  kita tolak semua benda sampai diri kita jadi bitter dan kelihatan jahat di hati orang orang lain yang kita terpaling sayang.

At the end of the day serah semua kat Dia.  

And bila kita serah kat dia baru kita sedar yang selama ni yang kita duk over thinking tu semua bukanlah urusan kita.  Semua itu adalah urusan Dia.  So awat kita duk susah - susah nak pikiak?  Buang karen,  buang masa.  Sampai duk jadi sugul tak pasai-pasai.  Kawan  - kawan duk rindu nak jumpa kita,  kawan-kawan duk mai nak celebrate birthday dengan kita,  kita duduk rumah duk nangis sorang-sorang.  Kesian kat kawan-kawan kita.

So bila kita dah bagi semua kat Allah barulah kita rasa ringan sangat badan dan kepala otak.  Dan bila otak dah relaks dan tenang barulah kita boleh pikiak benda benda lain yang lebih lojik dan sesuai dengan kemampuan intelektual kita sebagai manusia marhein.  Di saat otak dah relaks,  barulah kita sedar kat mana salah kita,  silap kita dan apa sebenarnya yang paling betul tapi kita duk berasa hebat sangat sampai kita tak pernah nak try cara itu.

Sorrylah aku duk feeling bagi ceramah panjang kat ampa.  And since ampa semua duk tertanya-tanya,  ya saya dah berhijab sekarang.  Insya Allah.  Gambar-gambar lama dulu yang sepsi macam Zilla Bakarin + Beyonce tu,  yang mana dah katop,  katoplah.  Tapi kalau duk ada,  biaq pi la,  itu masih sebahagian daripada diri saya.   So sapa-sapa nak sedekah tudung,  boleh PM saya.  MUAHAHAHAH nahariam tak malu mintak hadiah.

Sekian dahulu.  Love ampa semua.  And jangan over thinking.  

1 comment:

  1. Kak Jumie~~!!! Alhamdulillah~!! happy nyee dengaq~~~ will support and be supportive towards you ever forever n ever! betul2, apabila kita berserah dan redha, semua bebanan terasa di angkat dari bahu kepala kita..

    congrats kak Jumie~!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...