17.4.15

Makcik Clubbing

Hello u olls,

Untuk pengetahuan ampa semua,  aku sangat suka makan SUSHI.  Sushi adalah makanan kegemaran aku yang terpaling aku suka di seluruh dunia dan alam semesta ini.  Kalau ampa bawak aku pi makan sushi secara otomatik mata aku akan bersinar-sinar dan bergegar kejelian macam katun anime Jepun.  Boleh dikatakan sebulan sekali aku akan pi makan sushi.  Dengan suami,  dengan Chin Chin or dengan sapa sapa kawan-kawan rapat aku yang suka makan sushi.

Ada satu kedai sushi ni yang paling dekat dengan tempat kerja aku.  Aku memang rajin duk pi kat sini lah dah nak masuk 7-8 tahun dah.  So pekerja kat sana memang dah familiar dengan aku.  Daripada yang duk kerja biasa,  last last dah jadi manager,  sampai ada yang dah kena transfer pi branch lain pun aku kenai depa semua.

So one day,  aku pi makan sushi dengan anak ayam aku bertajuk Fun.  Fun ni ponen la.  Dia pun suka makan sushi.  Kami pi makan sushi kat kedai yang aku suka ni.  Then bila dah duduk semua,  ada la aku nampak satu staff baru masuk kerja kat situ.  Dia pakai batch "IM NEW"  gitu.  Dia macam dah kakak-kakak dari aku...so kalau untuk ampa yang muda muda ni dia dah macam makcik-makcik la.  Dia pakai tudung semua.  Dia mai nak serve kami.



click read more




Rupa-rupanya dia adalah kenal dengan Fun ponen ni.

"Hai....lama tak jumpa!! Duk pi lagi ka clubbing?"  sapa makcik itu kepada Fun.

"Haaa....apa habaq?  Kerja sini ka lani?  Laa....lama dah tak pi clubbing dengan budak budak tu semua.  Last pi pun dua bulan sudah rasanya,"

AKU TERSENTAP SEKETIKA.  Dalam hati aku berkata -- nahariammmmmmmmmmmmmmmm makcik bertudung ni.  Duk pi clubbing ka!!! Deni mesti malam - malam duk pakai skirt dengan baju bulu bulu dengan kasut boot duk pi clubbing apa semua.

Sepanjang 2 minit tu,  aku pun duk dengarla depa duk cakap pasai kawan-kawan CLUBBING depa.

Aku senyum saja.  Dahsyat makcik ni.  Aku tak kisahlah kan kalau dia nak pi clubbing pun why not.  Tapi hang tu wanita bertudung,  cover - cover la sikit kalau nak bertanya u olls.  Lainlah memang hang sedia kala berpakaian ala-ala model baju renang.

Lepas dah amik order semua.  Aku pun tanya la kat Fun cepat-cepat.

"Wehs!! Hang duk pi clubbing dengan kakak ni ka??? Meletops pompuan kertu ni.  Tak padam tua...,"  tanya aku kat Fun.  Memang aku tau Fun duk pi clubbing pun sampai lani.  Sekali sekala bila feeling nak cari jantan.

"HAHAHAH hang rasaa????"  Fun duk ronggah gelak dah depan muka aku.

"Mak ayam.....................ang tau dak clubbing apa yang kakak ni maksudkan?"

"Clubbing laa......"

"Haaa....memang la clubbing.  Tapi bukan clubbing Slippery Senorita ka Soho ka apa ka....clubbing HERBALIFE!!!"


Nahariammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm....aku baru tau.   Aktiviti melepak di kelab kesihatan Herbalife di panggil CLUBBING.  Aku punya gelak la lepaih tu.  Tak pasai-pasai aku dapat dosa kering sebab pitnah makcik bertudung tu.  HAHAHAHAHA....sapa sini orang Herbalife???  Ampa menaknya teringin kan???

1 comment:

  1. kami pun suka makan sushi..melelh air liur kalau nampak sushi dan kami sendiri pernah hampir2 jadi ahli CLUBBING mujo diselamatkan dengan nasihat kawan2..hahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...